28 Aug 2014

Cerita Sebenar Gambar Gadis Depan Cermin

bukan kali pertama ,
bukan kali kedua,
bukan juga kali ketiga,
tapi dah banyak kali kes begini terjadi di aplikasi Whatsapp

sebelum ni kes kaki mengelembung di Kuala Lumpur,
yang terbaru kes gambar seorang wanita di hadapan cermin.
agak trending dan agak viral jugak di media sosial.

gadis dalam cermin
ngeri

siapa tak pelik kalau gambar sebegitu rupa,
sekali tegok memang ngeri,
tapi bila diselidik dan rajin membaca komen , lawak pula jadinya.

untuk info gambar begini semua orang mampu lakukan.
download sahaja di app strore - Clone Camera,
bila dah pandai menggunakan aplikasi tersebut jadilah hasil seperti ini.

clone camera
aplikasi Clone Camera

tapi seperti biasa,
media sosial seperti Whatsapp menjadi bahan berita yang bukan-bukan.
cerita begini diperbesarkan dan disalahguna.

gadis dalam cermin
cerita tersebar luas di aplikasi Whatsapp

orang yang hidup boleh dimatikan didalam media sosial,
selidik punya selidik shark dh jumpa cerita sebenar,
untuk gambar kereta tu boleh dapat di Facebook Bomba Malaysia bertarikh 24 Ogos
dan keluarga mangsa ada komen disitu.
pencarian shark membuahkan hasil.
dan hasilnya.

gadis dalam cermin
cerita yang sebenar

wanita dalam gambar masih hidup,
dia bukan mangsa kemalangan itu,
mangsa kemalangan adalah orang lain.
mangsa kemalangan juga seorang jururawat.
status wanita dalam gambar masih belum shark dapat cari.

kepada pembawa cerita itu sila bersedia.
kalau anda boleh buat cerita begini anda juga mampu memohon maaf,
bukan secara personal tapi secara terbuka.
pandai buat pandai tanggung,

kepada pengguna whatsapp,
jangan mudah terpedaya dengan cerita yang anda terima,
baca boleh percaya jangan.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

27 Aug 2014

Promosi Redmi 1s Dari Lazada

Lazada Malaysia
klik banner untuk dapatkan Redmi 1s Dari Lazada

3000 unit smartphone Xiaomi Redmi 1s akan dijual di Lazada,
jualan akan dibuka bermula 27 ogos hari ini jam 3 petang,
untuk sesiapa yang masih tercari-cari smartphone pertama,
shark cadangkan dapatkan smartphone Xiaomi Redmi 1s,
produk Xiaomi semakin mendapat perhatian di Malaysia sekarang,
dan setakat ini produk ini mendapat komen yang positif.

redmi 1s
Redmi 1s pandangan depan | sumber : soyacincau

redmi 1s
Redmi 1s pandagan belakang | sumber : soyacincau

untuk lebih terperinci mengenai Redmi 1s ini,
boleh dapatkan review di blog SoyaCincau- Hands-on Xiaomi redmi 1s,
bagi shark phone Redmi 1s ni memang sesuai sekali dengan harganya,
kamera 8mp dan dual sim mampu menambat hati pengguna smartphone,
tidak begitu besar dan tidak begitu kecil,
memang sesuai untuk pengguna smartphone yang pertama kali ingin mencuba.

dengan harga RM419.
khidmat COD turut disediakan bagi kawasan tertentu,
untuk diluar kawasan pula jaminan 48jam barangan akan dihantar,
begitu berbaloi membeli di Lazada.

jangan lepaskan peluang.

