30 Nov 2013

Review Shark Minggu Ke-3 MLM2013

malam tadi selesai sudah minggu ke-3 Maharaja Lawak Mega 2013,
raja-raja lawak diberi tugasan cinta untuk persembahan mereka.
tiada rezeki buat Tulang dan Osama kerana mereka disingkirkan pada minggu ke-3.
bukan keputusan yang mengejutkan bagi shark malam tadi,
memang sudah dapat diduga mereka bakal tersingkir awal,

maharaja lawak mega 2013 minggu 3
Osama Dan Tulang terkeluar minggu ke-3 MLM2013  |  sumber : Page MLM

Minggu ke-3 agak mengecewakan kali ini,
kumpulan favourite ramai sepahtu,jambu,boboy,nabil rasanya semuanya biasa-biasa sahaja,
minggu ke-3 shark rasa kumpulan Wala dan Comey adalah yang terbaek.

maharaja lawak mega 2013 minggu 3
Wala Dan Comey terbaik di Minggu ke-3 MLM2013  |  sumber : Page MLM

Malam tadi kesemua persembahan secara umum agak kurang menarik,
mungkin masing-masing dah ketandusan idea,
tiada langsung kumpulan yang betul-betul bawakan tema cinta,

tapi yang pasti seorang sahaja yang shark rasa setiap minggu dia adalah terbaik,
pengacara MLM,Dato Ac Mizal,
memang tak kering gusi layan Ac nie,
setiap kali dia keluar jalan cerita para peserta bertambah gamat,
memang tak tahan ler kalu tengok dia menari,
tak abis-abis dengan tarian Penguin dia tue.
hahahaha.

kita tunggu sahaja apa jadi pada minggu depan.




28 Nov 2013

Bila Ustaz Dan Penanggal Serbu Panggung

Hari ni ada 2 filem best yang menanti penggemar filem tanah air,
kedua-dua filem ini dibintangi oleh penceramah dan penyanyi tersohor,


Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang  | sumber : MIG.UMTAD

Filem Pertama adalah Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang,
agak panjang tajuk filem ni,
barisan pelakon pula semuanya muka baru,
Shiro Raja Lawak sebagai peneraju utama,
dan kehadiran Ustaz Azhar Idrus sebagai pelakon tambahan semestinya menarik ramai peminat.
Filem ini diarahkan oleh Pierre Andre.

Penanggal | sumber : FB Penanggal

Filem kedua pula ialah Penanggal,
menampilkan fasha sandha,umi nazeera,azri iskandar
Sharifah Aini juga turut berlakon dalam filem ini.
filem ini diarahkan oleh Ellie Suriaty

kalau tengok pada kedua-dua pengarah,
shark rasa filem ini pasti tak mengecewakan,
silap-silap boleh pecah panggung terutama bila UAI yang berlakon tu,
Kak Pah juga tidak ketinggaln berlakon dalam cerita hantu tu.

yang mana satu menjadi pilihan penggemar filem?
kalau ada masa shark memilih kedua-dua filem.
tengok penanggal dahulu,
kemudia baru tengok UAI berlakon,
nanti tak terbawa sangat hantu penanggal kalau dah gelak besar.
hahahaa..


27 Nov 2013

Bila Zizan Speaking English Ganu

setelah lama menunggu akhirnya telefilem ini bakal ditayangkan.
telefilem Oh My Ganu akan ditayangkan malam ini,
sambungan daripada drama bersiri Oh My English.

oh my ganu
Oh My Ganu | sumber : Facebook Oh My Ganu

kalau tengok pada iklan yang disiarkan nampak macam best jer,
tambah -tambah zizang berlakon,
datang pula dengan loghat terengganu dia tu,
campur pula dengan speaking english,
rasanya memang trending ayat-ayat zizan malam nie.

kepada yang tidak melanggan Astro rasanya tak perlu risau,
pasti akan ada yang sudi share telefilem ini di internet,
tunggu sahaja link download nnti.

jangan lupa temujanji  Astro TVIQ( chanel 610) dan Maya HD ( chanel 135)
jam 9 malam ini - 27 November

26 Nov 2013

Boikot Nombor Telefon kod 03

dalam bulan ni rasanya dah banyak kali dapat panggilan dari nombor 03-xxxxxxx,
dah naik muak rasanya nak jawab,
naik marah pun ada,
tak nak angkat takut ada kecemasan,
bila angkatdah kena dengar penerangan  yang panjang,

rasanya dah ramai dapat panggilan dari pihak insuran.
semalam shark dapat panggilan insuran lagi,
dan yang paling tak logik boleh pula minta nom kad kredit/debit.
siap tanya lagi expired bila dan nombor 3 digit kat belakang kad kredit.

