30 Jun 2014

Tidur 2 Jam Sehari

entah apa akan jadi besok pun tak tahu.
semua gara-gara Wolrd Cup 2014.

Demam Piala Dunia 2014 sudah masuk ke pusingan kedua,
pusingan kedua adalah pusingan kalah mati,
dan dalam pusingan ini setiap perlawanan bermula jam 12 tgh malam dan 4 pagi.

france vs algeria
Perancis VS Nigeria Jam 12 tgh malam waktu malaysia

Malam ini terdapat 2 perlawanan menarik.
Jam 12 tengah malam perlawanan antara Perancis VS Nigeria
semestinya ramai yang memilih Perancis sebab dibarisi barisan handalan
memang juga kalau tak tengok.
tempoh biasa setiap perlawanan adalah 2 jam,
ini bermakna perlawanan Perancis dan Nigeria habis jam 2 pagi.

jawabnya pukul  2 masa untuk tidur.
tapi kena bangun pula jam 4.

jerman VS algeria
Jerman VS Algeria Jam 4 pagi waktu Malaysia

Team faveret shark,Jerman bermula jam 4 pagi
ini wajib tengok.
perlawanan antara Jerman VS Algeria dijangka habis jam 6 pagi
Masuk kerja pukul 7.30 pagi.
kesimpulannya masa tidur malam ni antara pukul 2 hingga 4 pagi.

apa akan jadi yer.
Demam yang yok jawabnyer besok.

#doauntukmh370
#prayformh370

3 Calon Isteri Idaman Shark

ustaz azhar idrus
Pesanan Ustaz Azhar Idrus
itu ustaz azhar kata.
masing-masing ada citarasa masing-masing,
berikut shark kongsikan antara 3 Calon Isteri Idaman

  • Seorang isteri yang cantik,pandai bersolek,memasak dan mengurus rumah adalah pekara paling penting
  • seorang isteri yang periang,bertenaga,sentiasa dapat membuatkan shark tertawa dan berhibur di kala duka
  • seorang isteri yang memahami dan pandai menjaga aib shark serta pandai menjaga kelakuan sewaktu suami bekerja di luar
  • Tapi yang paling penting ialah ketiga-tiga isteri di atas tidak mengenali antara satu sama lain.kalau tidak pecah tembelang shark.
hahahahah...
menarik bukan,
shark kongsi artikel lawak yang ada di dalam Akhbar Mingguan semalam,

ini bukanlah calon isteri yang shark idamkan,
tapi kalau ada calon nombor 2 tu Alhamdulillah,
hehehe...

ji hyo running man
Ji Hyo - Mong Ji - Ace Running Man tetap dihati :)

#doauntukmh370
#prayformh370

28 Jun 2014

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadhan

perihal Felixia Yeap memeluk islam terus dapat perhatian,
yang terbaru Felixia Yeap memeluk islam 5 Ramadhan nanti,
bersamaan pada hari Khamis minggu depan - sumber Harian Metro

felixia yeap
wajah amoi yang semakin mendapat perhatian | sumber :  FB Felixia Yeap

Siapa tak kenal Felixia Yeap,
ini bukan kali pertama shark bercerita mengenai Felixia Yeap di blog,
drama pertama dia Nikah Kita Bercinta mendapat sambutan hangat,
shark sendiri tak terlepas menontonnya,

benar atau tidak dia memeluk islam pada 5 Ramadhan?
katanya 5 ramadhan tersebut jatuh pada Hari Lahir beliau,3 Julai
sebab itu beliau memilih tarikh tersebut untuk memeluk islam
sama-sama kita tunggu,

cuba teka apa nama islam dia nanti :)

#doauntukmh370
#prayformh370


Salam Ramadhan 2014

pengumuman puasa sudah diumumkan malam tadi,
dengan rasminya esok semua umat islam berpuasa,
Alhamdulillah.

ramadhan 2014
Tarikh Berpuasa Tahun 2014

malam ini permulaan terawih,
suasana malam ini sehingga hujung ramadhan semestinya meriah,
masjid , surau sudah pasti menjadi tempat tumpuan sepanjang malam Ramadhan,

suasana petang pula semestinya tetumpu kepada bazar ramadhan,
pilihan kuih muih,lauk pauk menjadi kegilaan kepada orang berpuasa,
perut lapar semuanya nampak enak di mata,
Berhati-hati semasa memilih juadah nanti,

kepada semua rakan-rakan blogger , pembaca blog cerita shark,
Selamat Berpuasa kepada semua,
Amalkan puasa kali ini seperti puasa untuk kali terakhir.
Insyaallah puasa kali ini lebih bermakna.

