30 Jan 2014

Legasi Adik Mia Sara | Adik Balqis

adik mia sara
penampilan awal Mia Sara dahulu.

Mia Sara,
siapa tak kenal pelakon cilik ni kan,
muka cute,petah bercakap,pandai berlakon,
pernah menjadi fenomena dalam semua drama dahulu,
setiap drama ada sahaja muka comel mia sara
memang tak jemu tengok muka dan lakonan dia.

mia sara 2014
penampila terbaru adik mia sara di AJL baru-baru ni.
kalau tak silap shark,
tahun 2014 ni umur mia sara sudahpun 9 tahun,
agak terkejut jugak penampilan mia sara ketika AJL baru-baru ni,
nampak matang daripada sebelum ni.

untuk tahun 2013 / 2014 shark rasa penampilan mia sara agak tenggelam,
nama adik Balgis pula mula menjadi perhatian,
sama seperti mia sara,
bakat lakonan adik Balqis memang menjadi.
pernah merangkul Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012.

adik balqis
Adik Balqis di Anugerah Skrin 2012 | sumber : Buahmulut.com

sama seperti mia sara,
kecomelan dan petah bercakap membuatkan dia menjadi perhatian pengarah.
mungkin tahun 2014 merupakan tahun bertuah buat adik Balqis ni.

adik balqis
comel dan bergaya adik balqis

semoga 2 budak comel ni terus giat dalam lakonan,
memang tak boring melihat mereka,
suka tengok senyuman masing-masing.
kiut miut.

abang shark syang kamu berdua :)




27 Jan 2014

Word Miles - Bayi Pramatang 3 Bulan

bayi pramatang,
dalam fikiran sudah terlintas masalah kesihatan,
masalah otak.
masalah jantung,
masalah penghadaman,
begitu banyak dugaan untuk bayi pramatang,
begitu berat dugaan yang dipikul oleh ibu.

shark nak kongsikan satu cerita benar perihal bayi pramatang ini.

Ward Miles
itulah nama bayi pramatang 3 bulan,
Ward dilahirkan 3 1/2 bulan lebih awal dari jangkaan.
berat ketika itu 1.5lbs bersamaan lebih kurang 600gram sahaja.
saiz Ward ketika itu sebesar anak kucing,

ward miles
Ward Miles Miller

ketika itu tiada siapa tahu perasaan ibubapa Ward,
melihat Ward di dalam ICU,
melihat Ward dengan bantuan mesin untuk terus hidup.

tetapi itu cerita setahun yang lepas,
sekarang Ward sihat seperti kanak-kanak lain.
perjalanan hidup Ward dirakam oleh ayahnyer,
dan telah ditonton oleh 4.4 million di Vimeo dan Youtube.

jika anda seorang yg sensitif,
siap sedia dengan tisu :)
durasi minit pertama sudah boleh menyentuh perasaan.

selamat menonton

24 Jan 2014

Musim Sejuk | Dah Ready Ke Semua

minggu nie memang trending pasal suhu di Malaysia,
di tempat shark sendiri,Bandar Kuantan turut terasa,
sejuk memang lain macam daripada biasa,

merempit pagi-pagi ker tempat kerja memang dugaan,
terasa ke tulang sum-sum,
dah rasa macam mandi air batu (walaupun x pernah rasa :p )
menggigil jugak ler atas motor.

cuaca sejuk malaysia
Cuaca Pagi ini di Kuantan
begitu juga tengahari,
angin kadang-kadang kuat,
memang terasa sejuk walaupun ada matahari,

beul ler orang kata,
dah macam duduk luar negara pula,
walaupun nampak matahari tetap terasa sejuk.

kesihatan paling penting,
memang ramai dapat demam nie perubahan cuaca.

tak kisah ler cuaca apa pun yang melanda Malaysia,
yang penting masing-masing perlu bersedia,
jangan duduk kecoh dalam facebook jer,
persiapan tak buat,
jangan duduk sibuk hebahkan perihal akhir zaman,
kewajipan tak ditunaikan,
tiada guna akhirnya..