Lazada Malaysia
klik banner untuk dapatkan Redmi 1s

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Status Ayah Long

Insyaallah,
Hari Raya Haji nanti akan dapat gelaran baru,
gelaran Ayah Long untuk menyambut anak buah pertama.
cucu pertama untuk keluarga Encik Razali dan Puan Zailen,
wuhuuuuuu~

Alhamdulillah ada rezeki untuk adik shark dan suaminya pada tahun ni,
setelah setahun menunggu akhirnya tahun ni mereka dapat menimang cahaya mata.
mengikut perkiraan sekitar Hari Raya Haji nanti,
kalau tiada aral melintang bulan 10 nanti insyaallah adik shark akan bersalin,

gambar kahwin
throwback 23May2013

excited?
semestinya,
sama naik dengan adik pulak,
anak buah pertama dan cucu pertama katakan,
yang sendiri belum ada rezeki lagi.
rezeki adik-adik dulu.
diharapakan semuanya baik-baik belaka nanti,
tak sabar ni nak tunggu bulan 10.
yahuuuuuuuu~

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

25 Aug 2014

Sambutan Kemerdekaan 2014 Bersama UAI & Felixia Yeap

sambutan kemerdekaan 2014
sambutan merdeka 2014

dimana sambutan merdeka 2014 anda tahun ini.
tiada perancangan?
mungkin anda boleh menyambut di Selayang pada tahun ini.
ada rezeki mungkin boleh berjumpa dengan artis dan tokoh terkenal.

sambutan kemerdekaan 2014
Malaysiaku Merdeka Selamatkan Gaza

antara artis dan tokoh yang akan memeriahkan sambutan kemerdekaan 2014:
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustaz Bollywood
  • Felixia Yeap
  • Neelofa
  • Heliza Helmi
  • U.N.I.C
  • Adam Corrie
  • dan ramai lagi
bertemakan MalaysiaKu Merdeka Selamatkan Gaza,
program ini bukan sahaja untuk sambutan kemerdekaan Malaysia,
tapi juga diselitkan dengan Program Selamatkan Gaza,
Insyaallah program ini akan diselitkan dengan pelbagai acara ilmuan,

jum pakat ramai-ramai ke  Selayang pada 30 Ogos ini,
program akan bermula jam 5.30 petang sehingga detik 12 tengah malam.

Untuk Makluman Penting,

shark telah berhubung dengan pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk pengesahan,
tempat berlangsungnya program ini masih belum diputuskan oleh MPS,
jadi untuk mengelak daripada anda keliru,
boleh rujuk Facebook Page Majlis Perbandaran Selayang untuk update lokasi,
Program MalaysiaKu Merdeka Selamatkan Gaza tetap berlangsung,
cuma lokasi sahaja yang masih belum diputuskan.
buat setakat ini lokasi adalah seperti didalam poster.

sambutan kemerdekaan 2014
pengesahan dari MPS

sambutan kemerdekaan 2014
pengesahan dari MPS


 semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

23 Aug 2014

iPhone 5s Gajet impian Setiap Blogger

iphone 5s gajet impian setiap blogger
iphone 5s Gajet impian Setiap Blogger

Seksi dan elegan,
itu yang mampu shark gambarkan tentang gajet impian setiap blogger iaitu iPhone 5s,
insyaallah impian ini akan menjadi realiti dengan Blog Denaihati,
contest merebut 3 iPhone 5s tidak patut dilepaskan.
iPhone 5s gajet impian Setiap Blogger

Aplikasi Android & iOS Denaihati
www.denaihati.com

dimana letaknya seksi iPhone 5s?
semestinya pada design dan body iPhone 5s itu sendiri,
tidak begitu besar tidak begitu kecil,
disaluti pula oleh 3 warna yang shark yakin mampu membuatkan si pengguna nampak lebih bergaya,
pilihan warna emas menjadi impian shark.
dibahagian tepi dilindungi  kerangka aluminium yang menambah lagi keseksian pada iPhone 5s,
teknologi retina oleh Apple menambah seri pada skrin iPhone 5s,
skrin tampak lebih baik berbanding smartphone lain,
itu adalah pandangan kasar untuk gajet impian setiap blogger,
sekeping gambar sudah cukup untuk menggoda setiap blogger memiliki iPhone 5s nie.