#doauntukmh370
#prayformh370

26 Jun 2014

Perarakan JDT Juara Liga Super 2014

Juara Liga Super 2014 memihak kepada Pasukan JDT malam tadi,
kemarau kejuaraan 13 tahun akhirnya dapat ditebus,

carta kedudukan liga super 2014
Kedudukan carta akhir Liga Super 2014 | sumber : Artortoise

pada malam ini,
26 Jun 2014 akan diadakan sambutan menyambut kepulangan pemain JDT
perarakan akan bermula dari Tol Skudai sekitar jam 6 petang
dan berakhir di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos sekitar jam 8.30 mlm

semestinya sambutan akan meriah di Johor Bharu malam ini,
kepada pengguna jalan raya sila pastikan anda merancang perjalanan malam ini.
shark sertakan peta perarakan sempena sambutan pemain JDT.

untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Harimau Selatan - Pro Sport Team

sambutan pemain JDT 2014
Sambutan pemain-pemain JDT malam ini | sumber : Harimau Selatan

tahniah buat pasukan JDT,
perlaburan pemain-pemain bintang akhirnya memberi impak.

selamat bercuti buat orang Johor.

#doauntukmh370
#prayformh370

25 Jun 2014

Gaya Seorang Bapa?

semalam ada sahabat menegur shark
katanya shark ada gaya seorang bapa.
kembang kempis jugak hidug nie.
bujang terlajak ni dh ada gaya.

gaya seorang bapa
bila sahabat menegur di Facebook

gambar ini ketika shark dukung anak kepada sepupu shark,
budak ni pernah diceritakan dalam entry shark sebelum ni,
namanyer irham ,  yang ada dalam entry  tebuan paling comel ditemui.
muka dia memang kiut,
muka tiada perasaan ketika ini,
hehehe.

gaya seorang bapa
Bersama Irham

ada gaya ker ni seorang bapa?

#doauntukmh370
#prayformh370

23 Jun 2014

Tabahlah Adik Muhammad Firdaus

remaja OKU dikurung ibu sendiri menjadi topik utama perbualan sekarang,
Adik Muhammad Firdaus mendapat perhatian rakyat malaysia,
dengan alasan tidak tahu prosedur oleh ibunya terus dikecam,
Facebook milik remaja OKU ini menjadi perhatian,
shark malas nak bercerita perihal ibunya,
pasti akan ada lebih drama dan konflik selepas ini,
muhammad firdaus oku
tidak terkata melihat foto ini | sumber:HMtero
shark lebih berminat bercerita perihal adik Muhammad Firdaus,
siapa sangka dengan keadaan begitu dia mampu bertahan untuk terus hidup,
hidup di dalam bilik tiada tingkap dengan penuh bau najis dilalui adik Firdaus
siapa yang ada mneonton video penemuan adik firdaus mampu mengalir air mata,
memang tak boleh gambarkan ketika melihat rangka badan adik firdaus,

 Video original penemuan Adik Muhammad Firdaus

sekarang adik Firdaus dirawat di Hospital Tuanku Jaafar,seremban.
mengikut keratan akhbar adik Firdaus kini dirawat rapi,
sudah dibersihkan badan,rambut dipotong,perutnya tidak lagi kempis,
dia kelihatan lebih segar selepas diberi makan bubur - sumber Utusan.

tak sabar pula nk melihat perubahan pada adik Firdaus,
zaman kegelapan sudah berakhir,
tiada lagi baju reput,
tiada lagi bilik seperti reban yang tiada tingkap,
tiada lagi najis untuk dimakan
semoga dia terus tabah untuk terus hidup dan menikmati kehidupan seperti remaja lain,
tabahlah adik Muhammad Firdaus.

