29 Nov 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com


Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....

Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar
WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!!
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )
Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar
EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.

Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.

Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? : Diri Sendiri-shark

Umur pengguna? : 28 tahun

Jantina pengguna? : Lelaki

Jenis kulit? : Berminyak, Kering,

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
bagi seorang lelaki semestinya akan mengalami masalah kulit berminyak dan kulit kering disebabkan tiada masa untuk memakai dan membeli produk-produk yang dianggap leceh oleh kaum lelaki.
Produk Ephyra Skin Bar diharapkan dapat membantu masalah kulit berminyak dan kering dengan hanya penggunaan yang ringkas.tidak perlu lagi produk kecantikan yang banyak untuk memberi kulit wajah yang sempurna,hanya gunakan Ephyra Skin Bar untuk kegunaan seharian.
shark juga mengalami masalah eyebag yang teruk.pernah ceritakan disini.diharapkan bahan antioksida dan anti-penuaan yang terdapat dalam Ephyra Skin Bar dapat membantu.

Pengguna Ephyra? : Tidak


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Kecewa Juara Lagu Muzik Muzik 29 ?

juara lagu 29
12 lagu ke Anugerah Juara Lagu 29
Malam tadi berakhir sudah Separuh Akhir Muzik-muzik 29,
keputusan lagu ke Juara Lagu 29 agak mengecewakan,
banyak lagu faveret dan ramalan shark tak dapat ke AJL29,

rata-rata ramai yang kecewa bila lagu Mewangi dan Arjuna Beta tidak terpilih,
shark sendiri terkejut lagu Fynn Jamal tak layak,
shark dah gambarkan juna akan muncul di pentas akhir dan akan dipilih untuk persembahan terbaik,
lirik Aku Juga Manusia - Amir jahari yang dikatakan mendalam juga tidak terpilih,

hanya 2 lagu yang menjadi pilihan shark di pentas akhir nanti
  • Matahari | Hafiz - suara dan lagu memang touching - calon vokal terbaik
  • Apa Khabar | Joe - peminat Too Phat semestinya memilih lagu ini,,tribute untuk Malique

memang tak sangka sebenarnya lagu Apa Khabar tu layak,
shark meminati Joe sejak dari Too Phat lagi,
dan memang gembira bila lagu ni tercalon,
lagu yang khas ditujukan kepada Malique ini memang cantik ditulis oleh Joe,
lirik lagu mengisahkan perjuangan dan perjalanan mereka dengan Too Phat,
dan kalau tonton Vklip Apa Khabar , kita boleh lihat bayangan Malique di dalam tu.
juara lagu 29
bayangan Malique dalam vklip Apa Khabar
Hafiz sekali lagi ke berjaya ke Anugera Juara Lagu,
kali ini lagu Matahari menjadi pertaruhan,
shark rasa tiada masalah bagi hafiz untuk dapat vokal terbaik sekali lagi dengan lagu ini,
cuma saingan agak sengit dengan adanya Dayang dan Alyah
persembahan terbaik mungkin juga kalau Adik Balqis muncul untuk membuat persembahan,
dengan hanya berseluar track pun hafiz boleh dapat persembahan terbaik,
inikan pula kemunculan Pelakon Terbaik Anugerah Skrin,Adik Balqis.
anugerah juara lagu 29
adik balqis muncul dalam Vklip Matahari
Juara Lagu 29 akan berlangsung pada 18 Januari 2015,
juri sudah membuat keputusan,
lagu yang tak layak tu tak perlu dipertikaikan,
download sahaja dan dengar sepuas-puasnya.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
 

