31 Dec 2015

Pandangan Dari Udara Kawasan Bauksit.

jom kita tinjau kawasan bauksit dari pandangan udara,
kredit kepada team DRONE Pahang,
bauksit kuantan
kawasan merah di kiri kanan
bauksit kuantan
hilang sudah beberapa ekar tanah sawit 
bauksit kuantan
kawasan perumahan yang sedang dibina
bauksit kuantan
hijau dan merah
bauksit kuantan
Planet Marikh?
jadi tak hairan lah kenapa sungai dan pantai bertukar warna merah di sekitarnya,
alhamdulillah hujan pada kali ni tidak seteruk tahun lepas,
tak dapat bayangkan kalau kawasan sini dinaiki air,
boleh bayangkan warna air bah nanti?
belum lagi campur kandungan air dari bauksit yang bahaya untuk kesihatan.

sampai bila?
mungkin sampai habis semua kawasan diterokai baru berhenti,
kuasa kerajaan kuasa istana?
hanya pandai berkata-kata di depan kemera sahaja.
sedih.

untuk lebih gambar dan cerita bauksit sebelum ni boleh ke sini.

29 Dec 2015

Ku Sangka Biru Sampai Ke Petang

bangun pagi tengok langit harini lain dari semalam.
membiru dengan cantiknya.
kalau semalam gelap kerana awan tebal dengan hujan tanpa henti.
pagi ini lain pula cuaca di kuantan,
keluarkan smartphone dan snap.
upload di instagram.


kata orang jangan disangka air tenang tiada buaya.
kusangka cerah sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari.
tak sampai sejam gambar ni upload,
tiba-tiba pulak hujan turun dengan lebat,
begitu jugak dengan langit.
warna biru dah hilang dek awan hujan.
gelap lagi bandar kuantan hari ini.
ingatkan dapat ler cuaca panas harini,
rupanya masih lagi basah dihujani dengan hujan monsoon.

semalam hujan memang non stop,
sekejap lebat sekejap tidak,
alhamdulillah tiada lagi kejadian buruk berlaku.
harap-harap hujan hari ini tidak seteruk semalam,
harap-harap jugak musim monsoon kali ini tidak seperti tahun lepas,
amin.

23 Dec 2015

Menangis Tengok Doraemon

orang lain dah lama tonton,
aku baru nak layan filem Doraemon yang terbaru nie,
tengok review sebelum ni untuk Stand By Me memang ramai yang sedih.
rasa macam tak percaya pulak bila ramai kata begitu,
tapi bila dah tengok sendiri aku akui memang menyentuh perasaan,
membesar dengan kartun doraemon memang membawa seribu kenangan filem nie.
terima kasih buat Astro kerana menyiar filem ini di AstroCeria (611)

stand by me
dalam memori sampai mati
Stand By Me secara keseluruhan adalah rumusan untuk semua koleksi komik Doraemon,
bermula jilid satu hingga jilid akhir diringkaskan dalam filem nie,
kenapa doraemon datang dan pergi,
macam mana doraemon suka dorayaki,
flashback balik alat-alat doraemon yang aku lihat dulu-dulu
suasana bilik dan taman permainan tidak berubah,
begitu jugak watak dan suara.
stand by me doraemon
roti yang paling ramai orang nak.
stand by me doraemon
watak yang akan dirindui
stand by me doraemon
penjahat yang baik
cuma kali ini watak-watak yang ada mereka hidupkan dengan watak 2D,
memang aku respect ler siapa pencetus idea nie.
ia membawa balik memori dengan kenangan waktu aku sekolah dulu,
bila watak dah hidup jalan cerita pun nampak hidup dan penuh dengan emosi,
tak sangka aku boleh layan lagi Doraemon di usia begini,
jauh beza dengan feel kita bila baca komik.
jauh beza jugak dengan kartun yang masih lagi ditayangkan di NTV7.
kalau budak-budak tengok mereka takkan paham,
mereka tak membesar dengan alat-alat doraemon,