#doauntukmh370
#prayformh370

19 Jun 2014

Bas Rapid Kuantan Terbabas

Bas Rapid Kuantan terbabas semalam di kuantan
tiada kemalangan jiwa dilaporkan,
melihat pada gambar memang agak ngeri juga,
bas rapid kuantan kemalangan
melanggar pembahagi jalan | gambar : Aries Mohd Noor
kemalangan bas rapid kuantan
gambar dari hadapan | gambar : Aries Mohd Noor
bas rapid kuantan terbabas
gambar dari tepi | gambar :  Aries Mohd noor
bas rapid kuantan terbabas
gambar dari belakang | gambar : Aries Mohd Noor
difahamkan ketika kejadian terdapat 3 penumpang di dalam bas,
kesemua selamat tetapi seorang kanak-kanak retak tulang kaki,
mangsa kini sedang dirawat di HTAA Kuantan,
tayar bas dikatakan meletup lalu melanggar pembahagi jalan.
Utusan Online : Besi Penghadang Jalan Tertusuk Ke Dalam Bas
MyMetro : Nyawa Dihujung Rel
siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,

bas rapid kuantan terbabas
kenyataan rasmi dari syarikat Rapid Kuantan
memang sukar nak gambarkan perasaan jika berada didalam bas ketika itu,
tengok gambar terakhir memang agak ngeri,
pembahagi jalan menembusi bahagian bas,
nasib baik ketika itu hanya 3 penumpang,
dapat  bayangkan kalau penumpang penuh ketika itu?
kecoh satu Malaysia nanti,

diharapkan kejadian ini tidak akan berulang,
tambah-tambah lagi dengan musim perayaan kelak,
diharapakn semua perkhidmatan bas awam di Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga,
jangan tunggu hilang nyawa baru nak sedar,
pesanan ini untuk diri sendiri juga
berhati-hati di jalan raya.

#prayformh370
#doaunutkmh370

18 Jun 2014

Kuciwa Dan Kecewa

World Cup Brazil 2014
Brazil 0 - 0 Mexico

brazil vs mexico
keeper Mexico cemerlang pagi tadi

kuciwa dan kecewa perasaan harini,
semangat bangun pukul 3 pagi nak melihat aksi samba brazil
90 minit menanti tapi hasilnya tiada jaringan,
memang perit kalau tengok bola tiada jaringan,
perit bila pasukan faveret tiada nasib,
bertambah perit kalau tonton di awal pagi.

brazil vs mexico
aksi Neymar dengan gaya rambut baru
apakan daya,
bukan shark yang bermain bola,
hanya tahu menonton dan bersorak,
mereka bermain dengan bersungguh tapi kita pula mengutuk,
ambil positif setiap keputusan perlawanan,

selepas 2 aksi perlawanan,
kemungkinan ingin melihat Brazil ke Final agak jauh,
walaupun begitu tema biru kuning tetap hingga ke Final

mampukah shark ingin melihat 2 pasukan faveret bermain di Final.
Brazil vs Jerman.
bola itu bulat,
tunggu sehingga habis musim.

#prayformh370
#doauntukmh370



16 Jun 2014

Tunggu 100 Hari

hari ini genap 100 hari kehilangan MH370
seperti biasa angka 100 hari menjadi perhatian,

MH370
MH370
pelbagai perbincangan dan bual bicara diatur di siaran televisyen,
pakar-pakar panel dijemput untuk mengulas dan membahas,
membahas fakta kejadian selama 100 hari,
memberi info pencarian 100 hari,

selepas 100 hari  isu ini diperbesarkan balik,
selepas 100 hari  isu ini diutamakan,
kenapa mesti tunggu 100 hari,
apa jadi pada hari ke 42,
apa jadi pada hari ke 60,

kurang bersetuju dengan beberapa rangkaian televisyen yang memperingati kejadian sempena  kehilangan MH370 selepas 100 hari.
menjemput pula panel dan pakar yang entah hujah apa yang dibentangkan,
memberi fakta dan usaha yang sudah diketahui umum,

berdoa dan terus beri harapan setiap hari agar misteri ini dapat dirungkai.

