31 Dec 2014

Ulat Bulu Paling Besar Pernah Ditemui


Ulat bulu paling besar ditemui
shark pun tak pasti ini spesis ulat bulu atau ulat gonggok,
yang pasti size dia memang besar.
size yang besar bagi seorang baby.

jum kita tengok aksi Aleesya Nurani dengan ulat bulu paling besar pernah ditemui.
pertama kali kot dia jumpa spesis ni dalam hidup.
ulat bulu paling besar
terpinga-pinga bila 1st time melihat.
ulat bulu paling besar
mula takut bila letak atas badan dia
ulat bulu paling besar
beranikan diri untuk mencuba
ulat bulu paling besar
yeay~dh berani...ada kawan baru
ulat bulu paling besar
teman seperjuangan akhirnya

semoga terhibur

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

30 Dec 2014

3 Spesis Yang Merbahaya Di Musim Banjir

berita banjir pada hari ini | sumber : astroawani
Alhamdulillah,
hari ini dikhabarkan banjir terburuk di Kelantan semakin pulih,
namun ada beberapa tempat masih dinaiki air,
negeri pahang pula mencatat mangsa banjir yang meningkat.
diharapkan kejadian banjir yang terburuk pernah direkodkan tidak berlanjutan.

rata-rata sudah melihat kemusnahan yang berlaku di kelantan,
shark tidak sampai hati ingin berkongsi gambar di sini,
begitu tragis untuk dikongsi bersama,
ada yang hilang tempat tinggal,haiwan ternakan,tanaman,tempat mencari rezeki,
dan yang paling hiba , ada juga yang kehilangan orang tersayang.
takziah dan Al-Fatihah shark sedekahkan kepada mangsa.

di sepanjang musin banjir ini,
terdapat 3 spesis yang merbahaya dan patut dijauhi,
yang pertama sekali semestinya Ular,
ular mempunyai kebolehan di darat dan air,
bila banjir dah surut semestinya kawasan-kawasan tertutup menjadi tempat berlindung,
diharapakan orang ramai berhati-hati ketika membersihkan kawasan banjir.
spesis merbahaya di musim banjir
ular seringkali kelihatan di musim banjir
yang kedua spesis yang agak kecil tapi boleh mendatangkan kecederaaan,
antaranya lipan dan lintah atau pacat.
kawasan berlumpur dan lembap memang menjadi habitat mereka,
walaupun saiz yang agak kecil tapi bilangan habitat mereka agak besar,
spesis merbahaya musim banjir
kecik tapi berbisa
spesis ketiga ni agak merbahaya dan agak menyampah,
spesis ni tidak kira musim tidak kira siapa,
spesis kaki sebar cerita fitnah.
dalam aplikasi whattsap semestinya menjadi habitat mereka,
entah apa yang bermain di fikiran mereka,
buat cerita mengalahkan pengarah filem,
dialog dan skrip begitu cantik disusun,
spesis merbahaya musim banjir
salah satu cerita palsu banjir di Kelantan
diharapakan musibah yang melanda ini dapat memberi kesedaran pada semua pihak,
ini baru sahaja banjir yang melanda,
bencana alam di negara luar garisan khatulistiwa lagi teruk dan tragis.
kita masih bersyukur kerana menerima ujian kecil dariNya,

semoga bermanfaat.

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

29 Dec 2014

Sambutan Malam Tahun Baru Dengan Malam Cinta Rasul 2015


tertarik dengan satu artikel di akhbar Utusan semalam.
Utusan Malaysia -Batal Konsert Kerana Arahan

pada malam ambang tahun baru nanti, 31 Disember 2014,
kita tidak dapat  lagi melihat aksi anak muda terkinja-kinja di Dataran Merdeka,
tiada lagi percikan bunga api di bandar Kuala Lumpur,
ini kerana arahan telah dikeluarkan bagi menghormati mangsa-mangsa banjir yang sedang melanda,
nak tunggu bencana baru nak hentikan konsert?