21 Jan 2014

Kucing Pun Nak Curi Ker?

tertarik dengan keratan akhabr Sinar harian harini.
Sinar Harian : Cubaan Curi Kucing kenalan Gagal

berlaku di Johor Bharu,
dikatakan pencuri ni terlalu obses dengan kucing nie,
kucing baka Munchkin ni bernilai lebih kuran RM3,000

tak tahu apa motif sebenar nak curi kucing nie,
kalau betul2 minat rasanya boleh je cuba mintak dengan owner.

curi kucing
Tercedera ketika dicuri  | sumber : Sinar harian

rupa-rupanya kucing ni memang comel,
baka kucing Munchkin nie jenis kaki pendek,
shark tengok pun rasa geram,
jarang rasanya shark tengok baka ni,
memang kiut miut  tengok kaki pendek tu.

shark kongsikan sedikit gambar kucing baka Munchkin nie.
kalau rasa tak puas boleh tanya pakcik google,
dia ada bnyak koleksi gambar kucing Munchkin nie.

kucing munchkin
Baby Kucing Munchkin

kucing munchkin
saya berkaki Pendek

kucing munchkin
Comel tak?
geram?
nak gigit?
hehehe..
teringin pula nak bela kucing Munchkin nie.

20 Jan 2014

Bersara | Terima Kasih Datuk LCW

Datuk Lee Cong Wei,
siapa tak kenal kan,
pemain nombor 1 Badminton di Dunia,
pemain nombor 1 Badminton di Malaysia.

lee chong wei
Aksi Datuk LCW semalam  |  sumber : Hmetro

semalam beliau mencipta rekod apabila mempertahankan juara terbuka Malaysia kali ke-10.
memang tiada tandingan,
shark sempat juga menonton perlawanan semalam,
set pertama agak menghampakan,
tetapi set kedua Datuk LCW kembali,
memang semangat tengok Datuk LCW set kedua semalam.

Datuk LCW turut menyatakan bahawa dia akan bersara di penghujung tahun 2014,
satu berita yang agak menarik perhatian semalam,
faktor usia dan kecergasan menjadi alasan untuk beliau bersara,
sumber Hmetro : Gantung Raket
sumber Utusan : Chong Wei Juara Kali ke-10

tiada apa yang dapat diperkatakan lagi,
memang sudah tiba masanya bintang muda pula mengambil alih,
Terima Kasih Datuk LCW,
Terima Kasih menaikkan nama Malaysia di persada Antarabangsa,


16 Jan 2014

Kecoh Lagi Stadium Darul Makmur

Besok dengan rasminya Liga bolasepak Malaysia bermula,
setelah beberapa bulan berehat,
kini setiap pasukan sudah bersedia untuk beraksi di musim 2014,

besok merupakan perlawanan pembukaan untuk Liga Malaysia 2014,
sudah pastinya setiap tahun liga Malaysia bermula dengan Piala Sumbangsih,
Piala ini akan menemukan Juara Liga Super 2013 dan Juara Piala Malaysia 2013,
Juara Liga Super 2013 - Singapura
Juara Piala malaysia 2013 - Pahang
Perlawanan besok akan diadakan di Stadium Darul Makmur,Kuantan.

Seperti biasa,
Hari pembelian tiket di Stadium Darul makmur kecoh,
bermula jam 9 pagi lagi orang ramai mula beratur,
keadaan mula sesak kerana hanya 2 kaunter sahaja dibuka,

Piala Sumbangsih 2014
Harga Tiket Piala Sumbangsih 2014  | sumber : Page Kuantan
piala sumbangsih 2014
Orang ramai mula beratur  | sumber : Page Kuantan
piala sumbangsih 2014
Keadaan di hadapan Kaunter tiket  | sumber : Tuan Bazaie
piala sumbangsih 2014
keadaan dari dalam kaunter tiket  | sumber : Tuan Bazaie

Pihak Stadium masih lagi tidak belajar daripada kesilapan lalu,
berikut koleksi entry shark mengenai pembelian tiket di Stadium Darul Makmur.
Suasana sekitar Perlawanan Akhir Piala Malaysia
Suasana sekitar Separuh Akhir Piala Malaysia
Stadium agak besar tapi hanya 2 kaunter dibuka.

shark pula seperti biasa akan menonton dari rumah,
keadaan begini memang buat mood hilang nak beratur beli tiket,
semestinya perlawanan tumpuan akan meriah dengan orang ramai,
keadaan di pintu masuk pasti akan sesak dan kena beratur awal,
satu lagi alasan kenapa shark tidak ke stadium.