mh370 poster

#prayformh370
#doauntukmh370

14 Jun 2014

Bergaya Di Jefferson East Coast Mall Kuantan

bertempat di Jefferson Kuantan,
shark diberi peluang untuk satu sesi review fesyen Jefferson minggu lalu
butik ini terletak di dalam Shopping Komplek East Coast Mall Kuantan.

jenama Jefferson tidak perlu diperkenalkan lagi,
mula bertapak pada tahun 1987 di Komtar Penang,
mula berkembang seiring dengan gaya fesyen terkini dengan harga yang menarik
dan kini Jefferson sudah mempunyai 11 butik Di Malaysia dan Indonesia.

jefferson east coast mall kuantan
Jefferson East Coast Mall Kuantan
jefferson kuantan
Tingkat 3 berhadapan dengan Panggung Wayang GSC
melangkah masuk ke butik Jefferson membawa kita ke dunia fesyen terkini,
pelbagai pilihan yang menarik untuk digayakan,
daripada set kasual,set sukan dan set formal semua ada di Jefferson,
aksesori juga setanding koleksi pakaian di sini,

jefferson kuantan
pilihan kasut ,tali pinggang , topi ,dan rayban  yang penuh dengan warna dan styish
jefferson kuantanjefferson kuantan

untuk bergaya santai secara kasual memang banyak pilihan di Jefferson,
pilihan warna,design dan aksesori memang banyak koleksi disini,,
shark berikan contoh untuk bergaya santai fesyen kasual Jefferson 
Model : Mohd Shahril Razali ( adik shark)
jurufoto : shark

jefferson kuantanjefferson kuantan

jefferson kuantanjefferson kuantan

jika anda seorang yang suka bersukan,
dan inginkan kelainan dari segi penampilan,
pilihan fesyen sport jefferson disini lebih trending dan simple.
Model : Mohd Shahril Razali ( adik shark)
jurufoto : shark

jefferson kuantanjefferson kuantan

jefferson kuantanjefferson kuantan

untuk pilihan fesyen formal Jefferson pula pilihan disini agak ringkas,
walaupun ringkas tapi sudah cukup membawa gaya tersendiri,
Model : Mohd Shahril Razali ( adik shark)
jurufoto : shark

jefferson kuantanjefferson kuantan

kesemua set diatas adalah dari koleksi Jefferson,
aksesori tali pinggang, topi , kasut ,semua dari Jefferson
tidak pelu bersusah payah mencari koleksi lengkap,
semua ada di dalam satu butik.

koleksi Jefferson harus dimiliki oleh lelaki yang mementingkan gaya,
gaya yang ringkas dan trending dengan harga yang berpatutan,
jefferson kuantan
Promosi Di  Butik Jefferson Kuantan
jefferson kuantan
aneka warna dan fesyen seluar untuk lelaki
jefferson kuantan
jaket dan vest yang harus dimiliki
jefferson kuantan
berkemeja dengan Jafferson
untuk maklumat lanjut dan ingin mengetahui fesyen terbaru boleh klik di laman berikut:
 laman web Jefferson : www.jefferson.com.my
 laman sosial Facebook : Facebook Jafferson

jom bergaya bersama Jefferson.

#prayformh370
#doauntukmh370

13 Jun 2014

Dimana iklan Puasa ?

sudah masuk minggu kedua dalam bulan Jun,
dalam masa 2 minggu lagi dah sampai bulan Ramadhan,
semalam bermula sudah Piala Dunia 2014,
kenapa Piala Dunia terasa lagi hebat suasana berbanding bulan Ramadhan,
kenapa suasana Ramadhan masih tidak terasa.?

Iklan Puasa daripada Maxis Tahun 2013

sebulan sebelum bermula Piala Dunia,
pengiklanan dan promosi telah bermula,
dada-dada akhbar sudah penuh dengan promosi Piala Dunia,
pengiklanan di TV pula memang rancak,
banner-banner di bandar mula rancak dipasang,

bagaimana promosi iklan untuk bulan Ramadhan?
boleh dibilang dengan jari walaupun hanya berbaki 2 minggu,
paling ketara ialah iklan Yusoff Taiyub,
itu pun iklan yang sama setiap tahun,
dimana iklan Petronas,TNB,PROTON,MAXIS,HOTLINK,DIGI,dan yang lain.