sejauh mana arahan ini akan bertahan,
dataran merdeka dan putrajaya semestinya akur dan patuh atas arahan bigboss,
tapi macam mana pula di Bukit Bintang,dan jalan-jalan yang penuh dengan kelab malam,
rasanya arahan ni seperti "masuk telinga kanan keluar telinga kiri"
shark yakin kalau dibuat serbuan, 50% adalah orang melayu itu sendiri yang berada disana,
sambutan tahun baru malam cinta rasul 2015
Malam Cinta Rasul di Tahun Baru 2015
untuk pengetahuan ,slot pengisian malam tahun baru tetap ada,
cuma digantikan dengan Malam Cinta Rasul 2015,
Alhamdulillah kalau ada pengisian begini sepanjang tahun baru,
tapi seperti tidak kena bila dibuat pada malam tahun baru masihi.
bila difikirkan balik ada eloknya juga daripada buat konsert dan bunga api.
terpulang pada individu untuk menilai,

ini adalah kali pertama program selawat diangkat menjadi program rasmi malam tahun baru. 
mungkin ada yang kata Malam Cinta Rasul ni dibuat sempena arahan pembatalan konsert tahun baru,
sebenarnya itu adalah salah,
program selawat ini telah diumumkan lebih awal lagi sebelum bencana banjir berlaku,
10 Disember lagi program ini telah disusun oleh pihak penganjur.
tapi seperti biasa program begini tidak dipandang dan tidak diendahkan orang kita,
sambutan malam tahun baru malam cinta rasul 2015
10 Disember - lihat jumlah like yang agak sedikit.
kepada yang berkesempatan,
jangan lupa ke Datara Merdeka pada malam 31 Disember 2014 nanti,
Malam Cinta Rasul akan bermula jam 8 malam.
pelbagai acara telah disusun seperti
  • solat isyak berjemaah
  • solat hajat
  • doa dan zikir munajat
  • Qasidah Munajat ( habib Syech Al-Seggaf
  • Kutipan Bantuan Banjir
untuk yang tidak berkesempatan boleh melihatnya di kacaTV
Tv Al-Hijrah akan membawa secara langsung Malam Cinta Rasul bermula jam 9 malam.
untuk info lebih lanjut boleh layari Facebook Malam Cinta Rasul.
sambutan malam tahun baru malam cinta rasul 2015
sedikit info malam cinta rasul 2015
semoga bermanfaat.

#prayforpantaitimur
#doauntukpantaitimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

25 Dec 2014

Kelantan Negeri Di Bawah Air

tajuk akhbar kosmo
tajuk akhbar Kosmo! hari ini 25Disember 2014
agak terkilan dengan salah satu tajuk akhbar tabloid malaysia hari ini,
rasanya masih ada begitu banyak tajuk yang perlu diletakkan di dada akhbar tersebut,
rasanya tajuk ini hanya menunjuk-nunjuk tajuk akhbar mereka sebelum ini,
konon-konon nak kata apa yang dikatakan oleh mereka sebelum ini benar.

malas nak ulas panjang,
kalau dah jenis akhbar tabloid begitulah caranya,
tajuk sentiasa gempak berbanding isi kandungan

teruskan memberi harapan kepada mereka yang menjadi mangsa banjir,
hari ini dikatakan daerah Kuala Krai dan Kota Bharu teruk dilanda banjir.
doakan agar banjir disana cepat surut.
pray for pantai timur
Pray For Pantai Timur
#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

24 Dec 2014

Doakan Yang Terbaik Buat Mangsa Banjir

#prayforpantaitimur
#prayforpantaitimur
musim tengkujuh cukup sinonim di setiap hujung tahun,
kawasan pantai timur kebiasaannya akan terkena tempias hujan monsoon,
pada tahun ini , Kelantan dilanda banjir yang agak teruk,
di Kuantan termasuk hari ini sudah masuh hari ke-3 hujan tanpa henti.

fenomena "new moon" dikatakan menjadi faktor banjir kali ini,
paras air pasang tinggi daripada biasa ketika fenomena new moon berlaku,
kadar taburan hujan serta angin monsoon akan berterusan hingga awal januari 2015,
walaupun bunyi agak lama namun diharapakan banjir di pantai timur cepat surut.

