31 May 2014

Ranking Alexa 2,517

masa untuk mengukur sejauh mana kerajinan dan usaha blog untuk menjadi lebih baik.
ranking Alexa pada bulan ini agak baik berbanding Alexa bulan April.
lega dan gembira rasanya.
walaupun sedikit tapi itu adalah pendorong untuk ke bulan seterusnya.
target semestinya untuk berada dalam linkungan 1,000 kelak.

Ranking ALEXA 31 MAY 2014

sedar tak sedar sudah sampai ke pertengahan tahun 2014,
sedar atau tidak sebulan lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan,
macam mana agaknya persiapan Ramadhan nanti,
dugaan besar menanti apabila kita berpuasa di Musim EL Nino,
diharap semua berjalan lancar.

#prayformh370
#doauntukmh370

CuperBoy Paling Hensem

cuperboy ash
CuperBoy Ash dengan muka hensem dia.
rasanya rata-rata blogger dh kenal kan anak siapa nie.
semestinya hero kepada blogger Kak Farah Bubblynotes,
dan juga blogger paling muda dalam sejarah -umur 6 bulan dah ada blog sendiri

hari isnin lepas genap CuperBoy Ash berumur 6 bulan,
wuhuuu...tahniah buat Ash,
tapi katanya ash demam lepas kena cucuk baru-baru nie,
harap2 sekarang dah sihat dan happy seperti biasa ler.
bila dah nama CuperBoy semestinya kena kuat.

so far uncle shark dia masih ada hutang dengan CuperBoy nie,
rasanya boleh langsai hutang tu sebelum raya,
boleh jadi ash dapat hadiah raya ler nnti,

entry ini dikeluarkan khas sempena CuperBoy genap 6 bulan minggu ini,
rasa macam tak sabar pulak nk tunggu setahun,
makin hensem agaknya Cuperboy macam uncle shark dia.
wuhuuuuu~
cuperboy ash
Selfie !  | sumber : blog BubblyNotes

#prayformh370
#doauntukmh370

26 May 2014

Kalau Aku Main Piala Thomas

piala thomas 2014
kekecewaan jelas dirasai
selepas 6 jam bertarung untuk Piala Thomas 2014
selepas 6 jam menonton untuk melihat Piala Thomas di bawa pulang,
akhirnya Malaysia terpaksa akur dengan kemenangan Jepun,
sejarah buat Pasukan Jepun memenagi Piala Thomas buat pertama kali.

memang ramai kecewa malam tadi,
ramai jugak yang tidak berpuas hati,
ada jugak yang mempertikai gaya permainan,
masing-masing mempunyai alasan tersendiri,

piala thomas 2014
perlwananan kalah mati
cuba letak diri kita di tempat mereka,
letak diri kita untuk bermain di game ke-4,
letak diri kita bermain setelah ketinggaln 2-1,
letak diri kita ketika kalah di set pertama.
mampukah kita untuk fokus dan galas tanggungjawab yang besar?
semua mata dan semua harapan terletak pada kita,

jangan samakan permainan di gelanggang dengan permainan di keyboard,
habis permainan kita update status dan lupakan semuanya,
kalau kita bermain mampukah kita untuk tido dengan lena?
mampukah kita untuk menjawab beribu pertanyaan?

terima sahaja keputusan walaupun perit,
terima kasih buat penyokong Malaysia,
rasanya semalam boleh catat rekod penonton paling ramai dalam sejarah.
dari rumah hingga ke kedai makan semuanya pasang live badminton,
6 jam perlawanan yang begitu menarik dan mendebarkan,
ada yang sakit jantung,ada yang tak senang duduk,
itulah perasaan dan nikmat sebenar dalam arena sukan.

piala thomas 2014
kemeriahan di Festival Belia Putraya semalam
#prayformh370
#doauntukmh370

24 May 2014

Gaya Muslimah Buat Peminat Bolasepak

fesyen muslimah untuk peminat bolasepak
Fesyen Muslimah Untuk Peminat Bolasepak Pasukan Pahang
shark tertarik dengan fesyen rekaan dari Team Wahanis ini,
fesyen ini khusus untuk wanita muslimah yang meminati bolasepak,
rekaan baju ini disertakan sekali dengan beberapa koleksi shawl.

