31 Mar 2014

Kes 20 Kucing Mati Diracun

pagi hari isnin dah buat orang sentap.
terbaca salah satu artikel dari akhbar metro hari ini.
MyMetro : 20 Kucing Mati Disyaki Diberi Racun

Keratan Akhbar Metro 31 Mac | sumber : FB Dunia Kucing

didakwa hanya seorang individu terlibat dalam kes meracun 20 ekor kucing ini.
hanya kerana kucing-kucing ini sering mengotorkan kawasan rumah,
individu terbabit meletak racun dalam ikan dan memberi kucing makan,

berikut shark kongsikan beberapa gambar bukti dari FB Dunia Kucing

keterangan dari saksi  | sumber : FB Dunia Kucing

Antara kucing yang menjadi mangsa | sumber : FB Dunia Kucing

Diharapkan kejadian ini tidak berulang,
memang sedih bila tengok binatang kesayangan Rasulillah SAW jadi begini.

kenapa ler kucing juga dijadikan mangsa,
sudah menjadi adat dan kebiasaan ler bagi kucing bersifat begitu,
kita manusia pun bukan sempurna sangat nk buat tindakan begini,
tidakkah elok kalau bertanya jiran-jiran dahulu,
apa gunanya hidup berjiran,
kalau dah kes macam ni berlaku,
memang anda tidak layak hidup berjiran.

#prayformh270
#doauntukmh370
#boycottcnn








29 Mar 2014

Raja Sehari Mega 2014

raja sehari mega 2014
Raja Sehari Mega 2014

Raja Sehari Mega 2014
salah satu program perkahwinan beramai-ramai anjuran Pertubuhan Belia Wawasan baharu,
Program ini ingin membantu belia-belia yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk melangsungkan perkahwinan dalam bajet yang rendah tetapi meriah.

Tarikh Perkahwinan Raja Sehari Mega 2014
tarikh Perkawinan Mega ini sudah ditetapkan pada 24 & 25 Mei 2014.
kepada bakal pengantin yang ingin menyertai boleh membuat pendaftaran sebelum 31 Mac 2014.
Pendaftaran hanyalah Rm5000 untuk setiap pasangan.
Majlis Pekahwinan akan berlansung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya

raja sehari mega
Kelebihan untuk bakal Pengantin di raja Sehari Mega 2014

Kelebihan Raja Sehari Mega
Apa yang bakal penganntin dapat dengan RM5000 untuk pendaftaran?
  • Baju Pengantin untuk setiap pasangan
  • Pelamin MEGA (Resepsi)
  • Pengurusan Pernikahan termasuk jurunikah
  • Penginapan Hotel untuk setiap pasangan
  • kad Kahwin untuk setiap pasangan
  • Meja Makan Beradap untuk ibubapa pengantin
Pendaftaran Dan Pertanyaan
Untuk sebarang pendaftaran dan penyertaan boleh rujuk dibawah :
Encik Izhain : 01134043003
Puan Diana : 0126053557
Facebook : FB/rajaseharimega
juga boleh rujuk seperti poster yang disertakan.

kalau tengok pada tarikh tutup memang hampir ke penghujung,
tapi mengikut info yang shark dapat,
program ini akan diadakan lagi akan datang,
tarikh untuk Raja Sehari Mega akan diberitahu kelak selepas berlangsungnya Majlis ini.
Insyaallah shark akan kongsikan jika ada update.

hanya berbekalkan Rm5000,
anda dapat impikan sebuah perkahwinan murah tapi meriah,


#prayformh370
#doauntukmh370
#boycottcnn

Bila Muka Dah Masuk Akhbar Utusan

siapa tak bangga bila muka dapat masuk akhbar,
siapa tak suka bila event yang kita pergi dapat masuk Utusan,
walaupun muka tak berapa nampak tapi tetap berpuas hati.

