30 Sep 2014

Fesyen Rambut Wak Doyok

semakin trending fesyen rambut wak doyok sekarang,
fesyen rambut belah tepi,botak tepi dan ada jambul.
shark pernah juga mencuba style rambut wak doyok tue,
rambut hari raya puasa baru-baru ini..rujuk sini.

fesyen rambut wak doyok
rambut wak doyok

hari raya haji minggu depan sahaja,
sekali lagi rambut menjadi agenda utama setiap kali hari raya,
dan kali ini tengah berkira-kira untuk mencuba stlye lain pula,

dalam kepala ingat nak sama macam hari raya tempoh hari,
tapi disebabkan sekarang dah jemu dan terlalu ramai yang buat begitu,
rasa macam boring pulak,
pergi je mana-mana shopping kompleks memang kompom akan terserempak klon Wak Doyok,
kena ambil alternatif lain,

kebiasaan shark akan rujuk instagram untuk fesyen rambut,
pakai je hashtag #uppercut #manhairstyle #barber pasti ada yang berkenan
dah jumpa boleh printscreen,
kalau tukang gunting tanya nak rambut macam mana just tunjuk gambar je,
tak payah susah-susah nak hafal nama fesyen rambut.
sekarang dalam proses pemilihan.
sebelum hari raya kena korban rambut kesayangan,
kita jumpa selepas hari raya nanti dengan fesyen rambut yang baru.

fesyen rambut lelaki
selfie sebelum rambut dikorbankan nanti


semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

29 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke-22 | Percutian impian Abu Dhabi

destinasi percutian impian,
kalau nak sebut impian tu memang banyak nak disenaraikan.
pulau dan pantai menjadi destinasi pilihan,
tapi kalau diberi peluang shark akan memilih Abu Dhabi,
kota padang pasir yang sedang pesat membangun.

Antara sebab menjadi pilihan ialah ingin melihat sendiri keunikan bangunan disana,
sebelum ini hanya mampu melihat di dalam kaca TV,
saluran Discovery Chanel selalu memaparkan pembangunan di negara Abu Dhabi,
kreativiti arkitek seluruh dunia berada di satu tempat disini,
senireka yang cantik,unik,pelik dan mewah semua ada di Abu Dhabi,
memang satu kepuasan kalau dapat melihat depan mata secara realiti.

shark kongsikan antara koleksi  bangunan di abu dhabi yang menarik

bangunan di abu dhabi
Capital Gate

bangunan di abu dhabi
Aldar HQ Building

bangunan di abu dhabi
Yes Vinceroy

bangunan di abu dhabi
Masjid Sheikh Zayed

bangunan di abu dhabi
YAS Ferrari World

itu antara yang sempat shark kongsikan,
kesemua bangunan diatas bukan ilusi,
semuanya sudah siap dibina dan dibuka, 
kalau nak ikutkan masih banyak lagi bangunan cantik dan mewah.
shark akan kongsikan selebihnya akan datang
Abu Dhabi memang sesuai jadikan tempat percutian bersama keluarga,
percutian impian shark bersama keluarga kelak.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

26 Sep 2014

Kelahiran Yang Dinanti

gambar anak buah
26 may 2013 menjadi pasangan bahagia

Alhamdulillah,
Subuh 26 september 2014 lahir sudah orang yang dinantikan,
kelahiran anak pertama bagi sepasang suami dan isteri,
kelahiran cucu pertama buat kedua-dua belah keluarga,
kelahiran anak buah pertama buat kedua-dua belah pakcik dia,

gambar anak buah
selamat dilahirkan

adik shark wanita tunggal dalam kedua-dua belah keluarga.
maknanya budak ini tiada makcik lagi setakat ini.
lahir seminggu awal dari jangkaan,
baru jer buat undian nama dia 2 hari lepas disini.
tak sabar nak keluar dah gamaknya budak nie,
syukur kedua-dua selamat,

tak sabar pula nak tunggu kelibat dia di Kuantan,
dia akan berada di Kuantan sepanjang sesi ibunya berpantang,
boleh ler jalani pengalaman awal sebagai seorang ayah bila dia ada kat sini,
meriah ler rumah dengan tangisan dia di awal pagi nanti,
meriah jugak ler cerita-cerita dia didalam blog shark,
blog orang bujang ni boleh jadi blog parenting pulak lepas ini.

selamat hari lahir anak buah Ayah Long :)

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

25 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 21 | Tempat Idaman

hanya gambar yang mampu berbicara.