iklan puasa
iklan yusof taiyub tanda bermula bulan Ramadhan
kemana hilang idea dan kreativiti pembikin iklan?
takkan hanya muncul ketika aidilfitri sahaja,
padahal kemeriahan raya hanya sekejap berbanding puasa,
kalau ada kontroversi politik cepat pula idea dan konsep iklan yang dibuat,

isu ini akan sentiasa timbul jika tiada perubahan.
mungkin ada iklan berkenaan sambutan bulan puasa yang dibuat,
tapi sayang hanya popular dan disiarkan di rangkaian internet.

diharapakan ada perubahan akan datang.
kita tunggu siapa yang berani mengeluarkan iklan sambutan bulan ramadhan kelak.

#Prayformh370
#doauntukmh370

12 Jun 2014

Demam Yang Ditunggu-Tunggu

Demam ini tiada ubatnya,
demam ini memang unik
demam ini datang 4 tahun sekali.
demam ini memang sukar dibendung.

akhirnya sampai sudah hari yang dinantikan oleh peminat bolasepak,
Piala Dunia 2014 bakal bermula dan berlangsung awal pagi nanti,
bermula 12 Jun sehingga perlawanan akhir pada 13 Julai nanti.

piala dunia 2014
Piala Dunia FIFA 2014 Brasil

pasukan faveret shark untuk setiap edisi Piala Dunia adalah Brasil dan German,
bagi memeriahkan suasana,
warna tema blog yang baru ini diambil dari warna pasukan tuan rumah dan pasukan feveret shark,
Kuning , Hijau dan Biru adalah warna jersey bagi pasukan brasil
diharapkan ada tuah buat pasukan Brasil kali ini.

jersey brazil 2014
Jersey Rasmi Brazil 2014
jersey brazil 2014
Jersey Brazil untuk World Cup 2014
untuk edisi kali ini,
semua perlawanan berlangsung awal pagi dan mempunyai 3 sesi
  • perlawanan paling awal bermula jam 12 tengah malam
  • perlawanan kedua bermula jam 3 pagi
  • perlawanan paling lewat bermula jam 6 pagi
untuk melihat jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia rujuk blog Denaihati : Piala Dunia 2014

kepada isteri , ibu , kakak , dan adik jangan terkejut kalau ada bunyi bising di ruang tamu,
tengah sedap dibuai mimpi dikejutkan dengan sorakan gol,
tengah sedap berguling dikejutkan pula dengan maki hamun,
itu tanda ada orang sedang menjadi pengadil di ruang tamu.
jaga-jaga ler ketika itu,
jangan sampai pasu di dalam rumah pecah.

kratun piala dunia
makan bola,tido bola,mandi bola ? | sumber : catatan ankel jonni
boleh dikatakan setiap kali edisi Piala Dunia pasti ada sesuatu yang menarik,
apa pula fesyen rambut yang bakal dibawa oleh pemain-pemain kali ini,
iklan mana yang mampu mewarnai kemeriahan edisi kali ini,
lawak , dan sindiran semestinya akan menjadi trending nanti,

kepada peminat bolasepak jangan lupa hashtag #olabola
sama-sama memeriahkan Piala Dunia kali ini.
pasukan mana pilihan anda
mampukah pasukan pilihan anda,
semua akan terjawab

shark memilih Brazil dan Jerman.

Selamat Menonton.
GooooooLLLLLLLLLLLLLLLLL~

#prayformh370
#doauntukmh370

11 Jun 2014

101 Resipi Tok Wan Terbaik

semua makanan ini adalah Menu 101 Resipi Tok Wan,
rujuk Preview Buffet Ramadhan Vistana Hotel Kuantan untuk lebih info

101 resipi tok wan
Jantung Pisang
101 resipi tok wan
Coleslaw
101 resipi tok wan
Rojak Segala Buah
101 resipi tok wan
Acar Jelatah
101 resipi tok wan
Gulai Kawah
101 resipi tok wan
Sagu + strawbery

101 resipi tok wan
aneka kek pencuci mulut
101 resipi tok wan
Sago Gula Melaka
selamat menjamu mata..
tunggu bulan puasa baru boleh rasa semua ni.

#prayformh370
#doauntukmh370