29 Apr 2014

Terima Kasih Nik Nor Asiah !

terima kasih Nik Nor Asiah Bt Mohd Noor,
terima kasih kerana sudi memberi harapan,
terima kasih kerana memberi peluang kepada shark,
terima kasih kerana memberi rezeki yang begitu tinggi nilainya,
terima kasih.

email scam
rezeki bernilai US $1.3 juta dolar



#prayformh370
#doauntukmh370

28 Apr 2014

Awas Pengguna Facebook

perangkap facebook
Perangkap Facebook 

peringatan buat kepada semua pengguna Facebook,
satu sindiket telah dikenal pasti untuk memerangkap pengguna Faceook,
hanya menggunakan paras rupa dan tubuh badan yang cantik.

perangkap facebook
Temu Janji Peras Ugut

Modus Operandi Sindiket
  • menggunakan FB untuk berkenalan
  • mangsa akan dipelawa untuk berjumpa
  • dalam pertemuan,mangsa akan dituduh mencabul dan mebuat perbuatan tidak senonoh
  • suspek akan memanggil ahli keluarga untuk bantuan
  • mangsa akan dipukul dan akan memeras ugut
  • ahli kelurga suspek bukan ahli keluarga sebenar - rakan subahat

menurut akhbar,
lebih 20 pengguna facebook sudah menjadi mangsa.
untuk maklumat lanjut boleh ke Hmtero Online : Temu Janji Peras Ugut

diharapkan rakan-rakan shark tidak terjebak dalam kes seperti ini,
terutama kepada rakan-rakan yang belum berpasangan,
jangan terpedaya dengan kata-kata manis orang yang tidak dikenali,
jangan terpedaya dengan paras rupa jambu dan kecomelan mereka,

nak cari jodoh cari depan mata,
jangan cari depan monitor komputer.

#prayformh370
#doauntukmh370

26 Apr 2014

Alexa Di Blog Cerita Shark

bila dah rajin dalam menulis entry baru tahu kepentingan Alexa dalam blog,

di sekolah kita dipantau oleh guru dan peperiksaan untuk naik ke kelas yang lebih baik.
di pejabat kita dipantau oleh majikan dan hasil kerja kita untuk peluang kenaikan pangkat.

dalam blog kita dipantau oleh Alexa,
semakin baik kedudukan dalam ranking Alexa,
semakin cerah peluang untuk menjana pendapatan dengan blog,
jangan tipu kalau anda tak mahu menjana pendapatan dengan blog

hobi yang dulu sekadar suka-suka boleh ditukar dalam bentuk pendapatan,
satu kerugian kalau ada skill menulis tapi tidak dipraktikkan,
jika kita seorang blogger dan mampu menulis,
kita mampu untuk menjana pendapatan dengan penulisan kita sendiri,
hobi blog untuk bersuka-suka harus dibuang.

shark kongsikan kedudukan blog shark dalam ranking Alexa.
anda juga boleh semak di laman web Alexa.com
ranking alexa
ranking Alexa 26 April 2014

jangan malu jangan segan untuk berkongsi,
ada sebab kenapa dan mengapa entry ini perlu dikeluarkan.
ini adalah tips dari pakar SEO Malaysia iaitu Tips Ranking Bawah 200
semoga bermanfaat.

#prayformh370
#doauntukmh370

25 Apr 2014

3 kisah Kubur Bercahaya

semalam dikejutkan dengan satu berita mengenai kubur bercahaya,
dan seperti biasa FB menjadi medan untuk berkongsi dan berdebat.
pelbagai pendapat dan cerita yang keluar.

percaya atau tidak itu terpulang kepada individu.
tak perlu nak pertikaikan pendapat orang lain,
tak perlu nak perkecilkan kelebihan orang lain,
itu semua ketentuan Allah,

shark kongsikan 3 kisah kubur bercahaya .
1 peristiwa 3 cerita.