cabaran 30 hari
hanya mampu melihat setakat ini

cabaran 30 hari
harap dapat melihat secara dekat

cabaran 30 hari
harap mampu diberi kudrat

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

24 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 20 | Menembak Ke Bulan

Quote terbaik untuk dikongsi bersama dalam cabaran 30 hari,
quote yang menjadi pegangan dalam hidup shark selama ini,

Always Shoot For The Moon,
Even You Miss It,
You Will Land Among The Stars

tak salah untuk bercita-cita tinggi,
kalau kita tak capai kita tidak jatuh tersungkur.
bila dah jatuh tersungkur memang jiwa kacau.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Undian Nama Anak Buah

Insyaallah dalam 2 minggu lagi dapat anak buah pertama,
dalam keadaan berjaga-jaga dah 2 minggu ni,
due date sekitar hari Raya Haji nanti.
dah tak lama dah nak jadi Ayah Long nie.

nama sudah pun dipilih,
siap suruh buat undian lagi,
shark kongsikan perbualan dan rahsia nama anak buah yang bakal dipilih
katanya siap ada lagu lagi untuk nama ni,
belum lahir dah ada orang buatkan lagu.
untung kau A************

nama anak zaman sekarang
undian nama untuk orang baru

nama zaman anak sekarang
nama zaman anak sekarang

nama anak zaman sekarang
panggilan nama

nama anak zaman sekarang
nama lagu

nama anak zaman sekarang memang unik dan kreatif,
nama ala-ala artis semuanya,
susah nak sebut pun ada,
terlebih panjang pun ada sampai tak muat column nak isi dalam borang,
nasib baik jugak nama anak buah ni simple jer.
tidak memang nak kena kutuk dengan ayah long dia sendiri.
jadi viral nanti dalam blog dan FB.

harap-harap semuanya berjalan lancar nanti.
nak tahu apa nama anak buah shark ni kena ler tunggu emak dia umumkan dulu,
7 hari selepas bersalin baru umum katanya.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

23 Sep 2014

cabaran 30 hari di hari ke-19 | Resepi Ayam Goreng Berempah

resepi kegemaran?
kalau nak suruh masak tu memang bukan bidang shark ler,
resipi kegemaran setakat ni adalah resipi daripada air tangan emak,
memang tak boleh lawan air tangan seorang ibu,
tapi shark akan kongsikan juga resipi kegemaran untuk task ke-19 dalam cabaran 30 hari.


ini bukan kali pertama shark kongsikan resepi,
resepi pertama shark pernah kongsikan disini,
resepi original dan resepi paling tinggi pageview dalam page shark.
resepi kedua shark kongsikan disini,
resepi ni paling ringkas dan mudah,
budak-budak pun boleh masak.

dan ini adalah resepi ketiga shark kongsikan.

Resepi Ayam Goreng Berempah Tak Kunjung Tiba

Bahan-Bahan
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen
-kicap jalen
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus


Cara Memasak
  1. Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.
  2. Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.
  3. Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.
  4. Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.
  5. Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.
  6. Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.
  7. Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.
  8. Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bila-bila.Tapi saya tak janji tau..kekekeke

semoga bermanfaat
selamat mencuba
selamat menjamu selera

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

22 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke-18 | Rancangan TV Pilihan

rancangan tv bersiri yang menjadi pilhan shark?
task yang menarik untuk dikongsi di hari ke-18 dalam cabaran 30 hari,
kalau dah nama pun kaki tv semestinya banyak rancangan yang diminati,
shark senarai pendek antara yang menarik untuk dikongsi bersama.

Running Man
peminat running man malaysia
race start

salah seorang peminat Running Man yang tak tegar,
tapi setakat ni memang tak pernah tinggal show hari jumaat,sabtu dan ahad,
entah macam mana boleh terjebak pun tak tahu,
sekarang terpaksa ler tanggung kegilaan terhadap Running Man.
ahli yang menjadi pujaan semestinya Ji Hyo..

CSI
sejak sekolah menengah lagi dah taksub dengan CSI nie,
pernah jugak dulu-dulu berangan nak jadi ahli CSI,
nampak macam menarik jer bila diorang gunakan teknologi canggih,
bila dah besar ni baru lah tahu itu rupanya lakonan dan gimik sahaja,
tapi tetap menarik jalan cerita.