iphone 5s gajet impian setiap blogger
iPhone 5s gajet impian setiap blogger

sistem IOS memang elegan dengan iPhone 5s,
dikatakan IOS mempunya sistem UI yang lebih baik,stabil dan pantas,
keupayaan kamera 8megapixel pula tiada tandingan,
memang ramai yang tergoda dengan keupayaan kamera iphone ini,
warna yang dihasilkan lebih original.
boleh dikatakan kamera iPhone adalah sebab utama yang ramai ingin memilikinya,
ada yang cakap ia setanding dengan kualiti kamera DSLR?
tepuk dada tanya selera,
gambar yang cantik bukan terletak pada kamera sahaja,
kreativiti dan kesungguhan juga mampu menghasilkan gambar yang cukup menarik.

iphone 5s gajet impian setiap blogger
Sistem IOS yang menarik dan teknologi tinggi

sudah menjadi tanggungjawab seorang blogger untuk berkongsi cerita di media sosial,
cerita yang dikongsi haruslah cepat dan mudah untuk dicapai oleh orang ramai,
keupayaan teknologi A7 chip pada iPhone 5s cukup berteknologi,
tidak perlu risau lagi tentang masalah 'lag'
A7 Chip mampu untuk buka pelbagai aplikasi dalam satu masa,
snap,upload dan hashtag dalam masa singkat itu yang diperlukan untuk penyebaran cerita di media sosial.
lebih cepat kongsi lebih trafik kepada blog dan personal page anda.

iphone 5s gajet impian setiap blogger
gajet impian setiap blogger

rasanya masih banyak lagi keupayaan iphone 5s ni untuk dikongsi,
walaupun masih bnyak tapi shark yakin ramai sudah mengetahui kehebatan gajet impian ini,
terima kasih kepada Contest Denaihati dan penaja kerana sudi memberi peluang kepada blogger untuk memiliki gajet impian iPhone 5s,
berikut shark kongsikan antara penaja yang terlibat.
1. http://ejamothman.com
2. http://www.eridy.com
3. http://www.hilalazmi.com
4. http://eizil.com/
5. http://asamboi.my
6. http://www.diarymama.com
7. http://pendekarberkuda.org
8. http://www.saji.my
9. http://abangensem.com
10. http://www.enveeus.com
11. http://www.pakarniaga.com
12. http://anarm.net
13. http://www.daddydee.net
14. http://www.sunshinekelly.com
15. http://sweetkurma.com
16. http://awn.my
17. http://mawarmerah2008.com
18. http://www.blogieta.com
19. http://www.broframestone.com
20. http://www.akmaomar.com
21. http://khairilmazri.com


tidak dilupakan juga arwah kak Syuhada Baharudin (http://syuhadabaharudin.com) yang turut menyumbang sebelum beliau meninggalkan kita semua.

diharapakan perkongsian ini dapat memberi shark tiket untuk ke peringkat seterusnya,
"nampak susah tapi tidak pada yang bersungguh" - Denaihati

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

22 Aug 2014

#MalaysiaBerkabung Untukmu MH17

pray for mh17
Pray For MH17

separuh tiang bendera dikibarkan,
kenangan untuk cerita MH17,
penantian 6:10 pagi 18 Julai berakhir.
tragedi yang berlaku ditangisi airmata rakyat Malaysia,
doa dan harapan dipinta ahli keluarga mangsa,
gambar dan video belum cukup menggambarkan cerita sebenar,
#malaysiaberkabung  menggambarkan perasaan sebenar rakyat Malaysia.

shark mewakili ahli keluarga mengucapkan Takziah buat keluarga mangsa,
Al-Fatihah disedekahkan buat mangsa beragama islam.
yang pergi tetap pergi,
yang tinggal teruskan hidup hadapi kenyataan.

