31 Oct 2014

Sekeping Tiket Final Piala Malaysia


final piala malaysia 2014
tiket final piala malaysia 2014

tiket Final Piala Malaysia 2014 telah habis dijual semalam.
40ribu tiket habis dalam beberapa jam sahaja di Pahang dan Johor.
satu kepujian kepada peminat bolasepak tempatan.

kalau semalam harga tiket dijual RM40 sekeping,
tidak pada hari ini.
nilai harga tiket setakat ini RM80.
dan yang paling tinggi RM120.
satu hari sahaja harga tiket naik mendadak.
ada yang jual sebab tak dapat pergi last minit.
ada yang jual katanya terlebih beli.
ada juga rasanya yang jual semata-mata ingin dapatakan keuntungan.

final piala malaysia
harga paling tinggi aetakat ini

entah kenapa harga boleh naik setinggi itu.
adakah sebab masa yang lama diambil untuk beratur dapatkan tiket?
satu hari boleh untung Rm40.
kalau 4 tiket dah untung RM160.
beratur hanya beberapa jam tapi keuntungan kenyang beberapa hari.

itu baru harga tiket.
belum masuk kos ke bukit jalil lagi.
bagi yang mampu tiada masalah.
yang kurang mampu elakkan.
RM80 tu boleh beli ayam daging buat BBQ di rumah sambil tonton LIVE bersama keluarga dan rakan.
semangat bola kat mana-mana pun boleh.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kekalkanpialamalaysia

Cistat blueberry

cheese tart
cheese tart blueberry

inilah rupanya bentuk cheese tart blueberry.
handmade by my mom n sister.
katanya sebiji ni boleh cecah RM1.50.
boleh tahan juga harga untuk cistat ni

tapi yang ni bukan untuk dijual.
yang ni untuk tetamu Majis Cukur Jambul anak buah shark sorg tu.
sedar tak sedar dah sebulan dh dia lahir.
dah sebulan jugak le dia kena gomol ngan ayah long dia.
sementara dia ada mmg gomol puas-puas.
ibu dia dah habis pantang nanti dia kena ler ikut pulang ke Klang.

besok Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk Aleesya Nurani.
harini ambil cuti untuk tolong mana yg patut.
harap semua berjalan lancar.
lepas ni botak le kepala anak buah sulung ni.

aleesya nurani
boleh tahan lebat rambut umur sebulan

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kekalkanpialamalaysia

30 Oct 2014

Surirumah Lelaki Pondan

suriruma lelaki
lelaki buat kerja rumah bukan pondan

tertarik dengan keratan akhbar Sinar Harian harini.
Sinar Harian : Lelaki Buat Kerja Rumah Bukan Pondan

tak sangka  masih lagi wujud syak wasangka terhadap kerjaya surirumah lelaki,
isteri bekerja suami lepak di rumah,
isteri meeting suami tonton tv di rumah,
isteri outstation suami keluar bersama rakan,
mereka hanya mampu memandang dari tingkap,
mereka hanya bersuara di belakang rumah,
mereka menilai dengan tahap fikiran mereka yang masih belum berkembang,

suami yang memilih menjadi surirumah adalah seorang yang berani,
berani melakukan perubahan,
berani menerima dan menepis pandangan negatif masyarakat setempat,
tiada timbul istilah 'Queen Control' dalam kerjaya suami seorang surirumah,
yang timbul hanyalah pemikiran kolot dan sempit sesetengah masyarakat.
memandang taraf individu bedasarkan pangkat
menilai kebahagian keluarga melalui wang
menjadi buta bila sudah telalu tinggi dalam kerjaya

katak zaman sekarang dah tak hidup bawah tempurung,
semuanya hidup selesa dan luas dibawah konkrit,
jangan suka menyelak tepi kain orang tanpa bertanya.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kekalkanpialamalaysia

29 Oct 2014

Belajar Buat Dadah

cara buat dadah
mungkin ini alat-alat buat dadah di rumah? | sumber: PDRM

belajar buat dadah dari internet?
tidak mustahil jika semua maklumat berada di hujung jari,
itu yang terjadi di negara kita baru-baru ini.
berlaku di Kuantan , satu keluarga ditangkap memproses dadah syabu di dirumah,
remaja berusia 21 tahun dipercayai balajar memproses dadah dari internet sahaja.

