28 Feb 2014

Koleksi Terbaik PUMA Di Zalora.

Puma Malaysia
PUMA




Puma.
salah satu jenama barangan sukan yang  tidak asing lagi di Malaysia,
mula bertapak pada tahun 1924 dan sekarang sudah berkembang di 120 negara
sedar tak sedar sudah 80 tahun jenama Puma di pasaran,

setanding dengan jenama Adidas,
Puma kini mula menghasilkan rekaan produk yang lebih segar,trendy,dan stylish ,
jika anda seorang yang aktif dalam sukan,
semestinya Puma adalah jenama yang sesuai dengan gaya personaliti anda.


koleksi terbaik puma di zalora
Koleksi Terbaik Puma Di Zalora

kini,
terdapat lebih 100 pilihan terbaik pakaian,kasut, dan aksesori Puma di Zalora,
bukan sahaja pilihan terbaik,
malahan promosi terbaik turut disediakan oleh Zalora,
semuanya boleh didapati di Zalora,Malaysia Online Shopping,

jom kita lihat antara yang menarik di Zalora,

koleksi terbaik puma di zalora
Piliha Kasut Untuk Wanita di Zalora
koleksi puma di zalora
Pilihan baju dan aksesori sukan Wanita di Zalora
koleksi terbaik puma di zalora
Pilihan Kasut buat Lelaki di Zalora

pilihan terbaik puma di zalora
Pilihan baju buat lelaki di Zalora

Menarik bukan,
dengan koleksi yang berwarna - warni,
semestinya menjadi pilihan utama kepada penggemar sukan yang inginkan kelainan,
layari website Zalora untuk maklumat lanjut,
boleh ajukan sebarang pertanyaan berkenaan Koleksi kasut sukan terbaru Puma di Twitter@ZaloraMalaysia.

26 Feb 2014

[GEMPAR] Amah Bunuh Dua Beradik

Pembantu rumah bunuh 2 beradik di Sungai Buluh petang semalam.
Hmetro : Dua Beradik Mati Dikelar Amah
Utusan : Dua Beradik Mati Dikelar Amah

satu berita yang agak mengejutkan pagi ini,
sebelum ni kecoh dengan kes dera oleh pengasuh kanak-kanak,
kali ini pembantu rumah pula membuat onar,

Berlaku Di Taman Sri Putra,
2 beradik tinggal bersama pembantu rumah indonesia,
ibu dan bapa ketika itu keluar memulakan perniagaan Kedai Kopi,
salah seorang mangsa berusia 2 tahun dikelar di bahagian leher,
dan salah seorang lagi berusia ENAM BULAN ditemui mati bersama pembantu rumah,
pembantu rumah disyaki membunuh diri,

apa sudah jadi?
pembantu rumah pun dah boleh membunuh,
ini pasti akan menjejaskan perkhidmatan pembantu rumah di Malaysia,
siapa lagi berani tanggung risiko kalau dah jadi kes seperti ini.

25 Feb 2014

Samsung Galaxy S5 Akhirnya Keluar

Samsung Galaxy,
salah satu telefon pintar yang menjadi kegilaan penggemar gajet,
setiap tahun ada sahaja model baharu daripada Samsung,
Pagi tadi,
Samsung memperkenalkan Samsung Galaxy S5,

jom kita lihat gambar model terbaru samsung ini.

samsung galaxy s5
4 pilihan warna samsung galaxy S5
samsung galaxy S5
pandangan depan S5

pandangan dari belakang S5
samsung galaxy s5
perbezaan S5 dengan Note3

tidak banyak beza dengan model samsung galaxy sebelum ini,
cuma pada bahagian belakang samsung membuat sedikit kelainan,
terdapat corak pada cover belakang,

S5 bersaiz 5.1 inci.
Skrin AMOLED masih dikekalkan untuk S5
kamera pula dilengkapi dengan 16mp belakang dan 2mp untuk kemera depan.

kepada penggemar gajet nantikan sahaja model ini di Malaysia,
masih lagi belum tahu bila akan dijualkan secara rasmi

untuk maklumat lanjut boleh layari laman web berikut
Cnet : Review Samsung galaxy S5
engadget : Galaxy S5 Preview
the verge : Galaxy S5 more power

apa kata anda tentang Samsung Galaxy S5?
samsung Gallaxy s5
pilhan warna S5 yang akan membuat pembeli teruja

*UPDATE HARGA : Bermula dari RM2,500 bermula April 2014.