MH17 dalam kenangan.
surah al-fatihah
Al-Fatihah

#prayformh17
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

21 Aug 2014

Feeling Jiwang Lagu Mewangi Akim

lagu Mewangi oleh Akim AF nie memang terbaek,
carta nombor 1 pilihan shark sekarang,
dedicated lagu ni untuk sesiapa sahaja.

suara Akim memang masyuk dengan lagu nie

Lirik Lagu Mewangi - Akim

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu

Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

20 Aug 2014

Bila Semua Orang Pakai Makeup

#makeuptransformation,
agak trending sekarang hashtag makeup transformation di media sosial,
entah dari mana wujudnya permainan ini,
pandai buat gaya,pandai pakai makeup anda akan menjadi seperti artis,
bukan artis sahaja , malah watak kartun pun boleh jadi.
permainan orang kreatif.

ada yang masih belum tahu?
shark kongsi antara kreativiti #makeuptransformation ini,


makeup transformation malaysia
tutorial makeup cara  Emma Maembong

makeup transformation malaysia
tutorial makeup cara The Rock

#makeuptransformation
tutorial makeup cara errrr.............

#makeuptransformation
tutorial makeup cara Loki

#makeuptransformation
tutorial makeup cara Bradd Pit

#makeuptransformation
tutorial makeup watak kartun


hahahahaha,,
menarik bukan,
orang yang kreatif dan sporting jer mampu buat makeup transformation nie.
kalau tak berani buat jangan berani nak komen negatif.

berani dan sporting seperti mereka?
dapatkan aplikasi ini dalam smartphone masing-masing,
untuk pengguna android boleh dapatkan di PlayStore - Makeup Transformation.

selamat berhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

19 Aug 2014

Berhati-hati Dengan Mesin Air Layan Diri

tertarik dengan entry dari Blog Lulu Page hari ini,
berkenaan dengan mesin air layan diri,
shark yakin semua orang pernah tengok dan juga pernah menggunakannya,
mesin air ni memang mudah didapati di kawasan kedai perumahan,
murah pun boleh tahan dengan 20sen seliter,
tapi sejauh mana bersihnya air mesin dispenser ini?

mesin air layan diri
berkongsi entry dengan blog Lulu Pages

akhbar The Star hari ini mengupas tentang mesin air layan diri ini,
shark kongsikan secara ringkas disini
  • 29 sampel air telah diambil di sekitar Lembah Klang
  • daripada 14 sampel air ,  6 daripadanya tercemar 
  • bakteria E.Coli , Koliform , Clostridium Perfringens ( bakteria yang terdapat pada air kumbahan yang tidak dirawat)
  • tiada Klorin yang bertindak membasmi bakteria
  • bakteria boleh mengakibatkan kekejangan , cirit-birit , masalah pencernaan

untuk lebih info layari 
The Star - Bacteria in your drinking water
The Star - No signs these machines dispense clean water
Blog Lulu Pages - Pendedahan Sampel Air Mesin Layan Diri

bunyi agak serius dan menakutkan,
shark dan keluarga salah seorang pengguna air mesin layan diri ni,
mungkin lepas ni boleh ambil langkah berjaga-jaga,
antaranya :
  • pastikan mesin air layan diri dalam keadaan elok,
  • pastikan terdapat label syarikat yang menyediakan perkhidmatan mesin air,
  • semak tarikh akhir servis mesin air 
  • kalau rajin hubungi Jabatan Kimia untuk menguji status kebersihan mesin air di tempat anda,

mesin air layan diri
Elakkan membeli air dari mesin begini | sumber : The Star Online

diharapkan orang ramai ambil serius mengenai hal ini,
murah memang murah,
tapi adakah ia berbaloi dengan kesihatan kita?

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

16 Aug 2014

Umma Lacto Untuk Ibu Menyusu

umma lacto
Umma Lacto - Makanan Tambahan Susu Ibu

shark nak kongsikan makanan tambahan untuk ibu menyusu - Umma Lacto
semua orang tahu akan khasiat dan kebaikan susu ibu terhadap bayi,
tapi tidak semua ibu mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka,
makanan tambahan Umma Lacto mampu untuk menambah susu ibu.
cara mudah untuk tips menambah susu ibu.