Astro Awani : Keluarga Proses Dadah Belajar Dari Internet
Harian Metro : Famili Dadah Tumpas

dari sudut positif,
remaja ini boleh dikatakan kreatif dan bijak mmenggunakan internet,
pandai pula dia cari keyword dan kata kunci dadah dan syabu tu untuk belajar,
tak tercapai dek akal pula bila ada juga yang sanggup buat tutorial proses najis dadah nie.

dari sudut negatif memang x perlu diperkatakan lagi,
kalau dah najis memang najis ler,
tak kisah ler kau happy,kau terbang,kau mimpi ker,
bila dah najis masuk dalam badan maka layak digelar sampat masyarakat.

mungkin ini adalah salah satu kesan buruk penggunaan internet,

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kekalkanpialamalaysia

PayDay Sale Lazada

Lazada Malaysia
Diskaun sehingga 94%

PayDay Sale Lazada menyediakan diskaun sehingga 94% untuk semua barangan
promosi ini  berlangsung selama satu hari sahaja,
kesemua jenis barangan ada potongan menarik.
daripada barangan kanak-kanak sehingga gadjet terkini.

lazada malaysia
antara diskaun barangan yang diberikan

bukan senang nak cari harga diskaun sehingga 94%,
last diskaun seperti ini ialah pada Promosi Hari Raya Aidlifitri yang lepas.
beli hari ini mungkin besok sampai dirumah,
Lazada bukan baru bertapak di Malaysia,
tak perlu ragu-ragu dengan barangan dan servis penghantaran mereka,
dah ramai yang beli secara online dan memberikan feedback yang positif.

jum terjah PayDay Sale Lazada untuk lebih maklumat.
klik sahaja banner dibawah untuk melihat koleksi barangan diskaun yang disediakan

Lazada Malaysia
sah untuk hari ini sahaja

semoga bermanfaat
selamat membeli belah

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

28 Oct 2014

Kompaun Aurat Di Kelantan

operasi gempur aurat
pakaian seperti ini boleh dikenakan kompaun | sumber : Sinar Harian

memetik akhbar Sinar Harian hari ini,
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MOKB-BRI) melancarkan Operasi Gempur Aurat di sekitar Kelantan.
ini bukan pekara baru di Kelantan,
cuma operasinya dipergiatkan lagi secara menyeluruh di lokasi tumpuan orang ramai.
Operasi Gempur Aurat ini tetumpu kepada golongan peniaga.
orang awam jangan menarik lafaz lega bila mendengarnya,
anda juga boleh dikenakan denda jika tidak berpakaian sopan.

Kompaun maksimum sehingga RM500 akan dikenakan,
tidak timbul isu tidak tahu dalam operasi ini,
peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen.

satu usaha yang baik dari kerajaan negeri kelantan,
makin comel ler peniaga-peniaga di kelantan bila berpakaian sopan,
diharapakan isu ini jugak dibantah oleh golongan-golongan muda disana,

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

27 Oct 2014

Drama Suamiku Encik Sotong

suamiku encik sotong
Suamiku Encik Sotong | sumber : FB suamiku encik sotong

Suamiku Encik Sotong , satu lagi drama adaptasi dari sebuah novel
bakal menemui penonton malam ini dan akan disiarkan secara episod di setiap hari isnin.
disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan juga Astro Maya HD ( 135) jam 10 malam.

selepas drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta,
rasanya drama ini akan menjadi hit dan fenomena,
tengok pada iklan memang nampak menarik.
rasa nak tumbuk-tumbuk je muka jebat tue,
boleh pulak datang idea pengarah nak ambil jebat jadi sotong,
agak-agak drama ini boleh cetus kontroversi atau tidak nanti.

suamiku encik sotong
badan sixpack boleh jadi sotong | sumber : FB suamiku encik sotong

terlalu awal untuk menilai sejauh mana kehebatan cerita ini,
yang pasti lakonan Sharnaaz Ahmad jadi pondan pasti menjadi tumpuan,
dengan badan macam tu boleh bawa watak lembut,
pasti menjadi bahan jenaka dalam drama Suamiku Encik Sotong.
untuk maklumat lebih lanjut boleh ke FB  Official Suamiku Encik Sotong.
disitu boleh dapatkan pelbagai info dan rodtour yang mungkin akan dijalankan,

selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kekalkanpialamalaysia

25 Oct 2014

Tok Gajah Hogoh Sang Helang Merah

final piala malaysia 2014
tok gajah hogoh sang helang merah | sumber : Artotoise

selesai sudah satu perlawanan untuk slot ke Final Piala Malaysia 2014,
skuad tok gajah,Pahang berjaya sekali lagi ke pentas akhir piala malaysia 2014,
keputusan 5-0 malam tadi ternyata satu kepuasan bila bermain di tempat sendiri,