The Amazing Race
the amazing race
rancangan realiti terbaik oscar

rancangan realiti yang lain dari yang lain,
menarik untuk ditonton sebab umpama melihat dan mengelilingi satu dunia
lagi best bila masuk kawasan dan negara yang jarang orang melancong,
sedikit sebanyak rancangan ni boleh jadi panduan untuk pelancong
Malaysia dah berapa kali jadi destinasi rancagan ni,

cukup 3 rancangan berisiri yang menjadi pilihan shark,
itu yang ada dalam kepala buat masa sekarang,
kalau nak list semua nanti boring pulak nak baca,
ada yang sama ke pilihan dengan shark?

semoga terhibur

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Kreativiti Harian Metro

cerita hari sabtu yang lepas,
ada sesiapa yang beli akhbar Harian Metro?
terlepas pandang?
shark kongsikan bersama muka depan akhbar Harian Metro hari sabtu yang lepas.

gambar seksi harian metro
Harian Metro  (Sabtu 20 Okt ) | sumber : rakan FB

wuhuuuuu~
menarik bukan tajuk utama,
yang bertambah menarik gambar Ella tue,
entah siapa yang terlampau pun tak tahu dalam hal ini,
silap orang lain boleh nampak,
silap sendiri tak nampak.

kalau bab tajuk tu memang boleh dimaafkan sebab itu yang terjadi di negara kita,
yang menjadi musykil ruangan gambar model Ella tue,
Merdeka baru-baru ini pun ada juga ruangan yang sama.
model bukan main lagi cerita pasal 'penjajahan merdeka',
tapi sayang gambar tidak kena langsung dengan kenyataan.
Model juga yang jadi bahan kritikan.

gambar seksi harian metro
keratan akhbar Harian Metro Merdeka | sumber : rakan FB

bukan kali pertama akhbar Harian Metro buat begini.
sejak tahun 2012 lagi isu ini memang isu utama yang suka dikupas,
bukti ada pada entry shark pada tahun 2012 disini
mungkin ada sebab tersendiri editor mengupas isu-isu begini,
kreativiti mereka untuk marketing pasaran.
mungkin sebab ini jugak Harian Metro akhbar nombor 1 Malaysia.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

21 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 17 | 5 Yang Dirindui

sekali lagi ingin mengimbau kenangan-kenangan lalu,
kalau tanya pekara yang dirindui semestinya zaman sekolah yang pasti tidak akan dilupakan.
penuh dengan memori yang lucu dan manis.

shark kongsikan antara 5 pekara yang dirindui di zaman persekolahan.

  1. makan maggi mentah - sekarang ada lg tak pelajar buat camni.makan maggi macam makan mamee..dulu-dulu memang boleh katakan makanan ringan je.lepas habis sekolah terus serbu kedai runcit.paling best bila letak serbuk tu.terasa betul kari maggi bila makan mentah.marveles.
  2. menjadi seorang pengawas di sekolah rendah dulu memang tidak dapat dilupakan.setiap hari isnin bertugas naikkan bendera,baca ikrar,check lencana pelajar memang dirindui.pangkat tinggi dah tu kalau dah jadi pengawas.
  3. sekolah menengah berada di asrama.ketika junior perasaan takut dibuli memang ada.bila dah senior mula jalan dengan bangga.rindu saat-saat lompat pagar waktu malam.hahaha..mencabar tu.pelbagai taktik ada.cyber cafe menjadi tempat lepak.
  4. siapa boleh lupa cinta monyet.dulu-dulu bercinta tak pakai phone.semua pakai surat.tulisan buruk pun nampak cantik.waktu tu memang kreatif le dengan pantun dan gabungan nama.hahaha.memori.
  5. zaman kolej pula sibuk dengan dating.rugi le kalau tiada pengalaman bercinta ketika usia remaja.rindu jugak suasana bercinta zaman kolej.
itulah antara pekara yang dirindui.
kongsi pengalaman untuk cabaran 30 hari.

semoga terhibur.
selamat bersegmen.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Wau Untuk Palestine

semalam sempat juga melihat kemeriahan penduduk setempat bermain wau.
kalau anda berada di kuantan,
jgn lupa singgah di Tanjung Lumpur pada waktu petang untuk melihat salah satu permainan tradisional kita.
pelbagai jenis wau ada disini antaranya wau bulan,wau kucing dan wau musang.

dan semalam shark tertarik dengan satu wau yang saiznya agak besar
lagi menarik apabila corak dan warna Palestine digunakan.
ada yang memberi gelaran Wau Palestine.

