31 Dec 2013

Sampai Bila Nak Tahun Baru Begini?


tahun baru 2014
Keratan Akhabr Sinar Harian Semalam  | SinarHarian : Ubah Cara Sambutan

sampai bila agaknya Malaysia nak tukar cara sambutan nie..
dah boring dah konsert dan bunga api ni,

Di Kuantan harini tiada sambutan tahun baru,
pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah batalkan serta merta sambutan tahun baru,
begitu juga di Kelantan,
tiada sambutan tahun baru malam ini,
Sambutan hanya untuk Tahun Baharu Hijrah sahaja.
Sinar Harian 31Disember : Batal Sambutan Tahun baharu

Di Penang harini katanya UAI akan turun untuk sambutan tahun baru disana,
acara Sembang Ambang 2014 akan diadakan di Padang Majlis Bandaran Butterwoth,
Solat maghrib dan Isyak berjemaah.
terdapat juga artis dan pengarah terkenal dijemput.
memang rugi tak dapat join.

Sembang Ambang 2014 Ustaz Azhar Idrus

shark seperti biasa malam tahun baru lepak rumah dengan family,
tonton TV bersama keluarga adalah yang terbaik,
malam tahun baru memang banyak cerita best biasanyer,

kepada semua Selamat Tahun Baru.

30 Dec 2013

Kes Budak Jatuh Roda Berpusing

Semalam dikejutkan dengan satu berita kanak-kanak jatuh dari roda berpusing,
kejadian berlaku di Tapak Pesta,Pulau Pinang.
difahamkan mangsa sekarang masih dalam keadaan koma,
dan sekarang pihak pengurusan ekspo sedang disoal siasat untuk siasatan lanjut

untuk cerita sepenuhnya boleh layari akhbar online berikut :
Utusan : Kanak-kanak Koma Jatuh Roda Berpusing
BHarian : Budak Koma Terjatuh Dari Roda Berpusing Di Pesta Sungai Nibong
HMetro : Pernah Jatuh Main Kereta Api

apa yang bermain difikiran shark sekarang?
kenapa pihak pengurusan dipersalahkan?
dalam hal ini shark rasa keluarga harus bertangungjawab.
kejadian pula berlaku jam 12 tengah malam,
tambah pula dengan anak yang aktif,
memang macam-macam boleh berlaku,
kelau kejadian culik berlaku adakah penculik harus disalahkan?
semestinya ibu bapa harus peka dengan perangai anak.

minta maaf,
dalam kes ini shark salahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit,
kalau merujuk pada keratan akhbar metro,
shark dapat bayangkan mangsa memang seorang yang aktif,
merujuk pada berita malam tadi pula,
mangsa bermain seorang diri.
dimana tanggungjawab mereka.

lain orang lain pendapat.
shark harap kanak-kanak terbabit sedar dari koma kelak,

29 Dec 2013

Tahun Baru Blog Baru

itulah yang bermain di fikiran sekarang,
tiba musim baru jer rasa nak tukar blog baru,
nak tukar warna baru,
nak tukar header baru,
nak tukar style baru,

template blog
macam-macam pilihan ada untuk template blog.


nampak macam best jer,
tapi bila dah buat memang satu penyeksaan,
macam-macam coding / widget kena setting balik,
interface baru kadang-kadang buat pembaca setia tak suka,

interface sekarang shark pakai 2 column,
rasa macam sempit jer tengok,
terasa nak pakai template 3 column selepas ini,
tapi akan nampak serabut sikit pula nanti.
dilema sungguh bila nak tukar blog baru.

tapi bak kata mamaniza (dulu-dulu dikenali mommy as blog ),
untuk maju masa depan harusler kena buat..
mamaniza sekarang sudah pun dapat domain dot com.
bunyi macam best jer mamaniza.com.
terasa jugak ni nak tukar domain dot com

facebook shark
kata-kata mamaniza 


tengok keadaan macam mana,
dalam plan 2014 memang ada untuk aktif sepenuhnya dalam dunia blog,
tapi tak letak harapan yang tinggi,
takut nanti jadi angan-angan kosong,

entry ini ditulis sebagai bukti,
sejauh mana blog citershark ini pergi pada tahun 2014.
tukar atau tidak?

p/s : kalau tukar domain ceritashark.com bunyi macam best jer.
heheh..