Kepada peminat bolasepak jangan lepaskan peluang menonton secara LIVE,
Perlawan Piala Sumbangsih 2014
Pahang Lawan Singapura
Bermula Jam 8.30 malam di saluran Astro Arena dan TV1

Sokong Skuad Tok Gajah.
Hogoh Pahang Hogoh.



Resepi Original Sambal Hitam

harini shark nak kongsikan satu resepi original orang pahang,
Resepi Sambal Hitam.
Resipi Original dari air tangan orang pahang
jangan terkejut pulak shark keluarkan entry resipi nie,
bukan shark masak pun,
tolong share sahaja.

Sambal Hitam?
mungkin ada yang masih belum tahu.
sambal hitam ni memang terkenal di Pahang,
boleh dikatakan originaliti sambal hitam adalah dari Pahang.
sambal Hitam ni agak kering,
memang terangkat bila kena dengan lauk ikan/daging goreng yang panas.
makan dengan nasi kosong pun boleh.

sambal hitam
Sambal Hitam  | sumber : Blog table For 2

Bahan asas Sambal hitam ni adalah belimbing buluh.
memang susah sekarang nak cari yang betul-betul original,
kali ni shark kongsikan resipi Sambal Hitam.
Resipi ni adalah hasil air tangan Tengku Puan Pahang tau.

Selamat Mencuba.

resipi original sambal hitam
Resipi Sambal HItam - Tengku Puan Pahang  |  sumber : Page Kuantan

15 Jan 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Giveaway Birthday Azhafizah

Setiap orang dah dapat kalendar dari Azhafizah,
shark pun tak nak ketinggalan,
bukan senang nak dapat Wallpaper Kalendar ni,
tampal pula kt pejabat semestinya akan menarik perhatian lain,
bertambah menarik bila nama dan blog kita tertera sekali nanti,
memang kreatif insan bernama Azhafizah nie.

so kepada yang berminat boleh join,
masih belum terlambat,
terjah blog Si Hati Merah Jambu untuk dapatkan kalendar istimewa.
Selamat bersegmen buat semua.

Mesti Like - Muslim Show Malaysia

Dulu shark pernah review pasal page The Muslim Show nie,
rujuk entry Mesti Singgah - The Muslim Show

selepas beberapa bulan page ini mula berkembang,
berkembang dari satu bahasa ke bahasa lain,
dan yang terbaru Malaysia,

the muslim show language
Muslim Show versi Malaysia  |  sumber : The Muslim Show

cukup beruntung dapat melihat kartun yg membawa ilmu dalam versi bahasa Melayu,
kredit diberkan pada admin page ini yang sudi menterjemah dalam versi bahasa,

berikut shark sertakan beberapa kartun yang telah diterjemah.
memang menarik.

muslim show malaysia
Motivasi Harga Rokok  |  sumber : MuslimShow Malaysia

muslim show malaysia
Kos VS Free  |  sumber : MuslimSHow Malaysia

jadi kepada pengguna Facebook,
jangan lupa untuk Like page terbaru daru Muslim Show ini,
sama-sama meriahkan kartun yang membawa kepada kebaikan,
sama-sama kita sebarkan dakwah.
Jom ke Page Muslim Show Ala Malaysian

Muslim Show Malaysia

Menangis Kerana Sekeping Gambar...

tiada kata untuk menggambarkan gambar ni..
Wordless Wednesday

Pengorbanan ABAH  |  sumber : Zalikha Ameera


14 Jan 2014

Kucing Atau Manusia Yang Paling Malas?

maulidur rasul 2014
Salam Maulidur Rasul 1435MH / 2014 |  Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Salam Maulidur Rasul daripada shark untuk semua sahabat Blogger.
Harini tentunya ramai yang bercuti,
seperti hari minggu,ramai juga blogger yg cuti harini.

Bila sebut cuti semestinya hari untuk berehat bersama keluarga,
hari untuk melepaskan segala penat lelah bekerja,
hari untuk merehatkan minda dan fizikal,
boleh dikatakan juga hari malas bagi sesetengah orang.

persoalan hari ini,
antara manusia dan kucing,
yang mana paling malas?

shark kongsikan satu klip di Youtube,
video mengenai kucing yang malas,
memang rugi kalau tak tengok.
kalau tonton video ni rasanyer persoalan di atas dapat dijawab..
hehehe..

selamat menonto.
selamat bercuti.


