24 Jul 2014

Malaysia Boleh Sukan Komanwel 2014

sukan komanwel 2014
Sukan Komanwel Glasgow 2014 | sumber : Hazel Watson

sukan komanwel 2014 mula membuka tirai pada hari ini,
atlet malaysia akang bertarung di Glasgow,Scotland selama 11 hari
bermula  23 Julai sehingga 03 Ogos 2014,
termasya sukan yang diadakan 4 tahun sekali ini adalah antara suka yang berprestij di dunia.
rujuk Wikipedia - Sukan Komanwel utuk maklumat lebih lanjut.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah untuk sukan komanwel ini,
siapa boleh lupa Komanwel 98,atau lebih dikenali SUKOM98,
waktu itu shark berusia 12 tahun,darjah 6.
masih ingat lagi ketika itu Stadium Nasional Bukit Jalil dibina khusus untuk SUKOM98,

sukan komanwel malaysia
Sukan Komanwel 98 Kuala Lumpur

untuk edisi sukan Komanwel Glasgow 2014 kali ini,
Malaysia mensasarkan 7 pingat emas,
ini bermakna lagu Negaraku akan bergema di stadium-stadium Glasgow,Scotland.
dan bendera Malaysia akan berkibar megah di Scotland.
Malaysia akan bertanding dalam 14 daripada 17 acara sukan yang dipertandingkan.

untuk mengikuti perkembangan atlet malaysia di sukan Komanwel Glasgow,
boleh dapatkan semua info dan acara pertandingan disini
untuk mengikuti secara langsung dan ulasan mengenai hari petandingan,
astro ada menyediakan 7 saluran sukan komanwel sepanjang temasya berlangsung,
dapatkan di saluran 841 sehingga saluran 847 ekslusif hanya di Astro.

buat atlet Malaysia,
shark harapkan agar sasaran pingat dapat dicapai,
sedang enak kita makan biskut raya,mereka menggalas tugas sebagai atlet,
semangat kesukanan dan tanggunggjawab seorang atlet harus dipikul,
Malaysia Boleh!

sukan komanwel glasgow 2014
Semangat Malaysia Boleh | sumber : blog Team Malaysia

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh17
#prayformh370

Nilai RM50 Di nile.com.my

apa yang kita boleh dapat dengan RM50 sekarang,
kalau dikira bab makanan memang banyak,
tapi kalau pakaian rasanya agak susah nk belanja RM50,
tetapi tidak di nile.com.my
salah satu portal jualan atas talian yang terkemuka di Malaysia.

beli barang di nile.com.my adalah pengalaman pertama shark disini,
berbekalkan RM50,alhamdulillah berbaloi dan shark berpuas hati,
puas hati dengan servis yang diberikan dan barangan yang diterima.
shark kongsikan apa yang shark dapat dengan RM50 di nile.com.my

Kasut RM28.90


kasut raya
Diskaun kasut sehingga 62%

design menarik harga murah,
memang rugi kalau tak membelinya,
kebetulan pula ada size memang terus masuk senarai belian,
warna pula shark memilih gabungan biru dan coklat cair,
nampak kelainan sikit bila memakainya.

Seluar RM19

seluar raya
diskaun sehingga 72%

shark tertarik dengan harga seluar kasual nie,
harga murah tapi ada gaya,
memilih warna khakis sebab nak padankan dengan kasut yang shark beli.

Sponge Handgrip RM2.20

sponge handgrip murah
barangan RM2 di portal online

kenapa shark beli Sponge handgrip ni?
minimun RM48 dan keatas diperlukan untuk servis penghantaran percuma di Nile,
dan harga kasut dan seluar shark baru berjumlah RM47.9.
hanya 10sen lagi diperlukan untuk mengelak dari membayar harga pos,
dan tak sangka pula jumpa barangan RM2 di sini.
dapat ler berjimat dari membayar untuk servis penghantaran.
bagu juga beli ini untuk senaman  tangan.
hehehehe.