27 Nov 2014

Walimatulurus Perdana 9 Pengantin

walimatulurus perdana kuantan 2014
kad jemputan Walimatulurus Perdana Kuantan 2014
musim cuti sekolah sudah bermula,
seperti biasa musim cuti ini akan ada banyak jemputan ke majlis perkahwinan,
Insyaallah pada hujung minggu ini,
30 November 2014 akan ada satu Walimatulurus Perdana di Kuantan,
9 pasangan pengantin akan diraikan serentak.
majlis ini dikendalikan oleh ADUN PAS Tanjung Lumpur , YB Ustaz Rosli Abdul Jabar

walimatulurus perdana 2014 kuantan
9 pengantin baru
mengikut jadual,
majlis akan bermula jam 9 pagi dengan majlis akad nikah,
pada sesi tengahari,bermulua jam 12 Jamuan akan disediakan,
9 Pengantin akan diraikan di Pantai Kg.Kempadang.
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan majlis,
Lokasi jamuan memang menarik kerana berhadapan dengan pantai.
orang ramai jugak dinasihatkan membawa tikar untuk berkelah bersama keluarga,
7 ekor lembu akan ditumbangkan untuk Walimatulurus Perdana ini,

walimatulurus perdana 2014 kuantan
lokasi jamuan berhadapan laut pantai
walimatulurus perdana 2014 kuantan
khemah untuk pengantin dan jamuan sedang dipasang
diharapakan program seperti ini akan terus dilakukan setiap tahun,
begitu banyak manfaat yang diperlohi dengan majlis sebegini,
kos semestinya dapat dikurangkan,
kemeriahan semestinya lagi meriah dari biasa,
pengalaman yang jarang sekali diperlohi oleh pengantin baru.

kepada bakal pengantin baru yang akan diraikan,
shark ucapakan tahniah dan Selamat Pengantin Baru,
semoga semuanya berbahagia ke anak cucu.
semoga majlis Walimatulurus Perdana ini akan berjalan lancar.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

26 Nov 2014

Botak Kesayanganku

sebelum ni dah tengok wajah anak buah shark , Aleesya Nurani di sini,
itu sekitar umur sebulan dan masih berambut lebat,
lepas majlis cukur jambul tempoh hari dia dibotakkan.
nak kata botak licin tak jugak,
botak nombor 1 pakai mesin,
macam mana rupa dia bila botak?
shark kongsikan koleksi Aleesya Nurani kepala botak.
aleesya nurani
kasi can dia tidur umur macam ni
aleesya nurani
tempat permainan sementara.
aleesya nurani
tiada gg tiada masalah
aleesya nurani
dah start main bubling
alessya nurani
tak mandi lagi nie..heheh

ngeh ngeh ngeh..
botak mana pun kalau dah muka baby face tetap geram duk melihatnya.
harini genap dia 2 bulan,
ibunya ada whatsap gambar terbaru hari ini,
katanya berat dia dah cecah 5.4kg.
rindu bangat walaupun baru 2 minggu dia balik ke Klang lepas ibu dia habis pantang disini.
aleesya nurani
#OOTD saya harini ke Klinik :)
semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

25 Nov 2014

impianku bernilai Rm300Ribu

mercedes gla suv
Mercedes Benz GLA - Class SUV | sumber : Paultan
Awal November baru-baru ini,
Mercedes Benz Malaysia telah keluarkan 3 model baru SUV Compact,
GLA 200 , GLA 250 dan GLA 45 AMG,
salah satu daripada model ini telah menarik minat shark untuk memilikinya.

SUV Compact memang kereta pilihan shark selepas model hatchback,
Proton Suprima dan Honda Jazz 2014 adalah kereta pilihan shark untuk tahun 2014,
buat masa sekarang masih lagi dalam proses kira-kira untuk memilikinya.
sejak kebelakangan ini,
SUV Compact mula mendapat tempat di pasaran Malaysia,
sekarang hampir kesemua pengeluar kereta mengeluarkan model SUV Compact.
yang biasa kita lihat diatas jalan adalah Mitshubishi ASX.

mitshubishi asx
SUV Compact Mitshubishi ASX | sumber : motottrader
apa yang buat shark minat SUV Compact adalah dari segi saiz dia,
saiznya lebih kecil dari SUV biasa dan lebih besar dari kereta biasa,
dari segi pemanduan semestinya lebih selesa dan lebih luas,
setakat ini kesemua model SUV Compact tidak mengecewakan dari segi design,
tidak perlu tambahan aksesori bila memiliki model SUV Compact.
seperti model terbaru ini, Mercedes GLA 45 AMG.