wau palestine
saiz yang agak besar
wau palestine
wau palestine
wau palestine
untukmu Palestine

masa agak terhad semalam,
tak dapat nak selfie bersama wau palestine tu.
bermain wau menjadi kebiasaan waktu petang disini.
kebanyakkan yang bermain adalah golongan muda.
daripada melepak ada bagusnya isi masa dengan permainan tradisional ini.

semoga bermanfaat.
semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

20 Sep 2014

Samsung Galaxy Alpha Di Malaysia

samsung galaxy alpha
Samsung Galaxy Alpha

Samsung meneruskan penguasaan smartphone dengan pelancaran model baru Samsung Galaxy Alpha,
model baru ini sudah mula dijual dan boleh dapatakan di cawangan Samsung berdekatan,
harga Samsung Galaxy Alpha bermula RM 1,899.
hanya terdapat 2 pilihan warna setakat ini , hitam dan putih,
dikatakan warna silver dan gold akan mula dijual tidak lama lagi.

samsung galaxy alpha malaysia
Wak Doyok ketika pelancaran Samsung Galaxy Alpha semalam | sumber : Lowyat.net

pernah dikiritik hebat dari segi bentuk dan kualiti untuk semua model Galaxy,
Samsung Galaxy Alpha tampil dengan bentuk yang premium dan lebih kualiti,
tiada lagi plastik tapi diganti dengan logam di bahagian tepi,
bahagian belakang pula metarial yang sama digunakan untuk Galaxy S5
Samsung Galaxy Alpha lebih ringan (115g) dan lebih selesa dipegang dengan rekaan bentuk baru.
resolusi kamera 12mp( belakang) dan 2mp ( depan )
skrin 4.7" SAMOLED dan disokong oleh 2Gb RAM

samsung galaxy alpha di malaysia
tampak lebih premiu design Samsung Galaxy Alpha

memang mengancam tengok design baru dari samsung nie,
teringat pula shark pada Samsung Galaxy S2 yang pernah shark miliki dulu,
ada juga yang kata ini adalah Galaxy S2 yang telah diupgrade.
tengok sahaja memang cukup menarik,
nak milikinya belum pasti,
shark tunggu Galaxy Note 4 dan Iphone 6 dahulu,
dan juga menunggu warna gold yang bagi shark memang menarik.

untuk lihat lebih gambar , video dan info rujuk :

semoga bermanfaat.
selamat mencuba.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

19 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 16 | 10 Tahun Mendatang

Tahun 2024 menjadi topik untuk task ke 16 dalam cabaran 30 hari.
jika dikira-kira 10 tahun mendatang,
insyaallah umur ketika itu sudah mencecah 38.
siapa dan bagaimana shark ketika itu ye.

umur 38 ketika itu mungkin shark sudah bergelar suami.
dan lagi bahagia bergelar seorang bapa.
mungkin juga bapa kepada 2-3 orang anak.
mungkin jugak bapa kepada sepasang kembar.
rezeki 10 tahun lagi siapa tahu.

10 tahun akan datang,
mungkin shark sudah mempunyai kerjaya sendiri,
bekerja dari rumah,
surirumah mungkin,
ketika itu tiada tekanan kerja,
masa untuk memanjakan diri pula.

mampukah shark bergelar blogger 10 tahun lagi?
dimana kedudukan blog ceritashark.com?
mampu lagi kah nuffnang memberi iklan ketika itu.
agak-agak yang baca entry ini sekarang masih sudi baca atau tidak untuk tempoh 10 tahun.
semua akan terjawab pada tahun 2024.
sanggup tunggu?

itulah siapa dan dimana shark 10 tahun lagi.

semoga bermanfaat.
selamat bersegmen.
p/s : update via chrome mobile

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Jualan Murah Sampai Bersih PowerBank Pineng

produk powerbank pineng tidak perlu diperkenalkan lagi.
kepada sesiapa yang sedang dan ingin mencari powerbank murah boleh dapatkan disini,
shark sendiri sudah memiliki powerbank pineng transformers minggu lepas.
shark kongsikan harga jualan langsung sampai habis di salah sebuah kedai di Kuantan,
shark bertindak sebagai ejen disini.
kalau berminat boleh hubungi shark.