shopping nile.com.my
belanja RM50 untuk membeli belah

lebih bernilai belanja RM50 apabila melihat servis yang disediakan.
cukup pantas servis di Nile,
harini beli harini juga penghantaran dibuat.
shark kongsikan status oder tempoh hari.

boleh lihat shark beli jam 2 petang.
pembayaran dibuat jam 3 petang,
proses dan siap untuk dihantar jam 8 malam hari yang sama.
dan sampai di rumah shark pada hari berikutnya.
memang terbaik servis penghantaran yang disediakan.

beli barang di nile.com.my
servis penghantaran yang pantas

itu antara pengalaman pertama shark membeli secara online di nile.com.my
sebelum ini shark pernah membeli di Zalora secara online juga,
dan servis penghantaran mereka sama seperti di Nile,
beli harini besok sampai.
semakin mudah membeli atas talian sekarang,

untuk hari raya nanti dapat ler bergaya dengan kasut dan seluar baru.
berbekalkan RM50 shark dapat kasut,seluar dan alat senaman baru,
kualiti?
untuk harga RM50 setakat pakai semusim kemudian simpan sudah cukup.
beli hanya untuk dipakai di hari raya sahaja,
lepas raya simpan dalam almari.

lebih informasi rujuk laman portal dan facebook nile com.my
web portal : www.nile.com.my
Facebook : fb/nile.com.my
semoga bermanfaat.

beli barang di nile.com.my
barangan RM50 untuk raya

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh17
#prayformh370

23 Jul 2014

Selamat Hari Lahir Perdana Menteri Malaysia

hari lahir perdana menteri
Selamat Hari Lahir YAB ke 61 - YAB Dato Sri Najib Razak

hari ini salah seorang tokoh malaysia menyambut hari lahir,
23 Julai , merupakan hari lahir Perdana Menteri Malaysia yang keenam,
YAB Dato' Sri Mohammad Najib Bin Abdul Razak berusia 61 tahun hari ini,

10 Julai yang lalu,
Tun Mahathir juga telah menyambut hari lahirnya yang ker 89 tahun.
2 tokoh negara menyambut hari lahir pada bulan Julai,

ketepikan ideologi politik,
ketepikan persengketaan,
ungkapkan terima kasih dan ucapan selamat hari lahir kepada PM kita,
bukan mudah untuk megambil hati 30 juta penduduk Malaysia
bukan mudah untuk membuat keputusan buat puluhan jutaan penduduk,
tetapi begitu senang kita letakkan kesalahan pada satu individu.
bercakap memang mudah.

justice for mh17
tanggungjawab yang terus dipikul

buat YAB,
shark berharap agak YAB terus diberikan kesihatan dan kekuatan,
semoga dipanjangkan lagi umur untuk terus berkhidmat buat tanah air tercinta,
terima kasih atas pengorbanan selama ini,
terima kasih atas pentadbiran selama ini,
terima kasih.

Selamat hari Lahir YAB Dato' Sri Mohammad Najib Abdul Razak.
Perdana Menteri Malaysia ke-6.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh17
#prayformh370

21 Jul 2014

Aidilfitri...Tunggu Aku Datang.

kad hari raya
Selamat hari raya

seminggu sahaja lagi Aidilfitri akan disambut,
kebiasaan minggu ni kanak-kanak ler yang paling gembira,
baju-baju baru semua sudah dibeli,
lagu-lagu raya semua dah hafal,
kemeriahan bertambah bila pulang ke kampung,
bertemu saudara-mara bermain bunga api,
hilang penat puasa sebulan.
itu kenangan zaman kanak-kanak.

bila dah besar perasaan mula berubah,
berdebar menunggu cuti raya yang entah diluluskan atau tidak,
runsing mengira bajet yang diperuntukkan untuk raya,
masa ni tengah sibuk membahagi duit raya yang harus diberikan,
pembahagian pula terbahagi beberapa peringkat,
  • ibu dan bapa
  • adik-beradik yang bersekolah
  • bayi kecil
  • kanak-kanak
  • UPSR dan keatas
kalau keluarga besar memang kena tulis nama pada sampul duit raya,
hehehe.
takut tertinggal nanti ada pula yang kecil hati.