Kisah pertama - original dari saudara terdekat

kisah kedua - mula lari dari kisah sebenar

kisah ketiga - bedasarkan fakta dan pengalaman

masing -masing ada kepakaran sendiri,
masing-masing ada kelebihan sendiri,
masing-masing ada pendapat sendiri,

Allah itu Maha Pencipta ( Al-Khaliq )
Allah jadikan cahaya matahari yang boleh dipantulkan untuk menunjukkan KebesaranNya.


#prayformh370
#doauntukmh370

24 Apr 2014

Awas Cakar Dan Gigitan Kucing

tertarik dengan keratan akhbar Metro Ahad baru-baru ni.
MyMetro -Masuk Wad Dicakar Kucing
Alor Setar: Seorang suri rumah kini menanggung derita sakit dan dijangkiti kuman, malah terpaksa dirawat di hospital, gara-gara digigit dan dicakar pada pergelangan tangan dan lengan kanan oleh seekor kucing jantan baka Siam peliharaannya yang ‘naik minyak’, Isnin lalu.
masuk wad dicakar kucing
Mangsa dirawat gara-gara dicakar kucing peliharaan  sendiri | sumber: Harian Metro

kalau tngok pada gambar memang gerun jugak,
sampai begitu sekali kucing bila naik minyak ni,
kenapa begitu teruk yer luka dari cakar kucing tu?
bila diselidik baru tahu punca sebenar.

shark kongsikan pendapat rakan FB mengenai kes ini.

cakar kucing
kalau kucing bergaduh - memang bahaya | sumber : FB Dunia Kucing
kena cakar kucing
mangsa mengalami kencing manis - luka merebak | sumber : FB Dunia Kucing


dinasihatkan bahawa 
  • jangan sesekali pegang kucing bila kucing bergaduh,
  • elakkan untuk menangkap atau pegang ekor kucing,
  • jangan serkup kucing bergaduh dengan bakul mahupun kotak.
itu akan membuatkan kucing bertambah marah.
kucing kalau dah naik minyak memang lain macam.

siramkan dengan air untuk meleraikan kucing bergaduh,
insyaallah mereka akan lari,
tips ni dikatakan amat berkesan dan tidak membahayakan.

jika anda digigit atau dicakar kucing jangan ambil sambil lewa,
seeloknya segera letak ubat dan berjumpa doktor,
jangan sangka kucing anda itu bersih,
waspada kepada mereka yang berpenyakit kencing manis,
luka cakar kucing mampu merebak.

diharapkan tiada lagi kejadian begini terjadi,
dengar khabar ada juga yang kecam kucing bila berita ni disiarkan,
itu pendapat masing-masing,
yang pasti kena tahu punca dan mengapa kejadian ini berlaku.

#prayformh370
#doauntukmh370

23 Apr 2014

Aku Blogger Dan Hasrul Hassan

nama Hasrul Hassan tidak perlu diperkenalkan lagi.
seorang blogger yang lantang dan tegas dari segi penulisan,
blogger HH pernah bersuara dalam blog shark sebelum ni.
rujuk entry shark perihal  Bila Abg HH Bersuara.

Aku Blogger Dan Hasrul Hassan
Aku Blogger Dan Hasrul Hassan

bila dia dah bersuara tu ada ler rezeki buat shark tempoh hari,
tak sangka pula blog HH kasi duit raya hasil komen beliau tu.
dapat ler rezeki RM20 dari HH pada hari raya tahun lepas.

rezeki dengan blogger HH tak berhenti disitu.
lepas semangat dapat duit raya mula ler semangat nak komen di blog beliau,
sedar tak sedar shark dah banyak belajar sesuatu perihal SEO di blog beliau.
sedar tak sedar jugak blog shark dh improve dari segi SEO.
skor SEO dari chkme setakat ni 93%
semuanya hasil dari penulisan dan perkongsian di Blog Hasrul Hassan.

rezeki RM20 dah dapat dari HH,
rezeki SEO pun dah dapat dari HH,
ini tandanya blog BCS bersama blog HH,
harap-harap ada ler rezeki RM50 pula dari HH.
Amin.