Lagu Tegar versi kangkung

kalau dulu lagu dia trending  kes minyak naik 20sen
Lagu Tegar Versi Minyak 20sen
sekarang dia kembali dengan lagu terbaru.
kali ini versi Kangkung pula.
hehehe..

kangkung
Lagu Tegar Versi Kangkung dari sahabat Bazaie Yuan Muda Puceceh

SAYUR POPULAR MASAKINI... (Ikut lagu TEGAR)

kangkung yg dulu bukan lagi sekarang..
dulu kau dibuang sekarang kau disayang..
dulu..dulu...dulu.. harganya orang marah
sekarang harganya murah... murah

cita-citaku nak buka ladang kangkung...
duluku bangang sekarang ku dah bijak
terima kasihlah pada najib Tun Razak
sayur kangkung dah berlambak lambak..

hidupku dulunya serorang peladang..
berkerja keras selalu membanting tulang
mengejar cita nak jadi pemborong pula...
membantu rakyat jelata..

sekolah ku tak belajar bidang pertanian
Terpaksalah aku meringankan tangan...
tetapi aku terus berusaha...
sekarang aku dah pun berjaya..

Hidupku dulunya seorang peladang...
selalu pulang bawa bermacam sayuran
mengejar cita cita jadi pemborong...
bersyukur masuk dapur masak kangkung..

sekolah kutak belajar bertani
terpaksa lah aku buat buat berani
membantu orang dengan caraku begini...
orang tak suka..apa ku peduli.

kangkung yg dulu bukan lagi sekarang..
dulu kau dibuang sekarang kau disayang..
dulu..dulu...dulu.. harganya orang marah
sekarang harganya murah... murah

cita-citaku nak buka ladang kangkung... oiiiii
duluku bangang sekarang ku dah bijak
terima kasihlah pada najib Tun Razak
sayur kangkung oohhh sayur kangkung dah berlambak lambak..

ends.

setakat ni lirik jer ada,
lagu belum buat recording lagi..
tunggu penyanyi sebelum ni kumpul metarial dulu.

nak kenal siapa pencipta lirik dan penyanyi ni?
rujuk entri shark - Lagu Tegar Versi Minyak 20sen

semoga terhibur.

13 Jan 2014

Koleksi Lawak Kangkung

harini kangkung menjadi trending di laman sosial,

shark kumpulkan koleksi lawak kangkung,
kesemua diambil dari FB.
hahaha..
orang Malaysia memang kreatif.

harga kangkung turun
Lawak Kangkung

harga kangkung turun
Lawak Kangkung  | sumber : Vectoristiv



harga kangkung turun
Lawak Kangkung
harga kangkung turun
Lawak kangkung

12 Jan 2014

Rezeki Syasya Solero Macam Cantik Je

syasya macam cantik jer
Syasya macam cantik jer  | sumber : OHMedia
Syasya Solero,
siapa tak kenal dia bukan org malaysia ler kot.
dulu-dulu dia dikutuk kerana satu vklip dia yg tersebar dalam Youtube.
trademark macam comel jer menjadi gurauan rakyat malaysia.
parody menjadi bahan jenaka di Youtube,
Siap ada lagu lagi.

siapa sangka,
selepas banyak kritikan dan kutukan diterima oleh syasya,
dia kini popular dan terus popular,
terbaru syasya keluar dalam Official Video Klip Amar,
lagu yang dinyanyikan oleh Amar ni memang sedap,
tak sangka pula boleh dijadikan lagu trademark syasya nie.

Video Klip ni baru je keluar semalam 11 Januari 2014,
Macam Canik Je Macam Comel Je Amar feat Syasya Solero - YouTube
semoga terhibur.

Slamat Hari Lahir My Dear

Alhamdulillah..
harini genap my dear love 26tahun..
sedar tak sedar makin matang my dear love nie..
begitu cepat masa berlalu.