10K mAH ( RM65 )
powerbank pineng murah
Powerbank PN-968

 10K mAH ( RM75 )
powerbank pineng murah
Powerbank  PN-933 ( Transformers )

15K mAH ( RM 95 )
powerbank pineng murah
Powerbank  PN -92

20K mAH ( RM120 )
powerbank pineng murah
Powerbank PN-999

Harga yang diberi adalah tetap.
Harga yang diberi merangkumi
  • warranty dijamin 1 tahun
  • COD Free / Postage Free
  • 100% original - boleh semak serial code di web pineng

untuk sebarang tempahan boleh hubungi shark 014-2161741
( sms / call / whatsap ) 

semoga bermnafaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

18 Sep 2014

Cabaran 30 hari di Hari ke 15 | Surat Buat Nor.....

sudah masuk task ke-15 untuk cabaran 30 hari,
dan task yang diberikan kena tulis surat buat sesorang,
dalam kepala masing-masing mesti ingat nak buat untuk yang tersayang dan bekas-bekas tersayang.
shark sudah siapkan satu surat buat seseorang
sekarang tunggu posmen je nak hantar,
shark akan beritahu isi kandungan surat kalau abang posmen berjaya hantar surat buat Nor,

cabaran 30 hari
Surat Buat Nor

maaf,
harini tak sempat nak karang surat sebab komitmen lain,
harapanya sampul surat ini boleh jadi pengganti,
entah betul entah tidak.
kesian abang posmen nak hantar surat nie.
hahahahah..

semoga bermanfaat.
selamat bersegmen

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Parking Cium Punggung

cara parking
bila dah kereta besar parking

pernah terkena?
apa agaknya perasaan ketika itu.
kereta putih parking dahulu,
kemudian baru datang estima parking,
mungkin sensor bunyi dia dah rosak,
sampai begini jadinya.
ngam-ngam kena cium tue.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

17 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke-14 | Cerita Pasal Kasut

cabaran 30 hari diteruskan.
hari ini nak berkongsi cerita pasal kasut.
tiada kasut istimewa dalam koleksi shark.
semuanya sama sahaja.
beli bila diperlukan.
beli bila murah.
beli bila nampak smart.
kasut antara aksesori faveret shark.
kalau nak amik hati si bujang ni pandai-pandai le yer.

cabaran 30 hari
antara koleksi kasut faveret 2014

untuk koleksi kasut 2014 hanya sempat shoping 3 pasang.
yang putih muncung tajam tu pakai untuk majlis formal sahaja.
design n warna senang match dengan pelbagai warna pakaian.

cabaran 30 hari
pakai sarung jer..

yang merah pula untuk kasual.
antara faveret shark sebab pakai sarung je.
tapi warna merah susah nak match dengan warna baju atau seluar.

yang coklat biru tu shark pernah cerita disini.
kasut raya yang hanya berharga RM2X.XX
buat masa ni kasut ni antara yang selalu digunakan.
sebab senang match dengan warna seluar jeans.

cabaran 30 hari
senang match dengan warna seluar jeans

bila memilih kasut , brand dan harga letak belakang.
patern dan warna yang diutamakan
selesa itu semestinya.
setakat ini tiada lagi le jumpa kasut yang menyusahkan untuk dipakai
semua kasut selesa untuk dipakai kecuali kasut bertumit tinggi.
kalau ada kasut lelaki tumit tinggi tu rasanya bukan untuk lelaki tulen.
branding?
"sorry.not my style"
lain orang lain cara.

semoga bermanfaat.
selamat bersegmen.
p/s : update via chrome mobile

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

16 Sep 2014

Tahap Level Candy Crush

selamat menyambut Hari Malaysia buat semua,
cuti sehari gunakan sebaik mungkin bersama family.
lepak santai bersama keluarga itu yang terbaik.

disebabkan masa agak terluang harini,
sempat le layan game yang ada dalam smartphone ni.
biasa layan Clash Of Clan je,
harini ada pula selera nak layan Candy Crush.
entah dah berapa lama tinggal game ni.
buka-buka je tengok level baru sampai 83

level candy crush
last level bermain

jauh lagi rupanya perjalanan dalam Candy Crush ni.
memang jauh ketinggalan.
orang lain rasanya dah habis level candy crush ni main.
ada jugak yang tunggu candy crush update level untuk smbung permainan.
sampai level berapa pun tak tahulah game ni mampu bertahan.

level candy crush
level 83

harini nak try test skill candy crush.
dah lama tak gian main game ni.
berapa lama agaknya nak sampai level 100.
samo-samo le kita tunggu dan lihat.

selamat hari malaysia
selamat bercuti.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370



15 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke-13 | List Blog Kegemaran?