plot paling sedih semestinya bila doreamon mahu pulang ke masa depan,
part Nobita lawan Giant memang takkan dilupa,
kalau novel pun boleh sedih inikan pula watak yang dihidupkan,
ditambah pula dengan muzik backgorund menjadikan part paling emosi.
rasanya time nie ler yang orang cakap boleh menangis tue.
stand by me doraemon
last scene paling best
stand by me doraemon
bye bye doraemon
satu lagi part yang bagi aku cukup emosi ialah part paling last dalam filem,
part dimana mereka kononnya buat aksi yang tak jadi,
biasanya filem Jackie Chan ada buat seperti ini,
macam "behid the scene"
bila mereka buat seolah-olah doraemon ni wujud,
seolah-olah watak yang ada hidup dalam realiti,
memang menjadi idea dan konsep Filem Doreamon ini dibuat,

satu kerugian ler kalau tak tonton bagi yang membesar dengan kartun doraemon nie,
tak pasti masih lagi ditayangkan atau tidak di Astro Ceria hujung minggu ni,
rajin-rajin ler tengok info nanti.
memori bersama Doraemon sukar dilupakan.
selamat menonton.

16 Dec 2015

Kenangan Meteor Garden

semalam duk cerita pasal Meteor Geminids,
tetiba teringat pulak satu cerita bersiri taiwan yang popular dulu,
Meteor Garden.
meteor garden
Meteor Garden
kalau tak silap cerita ni feymes time aku Form 5,
sekitar tahun 2003,
watak dalam ni ada 3 jer yang popular,
shan chai, dao ming si dan juga Lei,
ramai yang minat Lei berbanding watak utama dao ming si,
sebab watak Lei agak cool dan rileks jer,
meteor garden
memori dulu-dulu
memang trending wordwide cerita ni dulu,
datang sekolah jer semua cerita pasal nie,
ada yang geram dengan dao ming si,yang marah kat shan cai, yang sedih kat Lei ,dah macam director masing-masing
terutama pelajar perempuan,
time tue boleh tengok ler buku-buku kompilasi F4 yang diorang ada,
gunting dari majalah tampal dalam buku biografi.
ada juga yang buat penada buku,
yang balut buku teks pun ada
kenangan betul sekolah dulu.
boys over flower
Boys Over Flower
sama jugak dengan versi terbaru Boys Over Flower,
tak ramai yang minat Jun Pyo berbanding Ji-Hoo
aku siap boleh hafal nama kalau dah minat,
walaupun kadang-kadang berbelit lidah nak sebut,

kalau F4 yang dulu sempat ler beli  kaset diorang,
minat punya pasal,
memang dah lupa lagu apa yang ada dalam kaset tue,
tapi kalau search kat youtube ada salah satu lagu faveret aku.
tajuk omputih tak tahu,
boleh terjah sini Youtube : F4
ketika tu ada gak angan-angan nak jadi macam diorang,
nak ada boyband kononya,
rambut ala-ala jerry..
hahahhahaha
rasa lawak pulak bila throwback
meteor garden
Dimana mereka sekarang
sekarang entah kemana pelakon Meteor Garden,
yang latest sempat tenggok Vannes,
sebab dia ni memang aktif menyanyi dan terbaru jadi juri untuk Asia Got Talent.
yang lain tak pasti,
mungkin tak perasan sebab muka masing-masing pun rasanya dah berubah,
last tonton tahun 2013,
12 tahun dah berlalu,
terima kasih ler pada diorang sebab mewarnai kenagan aku dulu-dulu,
satu-satunya drama ketika sekolah yang masih aku ingat sampai sekarang.

15 Dec 2015

Meteor Geminids Menghiasi Langit Bumi

ada yang sempat tengok meteor malam tadi?
ada yang takut melihat begitu banyak tahi bintang malam tadi?
kalau ada yang dapat tengok memang cukup bertuah,
itu adalah Meteor Geminids , meteor yang paling aktif setiap tahun,
dan itu adalah persembahan penutup meteor bagi tahun 2015,
dalam 1 jam ada 120 meteor yang boleh dilihat. ( sumber : Falak Online )
Geminids turut kelihatan di Malaysia | sumber : AmirAzim
malam tadi adalah malam kemuncak bagi meteor Geminid,
kalau di negara barat dipanggil Geminids Meteor Shower,
bukan majlis Baby Shower yang trending semalam yer.
meteor ni boleh dilihat dengan mata kasar,
tapi lagi cantik kalau dapat capture juraian meteor menggunakan kemera,

shark kongiskan antara gambar meteor yang menarik malam tadi.

A photo posted by Ray Cleveland Photography (@raycleveland) on



A photo posted by Francis So (@fransophoto) on

A photo posted by whoismikeroberts (@whoismikeroberts) on

bagi yang ada instagram boleh cari gambar meteor geminids malam tadi dengan menggunakan hashtag #geminids
gambar -gambar yang ada memang terbaik.
begitu cantik langit bumi malam tadi.
semoga terhibur.