SBB2014 masuk paper
keratan akhbar utusan semalam 28 Mac

Utusan semalam sudah menyiarkan artikel mengenai Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014,
Utusan malaysia - Pertemuan Penulis Blog
terpampang jugak gambar blogger beramai-ramai ketika majlis berakhir,
tengok keratan ada tulis " 350 penulis blog berhimpun " memang satu kepuasan dalam diri,
tak sangka diri sendiri tergolong dalam penulis blog malaysia.
dulu-dulu blogging hanya main-main,
sekarang mula berjinak-jinak dan serius dalam blogging.

Sepetang Bersama Blogger 2015?
kalau ada rezeki memang shark akan pergi tanpa berfikir panjang,

sepetang bersama blogger 2014
tengkiu abg kamera tolong snap..hheheh..  | sumber : iluvtour.com
sepetang bersama blogger 2014
Blogger Malaysia | sumber : iluvtour.com

terima kasih kepada team Denaihati yang banyak berkorban untuk memastikan Majlis berjalan dengan sempurna,
terima kasih kerana realisasikan impian blogger untuk berkumpul dan beramah mesra,
kita jumpa di Sepetang Bersama Blogger 2015?

#prayformh370
#doauntukmh370
#boycottcnn

28 Mar 2014

Menginap Di Hotel 1 Bintang

ini agaknyer rupa kalau tidur di Hotel bertaraf 1 bintang.

hotel 1 bintang
Hotel 1 Bintang???
heheheh...
kreatif dan inovatif untuk hotel seperti ini.
jangan tanya shark hotel ni kat mana,
shark pun x pasti,
pakcik Google yang  kasi info ni kat shark.

sekadar santai di hari jumaat.

#prayformh370
#doauntukmh370
#boycottcnn

27 Mar 2014

Hanya Setitik Nila,Rosak Susu Sebelanga

peribahasa melayu ada sebut " sebab nila setitik,rosak susu sebelanga "
itulah yang terjadi di negara kita sekarang,

nak cakap panjang pun tak guna,
semuanya sudah dihuraikan,
tragedi sudah berlaku,
tragedi sudah jadi misteri,

diharapkan nila setitik tidak memecahkan belanga,
diharapakan nila setitik tidak memudaratkan,

sudah-sudah menunding jari,
sudah-sudah membuat andaian,
sama-sama berdoa agar semua kejadian buruk dijauhkan.

Doa Hindari Musibah
doa hindari musibah
BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’

#prayformh370
#doauntukmh370 
#boycottcnn

26 Mar 2014

Koleksi Doll Yang Menakutkan Tapi Kiut?

sekali pandang nampak menakutkan,
dua kali pandang nampak kiut miut.
itulah hasil karya Santani.
anak gadis yang kreatif menghasilkan anak patung yang lain dari yang lain,

hasil karya beliau adalah 100% 'handmade'
jadi memang tak hairan lah kalau harga dia boleh cecah ribuan ringgit.

kepada yang berminat nak dapatkan anak patung ni boleh simpan angan-angan,
koleksi ini hanya dijual di Rusia sahaja dan tidak dibuat penghantaran ke luar negara,
dan stok untuk anak patung ni adalah terhad disebabkan hasil kerja tangan yang halus dan terbaik,

shark kongsikan antara koleksi terbaru dari Santani,
terdapat pelbagai jenis siri dalam koleksi sartani ni,
Inari Foxes , Little Dragon , Tiny Griffins dan lain-lain.
setiap siri ada ciri masing-masing.

dolls by santani
Inari Forxes - White

dolls by santani
Koleksi Penuh Inari Forxes

dolls by santani
Inari Foxes - White

dolls by santani
Inari Foxes - Oncilla

dolls by santani
Little Dragon - Blue Wyvern

dolls by santani
Little dragon - Wood Spirit

dolls by santani
Tinny Griffins - Jaguar

dolls by santani
Tiny Griffins - Siamenese

super duper kiut miut bukan,
tapi sayangnya kita di Malaysia hanya mampu melihat,

untuk melihat lebih lanjut hasil handmade Santani boleh ker santani.devianrt.com
disitu anda boleh lihat metarial yang digunakan untuk membuat anak patung ini,

harap-harap ada ler anak Malaysia yang boleh menandingi koleksi dari Santani ini.