Rekaan untuk koleksi ini diberi nama "Qadin"
Qadin membawa maksud Wanita dalam bahasa Azerbaijan.
rekaan ini bertujuan mengetengahkan wanita serta menghormati wanita dalam dunia bolasepak tempatan 

fesyen muslimah peminat bolasepak
Shawl Chiffon Twin Colour - pandangan belakang | sumber : Wahanis
fesyen muslimah peminat bolasepak
Shawl Chiffon Twin Colour - Pandangan hadapan | sumber : Wahanis
fesyen muslimah peminat bolasepak
Halfmoon Chiffon 2 layers | sumber:Wahanis
fesyen muslimah pemiant bolasepak
Bawal Chiffon Twin Colour | sumber : Wahanis
kreatif bukan?
untuk fesyen diatas memang khusus untuk peminat bolasepak Pahang,
warna biru dan kuning ini adalah mewakili warna jersi pasukan bolasepak Pahang,
rekaan anak tempatan memang tidak mengecewakan.

Tahniah buat team Wahanis dan DigitalBone
ini adalah projek gabungan mereka untuk mewarnai bolasepak tempatan
Team DigitalBone adalah media rasmi untuk Pahang FA

cukup bertuah peminat bolasepak Pahang
"Hogoh pahang Hogoh"

untuk tempahan boleh rujuk gambar dibawah
atau boleh terus ke Page Fb Wahanis
rekaan muslimah peminat bolasepak
Sila hubungi nombor yang tertera

#prayformh370
#doauntukmh370

23 May 2014

Kalimah Allah Atau Huruf W

huruf W atau kalimah Allah
huruf W atau kalimah Allah?
sekali imbas gambar diatas memang perasan satu huruf menyerupai kalimah Allah,
sesiapa yang menonton Final The Voice Musim 6  mesti perasan,
shark sempat menonton konsert final yg disiarkan di chanel AXN hari rabu baru-baru ini.
mula-mula memang agak terkejut tengok huruf tersebut.

huruf w atau kalimah Allah
sengaja atau tidak disengajakan

malas nak cepat melatah,
shark anggap itu adalah huruf W,
lagipun nama peserta final itu adala Jake Worthington.
mungkin jugak nak kasi cantik huruf tersebut sampi jadi begitu bentuk dia.

apa pula pendapat rakan semua.

#prayformh370
#doauntukmh370

22 May 2014

Koleksi Nama Panda Malaysia

ramai yang sudah tahu akan cerita Panda Gergasi semalam.
baru jer sampai semalam tapi harini dah cukup trending cerita mereka berdua,
jum kita tengok antara fakta tentang Panda Gergasi.
sumber dari Harian Metro Online
panda gergasi dari china
 Panda dan Tempat Tinggal Mereka
Feng Yi dan Fu Wa nama diberi,
tapi itu adalah nama dari negara China,
bila dah datang dan menetap disini kena ler kasi nama Malaysia,
dikatakan Perdana Menteri kita akan umum nama baru mereka,

sebelum PM kasi nama,
rakyat Malaysia awal-awal lagi sudah berikan nama kegemaran masing-masing,
hashtag  #namapanda telah membanjiri laman sosial Twitter sejak semalam
shark kongsikan antara Nama-Nama Panda Malaysia yang menarik.

koleksi nama panda malaysia
Twenty n Million | Jep n Shuip | Panda n Lela | Brim n GST

koleksi nama panda malaysia
PandaJaya n PandaSentral | Pandi n Kuti | Azwan n Ali | Nee n Lofa | Teluk n Intan

koleksi nama panda malaysia
 Dyana n Sofia | Pakcik n Makcik | Gi n La | Patana nPatinu |kangkung n Belacan

koleksi nama panda malaysia
Pandalela n Pandamah | upin n ipn | jate n Tino | pakTam n MakTam

orang kita memang kreatif..
agak-agak apa nama baru yang akan diberikan oleh PM nanti.

#prayformh370
#doauntukmh370

21 May 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah.

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss...

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

EL Nino Semakin Hampir

sedar tak sedar kita sudah sampai ke pertengahan bulan May,
pejam celik kita semakin hampir ke pertengahan tahun 2014,
dan khabarnya pada bulan Jun kita akan mengalami musim EL Nino,
tapi itu adalah ramalan pakar kaji cuaca,
Utusan Online : EL Nino Dijangka Melanda Asia Pertengahan Tahun
sebagai penduduk Malaysia apa pula tindakan kita ?