Bukan Yang Pertama Makan Dalam Pampers

makan dalam pampers?
baby shower?
ini bukan yang pertama di Malaysia,
baby shower tu memang aku tak heran sangat,
dah memang tradisi orang melayu kita sekarang,
hal agama semua campak belakang dulu,
yang penting ada majlis.
dengan majlis baru orang akan ingat kita sampai bila-bila,
makan dalam pampers
Baby Shower
makan dalam pampers?
bukan yang terbaru dan pertama di Malaysia,
sebelum ni pun pernah terjadi,
waktu tu ketika Majlis baby Shower Aidil Zafuan dan pasangan.
terjah blog BeutifulNara - Baby Shower Aidil Zafuan Dan Zarema
malam tadi mungkin jugak yang buat majlis tu ambil idea dari sana.
makan dalam pampers
terliur?
kalau dah trending tu memang tak dapat dah nak elak,
tak tahuler apa perasaan tuan rumah sekarang,
sebakul kritikan dan hinaan telah diberi,
yang merisaukan ialah baby dalam kandungan,
katanya tak elok kalau ibu mengandung ni stress,

kepada yang mencaci dan menghina tu udah-udah ler.
jangan ditambah dosa kering yang ada,
bagi je lar kritikan membina.
kita pun buka perfect sangat.

kepada tuan rumah harap boleh ambil iktibar,
bagi ibu-ibu yang mengandung tu tak perlu nak baby shower,
tiada faedah dan tiada manfaat untuk baby tue,
dia dalam tu sedap jer tido,
kalau rasa nak buat jugak sila pesan awal-awal jangan upload kat media sosial.
kalau tidak merana diri nanti.

13 Dec 2015

NaNa Pilihanku

cerita bola dh habis.
tahniah selangor untuk Juara Piala Malaysia 2015,
kita cerita pasal satu lagi final malam nanti.
konsert akhir gegar vaganza 2015.
sengit jugak untuk malam ni

kalau ditanya pilihan aku,
semestinya nana menjadi faveret.
makin comel pulak tengok dia setiap minggu.
bukan lelaki le kalau tak cair kan.
nana juara?
rasanya memang cerah peluang dia,
tiap-tiap minggu kot Ramli MS puji dia,
peminat tak payah cakap le
paling ramai dalam dewan tu dengan baju purple,
rasa nak ootd baju purple je arini :)
siti nordiana 
boleh dikatakan video nana paling bnyak trending,
antara yang boleh ingat waktu dia bawa lagu ziana zain,
phew time tu memang aku sendiri tak percaya dia boleh bawa,
kemudian trending lagu memori berkasih,
ramai yang share,
lagu leman lagu tangkap leleh tu memang sedap.
throwback zaman cinta monyet time sekolah.
last week nyanyi lagu mengapa,
kesian tengok dia nyanyi lagu tu.
aku pulak yang semput tengok dia nyanyi.
nana gegar vaganza
girl power
untuk konsert akhir gegar vaganza malam ni tak tahu apa cerita,
persaingan nana antara ezad atau farahdya.
harap-harap gempak konsert akhir ni.
harap-harap bawak tuah buat nana,
siapa pilihan korang?

12 Dec 2015

Dalam Stadium Atau Depan TV ?

final Piala Malaysia 2015.
harini semua sembang pasal bola.
Selangor atau Kedah.
ataupun referee yang dapat nama malam ni?
tunggu sahaja apa jadi malam ni

piala malaysia
selangor atau kedah
tiket final dah sold out.
memang meriah setiap kali final.
ramai jugak yg minat menonton secara live di dalam stadium.
aku?
masih lagi memilih siaran langsung di TV.
tak kisah le pasukan faveret masuk final pun,
aku tetap memilih TV mahupun skrin besar.

kalau tengok tv ada replay,
sama ada gol cantik atau foul,
visual pun lebih jelas,
kalau duduk dalam stadium memang tak dapat ler semua tu.
padang bukan main jauh lagi.
player pulak nampak kecik jer.
kalau gol memang sekali tu je boleh tengok.
kalau kelip mata time tu memang menangis ler.
heheheh.