kepada yang bujang terlajak tu  mahupun anak dara,
bersedialah untuk menjawab persoalan yang mungkin merimaskan,
kepada yang sudah berkahwin
bersedialah untuk masuk dapur bagi isteri
bersedialah menunjukkan skill yang ada buat suami

tak kisah ler bagaimana Aidilfitri disambut,
meriah dan sederhana tetap disambut,
Aidilfitri..tunggu aku datang,

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh17
#prayformh370


19 Jul 2014

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

xx------------------------------------xx

jum jum jum
tambah koleksi kad raya untuk tahun nie.
pakcik Random please be nice with me.

Baju Melayu Terapi 30 Juzuk

Aidilfitri makin hampir,
promosi diskaun semakin kencang,
perang harga mula bermula,
mata mula menjadi rambang,

tapi hati-hati,
jangan mudah terpedaya dengan iklan yang boleh runtuhkan akidah.
contoh seperti promosi Baju Melayu 30 Juzuk dibawah ini.

baju melayu 30 juzuk
Baju Melayu 30 juzuk | sumber : Facebook

gambar ini dipetik dari perkongsian laman sosial Facebook
tidak dapat dipastikan dimana lokasi tersebut,
dan tidak dipastikan kesahihan promosi baju melayu terapi ini.

tengok pada set baju dan samping memang cantik padanan warna,
jika anda seorang pembeli,
niat membeli baju sebab cantik atau sebab 30 juzuk itu?
jangan silap pilih.
biar hilang wang ringgit jangan hilang iman kita.

tunggu dan lihat apa sambungan cerita baju ini nanti.
shark yakin bila dah viral kat laman sosial akan terjawab semua nanti.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh17
#prayformh370

18 Jul 2014

Penantian Jam 6:10 pagi

MH17
#prayformh17

tiba-tiba sahaja otak ni blank untuk menulis entry hari ini,
terkejut dan sedih atas apa yang terjadi kepada pesawat MAS MH17.
Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

#MH17 yang dijangka tiba di KLIA pada jam 6:10 pagi tidak akan tiba,
tiada penantian ahli keluarga yang akan diterima oleh penumpang MH17
hanya doa dan salam takziah akan mengiringi pemergian penumpang MH17.

MH17
Hilang dari radar dunia

hentikan spekulasi,
hentikan cerita dongeng,
hentikan gambar-gambar tragedi,
hentikan video-video tragedi,
hentikan kerja sia-sia

masih ada ramai lagi yang memerlukan kita,
masih ramai lagi memerlukan doa kita,
masih ramai lagi memerlukan semangat kita,
masih ramai lagi memerlukan pengorbanan kita,

terima kasih palestine
Selamatkan Palestine - Terima Kasih Palestine

harini hari Jumaat,
penghulu segala hari,
manfaatkan hari yang bermakna ini,
sama-sama menadah tangan memohon petunjuk dari Maha Esa.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#prayformh17

17 Jul 2014

Model Baru Honda Jazz 2014

honda jazz baru 2014
Honda Jazz Baru 2014 | sumber : Paultan

semalam , 16 Julai 2014,
model baru Honda Jazz 2014 diperkenalkan,
ini adalah model generasi ketiga Honda Jazz semenjak 2001
dan dikatakan harga Honda jazz 2014 adalah harga mampu milik
sebagai seorang peminat kereta jenis hatchback,
shark ingin berkongsi mengenai model baru jazz 2014 ini,

pandang pertama rekabentuk jazz yang baru ni memang mengancam,
nampak lebih sporty dari model sebelum ini,
terdapat lima pilihan warna tapi satu yang shark rasa mengancam,
warna Brilliant Sporty Blue Metallic tampak lebih menarik.
sama seperti kereta Proton Hatchback Suprima.

honda jazz 2014
Honda Jazz 2014 "Brilliant Sporty Blue Metallic | sumber : Paultan

3 varian diperkenalkan untuk model jazz 2014,
dan harga pula berbeza mengikut varian spesifikasi enjin.
berikut adalah harga rasmi Honda jazz 2014 mengikut varian
Harga yang diberikan adalah diatas Jalan beserta insuran
  • Varian S - RM72,800
  • Varian E -RM79,800
  • Varian V - RM87,800 (spesifikasi tinggi)
kepada yang suka modifikasi kereta,
pihak honda turut menyediakan 2 pakej body kit untk jazz baru ini.
Modula Pakej dan Mugen Pakej.