24 Feb 2014

28 Tahun

24 - 02 - 1986
24 - 02 - 1987 - 1 tahun
24 - 02 - 1988 - 2 tahun
24 - 02 - 1989 - 3 tahun
24 - 02 - 1990 - 4 tahun
24 - 02 - 1991 - 5 tahun
24 - 02 - 1992 - 6 tahun
24 - 02 - 1993 - 7 tahun
24 - 02 - 1994 - 8 tahun
24 - 02 - 1995 - 9 tahun
24 - 02 - 1996 - 10 tahun
24 - 02 - 1997 - 11 tahun
24 - 02 - 1998 - 12 tahun
24 - 02 - 1999 - 13 tahun
24 - 02 - 2000 - 14 tahun 
24 - 02 - 2001 - 15 tahun
24 - 02 - 2002 - 16 tahun
24 - 02 - 2003 - 17 tahun
24 - 02 - 2004 - 18 tahun
24 - 02 - 2005 - 19 tahun
24 - 02 - 2006 - 20 tahun
24 - 02 - 2007 - 21 tahun
24 - 02 - 2008 - 22 tahun
24 - 02 - 2009 - 23 tahun
24 - 02 - 2010 - 24 tahun
24 - 02 - 2011 - 25 tahun
24 - 02 - 2012 - 26 tahun
24 - 02 - 2013 - 27 tahun
24 - 02 - 2014 - 28 tahun

Alhamdulillah,
masih dipanjangkan umur lagi untuk tahun ini :)

terasa masih muda bila sanggup buat entry seperti ini.

22 Feb 2014

22 Tahun Sudirmah Haji Arshad

sudirman haji arshad
Dato' Sudirman Haji Arshad ( 25 Mei 1954 - 22 Feb 1992)

22 tahun sudah pemergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad,
tetapi lagu beliau masih lagi menjadi santapan hawa telinga.

Al-Fatihah.

21 Feb 2014

Facebook Dunia Kucing

Facebook Dunia Kucing,
salah satu page kegemaran shark.

shark antara golongan yang suka kucing,
orang kata kalau lelaki minat kucing,lelaki itu bersifat penyayang..
betul ker?
lain orang lain pendapat.
bagi shark betul :)

apa yang menarik Page Dunia Kucing?
banyak koleksi-koleksi gambar kucing disini.
dan paling menghiburkan gambar telatah si kucing,
ada jugak gambar2 kucing yang kiut miut.

kepada yang stress dan tensen tu boleh ler ke Facebook Dunia Kucing,
shark rasa boleh hilang stress dan tensen tu bila tengok telatah kucing.
silap-silap boleh gelak seorang diri nanti.

shark kongsikan sedikit antara koleksi gambar di Facebook Dunia Kucing.
semoga terhibur.
dan jangan lupa LIKE Facebook Dunia Kucing

dunia kucing facebook
Kes Rogol..hehehe

facebook dunia kucing
takut dengan hairdryer?

facebook dunia kucing
menunggu duit BRIM

facebook dunia kucing
kucing pun ada nafsu..hehehe

facebook dunia kucing
kiut miut aksi dia


Pembayaran BR1M Hari Ini ( 21FEB )

BRIM 2014 dijanjikan pada 22hb..
tapi hari ini ( 21hb ) BRIM sudah pun masuk ke dalam akaun.

brim akaun bujang
Pembayaran BRIM 2014 - 21Feb 2014
 ramai juga yang up status BRIM harini..
ingatkan main-main sahaja,
semak online alhamdulillah ada rezeki untuk harini.

awal sehari,
katanya akaun bujang dapat bermula jam 10 malam tadi,
kemungkinan yang lain 10 malam ini.

guna sebaik mungkin kepada yang menerima.