minta maaf banyak-banyak ler kalau nak minta nombor itu,
kalau nak ikutkan semua nombor pada kad kredit adalah rahsia,
sejak bila pula pihak insuran pandai-pandai minta nombor kad kredit,
nak buat akaun PayPal ker mintak nombor kad tu,
boleh jadi ramai yang hilang duit sebab kasi nombor kad kredit.

setakat ni memang shark boikot segala pembelian insuran dalam talian,
lebih selamat kalau guna insuran yang disediakan pihak bank.
dan lepas ini shark memang boikot nombor telefon bermula 03.
dah rimas nak jawab dan dengar,

kepada semua harap alert ler benda macam nie,
jangan terlalu senang bagi nombor yang terdapat pada kad kredit/debit anda.
Itu adalah rahsia kewangan anda.
boikot sahaja insuran dalam talian,
rasanya lebih baik ambil insuran dari pihak bank dan syarikat insuran yang berdaftar.



22 Nov 2013

Nak Cari Jodoh?

semalam shark tertarik dengan satu page community di facebook ni
Page Cari Jodoh Malaysia
page yang membantu seseorang dalam mencari Jodoh,

cari jodoh malaysia
Page Cari Jodoh Malaysia

agak menarik juga page ni bagi orang yang ingin mencari pasangan hidup,

disini anda hanya perlu menghantar peribadi diri dan admin akan siarkan,
ada yang sertakan gambar ada yang tidak,
semua bergantung pada individu,
bila dah disiarkan,anda hanya perlu semak komen-komen yang diberikan,
kalau berminat anda boleh add individu itu,
maknanya anda sendiri yang memilih jodoh itu,

ada sesetengah page memaparkan gambar dan butiran serta link FB,
maka FB anda akan dipenuhi dengan 'Friend Request' yang berjuta,
Page Cari Jodoh Malaysia tidak akan memaparkan link FB anda,
hanya butiran dan gambar sahaja,
jadi memang selamat ler FB kita dari diserang orang ramai.

jauh disudut hati nak juga test market disini:)
tak salah rasanya kalau diri ini masih lagi single.
ada yang mahu join shark?

blog cerita shark
muka test market..hehehe





20 Nov 2013

cucu cicit Rasulullah?

Wordless Wednesday

cucu rasulullah
Sayyid Abdul Jud Yusof Halim  | sumber : Google
Wallahu a'lam


19 Nov 2013

Segmen Macam Hensem Je Macam Kacak Jer

segmen bicara mak dara
Bicara Mak Dara

Nak meroyan sikit harini bersama segmen Mak Dara,
segmen sempoi tapi menarik,
kalau sporting ada can nak menang nie.

nak join klik banner Mak Dara kat atas tu .

shark pertaruhkan gambar shark sendiri.
gambar yang bajet hensem dan bajet kacak dan bajet comel.
selamat mencuba kepada yang lain :)

shark
Macam Hensem Je Macam Kacak Jer


18 Nov 2013

Konsert Akhir AF2013 : Faizul kalahkan Azhael?

Berakhir sudah musim Akademi Fantasia 2013 malam tadi,
Tahniah buat Faizul kerana dinobatkan sebagai Juara AF2013,
Faizul berjaya menewaskan Azhael di tempat kedua dan Amira di tempat ketiga,

konsert akhir faf2013
Faizul Juara AF2013 | sumber : Page AF2013

Keputusan TOP 3 agak mengejutkan juga bagi shark,
memang tidak disangka Amira dan faizul berjaya dalam senarai TOP 3,
manakala indah hanya sekadar ke tempat ke-4.
Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.