Usahawan Bumiputera Legacy Secret | sumber : Utusan Malaysia

Umma Lacto adalah salah satu produk Legacy Secret,
nama Secret Legacy shark percaya tidak perlu diperkenalkan lagi,
rujuk kerata akhbar Utusan - Legacy Secret Pecah Tradisi untuk mengenali sejarah perniagaan mereka
produk Harum Malam dan B'Vite sudah ramai yang mencuba dan memberi respon positif.
jadi shark percaya produk Umma Lacto tidak perlu diragukan lagi.

berikut shark kongsikan harga promosi yang sedang ditawarkan
  • 1 Kotak RM60/RM65(sabah/sarawak)
  • Beli 2 Kotak RM120/RM130(sabah/sarawak) Free 1 kotak
  • Beli 4 Kotak RM240/RM260(sabah/sarawak) Free 2 kotak
  • Free Postage 
umma lacto
Khasiat semulajadi Umma Lacto

 untuk maklumat lanjut mengenai produk ini boleh hubungi nombor tertera
  • Shahrul Nizam - 017-9811704 (call/sms/whatsap)
untuk makluman juga,
Umma Lacto bukan sahaja untuk menambah kandungan susu ibu sahaja,
terdapat jugak beberapa kebaikan produk Umma Lacto.
antara yang shark boleh kongsikan :
  • memberi ibu rasa kenyang seharian
  • membekalkan tenaga buat ibu
  • meningkatkan sistem imunasi badan
  • mengurangkan kolestrol dalam badan
  • membantu membuang angin dalam badan
umma lacto
Testimoni dari pengguna

diharapakan produk Umma Lacto ini dapat membantu para ibu yang mempunyai masalah susu ibu,
kita semua membesar dengan susu ibu.
buatlah pilihan dengan bijak untuk bayi anda,
tak salah mencuba,
100% bebas bahan kimia,
100% mendapat kelulusan HALAL dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

untuk mebuat tempahan dan ingin mencuba Umma Lacto hubungi nombor yang tertera
24jam talian dibuka.

  •  Shahrul Nizam - 017-9811704 (call/sms/whatsap)

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

15 Aug 2014

Princess Elsa Frozen Kembali

princess elsa frozen
ramai yang ingin meniru watak Princess Elsa Frozen

Animasi Frozen pernah menggegarkan satu dunia,
Malaysia tidak terlepas dari terkena tempias kartun frozen nie,
ibubapa yang mempunyai anak perempuan semestinya pernah mengalami demam frozen ni,
setiap hari ada saja suara yang menyanyikan lagu berhantu "let it go".
bermacam suara,bermacam gaya,bermacam pelat,
semuanya mahu bergaya dengan baju princess frozen di hari raya,
nampak sahaja gambar frozen mereka gertak mahu memilikinya.
karenah anak-anak yang comel.

kini princess Elsa kembali,
kali ini bukan dalam bentuk animasi,
tapi dalam bentuk realiti,
rancangan bersiri terkenal Once Upon A Time akan mengetengahkan watak Princess Elsa untuk musim baru,
bagaiman agaknya muka princess Elsa dalam realiti.
jum kita tengok.

pincess elsa frozen
Princess Elsa Dan Anna  |  Sumber : Disney Blog

princess elsa frozen
pakaian dan watak hampir sama dalam animasi | sumber: Disney Blog

princess elsa frozen
pakaian Princess Elsa menjadi perbualan | sumber : Disney Blog

princess elsa frozen
Rambut Elsa turut menjadi ikutan | sumber : Disney Blog

menarik bukan,
muka dan pakaian hampir sama dengan animasi,
musim baru Once Upon A Time akan memulakan siaran 28September nanti.
tapi itu adalah siaran untuk ABC di Amerika Syarikat,
di Malaysia boleh dapatkan rancangan ini di saluran Astro Star World ( 711 & 722 )
setiap hari Sabtu  jam 10.40 malam.
sekarang di Malaysia rancangan ini sudah masuk season ke-3.
untuk musim terbaru bersama princess Elsa ni kena ler tunggu update dari Astro.