kepada pihak yang tidak bertanggungjawab,
sudah-sudah sebarkan berita yang tidak sahih,
jangan rumitkan lagi keadaan,
jangan timbulkan suasana panik mangsa banjir,
perihal empangan dan bekalan elektrik sering menjadi bahan didalam media sosial.
tidak perlu anda memberitahu untuk orang ramai bersedia dengan cara begitu,
silap-silap anda yang disaman nanti atas kesalahan menyebar berita palsu.

kepada mangsa banjir shark harapkan mereka tabah dan bersabar,
Ujian kecil untuk menguji kita semua sebagai hamba Allah.
sama-sama kita doakan agar situasi buruk ini akan pulih secepatnya.
amin.
#prayforpantaitimur
#doauntukpantaitimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

17 Dec 2014

Jadikan Malam Ku Lebih Indah


tengok tajuk dah tahu kan itu lirik lagu.
last week Official Video Muzik Lagu Mewangi -Akim sudah pun keluar.
boleh ker laman Youtube - [MV] Mewangi - Akim & Majistret untuk melihatnya.

shark bukan nk kongsi lagu Mewangi harini.
tempoh hari sudah kongsi Lirik Lagu Mewangi kat sini
hari ini cuma nak terjemahkan tajuk diatas dalam bentuk gambar.
seperti biasa model pada hari rabu adalah Aleesya Nurani.
dan hari ini kita tengok telatah dan gaya tidur dia yang sempat dirakam.

aleesya nurani
gaya pertama - sopan santun
aleesya nurani
gaya kedua - hoorey
aleesya nurani
gaya ketiga - i can fly
aleesya nurani
gaya bebas - yeaahhhh

semoga terhibur

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

16 Dec 2014

DI Sebalik Kedai Aksesori Telefon Adam Hawa


bukan mudah nak melihat orang kita membuka kedai seperti aksesori telefon,
tapi terlalu mudah untuk melihat orang kita bekerja di kedai aksesori telefon,
majoriti yang menguasai pasaran aksesori telefon dimonopoli oleh kaum cina,
dimana silapnya?
dihalang oleh modal yang besar atau tiada kemahuan yang tinggi.

Adam Hawa Shop Enterprise - Kedai Aksesori Telefon
Adam Hawa Shop Enterprise - Kedai Aksesori Telefon
di Kuantan,
Adam Hawa Shop Enterprise adalah salah satu kedai menjual aksesori telefon hak milik bumiputera,
ianya dimiliki oleh rakan shark , saudara Izat Emir.
kebiasaan kita lihat kedai-kedai menjual aksesori hanya terdapat di lot-lot kecil di dalam Shopping Mall,
tapi tidak bagi beliau,
beliau mengambil keputusan yang bagi shark berisiko tinggi,
menyewa sebuah kedai di luar bangunan Shopping Mall untuk menjalankan perniagaan aksesori telefon.
menyewa satu lot kedai yang dipenuh dengan aksesori telefon sahaja.
Adam Hawa Shop Enterprise - Kedai Aksesori Telefon
nampak kemas dan teratur bagi sebuah kedai aksesori telefon
Adam Hawa Shop Enterprise - Kedai Aksesori Telefon
pelbagai aksesori di kiri dan kanan
melangkah masuk ke dalam kedai Adam Hawa ini,
kita dapat lihat susunan aksesori yang lebih teratur,
ruang yg lebih luas,kemas dan nampak eksklusif,

jauh berbeza dengan kedai di dalam shopping Mall,
nak mencari aksesori tu kadang-kadang begitu serabut dengan susunan aksesori
kadang-kadang tidak selesa berurusan dengan orang lalu lalang di belakang,
nak buka wallet pun kadang-kadang takut,
kebiasaan port begini yang akan jadi tumpuan kaki ragut dan kaki 'pow'
Adam Hawa Shop Enterprise - Kedai Aksesori Telefon
ruangan menunggu dan lepak secara santai sementara menunggu
disini semuanya tampak selesa
anda hanya berurusan dengan pekerja,
tiada lagi orang lalu lalang di belakang
kalau rasa pasangan anda seorang yang leceh dalam membeli aksesori telefon,
ruangan menunggu turut disediakan.
pemasangan seperti skrin protektor kadang-kadang mengambil masa yang lama,
itu sebab kita boleh menunggu secara santai disini sambil telefon disiapkan oleh pekerja.