Malam tadi juga semua bintang mempersembahkan lagu single masing-masing,
boleh dikatakan semua lagu single mereka terbaik,
memang sedap didengar
dan semua Vklip untuk single terbaru boleh ditonton di Youtube.
shark suka single terbaru dari Amira,Faizul dan Nabila.

berikut adalah keputusan penuh Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013
Agak-agak siapa yang akan menyerlah selepas ini,
atau masing-masing akan balik rumah dan bekerja seperti biasa,

16 Nov 2013

Domino's Dah Ada Di Kuantan

akhirnya sampai juga pizza Domino's di Kuantan,
selama ni boleh tengok dalam tv jer pizza domino's nie,
mula dibuka pada 14 Nov (Khamis) baru-baru ini,
cawangan Domino's Pizza pertama di Pahang ni.

domino's pizza kuantan
Terletak di jalan Tun Ismail,berdekatan dengan Kamdar Kuantan  |  sumber : Kuantan Komuniti

shark masih belum berkesempatan ke sana,
maklumlah,
setakat 2 hari buka ni memang orang beratur sampai ke pintu,
masing-masing nak merasa apa keistimewaan Domino's Pizza nie,
memang sori ler kalau nak beratur panjang untuk makan,
boleh hilang selera makan tunggu lama.

dominos pizza kuantan
Malam Pembukaan Domino's Pizza Kuantan  | sumber : Kuantan Komuniti

ada cadangan menu apa yang best kt Domino's Pizza nie?

15 Nov 2013

Siapa Punya Kerja Ni ??

terjumpa pula satu gambar nie kat dalam internet,
boleh tahan kasar lawak hantu dia.
hehehee..

Lawak Hantu Malam Jumaat

14 Nov 2013

4A 1B

4A 1B,
itulah result seorang AJK Pengawas,
itulah result seorang Naib Pengerusi PBSM,
itulah result seorang pelajar Mohd Shakir Razali,
itulah result seorang blogger shark dulu-dulu.

tahun 1998 shark mengabil peperiksaan UPSR,
rasanya memang best time peperiksaan dulu,
semuanya serba baru,
rambut baru,
alat tulis baru,
suasana dewan yang baru,
semangat baru,
dan dapatlah keputusan yang cemerlang tahun 1998,

hadiah?
hampir lupa apa yang shark dapat,
rasanya tiada yang menarik kot,
dulu-dulu tak secanggih sekarang,
yang pasti bersyukur dapat result 4A 1B tu,

kepada anak-anak dan adik-adik blogger yang dapat 5A tu,
shark ucapkan tahniah,
satu pencapaian yang harus dibanggakan,
kepada yang 4A,3A,2A dan 1A juga shark ucapkn tahniah,
buktikan kepada semua bahawa A bukan kayu pengukur kejayaan,

tahniah buat semua adik-adik UPSR harini,
MERDEKA!!!









12 Nov 2013

Yuhuuuu~ Pakcik Majid Dah Sampai


pakcik majid
Tahniah Pakcik Majid  | sumber : Shutter blade

Alhamdulillah..
akhirnya perjalanan Pakcik Majid dari Kuantan ke Stadium Shah Alam selamat,
berjalan kaki menunaikan nazar apabila pasukan  Pahang menang Piala Malaysia 2013 baru-baru ini,

Sujud Syukur di Padang Stadium Shah Alam | sumber : Norshahira Wardah


lebih kurang jam 12 tenghari tadi Pakcik Majid telah sampai ke Stadium Shah Alam,
Tahniah Pakcik Majid.

kepada yang terlepas Perjalanan pakcik Majid boleh rujuk entry shark sebelum ni

Episod 1 : Bila dah Nazar
Episod 2:  Menarik Di RnR Temerloh
Episod 3: Cipta Rekod Baru

Respect~

Oh~ Akademi Fantasia 2013

akhirnya minggu ni adalah minggu terakhir Akademi fantasia 2013,
tak terasa sungguh bahang Final AF2013 kali ni,
untung dan rugi hanya pihak AF sahaja yang tahu,

pada konsert separuh akhir yang lepas,
bintang popular AF2013 AZHAEL telah tersingkir,
ramai juga ler gadis-gadis tidak berpuas hati,

azahel af 2013
AZHAEL tersingkir di KOnsert Separuh Akhir  | Sumber : Page AF2013


Tapi semalam dikejutkan pula dengan AFUNDI MASUK.
oh Akademi Fantasia,
tidak adil sungguh permainan kamu di minggu terkahir,
pandai betul mencari keuntungan,
buang yang popular dan masuk balik yang popular,
Final nanti popular tu juga yang menang,

af 2013
AFUNDI MASUK AF2013  | sumber : AF2013


dikatakan AFUNDI MASUK akan tamat hari ini,
dan bintang yang akan masuk akan diumumkan pada rancangan MELETOP,
Malam ini MELETOP akan bersiaran Langsung jam 10malam do Astro Ria dan Maya HD,
sama-sama nantikan siapa yang bertuah ke Konsert Akhir nanti,


11 Nov 2013

Pakcik Majid Cipta Rekod Baru

wuhuuuu...
akhirnya satu sejarah bakal tercipta besok,
Orang-orang Pahang semestinya menantikan hari besok,
besok Pakcik majid mencipta rekod berjalan kaki dari kuantan ke Stadium Shah Alam,
ada siapa berani?