#prayformh370
#doauntukmh370


24 Mar 2014

Makan Di Celah Kubur

Jamu Selera Di Celah Kubur?
itulah uniknya Restoran New Lucky yang terletak di India,
sebuah restoran yang ditempatkan di atas tanah perkuburuan lama,

restoran new lucky
Restoran New Lucky , India  |  sumber :  njnewday

 Tanah Perkuburan Tempat Rezeki
menurut pemilik restoran,
tempat ini adalah tempat yang baik untuk perniagaan,
perniagaan dikatakan meningkat dan berkembang kerana memberikan pengunjung pengalaman yang unik.
terdapat 12 kubur didalam resotran ini yang dikelilingi pagar besi.

jum kita lihat di sekitar Restoran New Lucky ni,

makan di celah kubur
kubur dipagari dengan pagar besi | sumber : njnewsday

makan di celah kubur
di pintu masuk | sumber : njnewsday

makan di celah kubur
dalam resotran ada pokok :) | sumber : njnwesday

menarik bukan?
Restoran ini jugak telah disenaraikan dalam 5 Restoran paling ganjil di Dunia oleh thatscoop.com

untuk maklumat lanjut boleh layari portal Harian Metro : Jamu Selera Celah Kubur.

#prayformh370
#doauntukmh370


22 Mar 2014

Bila Tun Mahathir Pun Nak Selfie

tun mahathir selfie
selfie bersama peminat 
amacam..
memang beruntung sesiapa dapat selfie bersama Tun Mahathir nie.
Tun pula sudi jer layan..
memang terbaik gambar selfie nie.

shark jumpa gambar ni kat Facebook,
ada sahabat sudi share.

kalau tak silap tahun ni Tun dah pun 89 tahun..
masih lagi sihat,lantang,dan nampak muda.
senyuman tak pernah hilang dari Tun mahathir
semoga Allah lanjutkan usia Tun Mahathir.
amin.

#prayformh370
#doauntukmh370


21 Mar 2014

GA Mac 2014 by Emas Putih

Assalamualaikum

Sila tekan banner di atas jika nak join.



Ada rezeki ada ler.
hadiah menarik tu RM50 untuk 8 orang

#prayformh370
#doauntukmh370

Mesti Tonton - Selawat Perdana 2014 Malam ini.

selawat perdana 2014
Selawat Perdana 2014 - Malam Cinta Rasul

Selawat Perdana 2014 | Malam Cinta Allah dan Rasul
Malam ini bakal berlangsung Selawat Perdana 2014,
malam Cinta Rasul ini akan diadakan di Dataran Masjid Putra,Putrajaya.
Insyaallah malam ini akan menjadi perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Promosi Hebat Untuk Selawat Perdana 2014
memang shark akui promosi selawat perdana pada tahun ini agak rancak,
selain hastag #selawatperdana,
artis,pelakon, dan menteri turut mewarnai promosi untuk mengajak pengunjung ke majlis Selawat Perdana 2014 ini.
Perdana Menteri dan beberapa barisan kabinet telah mengesahkan kehadiran pada malam ini,
shark kongsikan beberapa keping gambar spanjang prmosi untuk Malam Cinta Allah Dan Rasul.

selawat perdana 2014
PM dan TPM turut mempromosikan Selawat Perdana 2014
selawat perdana 2014
Dato' Ct turut tidak ketinggalan
selawat perdana 2014
Barisan Pelakon dan pengarah yang akan ke Selawat Perdana 2014
selawat perdana 2014
promosi di KL Sentral

Siaran Langsung 3 Rangkaian TV
kepada yang tidak dapat bersama di Masjid Putrajaya,
siaran  langsung akan dibawakan oleh 3 saluran tv malaysia,
RTM TV1 , TV Alhijrah dan Astro Oasis akan membawakan Majlis Malam Cinta Rasul secara Langsung bermula jam 9 malam ini.

kepada yang berdekatan boleh ler sama-sama memeriahkan majlis berbentuk keagamaan ini,
berikut adalah program yang disediakan kepada pengunjung bermula jam 7malam sehingga 11 malam.
  • Solat Maghrib dan Isyak berjemaah
  • Zikir terapi
  • Bacaan Al-Quran oleh Finalis Imam Muda
  • Tazkirah Duet Pencetus Ummah
  • Majlis Ilmu oleh Pendakwah terkenal
Sama-sama kita berselawat pada malam ini.
maklumat lanjut boleh ke Facebook Selawat Perdana.

