31 Oct 2013

Episod Bolasepak Semalam dan Selamanya

masih lagi berkenaan Final Piala Malaysia 2013,
semalam meriah dengan suasana Stadium Darul Makmur.
Hari ini suasana suram dan kecewa di kalangan peminat bolasepak.
semuanya gara-gara tiket.

tiket final piala malaysia 2013
Tiket Murah Final Piala Malaysia  | sumber : Tok Gajah


Di Kuantan semalam,
orang ramai mula beratur seawal jam 7,
bila kaunter dibuka ada yang pulang awal,
gara-gara jualan tiket hanya benarkan ic yang bedaftar di negeri pahang sahaja,
ic Pahang kod 06,32,33.
selain daripada kod diatas mereka tidak dibenarkan membeli tiket.
bayangkan beratur di awal pagi,berada di hadapan,tiba-tiba tak dapat beli.
sistem apakah ini,
asalkan ic Pahang automatik ke dia penyokong Pahang?

Di Shah Alam
tiket 15ribu habis dijual sekitar satu jam sahaja,,
limit 5 tiket untuk seorang.
kalau ikut kira-kira matematik,
dalam masa satu jam seramai 3 ribu orang sudah membeli,
boleh percaya ke 3 ribu orang dalam masa 1 jam,
hebat sungguh orang di kaunter tiket tu,
memang pantas dia bekerja dengan kira duit baki,potong tiket,
terbaik!

Tiket Free.
dapat tiket sehari sebelum kaunter dibuka lagi,
semuanya dapat dari majikan badan berkanun,parti politik, dan kaum kerabat
siap dapat transport free lagi,
ada juga yang jual tiket free tu sebab tak sokong mana-mana pasukan,
memang patut ler tiket boleh habis sekejap sahaja,
pembahagian tiket free dan jual sama rata agaknya.
lepas tu umum konon jual tiket penuh.
hebat marketing!

Pintu Masuk.
kita tunggu di Pintu masuk pula nanti,
adakah semua yang beli tiket di kaunter dapat masuk?
sedangkan jualan tiket pun tak jujur,
inikan pula tempat duduk di stadium.
awal-awal pula tu umum ada skrin besar di luar stadium.
kalau dah tiket habis semestinya semua yang beli tiket dapat masuk.
buat apa lagi skrin besar luar stadium?
kantoi awal ler pula!

bila boikot kata tak sokong,
bila sokong jadi macam ni pula.

Diharap Perlawanan Akhir nanti berjalan lancar,
lupakan perihal tiket,
masing-masing ada TV di rumah,
kedai mamak ada TV besar,
sama-sama serbu nanti.

Hitam Putih Takkan Padam
Hogoh Pahang Hogoh

elephant army
Hitam Putih Takkan Padam  | sumber : Elephant Army






30 Oct 2013

Suasana Stadium Darul Makmur Hari ini.

hari ini kaunter tiket Perlawanan Akhir Piala malaysia 2013 dibuka,
sekali lagi stadium diserbu oleh peminat bolasepak.
masing-masing sudah menunggu semenjak jam 8 pagi lagi walaupun kaunter dibuka Jam 10.

Di Stadium Darul Makmur keadaan terkawal,
shark turut ke Stadium untuk merasai suasana di sana.
jum kita lihat suasana Stadium Darul Makmur hari ini.


final piala malaysia 2013
ini waktu jam 10 pagi

final piala malaysia 2013
hampir 30 minit tak bergerak

final piala malaysia 2013
gambar dari atas | sumber : Tuan Muda Bazaie

ada juga berita kurang enak dengar sewaktu jualan tiket berlangsung,
itu akan shark ceritakan kemudian.
malam ni berita segmen sukan semestinya hangat pasal ini.
Di vanue lain pun rasanya suasana tetap meriah.
arena bolasepak Malaysia kembali meriah.