suasana tengok kat rumah pun meriah jugak,
ajak saudara mara datang,
member- member bujang mahupun family,
goreng keropok goreng nugget,
tambah lagi kopi O memang nikmat ler.
kalau gol mehu gegar rumah kalau dah ramai.
begitu jugak kalau di kedai mamak mahupun kedai makan.
memang meriah kalau gol.

stadium Felda United
ada satu dua pekara yang buat aku kurang selesa dalam stadium.
kedudukan padang yang agak jauh.
entah bila Malaysia nak ada stadium mcm Johor dan Felda.
tiada track balapan dalam stadium.
takdek feel nak tengok.
kawasan larangan merokok pun sepatutnya boleh dibuat.
kesian bagi yang bawa anak-anak.
bertambah serabut sekarang bila ada asap vape.
memang tak selesa ler.
nak ditegur kang takut kena kad merah pulak nnti.

tak kisah dirumah atau di stadium,
masing masing ada minat dan semangat untuk menonton,
support pasukan tempatan.
untuk malam ni aku memilih andik dari selangor.
mamat ni boleh jadi punca kemenangan selangor.
2 - 1 untuk selangor malam ni.


11 Dec 2015

Seksa Bagi Orang Tidak Berpuasa

baru lepas menonton Sayap Jibril.
kali ni cerita pasal azab orang tidak berpuasa.
begitu seksa bagi orang yang tidak menunaikan salah satu rukun islam.

mereka akan digantung,
kaki diatas kepala dibawah,
mulut mereka pula dirobek,
darah akan mengalir melalui tangan

itulah seksaan bagi mereka yang tidak berpuasa.
tergantung secara terbalik.
darah akan turun ke kepala.
mulut pula dirobek.
mampukah kita untuk bertahan seksaan begitu.
di dunia kita masih mampu bertahan,
kita masih mampu sembunyikan,
kita masih mampu berlakon,
tapi kita tidak akan mampu bawa semua itu ketika disoal kelak.
tiada alasan lagi.
sayap jibril
Sayap Jibril
setakat ini episod -episod Sayap Jibril tidak mengecewakan,
ini adalah sambungan dari rancangan Tanah Kubur,
konsep cerita sama sahaja,
menunjukkan azab-azab yang diterima ketika kita di hujung nyawa,ketika nazak.
cuma kali ini lakonan zahiril bagi aku cukup berkesan.
berlakon menjadi orang yang cacat penglihatan bukan mudah.
dah macam betul-betul buta dah tengok dia berlakon.
yang belum tonton boleh download Sayap Jibril yang ada di carian google.
pelanggan astro boleh tonton setiap jumaat di astro Oasis jam 7:30 petang.
tengok dan timba pengalaman yang dibawa.
insyaallah sama-sama kita muhasabah diri.

9 Dec 2015

Nyle,Model Yang Pekak Dan Bisu

mungkin ada yang follow mungkin tidak.
kalau yg follow America's Next Top Model mesti kenal.
tambah-tambah lagi kaum wanita.
bergetar segala tulung rusuk yang ada tengok Nyle.
aku yg lelaki ni pun bleh akui mamat ni memang smart.
memang dia layak untuk Juara America's Next Top Model , Nyle.

nyle america's next top model
Juara America's  Next Top Model 
apa yang special pasal Nyle,
disebalik muka dia yang smart dan hensem tu,
dia ada masalah pendengaran.
dia pekak dan bisu.
tapi dia boleh bertanding sama taraf dengan model yang lain.
ada yang kata dia menang sebab juri kesihan.
saja nak naikkan ranking show.
itu terpulang.

kalau tengok setiap minggu rancangan ni korang akan tahu.
bukan senang ke nak jadi model.
nak kena follow instruction photographer,
bukan takat show off body je.
kena bnyak communication dengan sekeliling.
sedangkan model yang biasa pun tak boleh nak follow inikan pula Nyle,
memang tak sangka dia dapat sampai ke peringkat ni.
kongsi sikit gambar terbaik dia.
nyle america's next top model
photoshoot bersama ibunya
nyle america's next top model
mata dia memang perghhhh
nyle america's next top model
bergetar tulang rusuk wanita
mata dia memang cantik,
setiap shoot mmg fotographer akan highlight mata dia.
jambang dia pun boleh tahan smart.
kena ler dengan bentuk muka dia yang bujur.
rambut memang stylo abis.
pekej lengkap mamat nie.
aku sebagai seorang lelaki memang jeles dengan Nyle,
tapi aku bersyukur aku masih lagi sempurna.

kalau tak puas tengok boleh tatap kat instagram.
dia ada akaun official di instagram.
nak tengok kena cari sendiri.
kalau malas klik je link ni.
bergetar tulang rusuk nanti.