menonton Once Upon A Time ni memang menarik,
semua watak-watak kartun dihidupkan dan dijadikan rancagan bersiri,
antaranya Snow White,Peter Pan,Pinochio,Kapten Hook, dan Mulan,
jalan cerita pula berbeza dengan rancangan original kartun,
tapi masih lagi menarik untuk ditonton.

lepas ni mungkin kita boleh lihat pula pakaian pengantin ala princess Frozen,
bukan kanak-kanak sahaja mahu bergaya seperti princess,
orang dewasa pun teringin juga.
siapa kata kartun hanya untuk kanak-kanak sahaja,
kartun sesuai untuk semua.

selamat menonton

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

14 Aug 2014

ikhtiar Orang Bujang

apa agaknya yang boleh shark ikhtiarkan disini.
ikhtiar orang bujang,
pernah shark kongsikan isu ini pada tahun 2013 disini

cari jodoh malaysia
menjadi ahli penuh di CJM

hari ini tergerak pulak hati nak menjadi ahli di Komuniti CJM.
apa itu komuniti CJM?
CJM bermaksud Cari Jodoh Malaysia
salah satu komuniti untuk  membantu Adam Hawa yang masih mencari jodoh.
ikhtiar cari jodoh bagi yang serius.

terdapat bayaran untuk menjadi ahli penuh disini,
bukan saja-saja web komuniti ini dibuat,
kalau tiada bayaran rasanya komuniti ini akan jadi seperti laman sosial yang lain,
semuanya hanya akan mengambil kesempatan.

mungkin ini adalah ikhtiar terbaik bagi mereka yang memerlukan.
bagi shark?
rezeki jodoh ada dimana-mana,
belum cuba belum tahu.
mana tahu ada rezeki jodoh disini.
tak salah mencuba.
itu namanya ikhtiar.

untuk maklumat lanjut boleh layari www.carijodohmalaysia.org

#prayforgaza
#prayforpalestine
#prayformh370

13 Aug 2014

Awas Bila Kaki Gelembung

virus EBola
Virus EBola

rasanya dah ramai terima info perihal penyakit Virus EBola,
shark jugak tidak ketinggalan menerima info dari aplikasi Whatsapp.
siap ada cerita dan bukti gambar kaki gelembung lagi.
tengok sekali imbas memang gerun bila Virus EBola melanda Malaysia

seperti biasa,
bila dh tersebar di media sosial orang ramai akan mula terpengaruh,
percaya dengan apa jua cerita yang diterima,
apa itu Virus EBola?
shark konsikan info bergambar yang boleh didapati di internet.

virus EBola
Virus Ebola

untuk pengetahuan semua,
setakat ini tiada lagi kes virus EBola di Malaysia.
risiko untuk wabak EBola menular di Malaysia adalah rendah.
boleh rujuk statement di bawah.

virus EBola di malaysia
Penerangan mengenai virus EBola

entah kenapa dan bagaimana begitu cepat tersebar cerita Virus EBola menyerang malaysia,
mungkin juga khabar angin tersebut untuk memberi peringatan kepada kita,
kalau betul untuk memberi peringatan tidak salah,
tapi tidak perlu ler sampai nak menipu,
entah gambar kanak-kanak siapa jadi mangsa tue,
memang kreatif orang yang membuat cerita ini.
silap-silap ada kena saman nanti.

tapi kandungan surat doktor tersebut pun boleh dipertikaikan.
entah betul atau tidak kita pun belum tahu,
zaman internet sekarang memang mudah untuk mengelirukan fikiran manusia,
tapi boleh ambil sebagai panduan bila dah tau punca sebenar Virus EBola

walaupun masih tiada lagi kes di Malaysia mengenai virus EBola ini,
tapi kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal,
diharapakn juga Kementerian Kesihatan membuat persiapan awal di pintu masuk negara,
kepada sang pencerita sudah-sudah ler sebarkan cerita anda.
lebih baik buat cerita perihal DENGGI yang makin serius di negara kita,


semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370



12 Aug 2014

Bila Betul Dah Jadi Gila

perkataan gila
Betul atau Gila ? | kartun dari Uncle Jonni

zaman sekarang penyakit gila semakin menular,
gila bukan sahaja dari segi mental
tapi dari segi perkataan juga.