Gambar Persembahan Bunga Api Berirama

seperti yang dijanjikan sebelum ini..
shark nak kongsikan gambar-gambar sempena Persembahan Bunga Api Berirama baru-baru ini,
semua gambar ini diambil oleh rakan-rakan shark dari Persatuan Jurufoto Kuantan (PJK),
bila dah sebut jurufoto semestinya gambar-gambar mereka adalah yang terbaik,
kedudukan persembahan bunga api ini berdekatan dengan Sungai Pahang,
'Reflection' menjadi keutamaan dan kegemaran jurufoto  untuk gambar bunga api ini.


persembahan bunga api berirama
Bunga Api Berirama  | Jurufoto : Shazrul Edwam
persembahan bunga api berirama
Bunga Api Berirama  | Jurufoto : Shidy Mn
persembahan bunga api berirama
Bunga Api Berirama  | jurufoto  : Sani Kristal
persembahan bunga api berirama
Bunga Api Berirama  | Jurufoto : Sani Kristal
persembahan bunga api berirama
Bunga Api Berirama  | Jurufoto : Salehuddin Lokman
persembahan bunga api berirama
Bunga Api Berirama  | Jurufoto : Ardilah Abd Manaf


menarik bukan gambar-gambar dari mereka,
shark tak berkesempatan sebenarnya ke persembahan bunga api ini,
gara-gara keluar lewat dan dapat info jalan sesak terus terbantut nak keluar.
hanya mampu mendengar detuman bunga api sahaja dari rumah.
nasib baik ada rakan-rakan yang mengambil gambar
dapat juga ler merasai kemeriahan malam itu.

29 Oct 2013

Nasi lauk Cicak Goreng

nasi berlauk cicak
Cicak bersama ikan goreng didalam nasi  | Sumber : Sinar Harian


  • berlaku di salah sebuah kantin Sekolah di Jitra (nama sekolah tidak disenaraikan)
  • seorang pelajar terjumpa seekor cicak bersama ikan goreng dalam nasi untuk makan tengahari
  • bagi elak kekecohan,pengusaha kantin menukar lauk lain kepada mangsa.

menarik sungguh menu kantin sekolah ini,
tidak dinafikan kantin sekolah memang banyak yang tidak bersih,
sebab tu banyak kes-kes pelajar sakit perut sebelum ini.

tapi kalau dah sampai cicak pun ada memang tahap kronik dah ni,

malas nak celoteh panjang,
sebab tak tahu cerita betul atau tidak.
sinar harian ni kadang-kadang ada jugak buat silap.
pelajar ni pun boleh tahan bawa handphone ke sekolah.
hehehe..

sumber  : Sinar Harian - makan Nasi Berlauk Cicak

02 November adalah Cuti Deepavali

bila sebenarnya Hari Raya Deepavali?
ada kalendar menunjukkan 03 November ( Ahad ) adalah Hari Deepavali.

cuti deepavali 2013
Kalendar Table cuti Deepavali - 03 Nov 2013


menigkut kalendar kuda 2013,
Hari Deepavali jatuh pada 02 November ( Sabtu ).

cuti depavali 2013
Kalendar Kuda cuti Deepavali - 02 Nov 2013


kalau tak silap shark kalendar kuda lagi tepat berbanding kalendar yang lain,
untuk lebih tepat boleh rujuk bahagian kabinet kerajaan - Hari Kelepasan Am

sebab itu juga perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 jatuh pada 03 November ( Ahad ).
katannya Orang Pahang tengah memohon cuti peristiwa pada  hari isnin dari Menteri Besar,
disebabkan perlawanan Akhir berlangsung Hari Ahad dan isnin hari bekerja,
memang letih juga ler nak ulang alik.

kalau jadi cuti peristiwa hari isnin memang panjang ler cuti di Pahang nie.
5hb cuti awal muharam pulak.
sabtu sampai selasa bersamaan 4 hari cuti.

nanti shark akan update berkenaan cuti peristiwa,
harap-harap dapat ler :)







28 Oct 2013

Menarik Harian Metro Hari Ini

harian metro
Keratan akhbar Harian Metro hari ini ( 28-10-13)


menarik bukan keratan akhbar Harian metro harini,
tajuk-tajuk utama di harian Metro selalu unik,
kebiasaan tajuk harian metro ni lebih kepada kategori 18PL,
memang tak hairan ler Harian Metro ni akhbar nombor 1 kat Malaysia.

kalau baca tajuk utama ni macam lawak pun ada - Asam Pedas madu 3
macam dah tiada berita lain pula Harian Metro ni bawa,

akhbar-akhbar lain dikatakan akhbar pro-kerajaan /  akhbar politik,
mungkin disebabkan ini Harian Metro menjadi pilihan orang ramai.