Modulo Pakej mengenakan tambahan RM2,650,
harga merangkumi satu set body kit Modulo dan pedal sport

honda jazz modula
Honda jazz dengan Bodykit Pakej Modula | sumber : Paultan

Mugen Pakej dikenakan tambahan RM4,900
merangkumi satu set body kit Mugen ,tailgate spoiler,dan mugen badge.
bodykit Mugen memang digemari oleh peminat kereta,
oleh itu tidak hairan pakej ini agak tinggi harganya.

honda jazz mugen
Honda Jazz dengan Bodykit pakej Mugen | sumber : Paultan

untuk bahagian dalaman rasanya tiada apa yang dapat shark ceritakan,
mungkin sama sahaja dengan kereta-kereta lain,
cuma honda jazz 2014 ini dikatakan lebih luas berbanding model sebelum ini.

honda jazz 2014
ruangan driver dan hadapan | sumber : Paultan

bagi peminat kereta hatchback seperti shark,
honda jazz 2014 mungkin boleh diletakkan dalam senarai kereta idaman
lebih info,rujuk laman web  Paultan.org | 2014 Honda Jazz Launched In Malaysia
semoga bermanfaat buat peminat kereta.

semua gambar dan info ini diambil dari Paultan.org
laman web kereta nombor 1 di Malaysia

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Last Day Super Raya Sale Lazada

Lazada Malaysia
Klik Banner untuk Promosi Super Raya Sale
berita baik buat mereka yang terlepas,
Super Raya Sale Lazada dipanjangkan sehingga hari ini - 17 Julai
diskaun sebanyak 92% masih mampu diperlohi sehingga tengah malam nanti

Promosi Super Raya Sales Lazada mendapat sambutan hangat semalam,
dan untuk itu pihak lazada telah memanjangkan promosi sehingga hari ini.
hadiah percuma dari Wheel Of Fortune dikatakan habis tengah hari semalam,
memang cukup bertuah siapa yang dapat voucher tunai semalam,

kepada yang masih belum berkesempatan shopping semalam,
boleh dapatkan barangan Super raya Sale hari ini -17 Julai 2014
promosi diskaun sehingga 92% untuk meraikan aidilfitri nanti,
rujuk entry shark sebelum ini disini untuk melihat barangan yang ditawarkan

untuk diskaun lebih hebat boleh ker laman web disini : Lazada | Super Raya Sale

Selamat bershopping.
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

16 Jul 2014

idaman Pelajar Sekolah Lelaki

menggamit memori kenangan di waktu sekolah dahulu,
bagi seorang pelajar lelaki,
hari isnin merupakan hari yang begitu mencabar,
pemeriksaan ketat oleh pengawas dan cikgu disiplin digeruni,
aset penting bagi seorang pelajar lelaki tidak mahu disentuh,
rela ponteng untuk mejaga aset berharga seorang lelaki,
Rambut.

rambut murid lelaki
Peraturan rambut pelajar lelaki di sekolah

  • rambut depan tidak boleh melebihi bulu kening,
  • rambut tepi tidak boleh menutup telinga,
  • side burn tidak boleh melebihi paras hidung
  • rambut belakang tidak melebihi paras kolar
salah satu dilanggar memang jawabnya hilang  aset seorang lelaki.
fesyen abu bakar yella memang sinonim ketika itu.
bila dh kena potong masing-masing berdendam,
nak simpan rambut panjang selesai musim persekolahan,

itu peristiwa lalu,
sekarang dh bebas dari pengawas dan cikgu disiplin,
tiada lagi perhimpunan isnin,
tiada lagi abu bakar yella,

rambut lelaki
rasa sayang pn ada nk potong

shark pun dh tak ingat berapa lama rambut ni disimpan,
sedar-sedar dah panjang begini jadinya,
dulu-dulu nak sangat rambut panjang sebab nak nampak stylo konon,
tapi bila dh panjang begini rasa rimas pulak.