kesan el nino malaysia tahun 1998
Kesan Kemarau Di Kedah 1998 | sumber : Utusan Online 1998
  • sudahkah kita membeli bekalan air minuman yang cukup?
  • sudahkan kita bersedia untuk menghadapi cuaca yang panas terik?
  • mampukan anak-anak kecil bertahan dalam suasana kering nanti?
  • masih ada lagikah kebakaran hutan dan jerebu?
semua akan terjawab bila EL Nino terjadi,
sebelum ia terjadi kita hanya pejam mata.
sifat semulajadi manusia :)

fenomena EL Nino
Fenomena El Nino | sumber : Hmetro
sebelum ia terjadi alangkah baik kita membuat persiapan,
sediakan payung sebelum hujan.
mungkin kita boleh ambil tindakan awal seperti
  • membeli stok air mineral/air minuman dalam kuantiti banyak ( beli semasa EL Nino mungkin harga melonjak naik )
  • membeli stok makanan mentah lebih awal
  • memasang penghawa dingin , membeli penghawa dingin mudah alih
  • bersedia untuk mengurangkan / menjimatkan penggunaan air seharian
  • kurangkan aktiviti luar terutama kanak-kanak
  • beli topeng penutup mulut untuk keadaan jerebu nanti.
diharapakan EL Nino kali ini tidak seteruk yang disangka,
tambahan pula jatuh pada bulan Ramadhan,
jadi memang besar ler dugaan nanti.

EL Nino bukan sekejap,
makan masa selama 6 bulan,
orang selangor harus berhati-hati jika berlaku,
sebelum ini air empangan hampir kering,
inikan pula musim panas yang berpanjangan
sama- sama berdoa agar semuanya baik-baik sahaja nanti.

#prayformh370
#doauntukmh370

17 May 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang.

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada 12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

16 May 2014

Tebuan Paling Comel Ditemui !

bila sebuat pasal tebuan,
dah terbayang bahaya diserang sekumpulan tebuan,
dah terbayang perit bila terkena sengat tebuan.

bagaimana pula kalau terjumpa dengan tebuan yang comel sebegini?

baju tebuan
 Irham my liltle cousin , dengan baju tebuan

#prayformh370
#doauntukmh370

14 May 2014

Semua Orang Pernah Merasa

semua orang pernah merasa..
di kampung,di taman perumahan mahupun di tengah bandar.
apa reaksi anda?

signal kereta
jenis tak bagi signal

#prayformh370
#doauntukmh370

13 May 2014

Budak Paling Popular Hari Ini

13 mei 2014,
lanjutan dari peristiwa MB Terengganu meletak jawatan
budak ini tiba-tiba sahaja ada di segenap komen di laman Facebook,
begitu trending budak ini.
agak-agak apa ler yang dia tengah buat sekarang nie,
mesti bangga bila tengok muka dia popular di laman sosial hari ini.

shark kongsikan sedikit koleksi komen bergambar untuk hari ini.

budak mirip said
Muka mirip bekas MB Ahmad Said
budak mirip ahmad said
Bukan Anak Mat Said
muka sama ahmad said
Kenapa Ayah Kita Kena Pecat
muka sama ahmad said
Berani ganti ayah kita
budak muka sama said
Bukan aku yang nak kahwin

#prayformh370
#doauntukmh370

12 May 2014

Berhati-hati Dengan Air Kotak

tertarik dengan aduan dari pengguna Dutch Lady minggu lepas,
berkenaan bendasing yang terdapat didalam kotak susu Dutch Lady.
shark kongsikan gambar tersebut.

susu kotak dutch lady
aduan dari pengguna Dutch Lady
susu kotak dutch lady
keadaan penutup kotak susu tersebut
susu kotak dutch lady
bendasing yang terdapat didalam kotak tersebut

hehehe...
sekali pandang memang agak meloyakan.
pihak Dutch Lady telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara ini,
  • katanya ini terjadi bila susu tidak disimpankan di tempat yang betul.
  • dan bendasing tersebut tidak merbahaya
  • ia seperti mineral yang telah menjadi pepejal
  • pihak Dutch Lady akan menghubungi pelanggan tersebut
susu kotak dutch lady
kenyataan dari pihak Dutch Lady

ini bukan kali pertama.
sebelum ini shark ada perasan juga aduan dari air kotak laici Yeos.

air kotak yeos
aduan dari air kotak laici Yeos

kepada semua penggemar minuman air kotak,
shark kongsikan tips untuk mengelak anda minum bendasing tersebut.
  • perhatikan tarikh luput
  • perhatikan dimana air kotak disimpan dan suhu di tempat penyimpanan
  • perhatikan penutup air kotak
  • jangan minum terus dari air kotak
diharapkan tips yang diberikan dapat membantu,
dan jangan lupa laporkan sebarang aduan jika terdapat lagi kejadian begini,
laporkan sahaja di laman sosial,
kebiasaan aduan di laman sosia akan mendapat lebih perhatian.