kepada yang berada di Kuantan boleh ler singgah di Kedai Adam Hawa Shop Enterprise,
siapa lagi kalau bukan kita nak bantu ekonomi orang kita sendiri,
bukan senang nk cari orang melayu yang berani dan boleh buka kedai aksesori seperti ini,
lokasi kedai ini berdekatan dengan Shopping Komplek Kuantan Parade.
atau boleh ke Page facebook Adam Hawa untuk lebih info dan promosi.
Adam Hawa Shop Enterprise - Kedai Aksesori Telefon
Lokasi Kedai Adam Hawa Shop Enterprise
 semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370




15 Dec 2014

Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate

GA Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate

tanpa sebarang kos,
dapatkan sebuah buku yang mampu mengubah kehidupan kita dengan blog.
janakan blog sebagai sumber pendapatan.
tarikh tutup 16 Disember 2014
klik banner untuk sertainya.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

13 Dec 2014

Festival Light And Motion Putrajaya 2014 ( LAMPU)

Festival Light And Motion Putrajaya 2014
Festival Light And Motion Putrajaya 2014
bermula malam tadi ( 12 Disember ) sehingga 14 Disember,
Bandar Putrajaya akan disinari cahaya-cahaya indah,
semuanya kerana Festival Light And Motion Putrajaya 2014,

bangunan-bangunan kerajaan disini akan diserikan dengan pelbagai warna dan corak,
antara bangunan yang terlibat ialah
  • Kementrian Perdagagan Dalam Negeri 
  • Koperasi Dan Kepenggunaan
  • Menara Usahawan
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Audit Negara
  • Istana Kehakiman
  • Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
  • Kompleks PJJ
selain daripada melihat keindahan lampu pada bangunan yang terlibat,
acara lain turut diselitkan antaranya permainan pencahayaan interaktif , pameran automotif bercahaya , kayuhan basikal dan beca bercahaya dan mini expo IT akan memeriahkan suasana,
sumber : Malaysia Review

shark kongsikan antara gambar-gambar yang telah dirasmikan malam tadi.
kesemua gambar diambil dari Facebook Perbadanan Putrajaya
Festival Light And Motion Putrajaya 2014
bangunan istana kehakiman dihiasi corak dan lampu
Festival Light And Motion Putrajaya 2014
Masjid Tuanku  Mizan turut dimeriakan dengan warna dan tulisan khat
Festival Light And Motion Putrajaya 2014
bangunan istana kehakiman bertukar warna
Festival Light And Motion Putrajaya 2014
permainan turut disediakan
Festival Light And Motion Putrajaya 2014
bermain dengan cahaya
kepada yang berkesempatan boleh ler bawa keluarga kesini.
Festival akan berlangsung sehingga 15 Disember.
Festival akan bermula seawal jam 8:30 malam.

untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Perbadanan Putrajaya.

semoga bermnafaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Voucher Dan Coupun Free Dari iPrice Shop

membeli secara online bukan pekara baru di Malaysia,
ramai yang gemar membeli secara atas talian yang dikatakan lebih mudah,
tapi sejauh mana anda bijak menggunakan wang untuk dibelanjakan diatas talian?
diskaun yang diberikan belum tentu cukup untuk anda berbelanja secara berhemah,
dapatkan tiket coupun dan voucher dari iPrice Shop yang mampu berikan lebih dari harga diskaun.
iPrice shop
iPrice Shop
apa itu iPrice Shop?
sebuah lamam web yang menyediakan voucher,coupun dan diskaun di dalam satu pautan,
disini kita boleh dapatkan pelbagai promosi yang disediakan oleh syarikat atas talian antaranya lazada , Zalora , Expedia , Jacob Time

untuk dapatkan voucher dan coupun yang diberikan cukup mudah,
klik sahaja button yang disediakan dan anda akan dibawa ke page shopping tersebut,
disini tak pelu lagi anda susah payah mencari barangan yang menyediakan diskaun hebat,
satu klik sudah boleh membawa anda ke pautan yang anda inginkan.