#prayformh370
#doauntukmh370

20 Mar 2014

Kenapa Mesti Nasi Koboi !

entah kenapa harini tetiba pulak terliur dengan nasi koboi.
nasi koboi atau nasi bujang ni memang menu faveret sewaktu study di IPTS dulu.
maklumlah harga pun setakat RM2-RM2.50 jer.
memang jadi faveret ler bagi student poket kering time tu.

nasi koboi
Menu Faveret zaman study dan bujang
nasi putih diserikan dengan telur dadar ditambah pula dengan sup nasi ayam,
bahan utama dalam nasi koboi ni ialah sambal belacan.
tiada sambal belacan tiada nikmat nasi bujang nie.

Kenapa Mesti Nasi Koboi?
shark pun tak pasti datang dari mana koboi tue,
mungkin ini lauk faveret zaman koboi dulu kot,

Nasi bujang?
mungkin kerana orang bujang ni tahu pandai masak telur jer,
sebab tu ler nama nasi bujang diberikan,
shark rasa nasi bujang ni ada banyak nama,
lain tempat lain namanya,
kalau dah menu faveret mesti ler bnyak nama kreatif keluar,

entah kenapa harini tetiba nak rasa nasi koboi,
cuba imagine kalau dapat panas-panas,
nasi panas
telur dada panas,
sup panas,
sambal belacan yang kow-kow...
perrrgghhhhh...
nasi bujang
Oh Nasi Bujang

memang tangkap leleh nie..
hehehe..

Selamat Menjamu Selera.

#prayformh370
#doauntukmh370

19 Mar 2014

Terima Kasih Skuad URB PDRM

Apa itu URB?
URB bermaksud Unit Rondaan Bermotosikal
kalau ada nampak abang polis menunggang motor ala superbike warna putih,
itulah dipanggil  URB PDRM
motosikal yang digunakan adalah dari model  Kawasaki Ninja 250cc,

unit rondaan bermotosikal
Unit Rondaan Bermotosikal PDRM  | sumber : Google

URB ditubuhkan untuk mencegah kes jenayah yang tertumpu di kawasan perumahan dan industri,

URB Pahang setakat ini sudah banyak membantu dalam kes kecurian dan jenayah di kawasan perumahan,
shark kongsikan beberapa gambar  aktiviti semasa URB Pahang.

unit rondaan bermotosikal
rondaan di kawasan perumahan | sumber : Polis Pahang

unit rondaan bermotosikal
membantu orng awam | sumber : Polis Pahang

unit rondaan bermotosikal
berjaya menagkap suspek kes kecurian | sumber : Polis Pahang

unit rondaan bermotosikal
Stop n Talk bersama penduduk setempat | sumber : Polis Pahang

shark seringkali lihat skuad URB ni meronda di kawasan perumahan shark,
ternyata kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes pecah rumah dan kecurian yang sering berlaku di mana-mana kawasan perumahan.
tiada lagi kehadiran dan kendengaran motor-motor rempit sejak kehadiran mereka,

Terima kasih shark ucapkan kepada skuad URB PDRM dan URB Kuantan,
sedikit sebanyak membantu dalam memerangi kes jenayah di kawasan perumahan,

#prayformh370
#doauntukmh370


18 Mar 2014

Bila Masing-Masing Dah Ada Jari

tertarik dengan status rakan Facebook shark hari ini.

menunding jari
salah siapa?

sudah menjadi kebiasaan,
bila sesuatu yang buruk berlaku memang akan ada satu pihak dicari,
satu pihak akan menunding jari,
masing-masing nak tunjuk pandai,
masing-masing nak tunjuk ego,
masing-masing nak cari pasal.

akhirnya pekara buruk tak dapat diselesaikan,
semuanya terhenti di tengah jalan,
kemudian pekara buruk akan berulang,
sebab?
renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

salah sendiri tunding jari
batu juga dipersalahkan | artwork : Kartunster


"Menunding Jari bukan penyelesaian ,
Menunding jari merumitkan lagi keadaan" 
-  Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah


#prayformh370
#doauntukmh370

Bila Nuffnang dijadikan Entry

Alhamdulillah...
bulan ni iklan Nuffnang macam banyak pula.