gla 45 amg mercedes benz
pandangan sisi GLA 45 AMG | sumber : Paultan
gla 45 amg mercedes
pandangan depan GLA 45 AMG | sumber : Paultan
gla 45 amg mercedes
pandangan belakang GLA 45 AMG | sumber : Paultan

sekali tengok memang jatuh cinta terus,
harga pula boleh gugur jantung bila nak membayarnya.
RM378,888 untuk model GLA 45 AMG.
harga sebijik rumah boleh dapat,
tapi kalau dapat memilikinya memang satu kepuasan,
tidur dan makan didalam kereta jawabnya.

dengan model GLA 45 AMG ini bertambah lagi satu koleksi kereta impian,
sekarang dah ada 5 kereta impian untuk dimiliki kelak,
akan shark kongsikan untuk entry berikutnya.
bila dah ada impian baru ler ada semangat untuk terus bekerja
motivasi diri dengan impian.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

24 Nov 2014

Kenali Sandra Jacobs

email scam
Sandra Jacobs Gadis Single

entah dari mana dia datang,
entah dari mana dia dapat email,
entah dari mana dia kenal shark.
tetiba pulak request nak jadi gugurl kita.

tengok pada nama macam best..
Sandra jacobs.
mungin juga dia anak kepada tauke biskut jacobs?
anak orang kaya ni,
siap attach gambo lagi.
bibir bukan kemain lagi,
rambut lebat.
mata kucing pulak tue.
huuuuuuu~ cair tengok.

but,
u r not my teste dear,
so sorry about that.
u can find someone else.

pesanan kepada saudara-saudara yang bujang tue,
jangan mudah terpedaya dengan ini semua,
ini yang dikatakakan email scam.
jangan sebab hanya satu email abang-abang sudah tergoda.
nanti tergadai semua.
hari-hari makan biskut kering jacobs nanti.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

20 Nov 2014

Animasi Puteri Limau

puteri
Puteri di TV3 setiap Khamis 9 malam

Animasi Puteri Limau akan mula menemui penonton malam ini,
Jarang sekali dapat lihat animasi mengambil slot 'Prime Time ' di kaca televisyen,
kebiasaan pada waktu ini slot drama dan dokumentari akan mengambil tempat.
bermula malam ini , satu animasi tempatan Puteri Limau akan ditayangkan jam 9 malam di TV3.

puteri tv3
5 Puteri Limau

Siapa Puteri Limau?
mereka adalah 5 beradik di dalam satu negeri,
nama-nama puteri semuanya unik,
  • Puteri Limau Kasturi
  • Puteri Limau Manis
  • Puteri Limau Purut
  • Puteri Limau Bali
  • Puteri Limau Nipis
nama-nama mereka diambil sewaktu permaisuri mengandungkan mereka,
setiap kali kandungan,Permaisuri akan mengidam buah limau yang berbeza,
dari situlah mereka mendapat nama.
disebalik nama dan wajah mereka yang manis,
mereka mempunyai kemahiran dan kuasa ajaib didalam diri mereka,
untuk apa dan apa kuasa yang ada nantikan kemunculan mereka malam ini.

puteri tv3
Puteri Limau Kasturi pilihan shark

dalam kelima-lima Puteri semestinya akan ada satu yang menjadi watak kegemaran,
dan shark memilih Puteri Limau Kasturi sebagai pilihan hati,
kenapa?
semuanya sudah terjawab di sini.

jangan lupa temujanji kita bersama Puteri malam ini,
bermula Jam 9 Malam di TV3
shark yakin,
animasi ini akan menjadi fenomena baru selepas upin dan ipin,
untuk maklumat lebih lanjut boleh ke Official Facebook Puteri Limau

semoga terhibur,
selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

19 Nov 2014

Karnival Upin & Ipin 2014

karnival upin & Ipin 2014
Karnival Upin & Ipin 2014

Karnival Upin & Ipin 2014 tinggal beberapa hari sahaja lagi di PICC Putrajaya
berlangsung selama 3 hari bermula 21 sehingga 23 November 2014,
disini akan berhimpunnya semua karakter didalam animasi Upin Ipin,
dan yang paling istimewa,
Ultraman Ribut akan membuat penampilan disepanjang Karnival berlangsung,
shark pernah ceritakan perihal Ultraman Ribut disini,
3 episod sudah ditonton dan kredit diberikan kepada mereka yang terlibat,
bukan senang nak bawa Ultraman turun Malaysia nie,