Diharap kalau boleh jangan ler bawa cerita 18PL dijadikan tajuk utama,
nampak macam rakyat malaysia ni suka sangat cerita 18PL.
tepuk dada tanya selera,
yang pasti amalkan budaya membaca.


AF2013 : Populariti Vs Bakat

malam tadi selesai sudah konsert minggu ke-7 Akademi fantasia 2013,
bertemakan duet menyaksikan konsert malam tadi lebih meriah dari sebelum ini.
giliran pelajar lelaki,suhada disingkirkan untuk minggu ke-7.

suhada af 2013
Suhada AF2013 - tersingkir minggu ke-7  | sumber : FanClub Suhada2013

minggu ke-7 menyaksikan giliran Dato' Siti membentuk bintang AF,
sejauh mana kebolehan bintang AF dibawah bimbingan tok ti sama-sama kita tunggu,

siti inspirer akademi fantasia 2013
dato' Siti sebagai inspirer minggu ke-7  | sumber : AF 2013

hanya tinggal 6 bintang sahaja lagi,
dan kalau tak silap untuk konsert akhir biasanya hanya 5 peserta yang akan bertanding,
ini bermakna  tinggal 2 konsert sahaja lagi untuk musin AF2013

sepanjang 7 konsert ini rasanya tida satu pun yang melekat dan trending,
mungkin kehadiratn tok ti dapat memberi impak untuk minggu-minggu terakhir AF 2013,
populariti Dato' Siti boleh menaikkan rating AF2013,
itulah realiti Akademi Fantasia,
Populariti mengatasi bakat.


26 Oct 2013

Mini Giveaway #2 by Nabila Medan


CLICK BANNER!!

seteleh kecewa tak dapat T-shirt Running Man tempoh hari,
sekali lagi shark ingin  mencuba nasib join contestT-shirt ni.
contest kali ni dibuat oleh blogger Nabila Medan dengan usaha sama T-Shirt Mudah Terengganu.

 sama-sama kita tunggu siapa 3 blogger yang bertuah dapat T-shirt ekslusif ini.

Bila Sang Buaya Bertemu Sang Gajah

tifo Sarawak Fan
tifo oleh  Sarawak Fan  | sumber : sarawak crocs

satu lagi perlawanan Separuh Akhir Piala malaysia menjadi tumpuan,
pasukan mana yang akan bertemu Kelantan di Final Piala Malaysia 2013 nanti.
Sarawak atau Pahang?

semua akan terjawab di 90 minit malam nanti,
masing-masing mempunyai kelebihan,
Pahang dengan kelebihan 2 gol,
Sarawak kelebihan bermain di halaman sendiri dan 1 gol di tempat lawan,
dikhabarkan 10ribu tiket sudah habis dijual dalam masa beberapa jam.

shark semestinya memilih Pahang,
peluang untuk menang malam ni 50-50 rasanya,
sama seperti perlawanan Kelantan vs ATM malam tadi,
siapa sangka Kelantan menang di saat akhir.
selagi wisel belum ditiupkan selagi tu peluang masih ada.

jangan lupa malam ini jam 8.30 mlm
siaran langsung di RTM TV1 dan Astro Arena 801

elephant army
tifo by Elephant Army  | sumber : blogger Aqilah

Selamat Menonton.
Selamat bersorak.
Selamat malam minggu.


Sesi berguling-guling

jum berguling-guling petang nie,
guling-guling depan TV.
guling-guling tengok TV3.
guling-guling sampai nangis.

mann hindustan
saksikan di Tv3 slot Panggung Sabtu Jam 2 petang

cerita faveret dulu-dulu nie,
cerita ni keluar tahun 1999,
sudah 14 tahun filem ni dan masih ditayangkan,
walaupun dah lama tapi tetap menggamit perasaan,
cerita hindustan dulu-dulu rasanya lagi feel dari sekarang,
lagu-lagu pun memang tangkap leleh punya.

pernah jugak keluar kontroversi pasal lagu dangdut iwan dan amalina nie dalam filem ni,.
tapi tak tahu apa jadi kontroversi tue.
siapa saman siapa tak tahu apa jadi.

kepada yang tidak berkerja boleh ler tonton di TV3.
Jam 2 petang slot Panggung Sabtu.
seingat shark , panggung sabtu ni dari sekolah rendah dah ada.
boleh tahan jugak  bertahan slot ni

selamat menonton.
selamat berguling guling.