University London x1
Herbal Essence x2
KFc Zinger x1
McDonald x1

iklan nuffnang
Nuffnang March 2014 Blog Cerita Shark

bila Nuffnang dijadikan entry,
maknanyer shark ketandusan idea,
maknanyer shark agak sibuk dengan kerja lain.

bila Nuffnang dijadikan entry,
maknanyer rakan-rakan blog shark banyak membantu,
pembaca blog shark yang begitu sporting.
Terima Kasih diucapakn buat semua.

Insyaallah akan muncul dengan domain dan template baru nanti.
domain yang menjadi pilhan ialah .my
template yang bewarna -warni nanti.
heheheh.

sesiapa yang ingin dapatkan domain .my percuma boleh ke link berikut.
300 Domain .my percuma daripada Mynic
shark pun tak pasti sudah cukup kuota atau belum.
belum cuba belum tahu.

Selamat Hari Selasa Buat Semua

#prayformh370
#doauntukmh370



 

17 Mar 2014

Ajal Maut Di Tangan Tuhan

Shark : Bila mak balik dari langkawi intan?
intan : Besok

itulah dialog shark bersama anak jiran di hadapan rumah petang sabtu lalu,
emaknya pergi ke langkawi untuk rombongan oleh satu persatuan,

tak sampai satu jam,
pada waktu maghrib emak shark menerima satu panggilan telefon,
diberitahu bahawa emak intan baru meniggal dunia  akibat serangan jantung,

memang tidak terkata shark ketika itu,
terbayang wajah intan yang menjawab pertanyaan shark petang tadi,
baru berusia 13 tahun,
mampukah dia menerima berita ini.

shark tidak akan berkongsi apa yang terjadi pada intan,
shark hanya ingin berkongsi perasaan dengan rakan semua,
Bersediakah Kita kalau ini terjadi.

Ajal maut di tangan tuhan
Ajal Maut Di Tangan Allah

#pray4mh370
#doauntukmh370

14 Mar 2014

Adik Luqmanul Hakim

Luqmanul Hakim atau adik lukman
nama yang disebut-sebut dalam Facebook sekarang,
apa yang membuatkan adik lukman ni begitu trending?
siapa yang menonton 30 Minit Ustaz Don pada selasa lepas tahu.
shark sendiri beruntung dapat melihat LIVE dari televisyen ketika itu.

adik lukman
Adik Lukman Bersama Ustaz Don  | sumber : Blog kalam NieZarm
memang tak disangka,
baru berumur 10 tahun sudah mahir bacaan tajwid dengan betul,
dengan suara adik lukman yang merdu,
ditambah pula dengan bacaan lagu yang sempurna,
sesiapa yang dengar bacaan adik lukman pasti menyentuh hati.

pada 11 Mac baru-baru ini,
rancangan 30 Minit Ustaz Don bersiaran langsung seperti biasa,
dan seperti episod sebelumnya,
Ustaz Don akan menerima panggilan telefon kepada penonton untuk memperdengarkan bacaan ayat masing-masing,
dan disinilah Adik Lukman memperdengarkan bacaannya,
Ustaz Don tidak henti-henti memuji bacaan Adik Lukman ketika itu.
di saat-saat akhir panggilan  , Adik Lukman meminta Uztaz Don membacakan doa untuk arwah ayah dan ibunya.
suasan bertukar pilu dan Ustaz Don sendiri terkejut,
shark sendiri hampir menitis airmata bila Adik lukman membuat permintaan kepada Ustaz Don.

shark kongsikan keratan Episod ketika adik Lukman menelefon



untuk mengetahui lebih lanjut boleh ker Blog Kalam Nie-Zarm,
beliau merupakan penerbit rancangan pada malam itu.
boleh ikuti suasana di studio ketika itu dan gambar sekitar rakaman Ustaz Don bersama Adik Lukman.