12 Januari merupakan hari lahir my dear love sister,
Nurul Farhana Bte Razali.
satu-satunya adik perempuan dalam 4 beradik.

blogger shark
4 Beradik Selfie di Pagi Raya 2013

harini genap 26 tahun usia,
tahun ini agak special sikit kerana tahun pertama dia sambut hari lahir sebagai seorang isteri.
dan semalam juga merupakan hari lahir suami dia,
tahniah juga buat adik iparku Muhammad Ammar.
Tua sehari sahaja  kamu berdua.

blogger shark
Sambut Hari Lahir Bersama setiap Tahun
memang pandai adikku memilih jodoh ni,
pilih tarih hari lahir dekat.
hehehheee.
boleh ler abg long dia ikut jugak pasni.

diharapkan tahun ni lebih membawa makna kepada ngah,
semoga terus dimurahkan rezeki,
semoga terus berbahagia bersama suami,
semoga dapat ler memberi zuriat kepada kelaurga EN.Razali.
semoga dapat ler tahun ni long begelar Ayah Long.
hehehehehe..
tak sabar pulak nak dapat anak buah pertama nie.

tahniah my dear love sis,
Selamat Hari Lahir dari Long.

Beautconnection
Nana & Ammar  25Mei2013

10 Jan 2014

Kuantan Dalam Keadaan Berjaga-jaga?

seperti yang shark ceritakan pagi tadi,
Hujan tidak henti-henti dari malam tadi di bandar Kuantan,
selepas solat Jumaat tadi,
hujan mula turun dengan lebat di sekitar Bandar Kuantan.

banjir di kuantan
Keadaan Sungai Lembing Pagi Tadi
seperti biasa,
Bandar Sungai Lembing menjadi perhatian,
keadaan di Sungai Lembing menjadi pengukur keadaan banjir di Kuantan,
sekitar Jam 3 petang,
Air di Sungai Lembing mula naik,
itu sudah cukup merunsingkan penduduk di Kuantan.

banjir di kuantan
Keadaan Di sungai Lembing Jam 3 petang ( tempat yang sama seperti diatas )

bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan sungai lembing,
boleh tonton cctv di CCTV SUNGAI LEMBING
abaikan tarikh pada CCTV tersebut,
CCTV ni merakam LIVE dari sungai lembing.
teruk di sungai Lembing,teruk ler di Bandar Kuantan nnti.
kalau air naik seperti diatas biasanyer masih lagi belum tergugat,
kalau hujan berterusan dan air menutup seluruh jalan,
baru tergugat keadaan di Kuantan.

Diharap kali ini tidak seteruk sebelum ini.




Hujan Tanpa Henti Di Kuantan

alhamdulillah,
3 hari dilanda demam memang satu cobaan,
kena pulak di awal tahun,
Demam nak membesar lagi agaknya..
hehe..
facebook shark
Ubat orang demam melayan FB | klik untuk lebih jelas

bukan nak cerita pasal demam,
tapi nak cerita pasal cuaca di Kuantan,
sejak malam tadi hujan tanpa henti di bandar Kuantan
hujan kadang-kadang lebat dan  sederhana tanpa henti.
kalau tak silap shark jam 11 malam hujan sudah pun turun,
sehingga sekarang jam 10 pagi hujan masih lagi membasahi bandar kuantan,
langit pun memang gelap harini.

mengikut ramalam kaji cuaca,
hujan ini akan berkekalan sehingga hari ini,
diharapkan tiada lagi kejadian buruk berlaku.
shark akan update keadaan semasa jika keadaan semakin teruk,

Laporan daripada JPS Kuantan | klik untuk lebih jelas



7 Jan 2014

Balistik Filem Blockbuster Malaysia 2014

RM2.5 Juta,
itulah jumlah diperuntukkan untuk Filem Balistik yang bakal menemui penonton pada 9 Jan 2014 nanti,
sebuah filem yang diterbitkan oleh Rosyam Nor,
dibintangi oleh Rosyam Nor sendiri bersama Rita Rudaini dan Adi Putra,

balistik 2014
Balistik ditaynagkan 9 Januari 2014  | sumber : ammboi.com

rasanya dah lama tak tengok gandingan rosyam dengan Rita nie,
dulu selalu jugak diorang menjadi pasangan dalam setiap drama,
Rosyam kali ni membawa watak antagonis,seorang gangster,
manakala Adi Putra membawa watak anggota polis,
Jai KL Gangster sudah insaf dalam filem ini..