20 Feb 2014

Bila Abang Rogol Adik

Entri ini merujuk kepada keratan akhbar Harian Metro 20 Febuari 2014.
Harian Metro : Abang Noda Dua Adik
 
baca tajuk sahaja dah rasa sentap jiwa ini,
sampai begitu sekali tindakan seorang abang terhadap adik.
Durjana,kurang ajar,biadap,binatang seorang abang jika bertindak sebegitu.

ada 2 isu yang menarik perhatian shark berkenaan berita ini.

isu 1 :
-dimanakah letaknya nilai kemanusiaan pada diri.

isu 2:
-berita benar atau hanya berita sekadar untuk melariskan akhbar?



19 Feb 2014

2 Gambar Untuk Dinilai

Gambar 1
bermula semalam Header di blog shark sudah berwajah baru..
Header kali ni shark buat simple jer..
sebab itu jer termampu..

BCS ?
Blog Cerita Shark
nak branding jenama BCS tahun nie :)

tema blog tahun ni " Blog Untuk Berkongsi Cerita"
tak lupa juga nak letak muka blogger walaupun tak seberapa.
nampak sikit blog ni bawa imej santai.

header blog 2014
Header baru untuk 2014


Gambar 2
dari instagram ke FB,
dari FB ke blog,
cuba mencari jalan untuk mengatasinya.

Masalah eyebag.
nak kata tak cukup tido rasanyer dah cukup,
nak kata efect pakai cermin mata macam tak logik.
ada yang kata sebab tension?

cik akak suruh letak uncang teh boh atau tomato..
sampai sudah shark tak buat,
tak tahu cmner cara nak buat.

 ada tips rakan blogger?

masalah eyebag
Masalah eyebag shark

Dakwah Kreatif Era Baru

Dakwah Kreatif Era Baru.
satu aktiviti Konvesyen yang akan diadakan pada 22 Mac nanti.

dulu-dulu shark pernah ajak blogger sekalian mengenali Page The Muslim Show
sebuah page menyampaikan dakwah dalam versi kartun.
kartunis ini semua berasal dari France.
dan pada awal tahun baru-baru ini,
Page The Muslim Show - Bahasa Malaysia diperkenalkan

konvesyen dakwah kreatif era baru
Konvesyen Dakwah Kreatif Era Baru  | sumber : Portal PTS

untuk pengetahuan,
Konvesyen ini akan menjemput kartunis The Muslim Show sebagai panel,
Penampilan istimewa ini hanya untuk Kovesyen Dakwah Kreatif Era Baru..
memang menarik

Ustaz Don dan  Felixia Yeap juga akan berada disana,
menarik bukan,
shark tak sangka amoi Felixia Yeap pun akan berada disana,
baru jer sebut dia dalam entry blog baru-baru ni.
Baca Entry pengenalan Felixia Yeap
Baca Entry popular Felixia Yeap
 
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web PTS.COM.MY
dan juga layari Facebook PTS untuk maklumat terkini.
konvesyen akan berlansung selama satu hari di Universiti Malaya,
bermula 9 pagi hingga 10 malam dengan tentatif program yang menarik.

melihat pada barisan panel seperti dalam poster,
memang satu kerugian kalau tak pergi nie.



18 Feb 2014

Segmen : Paly Ajak Korang Baca Entry Ini !

segmen paly
Segmen : Paly Ajak Korang Baca Entry Ini

bukan susah pun contest nie..
rugi ler kalau tak join..
tarikh tutup harini Jam 11.59mlm

Selamat Mencuba :)


Mesti Tonton Felixia Yeap : Nikah Kita Bercinta


nikah kita bercinta
Drama Nikah Kita Bercinta

Telemovie Nikah Kita Bercinta.
sebuah drama genre romantik komedi.
apa yang menarik sangat Telemovie nie?

bagi shark ia menarik sebab ada Felixia yeap..
amoy bernama Felixia Yeap ni pernah shark kenalkan pada tahun lepas,
entry Nama Dia Felixia Yeap menjadi top keyword ketika itu.

felixia yeap
Felixia dengan gaya hijabnya | sumber : Page Felixia Yeap

siapa sangka amoy yang suka berhijab kini diterima ramai,
boleh dikatakan sekarang felixia lebih kepada modeling muslimah,
dan kalau tak silap dia dh jadi official model untuk Neng Geulis Hijab
mungkin itu rezeki gadis berbangsa cina ini,

jangan lupa tonton Telemovie Nikah Kita Bercinta ini,
semalam tengok iklan macam menarik jer.
akan ditayangkan di Astro Ria (104)
pada 27 Feb Jam 10 malam.


kalau rasa nak tengok amoy ni boleh like Page Felixia Yeap.