8 Dec 2015

Koleksi Voucher Dan Coupon Online Di CouponBelanja

memang ramai yang terlepas pandang perihal voucher dan kupon bila shopping online,
ramai yang tidak tahu terdapat begitu banyak platform yang menyediakan jualan di atas talian,
promosi pula hanya dapat diketahui bila kita buka sesuatu platform,
sedangkan platform lain ada menyediakan diskaun yang lebih hebat.
CouponBelanja.com menyediakan semua koleksi voucher dan coupon yang ada di atas talian.
kini kita boleh dapat semua coupon dan voucher yang ada hanya di satu tempat.
daripada Lazada , Zalora , Rakuten , Food Panda semuanya boleh dapat laman CouponBelanja,

coupun belanja
Couponbelanja Malaysia
Rakuten Malaysia ada menyediakan jualan akhir tahun,
diskaun sehingga 60% untuk pelbagai jenis barangan,
fashion , barangan elektronik , aksesori telefon , dan barangan kesihatan boleh dapat disini,
sama konsep seperti Lazada,
disini kalau anda shopping anda jugak boleh mengumpul point,
makin banyak shopping makin banyak point,
bila dah sebut point tu paham-paham ler apa kegunaan dia.
Voucher Rakuten Malaysia boleh dapat di CouponBelanja.

coupon belanja
Pilihn Voucher Rakuten Malaysia
coupon belanja
Pilihan Voucher FoodPanda
kupon makanan pun ada disediakan di Couponbelanja.com
jangan ingat restoran dan kafe tidak menyediakan diskaun untuk pelanggan,
di Food Panda terdapat pelbagai promosi dan kupon makanan yang disediakan,
pilihan restoran dan kafe juga banyak di platform Food Panda,
satu kerugian kalau anda ke restoran tapi tidak gunakan kupon yang ada.
Voucher Food Panda Malaysia boleh dapatkan di CouponBelanja.

dah ada yang ambil kesempatan dari Lazada Online Revolution Sale ?
shark dah shopping 3 item  sempena Revolution Sale.
tinggal beberapa hari saja lagi,
rugi ler kalau tak ambil peluang yang ada ni,
diskaun dan harga tipu?
kalau tak pandai pilih dan malas nak search memang itu jawapanya,
tapi kalau pandai pilih , pandai cari memang berbaloi shopping Online nie

sebelum shopping,
tengok dahulu kupon dan voucher yang ada di Couponbelanja.com
jadi pengguna yang bijak,
guna sebaik mungkin peluang yang ada.

7 Dec 2015

Jauhkan Aku Dari Cinta Ini.

tengah syok duduk skroll FB terpandang satu keratan akhbar.
tak tahu bila punya dan dari mana.
mungkin cerita lama yang aku tertinggal.
perkongsian dari sahabat FB.
panah cinta nyah
panah cinta pondan
lelaki apakah ini.
kurang kasih sayang atau kurang didikan agama.
kalau kurang kasih sayang pun takkan sanggup beralih cinta seperti ini.

tak dinafikan pondan-pondan yang ada memang mempunyai aset dan pekej yang lebih mantap dari wanita biasa.
aset yang terlebih- lebih itu yang membuatkan kaum lelaki tewas.
pekej yang boleh menjatuhkan martabat seorang lelaki.

aku harap aku tidak akan tergolong dalam kelompok ini.
mintak dijauhkan.