28 Dec 2013

Bila Adik Dah Bersuara

adeh....
dia dah bersuara dah hujung tahun nie...
nampak gaya kena standby dah untuk tahun 2014
ni yang susah kalau adik dah bersuara nie.


adik perempuan
Bila Adik Perempuan Bersuara

P/S :
baru tukar karpet blog..
nampak ok atau tidak yer.

24 Dec 2013

Mesti Tengok : 50 Gambar Cuaca Sepanjang 2013

berikut shark kongsikan gambar-gambar cuaca sepanjang tahun 2013,
gambar ini diambil dari seluruh negara,
ada yang menakutkan,
ada yang memukau mata.


50 gambar cuaca 2013
Kilat sabung menyambung di Grand Canyon - Ogos 2013  | sumber : weather.aol.com
50 gambar cuaca 2013
supercell di Texas - Jun 2013  | sumber : weather.aol.com
50 gambar cuaca 2013
awan mammatus di Michigan - Julai 2013  | sumber :weather.aol.com
50 gambar cuaca 2013
Taufan Haiyan dari satelit - November 2013  | sumber : weather.aol.com
50 gambar cuaca 2013
Supercell di West Point - Jun 2013  | sumber : weather.aol.com
50 gambar cuaca 2013
Kabus pagi di Dubai - Mei 2013  | sumber : weather.aol.com

secara peribadi shark memang gemar melihat gambar tornado/puting beliung,
pada sesetengah orang tornado itu menakutkan,
tapi bila dicetak menjadi sekeping gambar,lain pula jadinya,
cantik tapi menakutkan.

untuk melihat gambar selanjutnya boleh rujuk di laman web tertera.
weather.aol : 50 must see weather photo 2013
terdapat banyak gambar menarik disana,
selamat menikmati keindahan Allah disana.



23 Dec 2013

Jom Terjah Blog ERAZFADLY.COM

mungkin ada rezeki shark harini...

Contest bro ErazFadli  ni kalau ikuktkan malam tadi dah abis,
tapi harini mood PAPA ERAZ baik,
mood orang sambut hari lahir semalam agaknyer.
hehehe..
so contest dilanjutkan hingga malam ini.

kepada sesiapa yang nak Topup RM10 boleh ler join,
klik sahaja banner PAPA ERAZ nie ha...
dapat ler Topup nanti :)

Jom Terjah Blog ERAZFADLI.COM
Segmen Jom Terjah Blog ERAZFADLI

Kepada Bro Eraz Fadli,
Selamat Hari Lahir,
semoga terus sukses dalam kerjaya dan bahagia bersama keluarga.
amin.


22 Dec 2013

Masalah P1 Dengan Pengguna

broadband menjadi satu keperluan sekarang,
tiada broadband tiada internet,
tiada internet tiada kehidupan :p

P1 menjadi sebutan pengguna broadband sekarang.
tak tahu mana silapnya,
pengguna yang tidak menjelaskan bil akan disenaraikan dalam CTOS,
bila nama dah ada dalam CTOS memang susah ler nak buat pinjaman ,
memang buruk ler nama pengguna bila dh disenarai hitam,
semuanya hanya kerana bil brodband,

di FB sudah wujud Group Anti P1 - P1 Wimax Sucks.
seperti mana page anti memang ramai ler yang join,
memang banyak ler kiritikan disuarakan.

masalah P1
Page FB P1 Wimax Sucks

difahamkan pihak P1 sekarang memandang serius perihal ini,
dan sekarang pihak P1 sedang memberi bantuan kepada pengguna yang sudah disenarai hitam.
boleh rujuk page Facebook  P1 Buddy

P1 CTOS
Pengguna P1 sila ambil Perhatian

diharapkan masalah P1 dengan pengguna dapat diselesaikan,
shark rasa P1 ni boleh tahan kelajuan dia,
cuma mungkin bukan semua tempat dapat tahap kelajuan P1,
sebaiknya rujuk ler laman web P1 dahulu.

untuk melihat coverage P1 di tempat anda boleh rujuk di sini :
P1 -  Check Coverage

ramai yang beli modem dahulu sebelum check coverage P1 ni,
kemudian mula kecoh satu kampung P1 servis teruk,
memalukan diri sendiri namanya.

ini bukan rujuk kepada P1 sahaja,
tapi merujuk kepada semua pengguna Broadband,
tak kisah ler anda pakai yang mana.
yang pasti semak dahulu coverage di tempat anda,
semua boleh disemak di halaman web Broadband yang disediakan.

harap masalah P1 ini dapat diselesaikan,
memang rugi kalau tak bayar bil tapi nama disenarai hitam.