17 Feb 2014

Promosi Popular Bookstore Dan McDonald 2014

wuhuuu...
setelah sekian lama tak dapat iklan baru,
akhirnya dapat jugak 2 iklan dari nuffnang.

nuffnang 2014
2 iklan baru pada 14Feb

kedua-dua iklan ni memang menarik.
salah satu  datang dari Popular Bookstore.
RM70,000 wang tunai untuk dimenangi,
rujuk laman Facebook Popular untuk mengetahui lebih lanjut

iklan nuffnang popular bookstore
Iklan Popular BookStore

McDonald juga tidak ketinggalan dalam membuat promosi,
siapa tak suka makan burger kan.
burger McDonald makin murah sekarang nie.
boleh tengok harga baru di Facebook McDonald Malaysia
boleh ler singgah lepas balik kerja nanti.

iklan nuffnanf mcdonald 2014
Iklan Mcdonald 2014

sekali lagi terima kasih buat nuffnang..
jangan lupa singgah di Facebook Popular Bookstore untuk memenagi hadiah wangtunai RM70,000.
singgah di Facebook McDonald Malaysia untuk promosi harga burger yang baru.






16 Feb 2014

[UPDATE] Koleksi Gambar Gunung Berapi Sinabung Dan Gunung Berapi Kelud

Gunung Berapi Sinabung dan Gunung Berapi Kelud,
2 gunung berapi yang boleh dikatakan aktif di Indonesia,
kedua-dua gunung ini telah pun meletus tak sampai sebulan pada tahun 2014.

letusan Gunung Berapi Sinabung bermula sejak Disember 2013 lagi,
dan pada Januari 2014 gunung tersebut meletus sekali lagi pada Januari 2014,
kejadian tersebut meragut beberapa nyawa penduduk setempat.

Pada Febuari baru-baru ini,
Sekali lagi penduduk indonesia dikejutkan dengan letusan Gunung Berapi Kelud,
dan difahamakn gunung berapi tersebut masih mengeluarkan asap dan debu.

shark kongsikan gambar Gunung Berapi Sinabung dan Gunung Berapi Kelud.

Gunung Berapi Sinabung
koleksi gunung berapi sinabung
Gunung Berapi Sinabung Pada 10 Januri 2014  | sumber : abc.net
koleksi gunung berapi Sinabung
Penduduk Setempat melihat dari jauh  |  sumber : news.com

koleksi gunung berapi sinabung
Gunung Berapi Sinabung memuntahkan asap dan debu 10 Januri 2014  | sumber :darkroom

koleksi gunung berapi sinabung
penduduk menyelamatkan diri dari asap debu Gunung Berapi Sinabung  |  sumber : news.com


Gunung Berapi Kelud

koleksi gunung berapi kelud
Gunung Berapi Kelud meletus pada 13 Febuari 2014  | sumber : JakartaPost
koleksi gunung berapi kelud
memuntahkan larva pada 13 Febuari 2014 | sumber : globalindonesia
koleksi gunung berapi kelud
Kawasan rumah dipenuhi asap dan debu Gunung Berapi Kelud 15 Febuari  | sumber : abc.net
letusan gunung berapi kelud
keadaan yang kering dan berdebu dari letusan gunung berapi Kelud  : sumber : independent

menakutkan.
itu sahaja yang boleh shark katakan,
terutama gambar Gunung Berapi Sinabung tu.

diharapakan tiada kejadian buruk berlaku nanti.

#prayforkelud
#prayforsinabung


15 Feb 2014

Banjir Di Musim Panas.

banjir di musim panas?
bunyi memang pelik.
bertambah pelik kalau menjadi realiti.

shark tak sangka pulak beberapa kawasan di Sabah ditenggelami banjir,
Hujan berterusan di beberapa kawasan pedalaman Sabah menyebabkan banjir besar di sana,
dan menurut rekod banjir kali ini paling buruk.