ayat orang dulu-dulu
  • "sedap betul makan kat sini"
  • "best betul cerita wayang tadi"
  • "baik betul budak tu"
  • "teruk betul eksiden tadi"
  • "terang betul lampu dia"
  • "comel betul budak tu"
ayat orang sekarang
  • "sedap giler makan kat sini"
  • "best giler cerita wayang tadi"
  • "baik giler budak tu"
  • "teruk gila eksiden tadi"
  • "terang giler lampu dia"
  • "comel giler budak tu"
macam mana ler sesuatu penyakit boleh terjebak dalam perkataan harian
rasanya masih banyak lagi perkataan gila dalam kamus dewan malaysia sekarang.
kurang enak pula bila dengar kanak-kanak pun dah terjebak dalam situasi begini,
diharap tidaklah berjangkit kepada mental orang kita pula,

biar rosak bahasa jangan rosak orang atau,
biar rosak orang jangan rosak bahasa.
pilihan masing-masing.


#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

11 Aug 2014

Perodua AXIA Kereta Baru Perodua 2014

perodua axia 2014
Teaser Perodua Axia 2014

Perodua Axia,model terbaru daripada pengeluar kereta tempatan,Perodua
hari ini Perodua telah keluarkan iklan 'teaser' untuk model terbaru mereka di Facebook MYPerodua,
kereta baru Perodua untuk tahun 2014 dikenali sebagai Perodua AXIA
Perodua Axia bakal menggantikan Viva yang dikatakan telah tamat pengeluarannya.
bila akan diumumkan secara rasmi masih belum diketahui.

shark kongsikan sedikit gambar Perodua Axia yang berjaya dirakam,

gambar perodua baru axia
Perodua Axia Merah 2014 | sumber: Funtasticko

gambar perodua baru axia 2014
Perodua Axia Putih  2014 | sumber : Paultan

menarik bukan?
nantikan sahaja pengumuman rasmi dari Perodua mengenai perodua terbaru 2014,
bila dah keluar 'teaser' iklan semestinya dalam masa 1-2 bulan akan dimumukan,
boleh rujuk facebook MYPerodua untuk maklumat lanjut.

semoga bermanfaat.

#prayforgaza
#prayforpalestine
#prayformh370

9 Aug 2014

Resepi Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis

rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis | sumber : Blog Azie Kitchen

Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis,
satu lagi resipi air tangan Tengku Puan Pahang yang shark ingin kongsikan bersama.
sebelum ni shark pernah kongsikan Resipi Sambal Hitam juga dari Tengku Puan Pahang ,
boleh cuba resipi rendang ini untuk menu 'open house' anda,
menu rumah terbuka anda semestinya lain dari yang lain.

jum kita lihat bahan dan cara membuat Resipi Rendang Hj Mahmud Kuala Lipis ini,
semua info shark kongsi dari Blog Azie Kitchen
resipi ini adalah untuk kuantiti 1kg daging


Bahan-Bahan
  • 1 kg daging
  • 2 serai - titik
  • 30g asam jawa - bancuh dengan 1/4 cawan air panas ( saya guna 1 sudu besar pes asam jawa adabi)
  • 2.5 cawan santan
  • 2.5 cawan minyak masak
  • Garam dan gula
Hiris
  • 100g bawang merah/10 ulas
  • 10g bawang putih/3 ulas  
Kisar Berasingan
  • 200g bawang merah/20 ulas
  • 70g lada kering/80 biji/1 mangkuk cili kisar (boleh kurangkan, jika tak mahu pedas)
  • 150g halia (cuma guna segenggam)
  • 7g kunyit hidup /1 inci
  • 10g lengkuas/2 ibu jari
  • 15g buah keras/5 biji      
Siat-siat
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut 