18 Dec 2013

Sekeping Gambar Seribu Makna

Versi Wordless Wednesday
koleksi gambar sewaktu banjir buruk di Kuantan baru-baru ini.
sumber gambar dari Page Kuantan.

banjir di kuantan
Arus Kuat sewaktu banjir

banjir di kuantan
boleh bayangkan keadaan dalam rumah?

banjir di kuantan
kapal selam

banjir di kuantan
keselesaan?

banjir di kuantan
sementara bantuan sampai

banjir di Kuantan
Mencari perlindungan
banjir di kuantan
musnah kesemuanya

17 Dec 2013

Awan yang Menakutkan Di Kuantan Semalam

Petang semalam hujan agak lebat di sekitar Kuantan,
ramai jugak yang panik,
ramai jugak yang risau,
Tragedi Kuantan lumpuh masih menjadi mimpi ngeri.
keadaan huru-hara di Kuantan tidak ingin berulang
banjir buruk sebelum ini mahu dielakkan..

tapi alhamdulillah hujan lebat semalam hanya sementara.
kemungkinan petang ini akan hujan jugak.
itupun kalu merujuk kepada ramalan kaji cuaca semalam

petang semalam menyaksikan langit kuantan gelap,
keadaan awan menakutkan ramai penduduk semalam,
masing-masing masih lagi fobia banjir,

shark kongsikan keadaan awan di sekitar Kuantan semalam,
semuanya dari rakan-rakan FB.

awan menakutkan di kuantan
nampak ngeri pula awan ni   | sumber : Mahayuddin

awan menakutkan di kuantan
awan yang membawa hujan | sumber : Kuantan Page


awan menakutkan di kuantan
dari pantai Kempadang | sumber : life@kuantan

awan menakutkan di kuantan
sudah hujan di sebelah sana  | sumber : Ali Shamsul bahar

awan menakutkan di kuantan
awan hitam mula bergerak  |  sumber : Ali Shamsul bahar

mungkin bagi sesetengah orang nampak biasa,
tetapi tidak pada mangsa banjir,
tidak pada orang Kuantan.
keadaan rumah sekarang masih belum pulih sepenuhnya,
masing-masing tak mahu membersih sekali lagi,
perit dan penat.

cuaca setakat pagi ini di Kuantan masih lagi cerah,
jauh beza dengan petang  semalam,
harapan agar cuaca terus cerah hingga petang nanti.
amin.
cuaca setakat tengahari ini di Kuantan | sumber :  Kuantan Page

16 Dec 2013

Gelombang Ke-2 Banjir Di Kuantan?

seperti yang dinyatakan dalam berita malam tadi,
Kuantan akan dilanda banjir kali ke-2 minggu ini.
Hujan peringkat Kuning akan melanda Terengganu,Pahang Dan Johor,
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka pada 18/12 - 20/12/2013.
begitulah ramalan kaji cuaca setakat hari ini.


gelombang kedua banjir di kuantan
Ramalan Kaji Cuaca  dikeluarkan pada 15/12/2013
Cuaca di sekitar Bandar Kuantan hari ini agak mendung,
diharapakan hujan kali ini tidak seteruk sebelum ini,

kerja-kerja membersih rumah mangsa banjir masih lagi belum habis,
kerja-kerja membuang sampah akibat kemusnahan banjir masih belum habis,
bantuan kepada mangsa banjir masih lagi diteruskan.

banjir di kuantan
Pusat Pasar Malam dijadikan pusat pembuangan sampah sementera  | sumber : Page Kuantan

banjir di kuantan
Operasi pembersihan | sumber : Page Kuantan

kalau nak ikutkan seperti tahun-tahun lepas,
kalau nak ikutkan kepercayaan orang cina,
selagi belum tiba Tahun Baru Cina,
selagi itu ler musim tengkujuh belum habis,
mungkin betul mungkin tidak,
yang pasti masing-masing sudah bersedia untuk menghadapinya,

doakan semoga semuanya terkawal dan selamat.