karnival upin & Ipin 2014
antara kemeriahan bila kemuculan Upin Ipin

bila sebut Karnival sudah semestinya event ini akan menjanjikan kemeriahan,
bertambah meriah bila membabitkan watak-watak kartun yang digemari kanak-kanak,
kita juga pernah melalui memori seperti mereka dulu-dulu,
tapi sayangnya dizaman itu karnival sebegini tidak dipraktikkan lagi,

shark difahamkan disini bukan sahaja watak dan pelakon suara yang ada,
pelbagai barangan koleksi upin ipin turut dijual disini,
mungkin juga Sapi akan dijual disini
siapa tahu.
jadi mak dan ayah kena pastikan tidak datang dengan poket kosong,
hehehhehe..

karnival Upin & Ipin 2014
Antara barangan yang dijual di karnival nanti

karnival Upin & Ipin 2014
Sapi pun akan dijual?

kepada yang sudah berkeluarga,
yang ada anak-anak kecil jangan lepaskan peluang,
biarkan mereka bergembira disini,
mak dan ayah boleh juga nak berselfie disini,
tok dalang dan opah ada untuk diajak berbual nanti.
Jum sertai Upin Ipin dan rakan-rakan di PICC hujung minggu ini..
masuk adalah percuma.

Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA


semoga bermanfaat.
semoga terhibur
p/s : semua gambar diambil dari Facebook Upin&Ipin

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

18 Nov 2014

Selimut ke Pejabat di Musim Hujan

selimut ke pejabat
mood malas di musim hujan | sumber : productsofdesign

mood bekerja memang kelaut di musim hujan nie,
sejuk,mengantuk,malas,
kena pulak dengan angin aircond suhu takat beku,
memang xdek feel nak melayan kertas kerja di atas meja,

nak tidur takut nanti kantoi pula dengan air liur meleleh,
nak tidur bawah meja nampak sangat macam terdesak,
bawa selimut ke pejabat?
ada ke orang buat macam tue,

di New York , seorang pelajar telah buat satu inovasi untuk tidur di pejabat,
dengan selimut ni kita boleh tidur sebuas-buasnya,
dah tak kesah air liur basi meleleh tue,
nampak agak pelik dan luci inovasi dia,
tapi rasanya macam boleh diguna pakai,

selimut ke pejabat
cara pemakaian | sumber : productsofdesign

selimut ke pejabat
lena diulit mimpi | sumber : productsofdesign

nak pakai boleh tapi pastikan bigboss anda sporting,
dan tolong jangan pakai pada waktu malam,
boleh cetuskan misteri dan kekecohan nanti,
boleh ker laman web http://productsofdesign.sva.edu/nutshell-eden-lew/ untuk lebih info.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

17 Nov 2014

Tengkujuh Di Kuantan

banjir di kuantan
doodle monsoon katanya

sudah masuk pertengahan bulan november,
kebiasaannya musim tengkujuh akan melanda pantai timur sekitar bulan ini.
dan hari ini sudah masuk hari ke-3 bandar kuantan dibasahi dengan hujan monsoon.
hujan sekejap-sekejap dan tidak berhenti sejak hari sabtu lagi.
hujan lebat masih belum kelihatan tapi sudah cukup untuk memberi gambaran awal apa akan terjadi nanti.

diharapkan musim banjir di Kuantan kali ini tidak seteruk tahun lepas.
3 Disember 2013 menyaksikan Bandar Kuantan lumpuh.
dan boleh dikatakan banjir tahun lepas adalah yang terburuk dalam sejarah.

kepada sesiapa yang ingin ke pantai timur sila berhati-hati.
dapatkan info dari rakan-rakan sebelum anda memulakan perjalanan

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

14 Nov 2014

Ultraman Ribut Dalam Siri Upin Dan Ipin

upin ipin dan ultraman Ribut
Upin Ipin dan Ultraman Ribut | sumber : Upin Dan Ipin