Cara-Cara Memasak
  1. Daging dipotong dadu sebesar 2 cm x 4 cm mengikut urat.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.
  3. Masukkan lada kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan halia, bawang merah, lengkuas dan kunyit yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. (Saya tak kisar secara berasingan kerana nak menjimatkan masa)
  5. Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai. 
  6. Masukkan buah keras yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa.  Kacau sehingga naik baunya.
  7. Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Apabila daging keluar air dan nampak pejal, masukkan air asam jawa. (Saya rebus dulu daging menggunakan pressure cooker bagi menjimatkan masa).
  8. Masukkan santan. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering, lebih kurang 2 jam.
  9. SIAP - Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih panas panas, lemang atau pulut kuning.         
untuk pertanyaan dan lebih info boleh rujuk blog Kak Azie
disana ada cara memasak dengan gambar sekali.

Blog Azie Kitchen : Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Facebook Azie Kitchen

jangan ditanya kenapa nama rendang ini diberi nama sempena nama orang,
shark sendiri tidak begitu pasti,
tapi insyaallah akan cuba cari jawapan dan akan berkongsi nanti.
shark harapakan perkongsian kali ini dapat memberi idea untuk menu rumah terbuka anda,

selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

7 Aug 2014

Senarai Restoran Ramly Burger Malaysia

ramly burger
Ramly Burger

Ramly Burger atau Burger Ramly ?
kedua-dua sama sahaja.
entry kali ini shark nak berkongsi tentang Burger Ramly,
salah satu produk tempatan yang popular setanding Mcdonald
sama seperti restoran Mcdonald,
Ramly turut menyediakan beberapa kiosk  untuk penggemar burger,
mugkin ada sudah tahu mungkin ada yang tidak kewujudan Kiosk Ramly Burger

berikut adalah senarai restoran Ramly Burger di Malaysia.
info dan gambar adalah dari laman web Ramly Burger.
mungkin ada sesetengah kiosk telah berpindah,
untuk lebih info boleh cuba telefon nombor yang telah diberikan,
kalau panggilan tidak dijawab bermakna kiosk tersebut tidak lagi beroperasi.
 
Bandar Botanik,Klang
restoran burger ramly
No 43 & 45 GF, Jalan Kasuarina 2/KS 07,
Bandar Botanik, 41200 Klang,
Selangor
Darul Ehsan.
Tel: 603-3325 1463

Mukim Batu,Kuala Lumpur
restoran burger ramly
No. 12, Jalan 29/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6185 3526

Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur
restoran ramly burger
Lot 35, Pesiaran Mewah,
Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,

Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222

Bandar Baru Bangi,Selangor
No33 (Ground Floor), Jalan Medan Pusat 2D,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel: 603-8925 2653 Fax:
603-8925 0289

selain cawangan diatas,
terdapat lagi 4 kiosk yang boleh anda cuba.
  1. Taman Maluri,Kuala Lumpur,
    No 25G & 23G, Jalan Kampung Pandan,
    Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.

    Tel: 603-9281 3231
    Fax: 603-9281 0146
  2. Meru,Klang
    No. 9 & 11G, Jalan Klang Sentral 10/KU5,
    Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
    41050 Klang, Selangor.

    Tel: 03-3341 7554
  3. Setapak,Kuala Lumpur
    56-G, Tingkat Bawah, Jalan 42/26,
    Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

    Tel: 603-4021 2896
  4. Jalan Raja Abdullah,
    No. 132A, Wisma Akar, Jalan Raja Abdullah,
    50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
    Tel: 603-2691 8952 Fax: 603-2691 4229
     
      
kesemua info diatas shark kongsi dari laman web rasmi Ramly Food,
untuk info lebih lanjut boleh dapatkan di www.ramly.com.my

buat masa sekarang kesemua restoran bertapak di Selangor,dan Kuala Lumpur sahaja,
mungkin di negeri-negeri lain akan menyusul nanti,
siapa tahu hasil boikot Mcd,
produk Ramly pula mengambil alih populariti di Malaysia.

Selamat Mencuba.

#prayforgaza
#prayforpalestine
#prayformh370