Pakcik Majid bertolak dari Kuantan pada 06 November minggu lepas,
boleh rujuk entry shark sebelum ni - Bila dah Nazar
Pakcik Majid adalah artis di Higway pantai Timur,
ada sahaja orang yg ingin bergambar,
ada sahaja orang memberi sokongan,
boleh rujuk entry shark sebelum ini - Menarik di RnR Temerloh

dan harini,
Pakcik Majid sudah sampai di Kuala Lumpur,
beliau akan bermalam di area Subang katanya malam ni,
Pak majid tidak keseorangan,
pakcik majid telah ditemani oleh 2 orang anak mudadari Bentong,
mereka berdua menemani pakcik majid dari bentong sehingga pakcik majid sampai ke Shah ALam,
terbaik semangat anak muda.

Radio THR akan menyambut Pakcik Majid di Stadium Shah Alam besok,
boleh dengar THR untuk maklumat lanjut besok,
THR akan buat liputan dari semasa ke semasa,
dan DJ Shah juga akan berjalan bersama pakcik majid di 10KM terakhir besok.

jum kita lihat diari Pakcik Majid.

pakcik majid
Hujan Panas tetap diteruskan- 5km sebelum Genting Sempah  |  sumber : Kuantan Page

pakcik majid
dapat kasut baru lagi di Genting Sempah..terima kasih bro  : sumber : Norm Red Head
pakcik majid
sampai di Tol Gombak Tengahari tadi  |  sumber :  Kuantan Page
pakcik majid
Dj Shah THR yang turut mengiringi pakcik majid di sekitar KL  | sumber  : THR

kagum dengan semangat pakcik majid,
berusia 57 tahun,
berjalan dari kuantan hingga ke Kuala Lumpur,
bermalam di setiap RnR,,
berbekalkan RM60,
berbekalkan semangat dari orang ramai,
 besok sejarah bakal tercipta.

Pakcik Majid.
shark RESPEK Pakcik Majid .

Bila Pengarah Penguat Kuasa JAIP Ditembak

semalam kita digemparkan satu lagi kes tembakan,
kali ni Pengarah Penguatkuasa JAIP pula menjadi mangsa,

Lokasi Kejadian  | sumber : Utusan

sumber :

Berita Harian : Ditembak Selepas Jawab Salam
Utusan : Ketua Penguat Kuasa JAIP Ditembak
Hmetro :Tetamu Bawa Maut


untuk pengetahuan,
lokasi kejadian ni berlaku di Indera Mahkota 2,Kuantan,
shark duduk disini,
lokasi kejadian ni memang satu taman dengan rumah shark,

semalam memang sempat shark ke tempat kejadian,
5 minit sahaja dari rumah,
macam tak percaya pula,
selama ni tengok kat TV je berita perihal nie,
tiada perasaan pun selama ni tengok kt TV,
bila dh berlaku dekat tempat sendiri baru tahu,

perasaan risau memang tidak dinafikan,
bermain pula dengan senjata api,
harap-harap ini adalah kes pertama dan terakhir di kawasan ni.
amin.



8 Nov 2013

Menarik Di RnR Temerloh

apa yang menarik di RnR Temerloh harini?
tiada konsert mahupun karnival,
harini RnR Temerloh menjadi destinasi Pakcik Abdul Majid untuk berehat.

Siapa Pakcik Abdul Majid?
  •  Nama : Abdul Majid Abdul hamid
  •  Umur: 57 tahun
  •  Perkerjaan : Pak Guard
  •  Asal : Alor Star tetapi menetap di Kuantan selama 40 tahun 

harini Pakcik Abdul Majid meneruskan perjalanan dari Maran ke Temerloh,
harini adalah hari ke-3 misi Pakcik Abdul Majid menunaikan nazar,
dan harini beliau akan bermalam di RnR Temerloh.
pihak LPT tidak membnarkan sebarang aktiviti pada waktu malam.