25 Oct 2013

Bro Dan Khutbah Jumaat

Oh Bro.
Ingin ku tegur tidak berani,
Ingin ku tegur takut dimaki,
Ingin ku tegur takut dibenci,
Ingin ku tegur takut tayarku pancit.

Oh Bro,
Sedang orang berkhutbah didepan,
Kau bermain telefon,
Kau berwechat,
Kau main game tembak-tembak?

Oh Bro,
Sedang orang rukuk rakaat pertama,
Boleh pula telefon kau berbunyi,
Boleh pula kau lupa nak silent,
Boleh pula gf/rakan kau call time camni.

Oh Bro,
Trimas berikan aku entry ini,
Maaf terpaksa mngutuk kau begini,
Diharap kita tidak berjumpa di jumaat depan,
Itulah kisah bro dan khutbah jumaat.
Oh Bro.

Published with Blogger-droid v2.0.10

disebalik Bajet 2014.

Harini rasanya semua buka topik Bajet 2014.

Rasanya status paling hot petang nanti adalah bayaran BR1M 2014.

Petang nanti kita boleh lihat ramai kelahiran pakar ekonomi,
Tak dilupakan jugak pakar wartawan,
Masing-masing akan berebut share status Bajet 2014.

Shark tak ambil kisah pasal Bajet.
Bajet 2013 pun rasanya tak memberi kesan pada diri shark.
Semuanya hanyalah nombor di atas kertas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

23 Oct 2013

Notis Kepada Semua pengunjung Hotel

Versi Wordless Wednesday

papan tanda lawak
Notis Kepada Penghuni Hotel

Persembahan Bunga Api Berirama

24-10-2013 adalah hari Keputeraan Sultan Pahang,
merupakan hari cuti umum bagi negeri Pahang,
semestinya hari yang dinantikan bila hari cuti :)

sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Pahang ini,
satu Persembahan Bunga Api Berirama akan diadakan,
ini adalah acara pertama kali di Kuantan sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang.

persembahan bunga api berirama
Persembahan Bunga Api Berirama
Insyaallah shark akan turut serta,
kalau dah nama persembahan semestinya bunga api dia banyak,
gambar kemeriahan akan dikongsi bersama nanti.

besok cuti yer kawan-kawan.





22 Oct 2013

Menjual panties Nora Danish

bukan shark yang jual,
bukan rakan shark yang jual,
orang yang tidak bertanggungjawab yang jual.

kalau tak caya boleh cari iklan ni kt mudah.My
harga tak mahal pun.
RM9 je.
dan juga boleh COD.
Nora Danish Panties - Clothes for sale Kuala Lumpur

kalau tak percaya lagi ini buktinya.

panties nora danish
screenshot jualan panties Nora Danish

susah bila dah jadi artis nie,
semua barang nak label artis.

Setem istimewa

warna-warna duniaku
Setem terbaru dari Pos Malaysia Oktober 2013  |  sumber : Pos Malaysia

Apa Yang menarik 3 setem terbaru dari Pos Malaysia ni?

untuk makluman, setem ini adalah  hasil krativiti kanak-kanak istimewa (OKU),
Ketiga-tiga setem diatas adalah pemenang Pertandingan Warna-warna Duniaku anjuran Kaki Kreatif, Pos Malaysia dan UNICEF.
hasil karya pemenang diberi penghargaan untuk dijadikan setem oleh pihak Pos Malaysia
Setem ini dilancarkan oleh Pos malaysia sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2013,

setem warna-warna duniaku
Tiga kanak-kanak kurang upaya (dari kanan) Lovira Jospely, Intan Syafinaz Mohamad Bakhid dan Stephanie Tan Zhu Shin bersama karya seni mereka yang dijadikan setem sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2013, di Kuala Lumpur, semalam  | sumber : Utusan

Jum kita kenal 3 kanak-kanak istimewa ini yang bertuah.
  • Intan Syafinaz Mohamad Bakhid,17 - ketidakupayaan fizikal
  • Stephanie Tan Zhu Shin,14 - menghidap Autisme
  • Jovira Jospely,14- mengalamai kecacaran pendengaran

kepada pengumpul setem boleh dapatkn setem di atas di Pejabat Pos hari ini,
maklumat lanjut boleh layari laman web Pos Malaysia - Setem Warna -Warna Duniaku

jangan pandang rendah pada mereka yang istimewa :)