bayangkan dengan harga diskaun ditambah pula code voucher.
semestinya barang yang dibeli lagi murah harganya,
kadang-kadang code voucher ni ada yang tawarkan potongan sehinnga RM30-RM50.
semuanya boleh anda dapatkan di iShop Price.
tapi tak ramai yang gunakan voucher dan coupun sewaktu membeli
semuanya kabur dengan harga diskaun sahaja.

diharapkan perkongsian ini mampu mengubah cara anda berbelanja,
dapatkan coupun dan voucher di iPrice Shop untuk mendapatkan harga lebih murah.
layari www.iprice.my untuk maklumat lebih lanjut.
Lazada Coupun : http://iprice.my/coupons/store/lazada-malaysia-voucher-codes/
Facebook : https://www.facebook.com/iPriceMalaysia?ref=hl
Twitter : https://twitter.com/iPriceMY

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

12 Dec 2014

Riak Wajah Separuh Akhir Piala Suzuki AFF2014

separuh akhir piala suzuki aff 2014
penyokong Skuad Harimau Malaya di Vietnam malam tadi | sumber : asiana.my
rasanya inilah gambar terbaik untuk perlawanan Malaysia dan Vietnam malam tadi,
gambar ini dirakam oleh photographer Khairil Ajhar Jaafar
Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2014 menyaksikan pasukan kebangsaan megah ke peringkat Akhir.

melihat pada gambar diatas ada beberapa riak wajah yang menggambarkan suasana malam tadi,
mereka memang layak menjadi pemain ke-12 pasukan Harimau Malaya.
RESPECT!
  • pakai jersi malaysia - bangga mewakili negara walaupun agak sukar di peringkat awal
  • pakai jersi malaysia pegang bendera Vietnam - perpaduan / respect
  • topi merah berdiri megah - kepuasan tidak terhingga
  • wanita menagis di belakang - keputusan yang tidak disangka-sangka
  • sorakan - tidak gentar dengan ancaman disana

malam tadi adalah malam gemilang buat semua,
hari ini rata-rata semuanya bercerita pasal bola.
shark sendiri tidak percaya skuad Harimau Malaya mampu membenam Vietnam,
tahniah buat pasukan bolasepak kebangsaan,
tahniah juga buat penyokong yang datang untuk memberikan sokongan.
kita jumpa di Akhir Piala Suzuki AFF 2014 minggu depan.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#bangkitbersama

11 Dec 2014

Batang Pendek itu Seronok

HTC RE
keratan Akhbar Harian Metro 10 Desember 2014
bunyi agak lucah.
tapi itu yang terpampang di bahagian IT Harian Metro semalam
akhbar Nombor 1 Malaysia.

entry ini merujuk kepada satu gajet keluaran terbaru daripada HTC
ianya adalah kemera kompak bersaiz batang paip,
nama diberi HTC RE,
ianya berfungsia sama seperti Go Pro.
satu lagi kamera untuk kaki gambar dan kaki selfie,
kecil dan mudah dipegang, dapatkan info lajut di Harian Metro | Tak Kisah Batang Pendek,Janji Seronok

TC RE
HTC RE
htc re
bersambung terus ke smartpphone
agaknya apa tajuk yang sesuai boleh diberikan untuk gajet ini,
shark tak pasti apa yang editor cuba sampaikan,
mungkin benar ciri-ciri HTC RE itu pendek,
mungkin juga ini kreativiti editor,
yang pasti gajet terbaru ni nampak menarik.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayforpalestine

10 Dec 2014

Joget Basmi Rasuah


joget basmi rasuah
Sebahagian anggota tentera dan polis yang terlibat dalam joget basmi rasuah | sumber : Harian Metro
cara terbaru untuk membasmi rasuah di Indonesia,
dapatkan berita lanjut di Harian Metro |  Joget Basmi Rasuah hari ini,

jangan pula SPRM Malaysia tiru gaya ini sudah ler,
makan maki nanti kang.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