Ultraman Ribut akan muncul dalam episod terbaru Upin Dan Ipin,
episod ini akan mula ditayangkan bermula hari ini jumaat ( 14 nov) sehingga ahad (16 nov).
tayangan 3 episod akan bermula jam 5:30 petang di TV9

satu keunikan terbaru yang dibawakan oleh Les Copaque,
siapa sangka wujudnya Ultraman di Malaysia ni,
tengok pada gambaran awal memang smart Ultraman Ribut nie,
kostum nampak lebih moden dari ultraman Jepun dulu-dulu,
shark pun tak pasti ler Ultraman Ribut sudah masuk generasi ke berapa dalam keluarga Ultraman,
last shark enjoy melihat Ultraman sekitar tahun 1993,
ketika itu belajar di darjah satu,

upin ipin dan ultraman ribut
Ultraman Comel | sumber : Upin dan Ipin

kemunculan Ultraman pasti dinantikan oleh kanak-kanak,
dan secara peribadi shark sendiri ingin melihatnya,
kartun bukan hanya untuk kanak-kanak sahaja,
selagi ianya menarik selagi itu sesuai ditonton oleh semua peringkat umur,
melihat bersama anak-anak semestinya lebih meriah.
agaknya selepas ini akan ada keluaran baju ultraman Ribut dan topeng ultramanRibut

siapa yang jadi ultraman sebenarnya,
upin atau ipin atau kedua-duanya?
semua akan terjawab petang ini,
jangan lupa saksikan di TV9 jam 5:30 petang hari ini.

semoga terhibur

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

12 Nov 2014

Wajah Aleesya Nurani

WordlessWednesday versi anak buah - Aleesya Nurani

aleesya nurani
Aleesya Nurani - sudah masuk hari ke 46 hari ini.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

11 Nov 2014

Kadar Baru Internet Mobile Celcom

shark salah seorang pengguna Celcom Xpax Internet Mobile,
dan juga salah seorang seorang pengguna yang sah,
tiada langganan sim ghost mahupun sim 1Malaysia,

internet xpax celcom
langganan pada 13-10-2014 RM38 1.5GB

kadar internet untuk sebulan sebelum ini ialah RM38 bagi kuota 1.5GB.
harini nak renew seperti biasa dan tengok ada perubahan pada jumlah kuota dan harga,
agak menarik bila lihat harga dan kuota yang diberikan
berikut adalah kadar baru internet plan xpax.

internet xpax celcom
kadar baru internet xpax nmobile 2014

dan kadar penambahan kuota internet juga turut berubah.

internet xpax celcom
penambahan kuota internet xpax mobile

kebiasaan shark akan langgan untuk 1.5GB dan kuota agak terhad,
selepas 2 minggu akan tambah kuota balik,
dengan kadar baru ni rasanya boleh ler langgan untuk 4GB terus,
berbaloi atau tidak bergantung kepada individu.
bagi shark ianya berbaloi,
tambahan pula coverage celcom di kawasan rumah adalah 3G dan 4G,
memang syiok layan.

celcom  xpax juga ada menawarkan kadar internet untuk harian dan mingguan,
boleh rujuk di laman http://www.xpax.com.my/internet
bagi shark lebih elok langgan sebulan terus,
tak perlu nak renew setiap hari atau setiap bulan.
untuk melanggan boleh dail *118#

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

10 Nov 2014

Moh Pakat Fit Orang Kuantan

Fit Malaysia
Moh Pakat Fit Wehhhh

moh pakat fit di hujung minggu nanti bersama Fit Malaysia Di Kuantan,
#FitMalaysia adalah satu program untuk menggalakkan dan memudahkan rakyat malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.
misi program adalah untuk memudahkan penyertaan komuniti dalam pelbagai aktiviti sukan dan kecerdasan.
program Fit Malaysia adalah buah fikiran Menteri Belia Dan Sukan,YB KJ.

kalau mengikut perkembangan aktiviti #FitMalaysia sebelum ini,
segala aktiviti kecerdasan berpusat di satu tempat,
boleh dikatakan anda boleh dapat pelbagai aktiviti sukan dan pemeriksaan kesihatan disini.
rujuk sahaja layout aktiviti yang telah berlangsung di Dataran Melaka pada bulan septermber yang lepas.
larian,berbasikal,seni mempertahankan diri,latihan kecerdasan dikumpulkan dalam satu tempat.
dan semua aktiviti adalah PERCUMA.