Cuaca di Kuantan setakat ni cerah,
boleh dikatakan panas dan kering,
ingatkan satu Malaysia cuaca seperti di Kuantan,
rupanya lain pula jadinya di daerah Keningau,Tenom dan Beaufort.

banjir di sabah
Rumah sudah ditenggelami air  | sumber : Syokbah.com
banjir di musim panas
Daerah Beaufort hampir tenggelam  | sumber :Hmetro Online

Diharapakan tiada kejadian buruk berlaku di sana.



14 Feb 2014

Lupakan Valentine Dan Bantulah Mereka.

semalam shark dikejutkan dengan satu panggilan kebakaran,
hati mana tak berdebar kalau dah terima panggilan lewat malam.
rupa-rupanya Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin.

Maahd Tahfiz ini diuji kali kedua,
musim banjir teruk Di kuantan tahun lepas menyaksikan Maahad ni tenggelam,
Alhamdulillah ketika itu kerosakan tak begitu teruk,
tetapi malam tadi Maahad Tahfiz ini hangus dijilat api,

shark dan rakan pernah kesini untuk bantuan mangsa banjir tempoh hari,
disini ditempatkan anak yatim dan fakir miskin,
kesemua disini adalah pelajar lelaki.

shark kongsikan sedikit gambar kejadian malam tadi.

Maahad Bukit Rangin
Musnah Dijilat Api

maahad bukit rangin
Penduduk sekitar terkejut dengan kejadian

maahad bukit rangin
Diuji kali kedua

Syukur kesemua pelajar selamat,
tetapi semua kelengkapan dan kediaman hangus,

Insyaallah shark dan rakan akan turun sekali lagi untuk misi bantuan kepada mereka,
kepada blogger yang ingin membantu shark alu-alukan,
sumbangan dari blogger dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka.

boleh hubungi / sms shark di 014-2161741 untuk menghulurkan sumbangan,
sikit atau banyak tidak dinilai,
hanya ikhlas yang dinilai.

Lupakan Valentine Dan Bantulah Mereka.

13 Feb 2014

Kerana Ariana Rose ?

tak tahu mana silapnya.
walaupun cerita ni dikatakan best,
tetap shark tak tonton sampai sekarang,
katanya harini dah episod Akhir,
macam mana ending agaknya.

bukan nak cerita pasal Ariana Rose,
tapi nak cerita pasal peminat Ariana Rose,
hanya kerana Ariana Rose sanggup derhaka pada orang tua?
hanya kerana Ariana Rose sanggup derhaka pada mak?

bunyi agak melampau,tapi itulah kenyataan,
harap-harap tak ramai ler yang begini,
memalukan diri sendiri.

Ariana Roses
Tweet luah perasaan peminat Ariana Rose  | Sumber : MyMediaLab

kepada yang terlepas menonton boleh dapatkan episod penuh di Blog Aswan Azmi
daripada episod pertama sehingga episod Akhir ada di blog beliau.
tonton Online Ariana Rose di Blog Aswan Azman

12 Feb 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Kenangan Bersama Mu

Wordless Wednesday


game tikam
Tikam jangan tak tikam

belon kanak-kanak
tiup sampai pipi sakit

barbie doll
Barbie Doll zaman dulu kala

aiskrim malaysia
kenikmatan tidak terkata


Apa Ada pada 22 Febuari 2014?

BRIM 2014
22 Febuari 2014


Apa ada pada 22 Febuari?
ramai rasanya menunggu2 tarikh nie.
jatuh pula pada hari Sabtu,
memang penuh ler orang kat Bank dan Shopping Komplek nanti.

Tahniah buat mereka yang berjaya mendapat BRIM 3.0,
pada 22hb Febuari nanti pemberian BR1M 3.0 akan dimasukkan terus kedalam akaun penerima,
kepada yang  tiada akaun bank,pembahagian akan diberikan bermula 23hb.

BR1M 2014
Pemberian BR1M 3.0 2014

tak kisah ler bila dan bagaimana pembahagian tu nanti,
yang penting ingat tarikh 22 Febuari 2014.

yang lagi penting ingat 2 hari selepas itu,
besday boy nak celebrate umo dia yang ker-28?
heheheh.

blogger shark
countdown to 28