kalau nak ikutkan cabaran ni dah berakhir buat shark,
tak dapat nak tunaikan 1 hari 1 cabaran,
tapi tetap akan habiskan cabaran 30 hari walaupun tewas.

untuk hari ke-13 ni kena senaraikan 5 blog kegemaran shark,
yang ni memang shark tak dapat nak senaraikan,
tewas lagi di cabaran 30 hari,
sebab utama ialah tiada blog yang menjadi kegemaran shark,
kalau ada, dah lama shark jadi top komentator di blog mereka,
sepanjang shark dalam dunia blog memang tak pernah jadi top komen di blog lain,
mungkin ada tapi boleh dibilang 1 dan 2 sahaja,
setakat ini shark hanya blogwalking yang muncul di timeline blogspot,
dan terjah tajuk menarik yang dikongsi di Facebook,
masa untuk blog agak terhad,

cabaran 30 hari
timeline Blogspot

untuk meneruskan juga cabaran untuk hari ke13,
shark senaraikan antara 5 aplikasi internet yang wajib dan mesti shark terjah setiap hari.
  1. facebok - tak buka ni umpama tak sempurna hari itu
  2. Yahoo! - email official shark,menunggu saat-saat orang mempelawa sesi review/interview :p
  3. Blogspot - platform untuk berkongsi cerita setiap hari
  4. intagram - melihat ragam,fesyen,artis dan trending dalam dunia sosial
  5. Game Clash Of Clan -ketagihan bila dah bermain
itu adalah 5 aplikasi yang setiap hari shark gunakan,
memang rasanya tak pernah ketinggalan lagi 5 aplikasi tersebut setiap hari,
memang ketagih dibuatnya bila dah terjebak dengan dunia IT

semoga bermanfaat
selamat bersegmen

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

13 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke 12 | 5 wishlist dalam hidup

impian,
mungkin ini yang dimaksudkan untuk cabaran 30 hari di hari ke-12.
kalau nak sebut impian memang bnyak,
yang mustahil untuk dicapai pun ada.
capai atau tidak bukan isu penting.
yang penting adalah memasang impian itu.
orang yang tiada impian umpama tiada arah tuju.

shark kongsikan antara 5 wishlist dalam hidup.

  1. mempunyai keluarga sendiri.
  2. mempunyai kerjaya sendiri
  3. perhubungan dalam keluarga terus erat sampai penghujung nyawa
  4. mampu untuk membantu orang yang tidak bernasib baik bila dah berjsya
  5. branding nama blogger shark dan blog ceritashark.com
impian sudah dipasang.
sekarang hanya tunggu masa dan usaha untuk realisasikannya.
tiada guna memasang impian tanpa usaha dan doa.
jangan jadi pak pandir moden.

semoga bermanfaat
selamat bersegmen
p/s : update via chrome mobile

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

12 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke-11 | Kenangan Lucu Zaman Kecik

begitu banyak kenangan untuk diimbau bagi task ke-11 cabaran 30 hari kali ini.
entah masih ada atau tidak dalam memori semua kenagan lucu dulu-dulu.

Kenagan 1
tak ingat ketika itu berusia berapa tahun,
yang pasti masih belum bersekolah atau tadika,
kenagan pahit yang hampir meragut kejantanan seorang lelaki,
kenangan ngeri bagi seorang lelaki,
terlekat anu di zip.
wuuuuuu~pilu rasanya ketika itu.
fobia terus pakai seluar berzip ketika itu.
dan semenjak itu baru kenal kegunaan seluar dalam.
dulu-dulu shark x suka pakai kot tu yang kena mak cakap.
hahahha.

Kenangan 2
mungkin ketika itu zaman dan canggih,
shark bersunat di klinik,
tak tahu pula ketika itu nurse perempuan pun boleh ada sekali,
ingatkan doktor lelaki sahaja,
boleh tahan malu ler juga ketika itu,
nak cover memang tak dapat dah,
layankan ajer apa yang doktor buat,
untung kau nurse.
dah siap tu jalan kangkang ler di sepanjang koridor menuju ke kereta,
yilek je time tu dalam bandar pakai kain.
awek-awek tengok senyum jer.
sabo je lar.


rasanya itu jer yang masih ada dalam memori ingatan ni,
2 kenangan lucu di zaman kanak-kanak,
2 kenagan yang pasti takkan dilupakan,
pilu dan lucu.

semoga bermanfaat.
selamat bersegmen

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Segmen Ben Ashaari : Aku , Seorang Blogger