9 Dec 2014

Maaf Buat Salesman Salesgirl

salesman malaysia
notis untuk salesman dan salesgirl
buka sahaja pintu kereta di parking shopping kompleks,
mereka datang membawa seribu harapan,
berpakaian kemas dan bertutur manis adalah senjata mereka,
pelbagai promosi dan aneka barangan mereka bawa,
dengan harapan dapat memberikan mereka sedikit imbuhan.

maaf buat abang salesman dan kakak salesgirl,
bukan tidak mahu bantu,
shark tahu anda meraih pendapatan degan hasil jualan itu,
tapi cara pendekatan yang anda gunakan itu tidak berkenan langsung,
bila orang kata tak nak tak perlu anda bersusah payah membuat 'demo'
tolonglah jangan jual secara paksa,
when i say no is no.
bila ditolak secara baik anda seolah-olah tidak mengerti,
bila menolak secara kasar nanti anda pula terasa,

kenapa tidak gunakan pendekatan yang lain pula,
rasanya dah berzaman salesgirl dan salesman buat kerja begini,
kenapa tidak gunakan medium seperti kiosk,
kenapa tidak gunakan kemudahan yang ada di pasar malam dan pasar tani?
sewa sahaja kanopi yang disediakan,
buat banner dan meriahkan gerai anda,
tak perlu susah payah nak kejar orang di parking kereta dan rumah,
tidak perlu lagi terasa bila melihat notis dan signboard 'No Salesman'
no salesman allowed
hampir kesemua premis ada signboard ini
sedangkan orang yang jual racun perosak di pasar malam boleh dapat untung,
racun perosak yang kadang-kadang merapu pun ada orang beli,
kenapa pula tidak anda yang jual barangan yang lebih elok,

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

6 Dec 2014

Shopping RM1212 Di Lazada Malaysia [Contest]

Shopping RM1212 Di Lazada Malaysia
Shopping RM1212 Di Lazada Malaysia [contest] di Blog Sayaiday
jangan ditanya apa yg boleh dibeli dengan shopping RM1212 di Lazada Malaysia,
sekali tekan button 'BUY'  ianya mampu mengubah ketebalan dompet. 
setiap bulan,setiap minggu ada sahaja promosi,
untuk promosi terdekat ialah Online Revolution Lazada pada 12-12-2014 nanti.
Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.
berbalik kepada entry harini,
apa yang shark boleh belanjakan dengan RM1212 di Lazada Malaysia,
pekara paling utama bila shopping adalah melihat promosi yang disediakan,
untuk bulan Disember di Lazada , shark tertarik dengan Promosi Clearance Sale(Everything Must Go).
bila sebut pasal 'clearance' semestinya barang-barang yang ditawarkan adalah murah.
Promosi Clearance Sale Lazada | http://www.lazada.com.my/highlights-clearance/
bila dah murah kita lihat pula potongan diskaun yang diberikan,
dan terjumpalah shark satu gajet yang menawarkan diskaun 46%,
DSLR Canon 1200D dengan KitLense 18-55mm menjadi pilihan,
harga asal ialah RM1899,
setelah diskaun 46% harga DSLR ini ialah RM1019 sahaja,
Canon Eos 1200D RM1,019 | http://www.lazada.com.my/import-canon-1200d
kenapa shark memilih DSLR Canon 1200D?
  • sebuah Entry-Level DSLR yang mendapat bnyak pujian dari pakar
  • harga di Lazada jauh berbeza dengan harga market sekarang ( RM1800)
  • pembelian di Lazada secara online lebih selamat berbanding market online yang lain
  • penghantaran yang cepat,(1-3hari) terasa berbaloi membayar beribu ringgit

baki masih lagi tinggal RM193 untuk dibelanjakan,
bila dah beli kamera DSLR , aksesori seperti beg diperlukan,
shark memilih Manfrotto Amica 50 Shoulder Bag untuk mengisi DSLR Canon 1200D
harganya hanya RM88.60 daripada harga asal RM161.
Manfrotto Amica 50 | http://www.lazada.com.my/manfrotto-amica-50
kenapa Manfrotto Amica 50 ?
  • design bag lebih stylish daripada bag biasa,
  • jenama Manfrotto bukan asing bagi pengguna DSLR
  • harga dan diskaun yang diberikan memang terbaik,

bila dicampur 2 item yang shark belanjakan,
semuanya berjumlah RM1107.60,
modal RM1212 masih tinggal baki RM104.40,
perlu ke shark belanja semua?
tak perlu.
belanja apa yang dihajati sahaja,
yang lebih boleh buat belanja rakan-rakan minum sambil menayangkan apa yang telah dibeli di Lazada.