rambut lelaki
Tukang dicari

musim raya dah dekat,
rasanya dah boleh cari tukang untuk rambut ni,
masih belum terpikir nk design apa untuk rambut kali ini,
wak doyok ? ramai sgt dh buat - boring
rambut sekolah ? - tak matang katanya
botak ? - jauh sama sekali
tunggu sahaja le apa jadi pada rambut idaman pelajar sekolah lelaki ni nanti.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Diskaun 92% Promosi Aidilfitri Lazada

Lazada Malaysia
klik untuk lebih barangan Super Raya Sale
Lazada hari ini memberikan diskaun terhebat sehingga 92%,
Promosi Super Raya Sale ini hanya dibuka pada hari ini sahaja - 16 Julai 2014
13 kategori barangan telah ditawarkan untuk memeriahkan hari raya anda.

shark kongsikan antara barangan yang ditawarkan.

super raya deal lazada
Pilihan smartphone untuk bergaya di hari raya - dapatkan disini

super raya deals lazada
Pilihan kamera digital dan DSLR untuk memori hari raya -dapatkan disini

super raya deals lazada
Pilihan barangan jualan terbaik - dapatkan disini

apa yang menarik tentang belian online di Lazada adalah servis penghantaran,
tidak perlu menunggu lama untuk memiliki barangan pilihan anda,
khidmat COD-bayaran tunai ketika penghantran turut ditawarkan,
anda bayar bila barang sampai di rumah anda,
ini haya terbuka untuk pelanggan di Pulau Pinang,Johor dan Lembah Klang

Lazada juga ada menyediakan satu permainan 'Wheel Of Raya'
hadiah menarik seperti voucher tunai RM39,000 dan seribu unit pencuci joy disediakan,
terbuka kepada semua pelanggan Super Raya Sale
mana tahu ada rezeki voucher wang tunai disini pula.

wheel of raya lazada
Wheel Of raya - Spin And Win dapatkan disini

jangan lepaskan peluang bersama lazada,
terhad kepada hari ini sahaja,
jom klik Super Raya Sale Bersama Lazada

selamat bershopping.
semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

12 Jul 2014

Bahana Jual Mercun Dalam Facebook

kita berpantun dulu.

niat di hati ingin berniaga mencari rezeki,
mencari rezeki buat bekalan aidilfitri,
tapi sayang seribu kali sayang,
mencari rezeki dengan barangan terlarang.

keratan akhbar utusan semalam | Utusan 10 Julai 2014

lucu dan terkejut,
itu reaksi shark semalam bila baca keratan akhbar utusan semalam,
Polis Tahan Lelaki Jual Mercun di Facebook - Utusan Malaysia

shark memang pernah lihat iklan dia di salah satu page facebook,
tak sangka pulak dia dicekup selepas itu.
mungkin ada anggota polis yang menyamar di dalam page tersebut,
bukti memang cukup kalau tengok dalam FB,

shark pun tak berapa pasti orang yang sama atau kebetulan,
lihat pada nama ejaan agak lain walaupun bunyi agak sama,
tarikh iklan pula hampir sama.
tapi yang pasti entry ini dikeluarkan buat pengajaran untuk kita semua.

shark kongsikan antara iklan suspek di laman faceboook.

jual mercun di facebook
Bapak Mercun

jual mercun di facebok
Aneka pilihan bunga api dan mercun

jual mercun dalam facebook
tengok macam menarik jer semuanya.

memang tersilap langkah jual mercun di facebook,
kepada yang berniat nak jual mercun tu sila fikir sebelum bertindak,
menyesal tak sudah beraya di lokap nanti.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#parformh370

11 Jul 2014

Allah Selamatkan Kamu idolaku

mari menyanyi bersama.