13 Dec 2013

Bila Ayah Dan Anak Perempuan Sporting

harini nak share gambar menarik perhatian shark semalam,
kreativiti seorang ayah bila bermain dengan anak perempuan beliau,
mereka berasal dari Jepun

gambar mereka memang menarik,
tambah lagi dengan mimik muka anak perempuan dia tu.
umur anak peremuan dia ni 4 tahun.
namanya kanna.
memang comel dan lucu.
orang jepun kata "kawaii"

jum kita tengok antara yang menarik.

kanna
bila itik pulang petang  | sumber : Demilked

kanna
kita bako | sumber : Demilked

kanna
mengajar katak menyanyi? | sumber : Demilked

kanna
haaaa ? | sumber : Demilked

kanna
Rock ooo~ | sumber : Demilked


hahhaa.
menarik bukan?
memang terbaek bila ayah dan anak sporting.

nak tengok lagi?
boleh rujuk Flickr ayah dia,Flickr Toyokazu's
dalam Flickr tu memang banyak koleksi gambar anak dia ni,
lebih kurang 100+ juga gambar ada dalam tu.
memang tak puas tengok.


kalau ada anak yang sporting memang boleh tiru ni,
buat frame kat rumah memang terbaek.
semoga terhibur.


12 Dec 2013

Nama Dia Felixia Yeap

Siapakah Felixia Yeap?
nama dia agak trending baru-baru ini.
jum kita kenali Felixia Yeap.

felixia yeap
dia memang cantik dalam modelling  | sumber : FanPage Felixia Yeap

Felixia Yeap warganegara Malaysia,
berbangsa Cina,
seorang Model Profesional.
pernah menghiasi beberapa majalah..

felixia yeap
bertambah cantik bila begini | sumber : Felixia yeap Blog

sekarang dia sudah berhijab,
itu yang membuatkan nama dia agak trending.
katanya dia suka tengok orang berhijab,
dan sekarang dia dalam proses untuk menutup aurat.

Felixia Yeap Masuk islam?
tiada siapa yang tahu,
kalau follow Facebook dia memang dapat lihat jelas dia dalam proses ke arah itu,


felixia yeap
hope dia dapat hidayah nanti | sumber : FanPafe Felixia Yeap

ramai jugak yang kecam Felixia Yeap ni,

mana tidaknya dulu seorang model seksi,
gambar-gambar seksi dia di FB masih belum dipadam.

bagi shark Felixia Yeap seorang yang berterus terang,
tanpa segan silu dia mengaku pernah menjadi model seksi,
kalau dia sorok gambar seksi sekarang,
lama-lama nanti akan ada orang pertikai jugak,
akan ada orang upload juga bila dah popular

shark petik kata-kata Felixia yeap di Blog
"Kalau Felixia, seorang model yang pernah masuk majalah Playboy boleh ikhlas nak tutup aurat, kenapa yang suka mengutuk tu tak boleh sedar diri sikit, learn to bertaubat sikit?"

betul apa yang dia cakap tu,
kenapa nak kutuk?
at least dia mengaku,
at least dia ada perubahan,
orang yang suka mengkiritik tu pernah ker buat perubahan besar macam nie?

kena ingat,
bukan senang nak berubah nie,
kena perngorbanan yang besar.
mengambil masa yang lama,
kena sanggup terima cemuhan/keritikan,
cakap sahaja memang mudah

kepada Felixia Yeap,
shark support kamu,
you earn my respect!

kepada yang nak mengenali felixia Yeap boleh singgah ke blog dan FB.
Blog : Felixia Yeap's Official Blog
Facebook : Felixia Yeap FanPage

11 Dec 2013

Tangkap Cintan Nelydia Senrose

sekarang ni rasa macam nak jadi hantu drama pulak.
bukan sebab Mr.Arrogant
bukan sebab Suami Playboy.
tapi sebab Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
satu lagi drama adaptasi dari novel.

bukan kerana aku tak cinta
Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta | sumber : google
ditanyangkan di Astro Mustika HD (134)
setiap hari isnin hingga rabu jam 10 malam.
sebanyak 60 episod kesemuanya,

nelydia senrose
Oh~Nelydia Senrose | sumber : Google
tangkap cintan sama Nelydia Senrose
malam tadi merupakan episod ke-2,
so far memang terbaik lagi,
bnyak selingan lucu oleh jebat (sharnaaz Ahmad ) dan Mastura (Nelydia Senrose),
drama pula hanya 30 minit,
orang yang tak minat drama pun boleh lekat :)

shark minat sebab Nelydia Senrose jer.
tapi watak Jebat macam menarik pula,
orang kata Novel dia pun memang best.
tu yang rasa macam nak jadi penonton setia lepas ni,
rasa nak beli novel pun ada nie.
tambah pula  lagu ost drama ni yang best,
Lagu duet Hafiz dan Rossa -"Salahkah" MV Klip
memang terbaek ler gabungan suara dua orang ni,

kepada yang belum melanggan Astro dan Astro Mustika HD,
anda tak perlu risau,
google sahaja,
banyak link download dan tonton online di internet.

shark rekemen tonton drama ni berbanding Suami Playboy tu.
lagi hebat dari MR.Arrogant tu.
hehe..
selamat menonton.