Hogoh Pahang Hogoh.
masih ada yang belum tahu maksud hogoh?
hogoh disini membawa maksud goyang/goncang/gegar
hogoh ni adalah loghat orang Pahang
so kalau dalam bola tu maksudnya kasi gegar pihak lawan,
seperti malam tadi Tok Gajah hogoh Helang Merah.
piala malaysia 2014
Martias Conti menjaringkan 3 gol malam tadi | photog : Muhammad Muslimi

perlawanan akhir dijadualkan pada 1 November 2014,
hajat dihati hendak turut serta,
tapi tidak kesampaian kerana pada hari itu ada majlis cukur jambul Aleesya Nurani,
hanya mampu bersorak dari rumah sahaja nanti.
kredit pada Astro Arena kerana menyediakan channel HD untuk Piala Malaysia,
layan HD pun rasanya dah cukup sempurna,

siapa akan bertemu Pahang di pentas Akhir Piala Malaysia 2014?
skuad Harimau Selatan ataupun The Fighter?
nantikan perlawanan kedua malam ini antara JDT dan Felda jam 8:45mlm
siaran langsung dibawakan oleh RTM TV1 dan Astro Arena ( 801 & 802 HD)

selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kekalkanpialamalaysia

23 Oct 2014

Belajar Buat Doodle

doodle malaysia
salah satu Doodle blogger DayangDeno

Cuti Deepavali semalam habiskan masa dengan belajar buat Doodle.
mula minat dengan Doodle ni bila tengok karya Blogger Dayang Deno,
memang terbaik doodle yang dihasilkan beliau,
selama ni hanya tengok sahaja apa yang beliau hasilkan,
entah macam mana boleh pula timbul rasa minat tue,

belajar buat doodle
memang blank bila tengok kertas kosong

bermula dengan kertas kosong,
memang blank mula-mula nak buat,
research dalam google jumpa ler satu doodle kartun yang agak basic bentuk,
doodle cacing.

doodle malaysia
plan asal nak belajar buat doodle ini | sumber : Blog Dayang Deno

mungkin tangan ni keras dan tak berseni,
bila dah penuh melukis satu kertas rasa macam tak jadi pulak,
bentuk doodle yang nak tiru tu indah khabar dari rupa,
tak jadi pula bentuk cacing tue,
Dayang Deno pernah cakap seni doodle ni seni menconteng,
lukis je apa yang ada dalam kepala.

maka terhasil lah doodle konon-konon telur easter,
hahahahahaha,
lepas tu tambah pulak kartun sendiri yang pakai spek itam tue.
bila dah penuh satu page semestinya satu kepuasan pada diri sendiri.
secara automatik terasa pulak nak test skill sekali lagi nanti.

belajar buat doodle
hasil pertama Doodle

semoga bermanfaat.
selamat mencuba

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

21 Oct 2014

Lawak Tinted YB Khairy Jamaluddin

lawak tinted yb khairi jamaluddin
Forum bersama YB Khairy Jamaluddin

apa yang tak kena dengan gambar diatas?
gambar tersebut telah menjadi trending dan viral di FB milik YB Khairy Jamaluddin,
bukan nak kupas isu politik disini,
tapi nak kupas isu sporting YB KJ.

itu adalah poster untuk salah satu aktiviti oleh YB KJ pada minggu lepas,
dan kalau diperhatikan muka YB KJ seperti pakai bedak bukan?
pelbagai komen dan kritikan diberikan dalam gambar tersebut.
YB KJ memang terkenal dengan sikap sporting dalam laman sosial.
dan YB sendiri telah jawab isu gambar muka putih beliau itu.

lawak tinted yb kj
lawak YB Khairi Jamaluddin

"saya sedih ramai yang mempertikaikan keputihan saya dalam poster,
saya tahu saya 'tinted',
tiada 'produk terlajak laris' mahupun 'tempe' yang boleh memberi pencerahan kepada saya"

memang lawak komen balas dari YB KJ nie,
boleh pulak keluar perkataan tinted dan tempe tue.
produk terlajar laris pun ada skali
hahahha.
sempoi ler YB KJ~

semoga bermanfaat.
semoga terhibur

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Selawat Nabi Dengan Petikan Gitar