Allah Selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Tun Dr.Mahathir,
Allah selamtakan kamu,

hari lahir tun mahathir
Selamat Hari Lahir Tun Mahathir yang ke 89 | sumber : FB iLoveTunM

Alhamdulillah,
semalam 10 Julai , merupakan hari lahir Tun Dr.Mahathir Mohammad,
genap sudah umur Tun.M semalam yang ke 89 tahun.

89 tahun,
masih lagi mampu berdiri menggalas tanggungjawab,
masih lagi berani seperti di usia muda,
masih lagi berwawasan untuk mencapai wawasan 2020 yang diidamkan,
masih lagi manis senyuman Tun Mahathir,

wawasan 2020,
ketika itu umur Tun M akan mencecah 95 tahun,
shark harap Tun diberi kekuatan melihat wawasan yang diimpikan selama ini,
terima kasih Tun atas segala jasa,keberanian,dan senyuman yang diberikan,
terima kasih,terima kasih,terima kasih.

hari lahir tun mahathir
Senyuman mu tiada tandingan

SELAMAT HARI LAHIR TUN DR.MAHATHIR BIN MOHAMMAD.
I LOVE YOU TUN,
MY IDOL.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

10 Jul 2014

Terima Kasih Palestine

pray for palestine
Pray For Palestine

tertarik dengan status yang dikongsi bersama di media sosial sekarang,
mengapa dan kenapa orang-orang Palestine masih tinggal di sana

Orang-orang Palestine ketika ditanya mengapa mereka tidak berhijrah dan berpindah ke negara-negara jiran,

"Jika kami keluar dari negara ini ( Palestine ),
siapa lagi yang akan menjaga masjid suci Al-Aqsha?
siapa lagi yang akan menjaga tanah wakaf umat islam?
biarlah kami tetap disini,
mewakili kalian ( seluruh umat islam di dunia )

TERIMA KASIH WARGA PALESTINE

#prayforpalestine
#prayformh370

9 Jul 2014

Lokasi Mesin Deposit Duit Syiling

mesin deposit duit syilng
Mesin Deposit Duit Syilng Kini berada di seluruh Malaysia

Mesin ATM khas untuk duit syiling kini sudah terdapat di seluruh negara,
itu kenyataan dari Bank Negara semalam - sumber : BNM Siaran Akhbar
sebanyak 236 mesin deposit syiling telah ditempatkan.

mungkin ada yang sudah menyedari akan mesin deposit duit syiling ini,
berikut shark kongsikan lokasi-lokasi mesin deposit syiling di Malaysia.
Mesin deposit syiling akan depositkan terus kedalam akaun bank anda.
deposit akan dimasukkan pada hari yang sama jika transaski dibuat sebelum jam 4 petang,
transaksi selepas jam 4 petang,deposit akan dimasukkan pada hari berikutnya.

ada juga mesin deposit yang boleh menukar kepada bentuk voucher beli belah,
harga voucher sama nilai dengan  harga deposit duit syiling yang anda masukkan.
mesin ini hanya boleh didapati di pasar raya terpilih
rujuk lokasi peta yang telah disertakan untuk lokasi mesin deposit pasar raya,

mesin deposit syiling
Mesin deposit Syiling Di Tesco Ampang | sumber : Blogger Nova Leeza

cara penggunaan sama seperti mesin deposit biasa,
rujuk sahaja arahan yang telah disediakan pada sistem.
boleh juga rujuk blogger yang pernah menggunakannya.
selepas ini tiada lagi masalah untuk menukar duit syiling,
tidak perlu risau lagi jika tabung syiling sudah penuh,
tidak perlu risau lagi duit syiling anda dicuri tanpa diketahui,

semoga bermanfaat.