30 Nov 2015

17KM Yang Perit

pengalaman yang baru semalam.
larian 17KM yang memeritkan.
masa yang diambil 2 jam 53 minit.
ada yang sanggup berlari dan berjalan dalam tempoh tu?
kalau sanggup boleh join marathon lepas ni
mysihat health run
rekod 17KM
untuk 17KM semalam memang aku surrender.
laluan agak berlainan.
masuk jungle track dan kena berlari di tepi pantai.
boleh dikatakan semalam 13KM untuk beach run.
larian bermula agak lewat sekitar jam 8.
rata-rata perlari perlu berlari di sepanjang pantai sekitar jam 9-11 pagi.
boleh imagine tak panas matahari kat pantai time tu.
orang kata panas kat pantai ni memang lain macam.
memang diakui semalam.
dengan lopak air kena harung,
ditambah pula dengan pasir pantai.
berat sungguh nak angkat kaki.
memang semalam surrender nak lari.
banyak berjalan dari berlari.
mysihat health run
jungle track
mysihat health run
beach run
entah dimana silap penganjur MySihat Health Run
kalau nak ikut pada iklan katanya hanya sejauh 13KM.
tapi semalam bila dah sampai finishing line jarak larian semalam adalah 17KM.
ramai jugak yang bising semalam.
mindset masing2 dah set nak lari 13KM.
tak sangka pulak kena tambah 4KM lagi.
perit tau 4KM lari di tepi pantai
dengan matahari terpacak atas kepala
kasut dan stoking basah kena harung air.
ada jugak yang kecundang.
mysihat health run
x menang apa-apa
yang penting semalam selamat sampai 17KM.
kalau tengok rekod masa memang agak buruk tu.
tapi tak kisah ler.
satu pengalaman baru.
dan seperti biasa dapat lagi rakan baru semalam.
itu yang best kalau join marathon.
dapat kenal dan tambah rakan-rakan baru.

tunggu pula larian apa yang akan datang lepas ni.
waiting for that.

27 Nov 2015

Hanya Di Kuantan

Kuantan dah jadi planet Marikh?
sejauh mana korang percaya mitos ni.
mungkin dengan koleksi gambar ni akan dapat jawapannya.
koleksi kereta bauksit di kawasan Bauksit Kuantan,Pahang Malaysia.

bauksit di kuantan
cuba teka warna apa kereta ni
bauksit di kuantan
ini bukan kereta rally
bauksit di kuantan
tiada lagi warna putih suci murni
bauksit di kuantan
ada nampak P ?
bauksit di kuantan
mana nombor plate?
bauksit di kuantan
dua warna
bauksit di kuantan
seni airbrush?
bauksit di kuantan
bukan kereta klasik
bauksit di kuantan
dah tahu datang dari mana
bauksit di kuantan
tiada lagi kereta sport
bauksit di kuantan
redha
bauksit di kuantan
mampu tak nak basuh
bauksit di kuantan
tinggi pun kena
jangan ditanya kenapa dan mengapa kalau terserempak dengan kereta sebegini di bandar kuantan.
silap-silap dapat pelempang nanti.
bukan malas ,bukan tiada masa , bukan taknak cuci.
tapi dah memang takdir hidup mencari rezeki di daerah bauksit.
tambah2 musim hujan ni memang bertambah pekat warnanya.
bauksit di kuantan
macam mana rupa tuan dia
sampai  bila?
tunggu sampai tiada nilai tanah disini.
kuasa kerajaan kuasa sultan?
hanya mampu berkuasa didepan TV.

p/s : Maaf kepada pemilik kenderaan..nombor pendaftaran jelas terpampang..harap dimaafkan.

25 Nov 2015

Kerja Paling Leceh

bangun pagi tadi tengok air aquarium dah bertukar warna.
dah tak ingat bila last cuci aquarium ni.
rasa macam baru lagi.
memang satu kerja yang leceh kalau nak cuci aquarium ni
kalau dah hobi bela ikan guppy kena ler buat jugak.
aquarium gupi
air dah bertukar kehijauan sikit
dalam aquarium ni ada 10 ikan guppy dewasa.
dan 2-3 minggu lepas ada pertambahan lebih kurang 20 anak ikan guppy.
itu yang leceh bila dah bela ikan guppy.
saiz yang kecik tu memang susah nak asingkan.
kadang-kadang kalau terlepas pandang memang mati sia-sia je guppy tu.
bertambah leceh bila ada anak ikan guppy bersaiz jentik-jentik.
memang kena sabar nak asingkan ikan bersaiz kecik ni.
tapi kalau dah minat kena ler buat.
kalau kotor memang tak nampak ler keunikan ekor ikan guppy nanti.
aquarium gupi
masih nampak aktiviti mereka
aquarium gupi
hijau tapi bersih?
walaupun air dah nampak kehijauan,
tapi still lagi boleh nampak apa yang ada kat dalam aquarium tu.
mungkin jugak pertambahan anak ikan tempoh hari buat air cepat kotor.
harap-harap dapat ler bertahan 1-2 minggu lagi.
takdek mood lagi ni nak cuci.