#prayformh370
#doauntukmh370

22 Apr 2014

Mesti Tonton Episod Akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta

bukan kerana aku tak cinta
jebat kena tembak episod 58 malam tadi | sumber : Facebook BKATC

akhirnya sudah sampai ke kemuncak drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
lakonan hebat kekasih gelap shark Nelydia Senrose bersama Sharnaaz Ahmad..
malam ini adalah malam terakhir untuk episod 59 dan 60.
2 episod digabungkan menjadi 1 untuk kemuncak drama #BKATC malam ini.

nelydia senrose bukan kerana aku tak cinta
gugur jantung ini :)  | sumber: Facebook Nelydia Senrose

rasanya inilah drama pertama shark ikuti dari awal sampai habis.
selama ni memang jarang melekat dengan drama melayu nie.

walaupun drama ni ada beberapa scene yang agak xtreme di mata,
hinggakan abang bern pun dh boikot drama ni.
Ben Ashaari - Tiada Lagi Bukan Kerana AKu Tak Cinta
tetapi tetap menjadi pilhan shark,
drama untuk hilangkan rasa boring dikala malam .
lagipun durasi hanyalah 30 minit berbanding drama lain durasi 1jam.
30 minit sudah cukup untuk menarik minat kaum adam ini :)

malam ini juga akan diadakan Tayangan Episod Akhir Bersama Pelakon #BKATC
peminat akan dapat menonton bersama abang jebat dan juga mastura,
tayangan akan diadakan di Encorp Strand Mall,Kota Damansara,
kepada yang berdekatan jangan lepaskan peluang.
kepada yang lain temujanji kita di Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134)
Jam 10 malam.

bersama pelakon bukan kerana aku tak cinta
Tayangan Episod Akhir Bersama Pelakon  | sumber: Facebook BKATC

kepada yang terlepas dan ketinggalan,
anda masih boleh menonton secara online dan download di blog mereka.

get ready tisu malam nie?
heheheh..
Selamat Menonton,


#prayformh370
#doauntukmh370

21 Apr 2014

Detik Cemas MH192 Awal Pagi Tadi.

belum lagi reda dengan kes MH370,
awal pagi tadi dikejutkan pula dengan insiden MH192,
pesawat MAS yang bertolak dari KLIA menuju ke India mengalami masalah sewaktu penerbangan,,
MH192 terpaksa berpatah balik dan telah membuat pendaratan kecemasan di KLIA awal pagi tadi,
sumber mstar : MH192 Selamat Mendarat

Pendaratan Cemas MH192 | sumber :NST

Alhamdulillah semua penumpang dan anak kapal selamat.
ini kali ke-3 insiden membabitkan kapal terbang di Malaysia selepas MH370.

Kejadian 1 - Kehilangan MH370
Kejadian 2 - Marlindo Air
Kejadian 3 - MH192

diharapakn tiada kejadian ke-4 membabitkan insiden kapal terbang.
diharapkan juga tiada cerita yang bukan-bukan dari insiden MH192,


#prayformh370
#doauntukmh370

18 Apr 2014

Manusia 2 X 5

2 x 5 = 5 x 2 = 10
masing-masing dah tahu jawapan matematik diatas kan,
jawapan yang sama tetap akan kita dapat walaupun tempat ditukar.

bukan nak cerita pasal matematik dan juga nombor mahupun sifir.
nak bercerita pasal sikap manusia yang 2 x 5.