Semalam memang ramai rakan-rakan dari Kuantan kejar beliau,
dan semalam juga ada beberapa sumbangan telah diberikan,
antaranya selipar (Crocs) dan wang ringgit.
Staff dari PASDEC,Pejabat Tanah Dan Galian juga turut sama membantu.

dikatakan kaki beliau agak melecet semalam,
mujur semalam ada individu perihatin memberi selipar baru kepada beliau,
malam itu juga ada individu memberi ubat untuk kaki beliau,
harini beliau meneruskan perjalanan walaupun kaki masih belum sembuh.
boleh rujuk gambar beliau memakai stokin harini dan selipar baru warna biru.

jum kita tengok apa yang menarik semalam dan harini,

pakcik abdul majid
Staff pasdec,Pejabat Tanah Dan Galian,warga kuantan yang membantu  |  sumber  : Kuantan Page

pakcik abdul majid
Bermalam di RnR Maran | sumber  : Kuantan Page
pakcik abdul majid
Selipa Croc tu hasil sumbangan individu perihatin  | sumber : Kuantan Page

pakcik abdul majid
berhenti dan memberi support dan minuman  | sumber  : Kuantan Page


pakcik abdul majid
dapat roti dari van roti lagi  | sumber  : Kuantan Page
pakcik abdul majid
Sampai Di Temerloh sekitar Jam 4 petang tadi  | sumber : Kuantan Page

alhamdulillah..
Pakcik Abdul Majid sudah pun sampai di RnR Temerloh sekitar jam 4 petang tadi,
beliau akan berehat dan bermalam disana untuk harini,

tahniah pakcik Majid.

Wedding Of The Year ?

minggu ni ada satu lagi Wedding Of The Year bakal berlangsung,
yang pasti bukan majlis wedding shark.

besok adalah hari bertuah buat seorang model dan seorang pelakon,
mereka akan disatukan dalam satu majlis pertunangan.
dan pada hari ahad mereka akan disandingkan di atas pelamin.
tempoh pertunangan sehari sahaja,
dan mereka akan bergelar suami isteri pada keesokan harinya,

mereka tidak lain tidak bukan,
Fizo Omar dan juga Mawar.

fizo omar dan mawar
Majlis Pertunangan & Ijab Kabul Fizo Dan Mawar  |  sumber : Fareeda


memang ramai nantikan perkahwinan mereka,
termasuk diri shark sendiri yang suka sangat dengan mawar tue,
lepas ni dah tak boleh ler usha model tundung Fareeda nie,
Fareeda juga ada mengeluarkan satu tudung baru sempena majlis ikatan mereka berdua,
Nama tundung pun memang menarik - Seindah Ikatan Cinta,

fizo omar dan mawar
Tudung Seindah Ikatan Cinta  | sumber  : Fareeda


besok dan lusa akan diadakan siaran langsung untuk Majlis mereka,
semuanya akan dibawa secara langsung oleh TV9,
bermula jam 8 pagi  dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.
kepada mereka berdua tahniah,
sama padan sama cantik,

jeles sama kamu bro fizo.


7 Nov 2013

Bila Dah Nazar...

Demam Piala Malaysia sudahpun tamat,
tapi bukan bagi Pakcik Abdul Majid,
sekarang beliau dalam misi membayar nazar atas kemenangan Pahang tempoh hari,
Pakcik Abdul Majid akan berjalan kaki dari Kuantan Ke Shah Alam.
Pakcik Abdul Majid dijangkan sampai ke Shah Alam pada 12 November nanti,
harini sudah masuk hari ke-2 dia berjalan.

Harian Metro : bayar nazar menang Piala Malaysia

Abdul majid abdul hamid
Abdul Majid Abdul Hamid.57  | sumber : Hmetro Online

tak kisah ler apa orang kata,
yang penting bila dah nazar kene ler bayar kan.
dia tak jaga tepi kain orang,
orang lain pun jangan ler sibuk nak mengata dia,
shark memang respek Pakcik Abdul Majid nie,

maybe shark akan update dari semasa ke semasa perihal pakcik abdul majid nie,
dikatakan sekarang beliau sekarang berada di Highway maran,
ada jugak individu yang perihatin kejar pakcik abdul majid nie nak kasi kasut dan support.
ada juga yang ingin menumpangkan beliau,
tapi ditolak oleh pakcik abdul majid atas alasan dia sudah bernazar,

abdul majid abdul hamid
di Highway Maran  |  sumber  : Kuantan Page

abdul majid abdul hamid
ada yang sempat bergambar tanda support  |  sumber  : Faizal ProtonCoupe


nantikan entri selanjutnya siapa dan dimanakah pakcik abdul majid berada.