Selawat Nabi dengan petikan gitar oleh Rodi Kristal,
memang satu kelainan yang dibawa oleh gitaris berbakat ni,
semangat pula bila pertama kali dengar,
alunan muzik dan bunyi gitar memang tak dapat dipertikai,
tak sangka Rodi mampu membawanya dengan baik,
harap jangan ada yang pertikai lagu ini.
bagi shark ianya memang indah.

boleh dapatkan lagu ini di iTunes - Petikan Gitar Melodi Selawat

semoga bermanfaat
semoga terhibur

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

20 Oct 2014

Seekor Anjing Secupak Dosa dan Pahala

semalam agak trending dan kecoh perihal isu pegang anjing.
satu event yang bertujuan untuk menghilangkan rasa takut pada anjing,

i want taouch a dog
i want touch a dog

pelbagai pendapat dan kritikan yang diberikan di dalam Facebook,
hukum hakam islam membela anjing semuanya telah dikongsi bersama,
perbezaan samak dan sertu mula dibicarakan.
terletak atas individu itu sendiri untuk menilai,
masing-masing dah besar panjang,
sel-sel otak pun dah berhubung,
fikir.

menjadi persoalan sekarang ialah perbalahan dek kerana perbezaan pendapat,
agak terkilan juga melihat komen-komen di facebook,
bergaduh bagaikan diri sendiri dah cukup ilmu,
yang bergaduh pula sesama islam,
cacian dan maki dihembur tanpa rasa malu dan bersalah,
sedar tak sedar diri sendiri dah pun buat dosa dengan cacian tersebut.
masing-masing berkongsi pendapat ulama kegemaran sendiri,
kemudian mula merebak ke parti-parti politik.
masing-masing nak tegakkan benang yang basah,
yang duduk maki dalam facebook rasanya 90% tak join,
hanya tau fakta dan cerita dalam facebook.

Alhamdulillah sebab ramai yang mengambil berat akan hal ini,
perkongsian pendapat-pendapat ulama boleh menambah ilmu yang ada,
dakwah telah pun tersebar,
tapi tak perlu mengkritik dan mencaci pendapat orang lain,
apa salahnya menegur dan bertanya secara baik.
jangan kongsi gambar yang boleh aibkan seseorang.

kalau ikut pendapat shark yang masih lagi cetek dalam ilmu agama,
tak salah pun nak pegang anjin.
tapi nak pegang anjing tu kena ler ada sebab yang kukuh.
kalau tiada sebab dan hanya suka-suka rasanya salah tu.

rujuk rencana Astro Awani - Hukum islam bela anjing,
disini terdapat beberapa pendapat ulama dalam satu entry.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

18 Oct 2014

Separuh Akhir Piala Malaysia 2014

separuh akhir piala malaysia 2014
separuh akhir piala malaysia 2014 | sumber: Artotoise

Piala Malaysia 2014 telah masuk ke pusingan separuh akhir.
4 pasukan akan bertanding untuk merebut slot Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 nanti,
berikut adalah 4 pasukan yang layak untuk Separuh Akhir Piala Malaysia 2014
  • Kedah
  • Pahang
  • Felda
  • JDT

perlawanan pertama untuk pusingan separuh akhir akan bermula besok, 19 okt
Kedah akan bertemu Pahang di Stadium Darul Aman,
mampukah sang helang menahan amukan tok gajah?
sama-sama kita saksikan secara langsung di Astro Arena pada jam 8:45malam

pada 20 okt (isnin) perlawanan antara Felda dan JDT mengambil tempat.
perlawanan akan berlangsung di Stadium MP Selayang pada jam 8:45malam,
skuad The Fighter akan menerima kunjungan harimau selatan.

team mana yang menjadi pilihan?
shark semestinya memilih Tok Gajah,
diharapakan Pahang mampu mempertahankan gelaran juara pada tahun lepas,
Hogoh Pahang Hogoh
kekalkan Piala Malaysia di Pahang.

kekalkan piala malaysia
#kekalkanpialamalaysia | sumber : DigitalBone

semoga bermanfaat
selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kekalkanpialamalaysia