Kes Karpal Singh Kemalangan
karpal singh in memory
Mendiang Karpal Singh 1940 - 2014
kemalangan mendiang Karpal Singh semalam mengejutkan banyak pihak,
dan apabila membabitkan orang kenamaan,
maka perang di facebook dan twitter bermula,

puak A mula membuat spekulasi sendiri,fakta sendiri,dan takdir sendiri,
manakala Puak B mula mencaci perbuatan puak A,
puak B  iktiraf puak A sebagai puak tidak bertamadun.
perang yang tiada kesudahan.

cuba terbalikkan situasi dan tengok apa jadi pada puak A dan B.
sama sahaja perangai masing-masing


Kes Tudung Fareeda Tiruan
tudung fareeda tiruan
isu tiru patern tudung fareeda
minggu lepas  agak kecoh dengan isu tudung,
isu yang dihebohkan adalah tiru rekaan tudung.
situasi yang hampir sama dan puak yang sama.

bila pihak A dituduh dan dikenakan tindakan,
maka bermulalah perang dengan hukum agama,
kecoh sana-sini,membuat cerita sendiri,
bak kata denaihati "ada juga yang suka ikut-ikut,orang kutuk kita pun nak kutuk" ,

tidak dinafikan pihak A ada hak bersuara
dan ada betulnya kata ramai orang mengenai fesyen pihak B,
tidak menepati  aurat dalam islam.

bila difikirkan balik,
isu yang dimainkan adalah tiru rekaan tudung.
kenapa pihak A perlu tiru rekaan tudung pihak B?
fesyen? keuntungan?
dan kenapa produk pihak A turut mendapat sambutan?
harga?
kalau dan nama pun tiru semestinya rekaan tudung sama dengan Pihak A bukan.
tidak menepati jugak aurat dalam islam.

kalau pihak A cuba membuat pembaharuan yang lebih baik dari fesyen pihak B.
rasanya isu ini tidak akan timbul.

kesimpulan pihak A dan B jual tudung yang sama.
jual tudung yang tidak menepati aurat dalam islam.
dan pembeli pihak A juga membeli tudung yang sama.
lepas tu mula bising-bising perihal harga dalam laman sosial,

itulah manusia 2 x 5.
harap-harap shark dijauhkan dengan sikap begini.
begitu juga dengan rakan yang lain.
sama-sama perbaiki diri sendiri.

#prayformh370
#doauntukmh370

17 Apr 2014

Rombongan Merisik Selepas Raya 2014 :)

" lepas raya nanti stanby ler satu rombongan merisik yer "

itulah kata-kata adik  shark yg ke-3 baru-baru ini,
entah betul entah tidak niat dia itu.
kalau ada rezeki dia Alhamdulillah.

satu-satunya adik perempuan nombor 2 dah lepas,
adik lelaki nombor 3 dalam proses,
adik lelaki nombor 4 masih belajar.

keluarga bahagia
Legasi Encik Razali Dan Puan Zailen

dimana abang nom 1?
hehehhe..
memang teruk ler kena jawab soalan lepas nie.
rezeki adik-adik dulu :)

doa mohon jodoh
Doa Mohon Jodoh


#prayformh370
#doauntukmh370


16 Apr 2014

Segmen Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru

Bro Hasrul Hassan perkenal blogger blogspot baru?
harus mengambil peluang sebaik mungkin.
selepas join #SBB2014 baru tahu diri ini begitu kerdil dikalangan blogger lain.
harap dengan peluang ini dapat meluaskan empayar BCS

Hasrul Hassan perkenal blogger blogspot baru
Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru.

Nama Blog : Blog Cerita Shark ( BCS )
URL Blog : http://citershark.blogspot.com/
Nama blogger : Blogger Shark

Umur Blogger : 28
Umur Blog : 3 tahun 
Sejarah Blog : bermula suam suam suku 2011 - 2013  \  aktif hujung tahun 2013 sampai sekarang

Bil Follower : 639 (15 april 2014)

Apa itu  Blog Cerita Shark :
sebuah blog perkonsian cerita mengenai apa sahaja,
cerita peribadi,cerita artis,cerita semasa cerita lawak dan macam-macam
tetapi ditulis dalam bentuk pendapat , ringkas dan kreativiti sendiri :)

#prayformh370
#doauntukmh370


15 Apr 2014

Resepi Ikan Goreng Facebook

sebelum ni shark pernah kongsikan Resepi Original Sambal hitam
harini shark nak konsikan satu resepi mudah dan senang.
bukan setakat orang bujang je boleh buat,
budak-budak pun boleh masak nie.

resepi ikan goreng facebook
Resipi Ikan Goreng Facebook  | sumber : FB Buku Resepi

untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Buku Resepi.
terdapat pelbagai resepi menarik untuk anda mencuba.
anda juga boleh berkongsi resepi anda sendiri di sana.
sama-sama kita dapat merasa keenakan dan melihat kreativiti airtangan masing-masing.