#doauntukmh370
#prayformh370

8 Jul 2014

Jom Cat Muka

ola bola astro
Shark Muller

sempena World Cup dah masuk pusingan Separuh Akhir,
jum kita cat muka pasukan faveret yang akan memenagi World Cup kali ini,

shark semestinya memilih Germany.
dari awal entry Demam Bola lagi berharap dapat melihat Jerman dan Brazil di Final.
tetapi tidak kesampaian.
Jerman dan Brazil akan berentap awal pagi nanti di Pusingan Separuh Akhir,
yang menang akan ke Final Piala Dunia 14 Julai nanti.

ola bola
memeriahkan Piala Dunia Brazil 2014

Nak cat muka seperti shark?
pergi ke laman web www.OlaBola.my
gunakan aplikasi yang telah tersedia,
warnakan gambar anda mengikut warna negara Piala Dunia 2014,
dan mungkin anda bertuah untuk memenagi hadiah yang ditawarkan.
untuk maklumat lanjut dan hadiah yang ditawarkan rujuk Facebook Stadium Astro.

Jangan lupa awal pagi nanti,
saksikan perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Brazil 2014,
Brazil vs German jam 4 pagi.
dan sokonglah pasukan jerman supaya anda tidak kecewa di hari esok :)

#doauntukmh370
#prayformh370

7 Jul 2014

Begitu Mudah Nak Kaya Jutawan

zaman sekarang memang mudah sebenarnya nak cari duit,
bila dah pandai cari boleh lah jadi jutawan,

itu semua bergantung pada usaha masing-masing.
tapi ada juga yang bergantung kepada nasib,
bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan orang lain,
bergantung sepenuhnya kepada keupayaan orang lain,
bila sedar semuanya hanyalah pembohongan,
mula hilang pertimbangan,
yang menjadi mangsa keluarga sendiri.

iklan orang kaya di dunia
papan iklan jutawan yang  terletak di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang | sumber : The Star

lihat papan iklan diatas,
agak-agak dh berapa ramai tergoda dengan iklan tersebut,
"bakal orang terkaya di dunia" dengan ahli-ahli yang berkereta BMW.
memang mampu mengubah mata dan fikiran orang ramai.
memang bagus marketing dia.

bakal orang terkaya
Permainan orang kaya | sumber : rakan FB

memang mudah sekarang nak kaya,
cari sahaja iklan-iklan sebegini,
ianya mampu mengubah kehidupan anda,
baik dan buruk anda sendiri yang tentukan.
ada mata , ada akal , guna sebaik-baiknya,
jangan bertindak dengan angan-angan.

#doauntukmh370
#prayformh370

5 Jul 2014

Koleksi Baju Raya Rizalman Di Zalora

koleksi rizalman di zalora
klik banner ini untuk special promotion

Zalora telah membawa beberapa pereka fesyen untuk sambutan Aidilfitri kali ni,
antaranya Rizalman , nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia fesyen
sudah pasti design-desiin yang dihasilkan lain dari yang lain,
memang istimewa jika di pakai di hari lebaran nanti.

shark kongsikan antara beberapa Koleksi Baju Raya Rizalman di Zalora.
jaga-jaga mata anda yer..
boleh rambang mata dibuatnya.

koleksi rizalman di zalora
Koleksi Ava Dress - Katherine Dress

koleksi rizalman di zalora
Baju Kurung Bibah - Nona - Normadiah


koleksi rizalman di zalora
Baju Kurung Seri Dewi - Musalmah - Salmah

koleksi rizalman di zalora
Baju Kurung Kalthun - Sarimah - Nursiah

untuk melihat koleksi lebih banyak boleh ke Koleksi Rizalaman Untuk Zalora
atau klik banner diatas untuk promosi istimewa hanya dari Blog Cerita Shark

Zalora memang terkenal dengan sistem penghantaran yang pantas.
shark sendiri mengakuinya.
sudah beberapa kali shark membeli secara online di Zalora
jadi tak perlu risau akan kelewatan baju raya yang anda beli disini.

diharap perkongsian ini dapat membantu anda bergaya di hari lebaran,
ditambah pula dengan rekaan yang dihasilkan oleh pereka fesyen terkenal.
anda akan kelihatan menarik dan menawan di aidilfitri kali ini.
selamat mencuba dan semoga berpuas hati.

#doauntukmh370
#prayformh370