19 Oct 2013

Kontes Review Klinik Cinta

Kontes Review Klinik Cinta
Kontest Review Klinik Cinta | 22 Sept - 22 Okt 2013


Klinik Cinta,
sebut sahaja klinik sudah terlintas di fikiran sebuah blog yang akan membantu dalam perihal cinta,
tapi sejauh mana Klinik Cinta ini dapat menarik perhatian pembaca,
satu Kontes Review Klinik Cinta telah dianjurkan dan sedang berlangsung sekarang,
dengan tujuan untuk menambah baik blog Klinik Cinta bagi memastikan blog Klinik Cinta mendapat perhatian di kalangan pembaca.

Jum kita lihat halaman Klinik Cinta ini.

Kontes Review Klinik Cinta
Halaman Utam Klinik Cinta

Sekali imbas blog Klinik cinta ini tampak ringkas dengan warna hitam putih,
Template blog cukup ringkas dan mesra pengguna
shark pasti pihak admin  telah memilih template yang sesuai dengan capaian SEO untuk memastikan blog Klinik Cinta menerima pageview yang  tinggi.

Ruangan Header

Kontes Review Klinik Cinta
Ruangan Header

untuk ruangan header rasanya boleh dibaiki lagi,
  • terlalu banyak ikon ( petak merah ) yang tidak digunakan - lebih baik dikosongkan sahaja
  • terlalu banyak label didalam blog klinik cinta - pembaca boleh terkeliru dengan label yang banyak dan menyukarkan pembaca mencari sesuatu entry yang khusus
  • shark telah asingkan label yang mungkin boleh pihak admin kumpulkan menjadi satu label
  • Kisah - luahan - puisi - sembang  boleh dijadikan satu label 
  • Klinik - masalah - tips boleh dijadikan satu label
  • label jodoh dan resepi rasanya boleh diketepikan dahulu

Ruangan Body


Kontes Review Klinik Cinta
Ruangan Body

bagi ruangan body,penggunaan Grid Mode tampak tidak kemas,
shark rasa lebih sesuai gunakan list mode untuk ruangan body ini,
Grid Mode tampak agak serabut dengan gambar-gambar, dan kadangkala boleh terkeliru dengan kedudukan tajuk entry.
penggunaan List mode lebih kemas dan lebih banyak entry dapat diletakkan di halaman utama nanti.


Ruangan Widget

Kontes Review klinik Cinta
Ruangan Widget


Ruangan Widget agak kosong,
mungkin boleh diisi dengan link-link blog percintaan yang terdapat di Malaysia,
mungkin juga boleh letakkan senarai buku-buku percintaan di malaysia,

Rumusan

cukup 3 bahagian yang shark rasa amat penting dalam sesebuah blog,
blog yang baik adalah blog yang mampu memberi pembaca capaian yang mudah,
hasil penulisan di Klinik Cinta shark serahkan pada admin yang lebih arif,

Kontes Review Klinik cinta masih berlangsung sehingga 22 Oktober,
Hadiah Lumayan berupa wang tunai menanti para peserta.
tidak salah memberi idea dan pendapat,
siapa tahu idea dan pendapat dapat memberi anda ganjaran.

Hanya Di TV Al-Hijrah

seperti biasa malam minggu adalah malam Hantu TV :)
Rancangan Running Man menjadi pilihan.
tak boleh tido agaknya kalau tak dapat tgk Ji Hyo
heheh..

habis je Runnning Man,
tekan -tekan remote mencari rancangan best,
tertarik dengan satu rancangan di TV Al-Hijrah nie,
Siaran Langsung Dari Mekah / Madinah
LIVE selama 1 jam

Siaran Langsung Dari Mekah/Madinah - TV Al-Hijrah


memang beruntung dapat tengok Live dari Mekah ni,
kamera diletakkan di pelabagai sudut untuk melihat aktiviti jemaah Haji di sana
tiada bual bicara dalam rancangan ini,
hanya baccan Al-Quran dan kemera merakam aktiviti jemaah sahaja,
seolah-olah berada dia Mekah pula bila menonton.

shark tak pasti sampai bila rancangan ini disiarkan,
tiada pula dalam jadual rancangan TV-Alhijrah untuk hari ini,
tengok pada jadual rancangan yang lepas ,
sudah seminngu rupanya TV Al-Hijrah sirakan rancangan ini,
mungkin malam tadi adalah malam terakhir.