#prayformh370
#doauntukmh370



13 Mar 2014

Dah Mula Mengidam.

jalan-jalan dalam Shopping Mall,
dihadapan ada sepasang kekasih berjalan seiring,
berpakaian hampir sedondon,
berpakaian kemas dan cantik.

jalan-jalan dalam Shopping Mall,
terlihat sepasang kekasih duduk bersebelahan,
bercerita dan bergelak tawa bersama.

singgah minum di kedai makan,
telihat sepasang kekasih makan bersama,
bergambar berselfie.

dari jauh hanya mampu tersenyum.
insyaallah ada jodoh ada ler nanti..

entry sentap org bujang harini yg dah mula mengidam :p

baby ash
Cuperboy Ash dah mengamuk nak makan nasi minyak uncle shark dia..hihihi..

#prayformh370
#doauntukmh370

12 Mar 2014

Berfikir Sejenak

pray for MH370
Header Sempena Kehilangan MH370

pandang ke langit yg luas.
pandang ke langit yang biru,
berfikir sejenak.

Apa yang terjadi,
Dimana MH370,
Bagaimana perasaan penumpang dan anak kapal ketika kejadian,
Apa perasaan mereka sekarang,
Kemalangan ? Hijacking? konspirasi? Alam Ghaib?

semua soalan dan jawapan ada di media social,
terserah kepada siapa dan apa yang anda percaya,

jangan bazirkan masa dengan berkongsi info di media sosial,
jangan bazirkan masa memikirkan apa yang terjadi.
dirikan solat,angkat tangan dan berdoa,
5 kali setiap hari.
untuk diri sendiri dan penumpang MH370.
Allah Maha Pengampun
Allah Maha Mengetahui.
semuanya terserah kepada takdir.



10 Mar 2014

Hanya ini mampu dilakukan #MH370

mh370
#prayforMH370

header baru sempena peristiwa MH370..
ini sahaja yang dapat dilakukan.
harap-harap ada sinar dalam pencarian pesawat MH370.

#prayformh370
amin.

6 Mar 2014

Keindahan Bencana Alam | Kebakaran Hutan Di Gebeng Kuantan

sebut sahaja kebakaran hutan sudah terlintas asap putih yg mampu membentuk jerebu.
asap yang boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada penduduk.
disebalik itu  terdapat satu pekara unik di mata photographer,
pada masa inilah kita dapat lihat akan keindahan alam semulajadi,
keindahan alam semula jadi ketika bencana alam berlaku.
cantik tapi merbahaya.

shark kongsikan gambar-gambar sekitar Kebakaran hutan yang berlaku di kawasan perindustrian Gebeng,Kuantan semalam.
semua gambar diambil oleh Photographer Bazaie

kebakaran hutan gebeng kuantan
Kebakaran Hutan Di Belakang APMM

kebakaran hutan gebeng kuantan
Senja di Masjid AMSAS

kebakaran hutan gebeng kuatntan
Panorama Kebakaran Hutan Gebeng Kuantan

gambar kebakaran hutan gebeng kuatan
panorama 2 Kebakaran Hutan Gebeng Kuantan

kebakaran hutan gebeng kuantan
Kepulan asap di waktu senja

kebakaran hutan gebeng kuantan
asap tebal dari Kebakaran hutan Gebeng

kebakaran hutan gebeng kuantan
backgorun kepulan asap dari Kebakaran Hutan Gebeng


untuk maklumat lanjut mengenai kebakaran ini boleh ke blog Phat Corner | Kebakaran Hutan Di Gebeng Kuantan

jarak dari tempat kejadian kira-kira 25KM dari bandar Kuantan,
disini ditempatkan semua kilang-kilang perindustrian berat,
sebab itu tempat ini dinamakan Kawasan Perindustrian Gebeng
Alhamdulillah,asap tebal tidak merebak ke sekitar bandar kuantan,
Terima kasih kepada Pihak Bomba kerana menjalankan tugas dengan baik.
Diharapakan operasi memadam kebakaran berjalan lancar.