17 Oct 2014

Menu Istimewa Sup Denggi

sup denggi
ketam nipah ubat untuk demam denggi | sumber: Sinar harian

bunyi agak pelik tapi itu yang menarik,
Sup Denggi yang boleh didapati di Terengganu
disediakan oleh Restoran Aqua8 Seafood yang terletak di Kampung Padang,Jalan Budiman
terletak berhampiran dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah

sup ini dikatakan boleh merawat denggi,
salah satu alternatif untuk mereka yang menghidap demam denggi,
bahan utama dalam sup denggi ini adalah Ketam Nipah,
bagaimana ia mendapat nama?
baca di Akhbar Sinar Harian - Sup Denggi Menu Istimewa Aqua8 Seafood

untuk yang berminat  ingin mencuba,
boleh dapatkan info di Page Facebook mereka
Facebook : Aqua8 Seafood Restaurant

kalau betul ketam nipah ni adalah ubat untuk denggi,
harap lepas ni pihak hospital boleh ler buat menu baru untuk pesakit demam denggi.
jangan terkejut pula kalau dikenakan caj yang tinggi nanti,
bayar sahaja kalau rasa diri tu belum cukup bersedia.
nilai wang ringgit tak boleh dibandingkan dengan nyawa.

semoga bermanfaat.
selamat mencuba

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Hasil Projek Malam Tahun Baru

buang bayi
dibuang ketika masih bertali pusat

kes buang bayi 2 hari yang lepas.
mungkin ini adalah hasil dari kenangan indah di Malam Tahun Baru.
benih yang ditanam kononya tanda cinta sejati.
akhirnya cinta sejati berakhir di pintu neraka kelak.

masih bertali pusat ketika ditinggalkan.
masjid pula menjadi tempat pembuangan.
apa yang ada dalam kepala otak dia ketika itu.
bayi yang cukup sifat dan sihat dibuang.

selagi masih ada kes pembuangan bayi,
selagi itu cerita begini akan dikongsi,
selagi itu kritikan dan cacian dilemparkan kepada manusia bodoh dan hina ini.
mereka memang layak dipandang hina dengan kerja mereka.
tiada sebab untuk ambil pandangan positif dalam cerita ini.
semuanya jijik dengan alasan.

semoga menjadi peringatan buat diri sendiri dan sahabat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

15 Oct 2014

Aleesya Nurani

Wordless Wednesday untuk entry Kelahiran Yang Dinanti

nama anak
26 September dilahirkan

kasut baby
hak milik Aleesya Nurani

semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

14 Oct 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 31 | Manfaat dari Blog

blog cerita shark
dulu-dulu punya blog

cukup bertuah rasanya apabila tergolong dalam kelompok blogger,
begitu banyak peluang yang terhidang untuk digapai,
situasi win-win antara blogger dan pembaca.

ini antara pemerhatian shark bila terjebak dalam dunia blog,
  • kenalan makin bertambah 
  • bertukar-tukar idea dan pendapat tentang sesuatu isu
  • peluang marketing untuk yang berniaga
  • menjana pendapatan dengan nuffnang dan advert,
  • hadiah yang bertuah setiap minggu dengan segmen dan contest yang ada
  • peluang mencuba produk dari syarikat-syarikat besar
  • peluang bercuti anjuran komuniti mahupun tajaan
  • menjadi duta sesuatu produk dan jenama
  • blog dan nama menjadi branding

ada yang nampak mustahil untuk dicapai
tapi kalau rajin dan ada usaha semuanya boleh digapai.
jadikan hobi blog sebagai satu kerjaya.
hobi juga boleh menjana pendapatan
sudah ramai yang berkerja tetap sebagai seorang blogger,
kalau mereka boleh kenapa kita tidak.
peluang sudah terhidang untuk blogger,
semuanya bergantung atas kemahuan dan usaha.

semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan rakan lain.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Koleksi Gambar Gerhana Bulan Penuh

minggu lepas,
8 Oktober 2014 ramai yang ingin melihat fenomena bulan berdarah,
fenomena kali kedua Gerhana Bulan Penuh untuk tahun 2014,
di Kuantan fenomena bulan berdarah tidak kelihatan,
dilindungi oleh awan tebal ketika itu.
difahamkan ada beberapa tempat di Malaysia yang dapat melihat dengan jelas,
memang bertuah siapa yang dapat melihatnya.
berbeza melihat didepan mata berbanding didalam gambar.