berikut shark sertakan antara gambar menarik semasa rancangan ini berlangsung,


Kamera dari jarak jauh


Kamera berhadapan Kaabah


merakam aksi jemaah Haji melakukan Tawaf


merakan aktiviti jemaah di sekitar Kota Mekah

kepada sesiapa yang telepas boleh tonton juga di internet.
layari laman web Mecca Live untuk merasai suasana aktiviti jemaah disana,
mana tahu nanti terjumpa saudara mara yang berada disana :)
Selamat Menonton.


18 Oct 2013

Cerita Dari Stadium Darul Makmur

Bahang Separuh Akhir Piala Malaysia makin terasa,
Pahang akan bertemu Sarawak malam esok,
seperti dijangka harini Stadium Darul Makmur penuh sesak dengan orang ramai,
ragam biasa setiap kali perlawanan separuh akhir.
tiket laku seperti pisang panas,
tiket habis dalam masa 1 jam.


Orang Ramai Mula beratur jam 9 pagi  | sumber : Facebook Pahang Unite   


Barisan Panjang seawal Jam 10  | sumber : facebook Pahang Unite

Masing-masing menunggu giliran  | sumber  : Facebook Pahang Unite

Anggota polis mengawal keadaan  |  sumber : Facebook Pahang Unite


Kemeriahan Stadium darul Makmur  : Asry Muhammad


perlawanan Pahang VS Sarawak akan bermula besok,
tetapi malam ini satu lagi perlawanan separuh akhir bermula,
2 pasukan hebat berentap malam ini,
ATM VS Kelantan

Siaran Langsung di Astro Arena (801) dan RTM TV1
Jam 8.30mlm
pilihan shark semestinya kelantan.
predict malam ini,seri dengan jaringan 2-2.

ATM VS KELANTAN : sumber : ESYPhotographic

Disebalik Status Facebook

Peristiwa 1
duduk di meja makan di sebuah kedai bersama keluarga atau rakan,
sementara menunggu pesanan sampai,
masing-masing mengadap telefon,
sunyi sepi meja.
bila kali terkahir anda borak bersama - mesej berbunyi - balas - sambung perbualan.


Peristiwa 2
duduk di ruang tamu dan menonton rancangan TV,
TV dibuka tapi tiada seorang pun menonton,
masing-masing sibuk dengan kemaskini status,
gelak ketawa di rumah tiada,
tapi gelak ketawa di FB bukan main :)


Peristiwa 3
duduk di klinik dan Hospital sementara menunggu giliran,
tiada lagi sikap bertegur sapa,
masing-masing mengadu di medium sosial,


Peristiwa 4
keluar petang bawa anak-anak dan diri sendiri,
berhenti di taman permainan lihat sekumpulan kanak-kanak bermain,
lihat sekeliling ada orang jogging,
ambil gambar dan update status,
bila kali terakhir kita bersenam bersama keluarga?


Persitiwa 5
satu kemalangan berlaku,
masing-masing berkumpul dan menjadi jurukemera dan juruhebah,
tiada seorang pun menjadi doktor mahupun sukarelawan,


Peristiwa 6
pulang ke kampung untuk bercuti,
kadang-kadang jalan sesak dan kadang-kadang jalan lenggang,
update status dan balas komen untuk hilangkan bosan,
pemandu bersengkang mata  membawa kita.
apa salahnya jadi pemandu kedua.


ok.
cukup ler pendapat dan kritikan kali  ini,
harap dapat jadi pedoman untuk diri shark,
semua peristiwa diatas bedasarkan pengalaman sendiri.