6 Nov 2013

Harga semasa Kucing

biasanya orang bandingkan harga semasa handphone,
biasanya orang bandingkan harga semasa barang dapur,
tapi harini shark nak kongsi harga semasa seekor kucing,

semalam terlihat iklan menjual kucing di mudah.my,
boleh tahan juga harga,
ada juga yang ingin mencari tuan baru bagi kucing mereka dengan percuma,
kecomelan kucing ni x perlu cakap ler,
memang semuanya comey-comey.

harga paling rendah shark lihat semalam adalah RM150
untuk harga ni kalau tak silap shark baka biasa sahaja,
ada yang dewasa dan ada yang masih kecil,

kucing untuk dijual
RM150 untuk baka biasa  |  sumber : mudah.my


harga paling tinggi setakat ni sekitar RM2000,
biasanya harga sekitar ni untuk baka-baka yang jarang kita lihat.

kucing untuk dijual
Baka Pure Persian HighNose  | sumber : mudah.my

ada juga yang tak berapa minat nak beli kucing yang sedia ada nie,
termasuk diri shark sendiri,
kalau nak ikutkan memang ler hajat nk beli sebab kecomelan mereka tu,
tapi rasanya lagi feel kalu bela dari kecil,
lagi feel kalau kita bela dari kucing yang terbiar,
lama-lama kucing tu comel jugak bawah jagaan kita :)

tapuk dada tanya selera,



5 Nov 2013

Cuaca Di Kuantan

cuaca di Kuantan harini hujan semenjak pagi lagi,
jam 3petang cuaca mendung dan kadang kala hujan renyai turun,

orang kata hujan rahmat tahun baru.
ada juga kata tanda awal musim banjir.
sama-sama tunggu dan lihat.
yang pasti kesihatan kena jaga,
cuti tahunan masih banyak baki,
kalau hujan di pagi hari memang ada can ler nk gunakan cuti tahunan tu.
hehehe..




2 Nov 2013

Semangat Itu Penting

adat perlawanan,
ada yang kalah - ada yang menang,
yang penting semangat kesukanan dan berpasukan.

shark kongsikan kemeriahan Final Piala Malaysia 2013,
sekali sekala dapat pergi Final apa salahnya kasi meriah sikit :)
shark orang pahang dan menyokong pasukan Pahang,
ini semua dari orang Pahang.
Hogoh Pahang Hogoh :)

"Kami Budak Kuantan,Setia Sentiasa bersama Tok Gajah tunaikan misi 1992"  |  sumber : Kuantan Page

final piala malaysia 2013
Tok Gajah Power  | sumber : Kuantan Page

Final Piala Malaysia
Pepoh = baham  | sumber : Tok Gajah Page

final Piala Malaysia 2013
Pahang di Arsenal  |  sumber : Tok Gajah Page

final piala malaysia 2013
koi anak Pahang  |  sumber  : Pump Racont

final Piala Malaysia 2013
Lawan Tetap Lawan  | sumber : Kuantan Page

final Piala Malaysia 2013
megah di Higway Pantai Timur  |  sumber : Pahang Unite Page

Hospital Muadzam Shah  |  sumber : Tok Gajah Page

1 Nov 2013

Siapa Paling Spontan?

super spontan 2013
Super Spontan 2013

 Malam ini akan terjawab siapa yang akan menjuarai Super Spontan 2013,
6 pelawak akan bersaing pada malam ini.
  • Jep sepahtu
  • Tauke
  • Yus
  • Johan
  • Nabil
  • Rahim
Final pada kali ini akan dilangsungkan dari Dewan Kenangan MPSP,Sungai Petani Kedah.
dikhabarkan jugak pagi tadi orang ramai mula menyerbu Dewan MPSP untuk mengambil tiket secara percuma.

final super spontan 2013
Keadaan Pagi tadi di Dewan MPSP  | Sumber : Super Spontan 2013

Siapa yang akan bergelar  juara?
sama -sama kita tunggu malam ini.
dibawa secara langsung oleh Astro Warna dan Astro Mustika HD
Jam 10 Malam.

pilihan shark adalah Jep Sepah,


Wallet sebenarnya bahaya untuk lelaki

dompet lelaki
Jangan Duduk Di Atas Wallet

tidak tahu sejauh mana kebenaran gambar ini,
tapi kalau ikut logik memang betul,
tengok gambar pun memang logik.

ini lagi bahaya bila time gaji,
lagi kembung dompet tu rasanya,
nampak gaya kene cari handbag juga ler lepas nie..
kepada para lelaki,
jangan duduk atas wallet