cukup perbelanjaan shark dengan shopping RM1212 di Lazada Malaysia,
apa pula yang boleh dibeli oleh anda?
jom join kontest yang dianjurkan ini di Blog Sayaiday | shopping RM1212 di Lazada Malaysia,
berpeluang untuk memenagi RM200 dan voucher.
semuanya sempena Online Revolution Lazada pada 12-12-2014 nanti.

semoga bermanfaat.
selamat bersegmen.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

4 Dec 2014

Persembahan Bunga Api Dan Bot Berhias Kuantan 2014

perarakan bot berhias kuantan 2014
perarakan bot berhias dan persembahan bunga api Kuantan 2014
kepada yang berkesempatan ke Kuantan hujung minggu ini jangan lepaskan peluang,
satu perarakan bot berhias dan persembahan bunga api akan diadakan di Kuantan,
setakat ini 31 penyertaan bot berhias telah diterima,
satu lagi acara yang akan diadakan ialah Perasmian Mercu Tanda Bandar Kuantan,
ketiga-tiga acara ini akan diadakan serentak pada malam sabtu ini, 06 Disember 2014, sempena memuliakan sambutan 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang,Sultan Ahmad Shah,

kalau mengikut jadual,
perarakan bot berhias sepatutnya dibuat pada Julai 2014,
tetapi atas beberapa masalah ianya ditunda pada sabtu ini,
kalau tahun lepas Bandar Kuantan meriah dengan Persembahan Bunga Api Berirama,
tahun ini lagi meriah dengan perarakan bot berhias dan perasmian Mercu Tanda Bandar Kuantan
persembahan bunga api berirama 2013
bunga api berirama di Kuantan 2013
bunga api berirama 2013
bunga api berirama di Kuantan 2013
kesesakan lalu lintas sudah pasti menjadi agenda pada malam itu,
Majlis akan bermula jam 8.30 malam.
dan beberapa jalan akan ditutup seawal jam 7 petang,
antaraya :
  • Jalan Tanjung Lumpur ( dari arah Tanjung Lumpur menghala ke Bandar )
  • Jalan Besar ( bermula lampu isyarat Esplanade hingga ke Tanah Putih )

kepada yang berkesempatan jangan lupa,
hari sabtu ini ,  06 Disember 2014,
rancang perjalanan anda,
kepada yang tidak berkesempatan insyaallah shark akan kongsikan kemeriahan di dalam blog nanti.

semoga terhibur.
semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

3 Dec 2014

Dress Aleesya Nurani

hari rabu adalah hari untuk Aleesya Nurani
kali ni nak share dress yang dipakai oleh anak buah shark sorang nie.
dress baby ni memang kiut,
dress ni dijahit oleh rakan shark,
tak boleh dibeli dan didapati di mana-mana kedai.
limited.
dress aleesya nurani
dress hitam putih-cucu orang pahang nie.
dress aleesya nurani
dress reben besar
dress aleesya nurani
dress bunga-bunga
ini pula dress ootd Nurani ketika Majlis Cukur Jambul.
dress ala-ala princess gitu.
dress aleesya nurani
ootd majlis cukur jambul
dress aleesya nurani
lena dibuai mimpi princess
dress ni memang dibuat khas untuk Nurani.
waktu nurani pakai ni umur dia baru sebulan.
rasanya boleh bertahan kot sampai 3-4 bulan kalau tgk dari size dress tue,
berminat?
boleh PM di Facebook shark kalau ada yang berkenan,
insyaallah shark akan usulkan nanti pada rakan shark.
design dan warna terletak pada kreativiti tukang jahit :)

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370