17 Oct 2013

Tsumawi

Tsumawi,
itulah fenomena yang pernah menggegarkan industri hiburan dulu-dulu,
siapa sangka dari budak kampung sekarang sudah bergelar artis popular,
siapa sangka budak nasyid pernah menjadi artis nombor satu selepas Dato' ct,
itulah Mawi,
Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3

Mawi Juara Akademi Fantasi 3  | sumber : google

sudah agak lama dia menyepi dalam industri hiburan,
dan sekarang dia keluar dengan lagu baru , Al-Haq - Yang Satu,
kolaborasi bersama Dato' Ac Mizal,

Al Haq - yang Satu

shark memang tertarik dengan lagu nie,
memang layan je dengar,
terutama part rap Dato' Ac Mizal,
boleh tahan juga rap dari Dato' Ac Mizal ni selepas  Apo Kono Eh Jang,
Rancangan Meletup Astro Ria sudah pun menyiarkan secara ekslusif  Vklip Al-Haq nie,
siapa yang terlepas boleh tonton siaran ulangan Meletup hari sabtu jam 5.30 petang,

jum layan dan karaoke sekali :)
Lirik Al Haq - yang Satu




16 Oct 2013

Bila Kucing Takde Kerja

Wordless Wednesday

Seluar Kecik siapa jadi mangsa.

Di Sebalik Mr.Arrogant

trending betul setiap kali  drama baru disiarkan di TV3,
yang terbaru dan terhangat sekarang ialah Love You  Mr.Arrogant..

Slot Akasia - Love You Mr.Arrogant

setakat ni shark masih belum menonton drama nie,
tak tahu ler kenapa,
mungkin sebab tak minat drama cintan cintun nie,
mungkin juga sebab barisan pelakon yang kureng,
dan mungkin juga waktu siaran yang kurang sesuai,

tapi OST drama ni memang layan,
sebelum tonton Buletin Utama sempat juga ler dengar lagu dia.
macam ada kene mengena pula lagu tu dengan diri ini :p
tetap menantimu.....?

jum kita layan OST Drama Love You Mr.Arrogant nie,
tak tengok cerita dia pun tak apa,
layan OST pun dah cukup.

Cover Tetap Menantimu versi Akustik - Syahiransukardi

shark memilih vklip dari syahiran sukardi,
suara dia memang terbaik dan banyak juga lagu-lagu cover yang dia telah buat,
boleh bikin speaker pecah sebab suara dia memang high note :)
pada gadis-gadis diluar sana,
shark tuju lagu ini buat semua yer :)

14 Oct 2013

AF2013 : Nabila VS Amira

selesai sudah konsert ke-5 Akademi Fantasia 2013 malam tadi,
tiada penyingkiran.

tertarik dengan carta bintang-bintang AF2013 malam tadi,
shark target 2 orang pelajar ni akan keluar awal dalam AF2013,
tapi tak sangka pula Nabila dan Amira menduduki tangga ke-2 dan ke-3,

Nabila AF2013 - Konsert ke 5  | sumber : Facebook AF2013

Diberi tugasan lagu Fauziah Ahmad Daud - Wajah Rahsia hati,
malam tadi seperti biasa Nabila tiada yang special.
tiada lagi lagu yang sesuai dengan suara Nabila setakat ini,
mungkin perwatakan Nabila yang periang membuatkan beliau berada di carta atas,


Amira AF2013 - Konsert ke 5  | sumber : Facebook AF 2013

berbeza dengan Amira malam tadi,
dengan tugasan lagu Adele - Skyfall,
ternyata Amira memang sesuai dengan genre lagu note rendah,
rasanya ini adalah persembahan terbaik Amira berbanding konsert sebelum nie,
sebelum ni Amira memang dikritik hebat,
tapi masih menduduki tempat ke-3 carta.

sama-sama nantikan apa yang terjadi pada konsert akan datang,
konsert ke 5 malam tadi shark hanya lihat pada 2 bintang ini sahaja,
nak tengok keseluruhan memang agak membosankan,
AF2013 tidak semeriah dulu.



12 Oct 2013

Katakan Tidak WAWA ZAINAL !!!!

wawa zainal mengaku sudah berkahwin
Wawa zainal kini bergelas isteri kepada Aeril Zafrel  | sumber : OhBulan

mood sedih.
kekasih gelap shark sudah menjadi isteri orang.


gwiyomi wawa zainal
gwiyomi wawa zainal  | sumber : Google

sungguh sampai hatimu buat ku begini.
tiada lagi kecomelan lesung pipitmu,
tiada lagi manis senyumanmu,


Kecomelan terserlah  | sumber : google

hampa bila mendengar kau sudah berstatus isteri,
luhur hati ini bila mendengar kau sudah begelar ibu.
ku pasrah.


wawa zainal bertudung
sungguh manis bila bertudung  | sumber : google

semoga berbahagia bersama keluargamu.
ku doakan semoga kekal ke akhir hayat.