#prayformh370
#doauntukmh370

9 May 2014

Perlu Ke Berita Pasal Tasha Shilla ?

pelakon cantik jelita,Tasha Shilla menjadi perhatian semalam,
hanya kerana sekeping gambar testimoni produk,dia menjadi perhatian,
produk bukan sebarang produk,
ini adalah produk kecantikan dalaman wanita,

produk tasha shila
gambar testimoni produk tasha shila semalam

bila sudah membabitkan artis,
sudah pasti berita ini akan menjadi hit di media massa,
Astro Awani semalam telah mengeluarkan artikel berkenaan gambar tasha shila,
bagi shark,tajuk dan intipati artikel berkenaan tidak perlu dikeluarkan,
aset seorang artis dan seorang wanita tidak perlu dijadikan isu.
Astro Awani : Isu Pertambahan saiz payudara, Tasha Shila Akui Cuma Ambil Produk

isu payudara tasha shila
isu pertambahan payudara Tasha Silla

original atau tidak bukan urusan kita,
itu adalah hak peribadi masing-masing,

kenapa shark kongsikan gambar tasha ?
maaf kalau gambar tersebut tidak sesuai untuk dipertontonkan,
shark kongsikan hanya untuk rujukan artikel ini sahaja
bila sudah berkongsi didalam laman sosial bermakna kita juga bersedia berkongsi bersama orang lain.
tiada lagi privasi peribadi bila sudah upload ke laman sosial,

benda sudah pun berlaku,
diharapkan tiada lagi berita dan artikel perihal ini keluar dimana-mana media massa,
setiap orang ada aset yang perlu dijaga.

#prayformh370
#doauntukmh370

7 May 2014

Orang Pahang Cuti Hari Ini

cuti umum negeri
7 May adalah hari cuti umum Negeri Pahang

tengok kalendar kuda harini.
mesti ada yang perasan harini adalah Hari Hol untuk Negeri Pahang.
bermakna hari ini cuti umum untuk Negeri Pahang.
segala urusan kerajaan dan badan berkanun tidak akan dilayan hari ini.

apa itu Hari Hol?
  • Hari Hol dalam kamus dewan bermaksud Kenduri Arwah
  • Hari Hol disambut setiap 7 Mei setiap tahun,
  • Hari Hol hanya dipraktikan di Negeri Pahang sahaja.

Di negeri Pahang,
Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga Diraja Negeri Pahang,
mula diisytihar cuti umum untuk Negeri Pahang pada tahun 1974,
ini adalah untuk memperingati hari kemangkatan sultan Pahang ke-4, Sultan Abu bakar ketika itu,
Sultan Abu Bakar adalah ayahanda Sultan Ahmad Shah,Sultan Pahang yang masih bertakhta hingga hari ini.

selamat bercuti buat pembaca di negeri Pahang,
Poh Paleh Weh ~

blog cerita shark
Kita enjoyyyyyy!

#prayformh370
#doauntukmh370


6 May 2014

Umur 6 Bulan Sudah Ada Blog Sendiri

Iman Firash Husaini,
baru sahaja berumur 6 bulan tetapi sudah mempunyai blog sendiri,
blog Milestone Of  Mine - M.O.M pasti akan menarik perhatian pembaca kelak.

blog milestone of mine MOM
Blog Milestone Of Mine -MOM

ash atau cuperboy nama yang sudah tidak asing dikalangan blogger Malaysia,
siapa tidak kenal anak kepada bloger hebat Kak Farah Bubblynotes ni,
budak hensem , kepala botak dan mata galak ni memang banyak perangainya,
cerita terbaru sekarang cuperboy dah pandai menyanyi
ikuti kisah di blog Bubbylnotes -  Ash Minat Menyayi |  Blog Bubblynotes..

ash
cuperboy yang comel dan hensem | sumber : Bubblynotes

Blog MOM milik ash nanti akan diisi oleh mummy beliau,
apakah pengisian blog tersebut kita sama-sama nantikan,
khabarnya blog tersebut akan dipublish bila-bila masa sahaja,

shark memang sokong ler apa yang kak farah buat nie,
blog untuk anak ni umpama diari kehidupan anak dan keluarga,
masing-masing sudah pasti inginkan memori untuk kenangan masa depan kelak,
bertambah manis memori bila dapat berkongsi bersama rakan-rakan,
suka duka,tips,idea dapat dikongsi berbanding menulis didalam buku diari.

jangan lupa mengikuti blog Iman Firash a.k.a ash a.k.a cuperboy ini nanti.
blog ini diataja ole Dayang Deno.
memang kiut miut ler jadinya blog MOM nie.

baby and kids blogger

jumpa disana :)

#prayformh370
#doauntukmh370