shark malas nak terangkan sinopsis filem nie,
tengok poster sahaja dah tau,
sebuah filem berunsur ganster dan semestinya akan diterap unsur cinta.

kepada kaki wayang jangan lepaskan peluang,
Filem ini bakal ditayangkan lusa - 9 Januari (khamis) di semua panggung.
untuk maklumat lanjut boleh layari di laman web berikut.
myMetro : Perap Balistik 2 Tahun
MyNewsHub :  Filem Aksi Melayu Terbaru Bakal Pecah Panggung

Selamat Menonton :)

6 Jan 2014

Drama Pertama Novelis Ramlee Awang Murshid

Drama yang diadaptasi dari novel sudah menjadi trending sekarang,
satu-satunya drama yang shark layan ialah - Bukan Kerana Aku Tak Cinta
satu episod pun belum miss lagi nie..hehehe..
memang jarang shark nak melekat  depan TV layan drama.
hanya drama ni sahaja yang menarik minat shark.
yang lain so-so sahaja.

sedar tak sedar kesemua drama novel ni hampir sama jalan cerita,
semuanya berkisar tentang cinta,
asyik-asyik cinta dengan orang ketiga,
asyik-asyik hubungan tak direstui,
asyik-asyik tunjuk kekayaan,
asyik-asyik gadis pilihan orang miskin,
naik muak jugak duk tengok.

antara koleksi novel RAM  | sumber : KELABRAM

agak-agak bila pula nak tengok drama daripada novelis Ramlee Awang Murshid (RAM),
tiada lagi ke pengarah yang berani buat pembaharuan,
sekali sekala ubah sedikit genre drama apa salahnya,
tambahan pula novel RAM ni merupakan novel thriller nombor 1 kat Malaysia,
memang rugi ler kalau tak ambil peluang.

shark yakin,
bila keluar jer satu drama RAM nie,
memang ramai ler pengarah terkejar-kejar hasil novelis RAM nie,
tunggu dan lihat  pengarah mana yang berani ambil kraya RAM untuk diajadikan drama buat pertama kali..

untuk mengenali lebih dekat novelis RAM boleh rujuk :
Facebook Ramlee Awang Murshid (RAMFC)
KelabRAM
pelbagai aktiviti yang dianjurkan dibawah naungan kelab RAM nie,
memang rugi  tak join khususnya bagi kaki novel.


Harga Secawan Teh Ais

tertarik dengan keratan akhbar Sinar harian hari ini.

Harga Ais Naik,Peniaga terbeban | Sinar Harian 6 Januari 2014

Kalau berpanjangan kes seperti ini,
agak-agak berapa ler harga secawan teh ais lepas nie.

ada sesetengah premis tak sanggup menaikkan harga minuman,
ada sesetengah premis sudah pun naikkan harga minuman,
kita sebagai pelanggan hanya mampu bayar sahaja.

nak murah buat teh ais sendiri kat rumah.
hehehe.

5 Jan 2014

5 Beradik Kahwin Serentak

5 beradik kahwin serentak
Tahniah Buat 5 Pasangan Beradik ini  | sumber : Utusan

jarang kita dapat lihat perkahwinan seperti ini,
5 adik beradik bersanding serentak semalam,
4 lelaki dan seorang wanita ini anak kepada Che Ariffin,seorang peniaga daging di Pasar Besar Alor Setar,
majlis perkahwinan ini dilangsungkan di Seri Aman,Jalan Langgar,Alor Setar

kalau tengok pengantin lelaki memang masing-masing berjanggut,
yang berjanggut tu mungkin 4 adik beradik itu,
hensem n stylo pula shark tengok.
sama seperti bapa mereka.
umur  masing -masing  masih lagi 20-an,

hanya RM100 ribu dibelanjakan untuk majlis perkahwinan ini,
menarik bukan,
Tahniah shark ucapakan kepada 5 pasangan beradik ini,

untuk maklumat lanjut boleh layari portal berita online.
Utusan : 5 Beradik Bersanding Serentak
Metro : Hari Bahagia 5 Beradik





3 Jan 2014

Mimpi Nora Danish Bersama Ji Hyo


Nora danish
Kiut Miut Nora Danish
 Nora Danish?
kalau tak kenal Nora danish bukan orang malaysia ler..
Muka Kiut miut,suara yang comel,badan kecik cam budak-budak.
memang pasti menjadi jejaka Malaysia.
tpi sayangnyer beliau sudah berpunya.
hehe..