Segmen Ben Ashaari : Aku,seorang blogger

Peranan Shark Sebagai Seorang Blogger
ada yang kata blog adalah platform informasi yang berguna,
ada yang kata platform blog mampu jadikan sumber inspirasi,
bila dah ramai yang berkata-kata semestinya blogger harus memainkan peranan.
peranan blogger umpama seorang wartawan,
berkongsi cerita,tips,peristiwa,event,makanan untuk dikongsi bersama,
begitu juga usaha shark sebagai sorang blogger,
cuba memberikan info yang lebih manfaat seperti entry bergambar berbanding platform lain,
ruangan komen pula untuk pembaca menyokong dan membahas sesuatu isu.
isu boleh dipanjangkan dan dibincangkan kalau ianya mendapat sambutan.
itu peranan sebagai seorang blogger,

Jana Pendapatan Ribuan Ringgit Dengan Blog
jikalau itu rezeki seorang blogger,
kerjaya sepenuh masa sebagai seorang blogger harus diutamakan,
tiada masalah rasanya kerjaya seorang blogger,
rezeki masing-masing dan hormati kerjaya masing-masing.
backup plan untuk seorang blogger adalah bertindak sebagai agen,
guna sebaik mungkin produk yang telah direview,
pengalaman sendiri menggunakan produk lebih cerah peluang untuk menjualnya.

Harapan Seorang Blogger Dalam Dunia Blog
harapan agar dapat terus menulis dan berkongsi cerita melalui blog,
terus menulis dan berkongsi untuk menjana pendapatan sampingan,
terus menulis dan berkongsi untuk kenangan masa hadapan,
terus menulis dan berkongsi untuk menaikkan nama dan blog sebagai media informasi.

semoga bermanfaat
selamat bersegmen

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

UPSR Semuanya Bermula Disini

soalan UPSR bocor
bila soalan upsr bocor

simpati dengan adik-adik UPSR pada tahun nie berkenaan soalan UPSR bocor,
penat belajar dan buat persiapan dah terpaksa ambil semula.
semestinya mood untuk kali kedua tidak sama seperti mood pertama mengambil kertas UPSR.
pendidikan dan moral baru je shark cerita tempoh hari disini

bila budak UPSR sudah diajar menipu,
memang tak pelik kalau keputusan SPM akan datang jatuh teruk,
bila semua result peperiksaan dah jatuh,
skim baru pula akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan,
terpaksa pula cikgu-cikgu membuang masa menghadiri krusus baru,
terpaksa pula pelajar-pelajar menghadapi sistem pelajaran baru,
terpaksa pula beli buku-buku baru,

UPSR dah cemerlang sebab soalan bocor,
masuk SPM gagal sebab tiada sumber lagi untuk soalan bocor,
gagal SPM tiada arah tuju,
dadah,maksiat,mencuri jadi tabiat untuk terus hidup
semuanya bermula disini.

soalan upsr bocor
bila dah menipu

suspek-suspek yang terlibat anda harus bertanggungjawab,
kerana sikap tamak anda telah menyusahkan pelbagai pihak,

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


11 Sep 2014

Segmen Ben Ashaari Impianku Seorang Blogger

impianku seorang blogger
Segmen Ben Ashaari - Impianku Seorang Blogger

impian seorang blogger?
salah satu entry wajib bagi seorang blogger,
entry yang mampu meningkatkan dan memperbaiki kualiti sesebuah blogger.
apa agakanya impian shark sebagai sorang blogger.
mari imbas kembali siapa blogger shark dan apa itu Blog Cerita Shark

Blogger Shark
berumur 28 tahun
menetap dan bekerja di kuantan
masih lagi belum berkeluarga
untuk gambar terbaru dan lebih info rujuk sahaja entry #cabaran30hari di hari Pertama


blog cerita shark
blog cerita shark

Blog Cerita Shark
sebuah blog peribadi yang suka bercerita apa sahaja,
cerita semasa,cerita artis,cerita gadjet,cerita orang malaysia dalam celoteh sendiri,
setiap cerita ada diselitkan pendapat dan kritikan untuk menjadikan sesuatu cerita itu menarik,
tiada guna kalau berkongsi cerita tanpa mengetegahkan pendapat mahupun kritikan secara jujur,
ada sebab kenapa tagline 'bukan sekadar bercerita' digunakan