Selamat Mencuba.

#prayformh370
#doauntukmh370

12 Apr 2014

Takdir Mereka Dulu dan Sekarang Lain.

rasanya dah lama tak dengar lagu dari tegar nie.
dulu-dulu agak berhantu sekitar bulan Ogos 2013.
lagu cita-cita ingin menjadi orang kaya.
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku di sayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

bukan nak cerita pasal lagu tegar,
tapi tertarik dengan lirik lagu diatas.
masih ingatkah anda kepada 2 kisah rumahtangga artis ini?

poligami dan hidup bermadu artis
kisah mereka cukup kontroversi

pada masa itu memang cukup trending perihal hidup bermadu dan poligami,
pelbagai cerita,pelbagai tohmahan,pelbagai cacian dapat kita dengar,
masing-masing cuba tegakkan benang yang basah,

yang paling tidak dapat menerima kenyataan adalah peminat.
masing-masing membela artis kesayangan mereka.
seperti mereka pula yang duduk ditempat artis mereka.

tapi itu adalah kisah yang dulu,
sejarah tinggal kenangan,

Jodoh itu ditangan Allah,
kisah rumahtangga  mereka itu adalah ujian dari Allah,
ujian untuk mereka bersikap lebih bertanggungjawab.
ujian untuk membentuk kelaurga yang lebih sempurna,
ujian untuk memberikan keluarga yang lebih bahagia,

poligami dan hidup bermadu artis
sebuah keluarga bahagia
poligami dan hidup bermadu artis
sebuah keluarga harmoni

siapa sangka mereka sekarang hidup lebih bahagia,
ujian yang diterima mereka telah memberika satu kehidupan yang baru,
mungkin inilah yang dikatakan rezeki anak,

sentiasa ingat,
Kita sering diuji oleh ujian Allah,
dalam keadaan sedar atau tidak sedar,
setiap musibah ada hikmah
setiap musibah itu adalah ujian dari Allah.
setiap ujian itu tandanya Allah sayang akan kita.
bersyukurlah.

#prayformh370
#doauntukmh370


10 Apr 2014

Anda Memang 'Annoying' Bila.......

saya tahu anda bersama rakan anda,
saya tahu anda seorang yang periang,
saya tahu anda dan  rakan anda sedang membuat lawak,

tahukah anda bahawa anda berada di tempat awam?
tahukah anda bahawa anda berada di kedai makan?
tahukah anda bahawa gelak anda itu boleh dengar 1km jauhnya?
tahukah anda gelak anda itu menggangu suasana orang lain?
tahukan anda gelak anda itu sungguh sungguh sungguh  'annoying'

agak-agak ler kalau nk gelak ketawa pun,
agak-agak le gelak sampai nak goyang/ketuk meja makan,
aduiyaiiiiii~
ketawa
memang annoying kalau jenis macam ni


#prayformh370
#doauntukmh370

9 Apr 2014

Mendayung Isteri Dengan Kuda.

ini bukan promosi,
ini bukan advertorial,
ini bukan testimoni,
ini Wordless Wednesday,
ini .............................................

iklan facebook
Iklan paling menyampah dalam FB


#prayformh370
#doauntukmh370

8 Apr 2014

Kenangan Mengusik Jiwa

Kenangan Yang Tak Mungkin Kita Akan Lupakan.
Mengaku sahaja lah.