10 Dec 2013

Shark Respek Tengku Puan Pahang

alhamdulillah,
keadaan banjir di daerah Kuantan boleh dikatakan sudah pun reda,
tapi cuaca di Kuantan masih lagi mendung,
diselang seli dengan hujan.
mungkin ini adalah saki baki hujan monsun.

sepanjang kejadian banjir di Kuantan  kelibat sesorang pasti menarik perhatian,
dengan hanya berpakaian biasa,rajin dan peramah memang tidak sangka beliau kerabat Diraja.
beliau tidak lain tidak bukan KDYTM Tengku Puan Pahang.
boleh dikatakan Tengku Puan Pahang ada setiap hari di setiap pusat banjir,
sanggup meredah air untuk ke pusat banjir,
naik lori untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.
kata Baginda "tiada istilah keluarga Diaraja untuk membantu mangsa banjir" - sumber : Sinar Harian

ini bukan kali pertama buat Tengku Puan Pahang.
sememangnya rakyat Pahang sudah mengetahui budi perkerti Tengku Puan Pahang,
Baginda memang aktif dalam kebajikan masyarakat.

dan yang paling best sekali air tangan Tengku Puan Pahang,
Baginda akan masak di setiap pusat banjir di Kuantan,
memang terbaik,
Tengku Puan Pahang ni memang gemar memasak.
dan kalau tak silap shark baginda pernah keluarkan buku masakan dulu.
boleh google nanti.

Tengku Puan Pahang jugak ada twitter.
rajin juga Baginda update.
boleh follow Tengku Puan Pahang di twitter dengan nickname cheminahsayang
x lupa juga instagram.
boleh follow baginda di instagram/tengkupuanpahang

malas nak cerita panjang-panjang,
layan sahaja gambar yang diambil oleh rakan-rakan Facebook.

Tengku Puan Pahang
air tangan Tengku Puan Pahang memang terbaik
Tengku Puan Pahang
Santai  tengku Puan Pahang ni
Tengku Puan Pahang
memang tak perasan ini Tengku Puan Pahang
tengku puan pahang
Naik lori untuk bantu mengagihkan barang di Pekan.
tengku puan pahang
Bila Tengku Puan Pahang marah..tegas tau.
tengku puan pahang
orang di sekeliling memang tak perasan Tengku Puan Pahang duduk camni.
tengku puan pahang
senyuman pengubat duka buat mangsa banjir

tengku puan pahang
masak lagi Tengku Puan Pahang nie.





6 Dec 2013

Cerita banjir hari ke-4 dan ke-5 di Kuantan

Langit Biru kelihatan hari ke-4 semalam di Kuantan  | sumber : Page Kuantan

masih lagi bercerita pasal banjir,
semalam adalah hari ke-4 banjir,
alhamdulillah cuaca di Kuantan semalam cerah.
beberapa kawasan sudah pun pulih,
beberapa kawasan juga masih ditenggelami air,
Suasana di bandar Kuantan pulih sepenuhnya.
semua bekalan eletrik dan air sudah disambung,

Berlainan pula cuaca hari ini di Kuantan,
bermula malam tadi hujan mula turun,
Kali ni Hujan sekejap-sekejap,
kadang-kadang lebat,
keadaan berterusan sehingga pagi ini,

Keadaan Mendung dan hujan pagi ini di Kuantan  | sumber : Page Kuantan

ramai yang percaya bahawa akan ada gelombang kedua nanti,
makin buruk atau tidak itu sudah ketentuan Ilahi,
tapi ramai yang sudah ambil langkah berjaga-jaga,
semalam shark dan keluarga sudah membeli barang keperluan harian,
begitu ramai orang di pasaraya semalam,
mungkin masing-masing sudah bersedia untuk hadapi gelombang kedua nanti.
telur,sardin,beras,mi segera memang laris semalam.

rumah shark setakat ni alhamdulillah selamat dari dinaiki air,
cuma jalan yang menghubungkan ke bandar mudah dinaiki air,
kadang-kadang boleh terputus hubungan juga kalau air naik.

itu sahaja intro harini,
mungkin petang shark akan kongsikan gambar-gambar banjir pula.
harap cuaca tidak seterum mana hari ini.
amin.