Impian Seorang Blogger.
impian bila bergelar seorang blogger adalah ingin mempunyai kenalan yang lebih luas,
kenalan di platform blog adalah lebih baik berbanding mana-mana kenalan media sosial lain,
orang yang open mind,sporting,berani,serius dan jujur sahaja yang mampu menulis didalam blog.
entry sesorang blogger mampu mengeratkan tali persahabatan,
blogwalking umpama menziarahi rakan-rakan walaupun di alam maya.
itu impian shark sebagai seorang blogger.

semoga bermanfaat.
selamat bersegmen

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

cabaran 30 hari di hari ke-10 | Wallet Seorang Lelaki

task hari ke-10 untuk cabaran 30 hari diteruskan,
kali ini task diberi untuk melihat kandungan di dalam handbag/wallet
dan shark tak dapat nak kongsikan bersama untuk task ini.
sebab tiada yang menarik didalam wallet shark,
tidak seperti handbag wanita yang boleh memuatkan barang-barang peribadi.
minyak angin ada,panadol ada,tisu ada,power bank pun ada,

cabaran 30 hari
clutch bag semakin popular dikalangan lelaki

kalau dulu-dulu wallet lelaki hanyalah sebesar tapak tangan,
kini tidak lagi,
lelaki sekarang pun sudah ada yang mempunya handbag,
atau lebih dikenali sebagai clutch bag,
sudah menjadi trending sekarang lelaki membawa clutch bag di celah ketiak.
mungkin terikut-ikut style Wak Doyok rasanya,
itu citarasa masing-masing,
shark masih belum berminat untuk memiliki wallet sebesar itu.

cabaran 30 hari
trending lelaki maskulin?

buat masa sekarang shark lebih selesa memiliki wallet biasa,
dan mungkin juga akan berubah fikiran setelah memiliki smartphone dan power bank,
2 peranti yang berguna dan sering digunakan,
dalam proses mencuba dan mencari sling bag yang sesuai,
lebih selesa dan selamat rasanya membawa sling bag berbanding selit di celah ketiak,
boleh ler jugak merasa bawa poket doraemon selepas ini

cabaran 30 hari
sling bag

semoga bermanfaat,
selamat bersegmen,

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

10 Sep 2014

cabaran 30 hari di Hari ke-9 | 5 Wanita Menarik Pilihan Shark

cabaran hari ke-9 dalam cabaran 30 hari berbicara mengenai wanita pilihan,
wanita pilihan disini bukan bermaksud ciri wanita yang shark suka,
tiada pun ciri-ciri wanita menarik pilihan shark,
shark terima apa sahaja ciri  kalau itu dah jodoh.

cabaran kali ini shark akan kongsikan 5 wanita yang menjadi pujaan hati shark.
5 wanita ini mempunyai penampilan,peribadi dan cerita yang berbeza,
semestinya setiap satu ada sebab mengapa ia menarik di mata shark.

Ji Hyo - Running Man
cabaran 30 hari
ekspresi muka yang kiut miut
sebab utama kenapa shark menonton Running Man,
kiut miut dan juga kuat orangnya,
selalu berfesyen dengan topi menjadi trending dia dalam RM,
buat ler apa jenis muka sekalipun dia tetap nampak kiut.
sebab tu menjadi wanita pilhan shark.

Nora Danish
cabaran 30 hari
pujaan jejaka malaya
kembar kepada Ji Hyo,
pernah shark ceritakan perihal mereka berdua disini.
lebih meminati dia diluar bidang lakonan,
kaki selfie di instagram.
memang beruntungler follower dia yang dapat tengok hari-hari termasuk shark.

Najwa Latif
cabaran 30 hari
seorang yang berbakat dan manis senyuman
seorang artis yang kreatif dan memiliki suara yang lunak,
setakat ini kesemua lagu single dia pernah mendapat juara di carta-carta radio.
kreatif dan berbakat dalam penullisan lirik dan bermain gitar.
senyuman najwa latif memang kiut

Soo Young - Girl Generation
cabaran 30 hari
jelingan mata dia cantik
salah seorang anggota Girl Generation
shark lagi minat dia kalau berambut pendek,
nampak cantik bila awek berambut pendek.

Shila hamzah
kiut miut muka dia
satu lagi artis malaysia yang berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa,
suara dia memang lain dari yang lain,
fasih pula dalam bahaca china.
kaki selfie juga di instagram.

itu adalah 5 pilihan wanita di mata shark,
ada yang kiut,comel dan berbakat,
tapi itu hanyalah pilihan di mata,
pilihan di hati lain pula ceritanya.

semoga terhibur.
selamat bersegmen

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370