1. Buka kipas meja, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
11. Makan chewgum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha.
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut. 


hahahha...
yang shark Bold tu memang ada kenagan dulu-dulu.

#prayformh370
#doauntukmh37

7 Apr 2014

Let It Go - Lagu Berhantu Dalam 25 Versi Bahasa.

Let It Go - sebuah lagu original soundtrack dari filem animasi Frozen,
Ost Frozen - Let it Go
Animasi Frozen - animasi terbaru dari Disney
bukan nak cerita pasal movie,
tapi nak cerita perihal OST Frozen - Let it go.
dikatakan lagu ini telah mendapat sambutan yang begitu menakjubkan,
8 minggu berada di tempat pertama dalam carta Billboard - sumber Billboard

Let It Go ini terdapat dalam 2 versi dan dinyanyikan oleh 2 penyanyi berlainan,
Versi pertama (original) dinyanyikan oleh Idina Menzel dalam animasi Frozen tersebut.
Versi kedua pula dinyanyikan oleh Demi Lovato untuk single terbarunya.

Baru-baru ini Disney telah mengeluarkan lagu Let It Go ini untuk versi antarabangsa,
lagu ini telah dialihkan dalam versi 25 bahasa dalam 1 lagu.
dan Bahasa Melayu juga turut diselitkan antara 25 bahasa itu.
Marsha Milan Londoh telah mewakilil Malaysia untuk menyanyikan dalam versi bahasa melayu.
shark kongsikan bersama klip video Let It Go dalam 25 bahasa.
(marsha muncul pada minit 2:46)


memang menarik.
lagu ini memang sudah menjadi antara lagu faveret shark,
animasinya sahaja shark masih belum sempat menonton..
tengok iklan Adik Mia Sara di Astro dalam promosi animasi Frozen semalam,
begitu cantik Mia dengan pakaian Princess Elsa tu.
Boleh melanggan Astro Best (chanel 481) untuk menonton animasi terbaik ini - sumber Astro

mia jadi princess Elsa dalam Frozen
Mia dalam promoso animasi Frozen untuk Astro Best  |  sumber : Fanpage FB MiaSara
yang sudah menonton mungkin boleh berikan sedikit review perihal filem ini,
difahamkan  animasi ini juga telah memecahkan beberapa rekod dalam sejarah Disney,
memang satu kerugian juga kalau tidak menonton animasi Frozen ini.

#prayformh370
#doauntukmh370

5 Apr 2014

Tahniah Shila Amzah - Top 3 Final i Am A Singer

shila amzah i am a singer
Shila Amzah gah di pentas akhir rancangan realiti nyanyian  | sumber : FB ShilaAmzah

sekali lagi nama Shila Amzah berada di puncak negara China,
malam tadi selesai sudah minggu akhir untuk rancangan realiti I AM A Singer,
dan penyanyi Malaysia ini berjaya mendapat tempat ke-3 daripada 6 peserta akhir.

shila amzah a am a singer
Instagram Shila Amzah

pada malam konsert terakhir malam tadi,
Shila Amzah telah membawa 2 buah lagu iaitu dari band KPOP EXO-K bertajuk 'Mama'
dan sebuah lagi dari Mariah Carey bertajuk 'When You believe'

walaupun sebelum ini Shila Amzah dikecam kerana peristiwa MH370,
Blog Brother Sam -  Shila Dikecam Teruk Kes MH370
tetapi itu tidak mematahkan semangat penyanyi ini,
sebaliknya terus mendapat perhatian daripada peminat disana,

TOP 3 Final i Am A Singer buat Shila Amzah shark rasa sudah cukup sempurna,
bukan mudah nak menempa nama di negara orang,
tambahan pula dengan kejadian yang menimpa negara kita sendiri sekarang.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shila Amzah boleh layari laman sosial beliau.
berikut shark sertakan satu video kegemaran shark sewaktu shila bertanding di rancangan I AM A SINGER - Konsert ke 11,
waktu ni beliau menyanyikan lagu Adele - Rolling In The Deep
ini adalah konsert terbaik sepanjang beliau dalam pertandingan,
reaksi penonton dan peminat memang terbai,
masing-masing berdiri dan menghayati lagu yang dinyanyikan oleh shila