berikut shark kongsikan gambar gerhana bulan penuh 8 Oktober 2014,
kesemua gambar ini adalah koleksi dari luar negara,
sumber foto diambil dari Time.com

pandangan dari Ningbo City,China

pandangan dari china

pandangan dari toronto

pandangan udara di Sydney

pandangan dari Kathmandu,Nepal

kesemua gambar ini diambil dari photographer profesional.
tidak hairan ler gambar-gambar mereka nampak menarik
ada jugak kemusykilan pada gambar kedua tue,
nampak begitu besar pula gambar bulan tue,
kalau betul terjadi memang untung siapa yang melihatnya.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

13 Oct 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 30 | Pekara Yang Menarik Tahun Ini

pekara yang menarik dan bangga untuk tahun ini?
rasanya tak dapat nak ingatkan semuanya,
tapi nasib baik jugak ada blog ni,
dapat ler catat diari-diari  yang menarik untuk dikongsi bersama,

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 ( SBB2014 )
masih segar dalam ingatan majlis SBB2014 pada bulan mac yang lalu,
ini adalah event blogger pertama shark turut serta,
tak sangka ada juga rezeki dalam cabutan bertuah untuk domain percuma.
berbaloi-baloi dapat bersua muka dengan blogger-blogger lain,
ada juga yang tak sempat,
mungkin ada rezeki untuk ke SBB2015 pula.

contest yeos
menang ipad dari Yeos

Menang Ipad Yeos 80 Days
sejarah jugak untuk tahun nie,
dapat cabutan bertuah daripada syarikat besar di Malaysia,
masih ingat lagi cabaran minum air kotak Yeos?
shark salah seorang yang bertuah menerima ipad.
blogger Kak Hanim pun terpilih jugak.

review vistana hotel
Review Buffet Ramadhan Vistana Hotel

Review Bersama Butik Jefferson dan Hotel Vistana
untuk tahun 2014 merupakan tahun paling aktif shark dalam blog,
tahun ini jugak ada rezeki untuk sesi review dengan syarikat-syarikat besar,
bulan Jun yang lalu dapat review fesyen dengan Butik Jefferson -Bergaya Dengan Jefferson
bulan puasa dapat review buffet di Vistana Hotel -Buffet Ramadhan Vistana Hotel
terus bersemangat nak blogging selepas itu

Kelahiran Anak Buah Pertama
hujung bulan 9 baru ni shark menerima anak buah pertama,
memang gumbira rasanya,
dapat jugak merasa kemeriahan bila ada baby dalam rumah.

rasanya itu sahaja yang dapat dikongsi bersama,
kenagan-kenangan manis dan kenangan yang dibanggakan tahun ini,
tiada buku diari untuk seorang lelaki,
tapi blog boleh dijadikan diari untuk dikongsi bersama.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

11 Oct 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 29 | Orkid Bunga Kegemaran

nak cerita pasal bunga nie memang leceh sikit,
orang laki bukan tahu sangat pasal bunga nie.
yang paling wajib tahu bunga ros dan bunga tahi ayam,
sebab yang tu jer tahu waktu tengah hangat bercintan cintun,
bila sayang bunga ros jadi simbolik,
bila benci bunga tahi ayam jadi pilihan.

secara peribadi shark lebih gemarkan bunga orkid,
tertarik dengan saiz yang kecil dan warna yang menarik,
kalau tanam di halaman rumah memang terbaek,
penuh dengan warna warni.

malas nak cerita banyak.
layan ajer gambar bunga orkid yang cantik ni.
kesemua gambar adalah dari Blog OrchidCraze
sebuah blog penggemar orkid.

jenis bunga orkid
Orkid vanda Mini Palmer
jenis bunga orkid
Orkid Dendrobium Song Song
jenis bunga orkid
Orkid Dendrobium Dawn Maree X
jenis bunga orkid
Orkid Tolumnia Jairak
jenis bunga orkid
Orkid Tolumnia Jairak Rainbow

untuk lebih gambar dan info mengenai bunga orkid,
boleh singgah ke blog OrchidCraze,
pelbagai jenis bunga orkid boleh tengok disitu,
yang jarang dilihat pun ada,
walaupun blog sudah lama tidak update tapi still berguna untuk melihat

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

10 Oct 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 28 | Andainya aku 5 Orang

andainya aku seorang perdana menteri
andainya aku seorang......