Fit malaysia
semua aktiviti bersuka berpusat di satu tempat

dan pada 16 November,hujung minggu ini,
#FitMalaysia akan diadakan di Kuantan,
satu peluang yang tidak harus dilepaskan,
insyaallah shark akan cuba luangkan masa disini nanti.
bersantai hujung minggu bersama aktiviti #FitMalaysia.

untuk maklumat lebih lanjut layari sahaja portal Online Fit Malaysia.
Facebook : Fit Malaysia
web : https://www.fit.my/ms/

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

9 Nov 2014

Juara Pilihan Konsert Akhir AF2014

konsert akhir af2014
konsert akhir akademi fantasia 2014

Akademi Fantasia 2014
telah sampai ke kemuncak.
konsert akhir AF2014 akan berlangsung malam ini bermula jam 9 malam.
5 bintang Adel,Ewal,Firman,Nuha dan Aman mempertaruhkan suara untuk bergelar juara AF2014.

secara kasar shark dah dapat jangka siapa yang akan bergelar juara.
berikut adalah ramalan shark untuk konsert terakhir malam ini.
konsert akhir af2014
adel calon juara af2014

JUARA - ADEL
NO 2 - EWAL
NO 3 - FIRMAN
NO 4 - NUHA
NO 5 - AMAN

Adel dan ewal akan bersaing sengit malam ni.
kedua-dua mempunyai personaliti menarik dari paras rupa.
secara peribadi shark memilih Nuha sebagai bintang faveret untuk musim ini.
suara dan personaliti Nuha amat berbeza dengan bintang yang lain.
untuk Firman hanya suara sahaja yg boleh dipuji.sebutan agak kureng.
Aman pula no komen.rezeki dia dapat masuk konsert akhir.

konsert af2014
bintang faveret shark af2014

sama-sama kita nantikan malam ini.
adakah tekaan shark tepat atau sebaliknya.
saksikan siaran langsung konsert akhir akademi fantasia 2014 di Astro Ria(104) dan Maya HD(134) jam 9malam

semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

8 Nov 2014

Kemeriahan Slurpee Percuma 7eleven

slurpee malaysia
Promosi Slurpee Percuma di 7 eleven

semalam adalah ulangtahun kedai serbaneka 7 eleven ke 30 tahun,
semalam juga diadakan Promosi Slurpee percuma di semua kedai 7eleven di malaysia
promosi tersebut hanya untuk sehari iaitu semalam , jumaat bermula jam 11 pagi hingga 7 petang.
kepada yang berkesempatan memang beruntung,
hanya bayar RM2.20 dan anda boleh mengisi sebanyak mana slurpee,
bawa bekas sendiri pun boleh,
shark kategorikan ini sebagai percuma.
bayar RM2.20 boleh isi seperti RM20.

shark kongsikan kemeriahan promosi slurpee semalam.
semua gambar ini diambil dari rakan-rakan Facebook.

slurpee malaysia
besar punya | Facebook : Syakir Yusof
slurpee malaysia
Rice cooker pun boleh | Facebook : Syafiq Ismail
slurpee malaysia
bangun pagi gosok gigi minum slurpee | facebook : Megat Zulfadli Mazlan
slurpee malaysia
isi selagi boleh..janji bekas sendiri | Facebook :Mohd Azim
slurpee malaysia
periuk atuk  menjadi mangsa | facebook : Meranam Farahin

menarik bukan,
gambar bukan sebarang gambar,
ambil bukan sebarang ambil,
setiap gambar yang dikongsi berpeluang menerima hadiah,
sambil minum sambil menang hadiah.
membazir?
kalau dah ambil sebanyak itu takkan ler nak minum sorang,
semestinya akan berkongsi dengan rakan dan keluarga,
tolong buang sifat negatif dan fikir positif.

untuk melihat gambar-gambar yang lebih menarik,
boleh ke facebook 7-eleven Malaysia ataupun guna hashtag #7elevenmy #byocupmy
kepada semua peminat slurpee shark ucapkan semoga berjaya.
anda semua memang sporting.

semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370