Love You ShilaAmzah ~
#prayformh370
#doauntukmh370
#boycottcnn

4 Apr 2014

Nasib Seorang Bayi Comel.

semalam shark tertarik dengan kisah rakan FB berkenaan kes buang bayi,
boleh dapatkan info di akhbar Harian Metro hari ini
Harian Metro : 'Rengek' Plastik Sampah

Apalah dosa anak kecil ini,
dilahirkan sempurna pun masih tidak diterima oleh ibunya,
bayi yang begitu comel masih belum cukup untuk ibunya,
akhirnya dia diletakkan didalam sebuah beg pakaian dan ditutup dengan plastik sampah,
Ditinggalkan hidup-hidup di tempat Pembuangan Sampah Lebuh Pulau Pinang selasa lalu,

Alhamdulillah bayi kecil ini diselamatkan oleh saudara Jam Sarriali
shark kongsikan bersama gambar bayi berkenaan.
gambar ini diambil dari laman sosial FB Jam Sarriali

buang bayi
gambar ini hampir membuatkan shark menangis

gambar buang bayi
tidur dan berehat di pangkuan saudara Jam Sarialli

kes buang bayi
comelllllllllllllll~

cukup sempurna,
cukup sifat,
cukup comel,
kenapa si ibu masih tidak menghargai kamu,

Video bayi ini didalam beg pakaian turut ada,
boleh lihat di laman facebook shark sendiri.

shark berharap agar si ibu ini akan mengalami nasib yang sama kelak,
baru kamu mengerti keperitan yang diterima oleh anak mu ini.

sekarang anak ini dibawah jagaan pihak hospital,
katanya saudara Jam Sarialli ingin mengambil bayi ini untuk dijadikan anak angkat,
pihak polis telah mengarahkan siasatan dan akan mengesan melalui CCTV.

diharapkan usaha murni ini akan berterusan oleh rakyat Malaysia,


#prayformh370
#doauntukmh370
#boycottcnn


3 Apr 2014

Cara Menangkap Kucing ?

santai-santai di hari Khamis.
shark kongsikan salah satu cara untuk menangkap kucing dengan mudah.
kalau rasa ada kucing liar dan comel sesat,
boleh contohi cara dibawah.

cara tangkap kucing
selagi ada ruang selagi tu boleh sumbat.

kena ingat,
ini hanya untuk menangkap kucing yang liar dan tak bertuan sahaja,
jangan buat kes curi kucing jiran yang comel pula nanti.
hehehe..
selamat mencuba.

#prayformh370
#doauntukmh370
#boycottcnn


2 Apr 2014

Kek Hari Lahir Terbaik

secara jujur inilah kek hari lahir terbaik pernah shark tgk,
belum pernah lagi shark tengok kek birhtday semacam ini.
memang beruntung Qhaliff Iman

kek hari lahir terbaik
Kek hari Lahir ke-2 tahun  Qhalif  | sumber : Nina Cybercake

hari ini ( 2 April ) merupakan ulangtahun kelahiran anak sulung blogger Bro Ben Ashaari,
Qhaliff Iman sudah pun masuk tahun ke-2,
Tahniah buat Qhaliff dan juga Ben sekeluarga,

buat Qhalif,
semoga terus sihat dan menjadi abang long yang baik :)
semoga terus menjadi kebanggan buat keluarga.
amin.

shark rasa lepas ni kek seperti ini akan menjadi trending,
kredit kepada kak Nina Cybercake kerana menghasilkan kek yang bagi shark begitu cantik dan unik.
trademark muncung Qhaliff tu memang menjadi.
tak sangka pulak boleh diadikan dalam bentuk kek.
heheh..
kiut miut.