Andainya aku seorang Perdana Menteri, akan ku letak jawatan serta merta,
tak sanggup memecahkan otak untuk memuaskan kesemua pihak.
rela aku menjadi rakyat yang mampu bekerja.
Andainya aku seorang selebriti,
akan ku tinggalkan dunia glamour dengan serta merta,
tak sanggup biarkan peminat menceroboh privasi diri
Andainya aku seorang jutawan,
akan ku rahsiakan kekayaanku,
biarlah ianya menjadi rahsia keluarga dan keselamatan terjaga
Andainya aku seorang keyboard warrior,
akan ku gunakan populariti yang ada untuk kearah kebaikan
tak sanggup untuk menambah dosa-dosa fitnah dan cacian
Andainya aku seorang mat rempit
akan ku jual motorku,
tak sanggup lagi merempit dengan harga minyak sekarang.

semoga bermanfaat
selamat bersegmen.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014

festival gerbang perkahwinan mega 2014
Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014 Kuantan

Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014 bermula hari ini,
ini adalah karnival  perkahwinan terbesar di Pantai Timur,
berlangsung selama 3 hari bermula 10 -12 oktober,
bertempat di Shopping Kompleks Berjaya Megamall Kuantan.

disini akan berkumpulnya pakar-pakar dalam bidang perkahwinan,
butik,fotographer,designer,jurumekap semuanya akan berkampung disini,
harga dan diskaun menarik menanti pengunjung disini,

berikut shark sertakan beberapa promosi hebat dari photographer yang terlibat,
khidmat photographer semestinya menjadi pilihan utama bagi setiap pasangan,
dan mereka ini adalah yang terbaik.

bukan 1 tapi 3 promosi | Facebook : DheDaun Picture

diskaun RM499 | Facebook : The Pictures

promosi oktober | Facebook : 7ujoh

jangan lepaskan peluang buat bakal-bakal pengantin,
dapatkan pelbagai promosi hebat sempena Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014,
terdapat juga pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung,

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

9 Oct 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 27 | Mood Hari ini

hari ini hari Khamis,
mood ada sedikit semangat nak habiskan cabaran 30 hari,
malam ni malam jumaat,
jadi tiada apa-apa mood bagi orang bujang.
hehehe.

besok hari jumaat.
malam besok malam sabtu.
mood ceria sebab dapat tengok pujaan hati Ji Hyo.

peminat running man malaysia
Mong Ji -  Running Man

lusa hari sabtu,
malam lusa malam minggu,
mood terlebih ceria sebab esoknya hari minggu.

semoga bermanfaaat
selamat bersegmen

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Tolong Tutup Kemas Pintu Kereta

pintu kereta tak kemas
pandulah dengan cermat

untuk hari ini sahaja terjumpa 4-5 orang pemandu yang kurang cekap,
bukan kurang cekap dari segi pemanduan,
tapi dari segi keselamatan diri,
kenapa masih ada lagi jenis tak pandai nak tutup kemas pintu kereta.

tak pasti mana silapnya,
cuai atau tergesa-gesa?
nak kata pintu rosak bila ditegur kemas pula pintu ditutup,
nak kata tak perasan , indicator pun ada menyala pada meter,
atas dasar kemanusian,bila tiba di traffic light shark akan tegur,
kebiasaannya di bahagian pemandu,
sudah ler pintu tak kemas,tali pinggang pula kau tak pakai,
mungkin terlalu hebat cara pemanduan dia sampai begitu sempoi bawa kereta
setakat ni alhamdulillah semuanya sudi terima teguran,
shark naik motor,
jadi memang mudah ler nak menegur
ketuk je cermin tingkap kasitau terus,

pintu tak kemas
begini rupanya kalau tak pakai tali pinggang

cuma hari ini agak ralat sedikit dengan seorang pemandu,
pintu tak kemas di bahagian belakang,
sampai traffic light , tengok ada budak dengan baby seat di belakang,
nasib baik jugak le baby seat tu diikat dengan tali pinggang keledar,
bila ditegur cepat-cepat turun tutup,
kereta punya le best , takkan ler tak perasan indicator pintu tu menyala.
kemalangan tak berbau,bila-bila masa dia boleh berlaku.
elak selagi ia boleh menyelamatkan nyawa.

nampak remeh?
memang itu sikap semulajadi manusia,
benda remeh memang takkan dipandang berat,
bila yang remeh tu dapat mengorbankan nyawa baru nak pakai otak.

semoga bermanfaat
berhati-hati di jalan raya

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370