ji hyo runnning man
Song Ji Hyo yang kawaiiiii~
 Ji Hyo?
hantu Running Man semestinya kenal sangat watak jaguh nie,
satu-satu wanita didalam ahli Running Man,
muka kiut miut jugak,badan cam nora danish jugak,
memang jatuh hati ler tengok.

setiap malam jumaat memang hari yang dinantikan..
kedua-dua wanita idaman ni akan muncul di kaca TV,
bermula jam 10 Nora Danish akan muncul dalam Maharaja Lawak Mega 2013,
kemudian jam 12 pula Ji HYo mengambil alih untuk berlumba dalam Running Man.

memang indah ler malam jumaat,
mimpi dua bidadari nie..
heheh..
kalau tengok betul-betul memang hampir sama muka mereka berdua.
siap ada video lagi Youtube untuk perbandingan mereka berdua.
Youtube- Ji Hyo VS Nora Danish

ji hyo nora danish
Ji Hyo - Nora Danish

nora danish ji hyo
Nora Danish - Ji Hyo


so malam ni jangan sesiapa datang dalam mimpi shark.
hahahahah.




Lagi Kes Budak Mati Dalam Kereta

Budak Mati Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta | BHarian.
Bapa tak Sedar Anak Dalam Kereta | myMtero

Berlaku Di Indera Mahkota,Kuantan
Mangsa 3 tahun,Muhammad Ariff Mohd Yusoff
Ditemui bapa mangsa Jam 5 petang di tempat duduk belakang
bapa terlupa nak hantar mangsa ke Tadika,

Kronologi (mengikut kepada keratan akhbar BHarian  :

7.30 pagi  - bapa hantar lima anak ke sekolah termasuk mangsa.
                - lepas hantar 4 anak ke sekolah bapa singgah minum di gerai.
tengahari   - bapa pergi ambil 2 anak di sekolah
                - tunggu sehingga jam 5 petang bagi menungu 2 anaknya habis KAFA
petang      - selepas semua selesai baru bapa terlupa perihal mangsa,
                - pergi ke kereta (MPV) dan melihat mangsa berada di kerusi belakang



kenapa masih ada lagi kes macam nie.
kenapa masih ada lagi ibubapa seperti ini,
sampai bila diri sendiri harus dipersalahkan.

2 Jan 2014

Bila Lelaki Menutup Aurat

sebut pasal aurat secara automatik fokus kepada golongan wanita.
jangan dilupa golongan lelaki pun ada aurat juga.

entry pasal aurat ni merujuk kepada individu Piya atau Mohd Badhri Radzri
beliau ialah Kapten Pasukan Kelantan,
untuk musim bolasepak akan datang ni - 2014,
Piya berazam untuk tampil sebagai pemain yang menutup aurat.

bagaimana agaknya pemain bolasepak yang menutup aurat?
shark kongsikan sedikit gambar piya dengan azam baru beliau,

piya tutup aurat
Piya ketika menjalani latihan baru-baru ini  | sumber : Dunia Warriors

piya tutup aurat
Piya akan tampil sebagai pemain menutup aurat  |  sumber : Dunia Warriors

piya tutup aurat
Seluar Pendek + Legging = Tutup Aurat  | sumber : TRWFC

begitulah imej seorang pemain bolasepak yang menutup aurat,
ini bukan kali pertama dalam kancah liga bolasepak malaysia,
sebelum ini, Indra Putra juga merupakan pemain yang menutup aurat,
cuma bezanya kali ini Piya berazam untuk menutup aurat sepanjang perlawanan tahun 2014,
Indra sebelum ini dilihat kadang-kadang sahaja imej sebegitu.

kepada Piya,
shark ucapkan semoga berjaya dalam azam beliau untuk tahun ini,
diharapakan juga beliau dapat diserap masuk kedalam skuad utama Harimau Malaya.

untuk info lanjut boleh layari myMetro | Azam Baru Piya

1 Jan 2014

Anda Kenal Siapa Ni ?

Versi Wordless Wednesday.

kenal tak siapa dia..
dia ler owner blog ni :)


Mohd Shakir Razali
facebook shark
Dah add ke belum ?