Selamat Hari Lahir Qhaliff Iman

#prayformh370
#doauntukmh370
#boycottcnn

1 Apr 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta Dunia Blog

Hidup Untuk Memberi
itulah prinsip hidup yang dipegang oleh Founder Denaihati.com,saudara Mohd Ilham @ Amir dalam menempuh kehidupan seharian,
"Kepuasan dalam diri sendiri bila dapat melihat kegembiraan pada wajah penerima terutama yang telah berusaha siang dan malam untuk mendapat apa yang diimpikan"
-mohd ilham @ amir
-Founder Denaihati.com
dengan berbekalkan prinsip itu jugalah,ilmu yang diterimanya telah telah dicurahkan kepada blogger-blogger bagi memastikan dunia blogging di Malaysia terus berkembang dan berada di tahap sekarang,

pada 8 Mac 2014,telah menjadi sejarah dalam dunia blogging Malaysia apabila berjaya mengumpul seramai 350 penulis blogger di Sepetang Bersama Blogger 2014.

jika bukan kerana anjuran Denaihati,majlis SBB2014 tidak akan berjaya.

Siapa Denaihati?
jika sudah berkecimpung dalam dunia blogging,anda seharusnya tahu siapa Denaihati.
blog denaihati adalah antara TOP 10 Blog Malaysia mengikut Alexa Ranking.
berikut adalah pencapaian terbaik bagi blog Denaihati.
  • MSMW Best Blog Of The Year 2012
  • MSMW Most Creative Blog 2013
  • MYNIC Best Personal Blog 2013
  • MSMW Best Micro Blog 2014
untuk mencapai ke tahap itu,
Denaihati tidak bergerak seorang diri,
nama-nama seperti Kujie2.com , Ariffshah.com , Azmanishak.com , Apesal.com , Sweetkurma.com antara yang turut membantu dalam kejayaan Denaihati.
Turut tidak ketinggalan juga team-team Denaihati yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan Blog Denaihati seperti Anarm.net , Eizil.com dan Shakkido.com

Tak Kenal Maka Tak Cinta
bila sudah mula berkecimpung dalam dunia penulisan blog,
kita seharusnya mengenali blogger-blogger yang berjaya menjadikan blog sebagai pendapatan utama mereka,
tak perlu mengenali begitu mendalam perihal peribadi blogger,
cukup sekadar mengenali blog mereka dan cara mereka bekerja,
jika anda sedar dan boleh berfikir seperti mereka,Insyaallah kejayaan dalam dunia blogging anda akan tercapai,
tak kenal blogger maka tak cinta akan dunia blogging,

shark kongsikan antara TOP 7 Best Personal Blog pada Ranking Alexa 30 Disember 2014
itu adalah blogger yang terhebat di mata Alexa Ranking,
shark pasti,
selain mereka diatas,masing-masing sudah ada blog kegemaran sendiri,
cara dan gaya persembahan mereka dalam blog walaupun tidak mendapat tempat di Alexa,
tetapi sudah mendapat tempat di hati pembaca.

shark kongsikan antara blog-blog yang sering disebut dalam Buku Denaihati
itu adalah sebilangan blog-blog yang yang perlu dijadikan contoh untuk berjaya dalam dunia blogging,
jika nama mereka boleh berada diatas,
mengapa tidak kita,

mungkin ada antara nama blog yang shark tertinggal,
itulah antara sikap manusia yang tidak sempurna,
jika anda ingin mengetahu siapa lagi yang berjaya dalam dunia blog,
shark sarankan agar dapatkan buku dari Denaihati ini  di Kedai Denaihati Online.
ilmu,pengalaman penulis,gambaran penulis dalam dunia blog semua terdapat didalam buku ini,

mengakhiri entry kali ini,
sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Bro Jejai yang telah pergi meninggalkan keluarga dan rakan-rakan blogger pada 12 Febuari 2013.
AL-FATIHAH.


#prayformh370
#doauntukmh370
#boycottcnn