30 Sep 2013

Komen Bergambar

Komen Bergambar.
dulu-dulu memang popular komen seperti ini,
sekarang rasanya dah kurang sikit,
mungkin modal gambar dah tiada.

siapa punya idea pun tak tahu ler,
sakit hati pun ada tgk komen camtu,
hehehe..
lawak tak hingat punya.
mmg kreatif pencetus idea komen bergambar ni.

Antara Koleksi Komen Bergambar

dari budak kecik,kepada pemimpin sampai artis menjadi bahan komen ini,
kadang-kadang terfikir,
kalau kita letak gambar member kita pula apa jadi?
berperang mulut agaknya sampai mati.

shark setakat ni tak pernah guna lagi komen nie,
tak tahu mana sumber diorang dapat,
buat menyemak ruangan komen je rasanya,

kalau blog boleh buat komen bergambar macam mana?
hehehe.

kreativiti mereka memang terbaik.




29 Sep 2013

siapa terasa artikel ini?

Menarik artikel akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Ada sesiapa terasa?
Hehe.
Shark memang terasa.
Dalam proses nak elak pnyakit ni.

Published with Blogger-droid v2.0.10

28 Sep 2013

Kentut Siapa Tu?

pernah tak anda ditinggalkan sorang-sorang kat rumah,

sedang anda berehat dirumah,
membaca novel,majalah di sofa,
keaadaan aman dan suasan sunyi sepi,
tiba-tiba anda bunyi kentut yang kuat dari arah dapur,
agak-agak anda ketawa atau cabut lari.

hehehhehe...
shark kompom gelak.



27 Sep 2013

Happy Birthday Google 15 !!

tahu tak harini google menyambut ulangtahun ke-15..
happy birhtday google.
bermula pada tahun 1998 sehingga ler sekarang,2013

kalau rajin boleh type google in 1998,
tengok macam mana rupa google dulu-dulu.

sempena ulangtahun google ke-15,
google ada buat satu permainan di homepage
jum kita tengok siapa yang handal.
hehhe..
boleh buat entry pada siapa tiada entry harini.

rekod shark : 165





LeveL Pelawak Malaysia?

makin menyampah pula sekarang tengok pelawak kt malaysia nie.
semakin kekeringan idea atau itu buat atas kehendak peminat.

semalam  tengok Karoot Komedia X di astro warna,
seperti dijangka memang akan ada watak pelakon lelaki berpakaian wanita.
sudah menjadi trending pula pelakon lelaki menjadi wanita,
nak kata watak itu lawak tak ada ler pula,
lawak biasa jer setakat tunjuk gedik-gedik tu.

kadang-kadang lawak  ,  kadang-kadang menyampah

ada juga pelawak yang syok sendiri,
sendiri buat lawak sendiri gelak,
macam tak profesional pula tengok,
awak yang buat lawak atau peminat yang buat lawak?

bukan nak burukkan pelawak malaysia,
hanya ingin menegur.
bukan semua pelawak malaysia macam tu.

Harith iskandar is a real comedian.
kalau tonton Lawak Ke Der 1&2 boleh tau perbezaan harith dan yang lain,
komedi realiti,penuh dengan sinis,gaya tersendiri,
antara lawak harith yang memang ramai orang kene pada batang hidung endiri :)

harith iskandar
Harith Iskandar , real comedian 
The looser-upload gambar teh tarik
The Biggest Looser - komen gambar teh tarik - beribu like,beribu komen macam tak pernah minum teh tarik.

shark suka tengok Gag Concert chanel 391/393 (KBS WORLD)
boleh tonton setiap ahad bermula 12:15 tengahari.
di malaysia memang tiada lagi konsep lawak seperti ini,
setiap minggu ada sahaja lawak baru,
tiada seorang pun syok sendiri,
lagi best daripada layan MELODI.

Gag Concert setiap Ahad , jam 12:15 tengahari
channel 391/393 (KBS WORLD)








26 Sep 2013

Kenapa saya suka cerita tamil

heheh..
ada tak kat sini minat cerita tamil?
shark selalu juga ler buka chanel 202 nak layan.

kalau rajnikant ada memang mesti tengok punya.
cerita rajnikant stakat ni yg shark tangok Sivaji The Boss.
durasi 3 jam lebih.
cerita mmg terbaek.
siapa belum tengok shark rekemen tengok :)

rajnikant
Sivaji The Boss


cerita tamil ni best time scene fighting jer.
memang fighting diorang hollywood boleh kalah.
sound effect memang terbaik punya.
sekali tumbuk bunyi macam-macam,
sekali tumbuk boleh melayang 1km
hero boleh belasah 20 orang sekaligus,
sekali fighting habis kereta/gerai boleh roboh,

yang pasti aksi diorang memang terbaik.
tambah-tambah video yang shark kongsi nie.
durasi 39saat je,
tapi memang wajib tangok..
mana-mana polis kat dunia tak boleh buat nie.
Gerak Khas pun tak boleh celen.
tapi polis tamil no hal punya.

selamat menonton.
buka mata luas-luas.

Sewa Apartment RM40

RM40 untuk menyewa di apartment ini.
keluasan bilik 4 kaki x 7 kaki..
tiada ruang dapur,tiada biilik tidur dan tiada bilik tandas?
yang ada hanyalah ruang tamu.
murah atau gila?

bukan di Malaysia,bukan juga di Indonesia,
lokasi bilik sewa ini antara nagara kaya di dunia,Hong Kong,
di bandar Kowloon City, Hong Kong,

tengok sahaja gambar di bawah ini,
diambil oleh 'Society for Community Organisation (SoCo)'
macam mana gaya kehidupan mereka,
dikatakan disini semuanya terdiri daripada golongan miskin,
sewa pula dikatakan HKD$90 bersamaan RM37++.


Kehidupan sebuah keluarga  |  sumber : dailyMail

semua dalam satu ruang tamu  |  sumber :dailyMail

dapur adalah ruang tamu mereka  | sumber : dailymail


kehidupan orang bujang  | sumber :dailymail

keselesaan terbatas  | sumber : dailymail


boleh bayangkan kita tinggal seperti ini?
shark tak pasti tandas diorang macam mana,
tak nampak pula dalam gambar nie.
mungkin berkongsi bilik air seperti kehidupan di asrama?

cuba cari 'kowloon city' di google,
kita boleh tengok rupa bentuk bangunan apartmen ini,
untuk maklumat lanjut juga boleh klik sumber foto yg disertakan.




25 Sep 2013

Terima Kasih Sahabat Blogger Semua


 
klik klik dari sahabat blogger semua. | Wordless Wednesday

lelaki dayus !

rasanya semua dah tahu kan perihal video trending di FB skarang.
YouTube - isteri Mat Yo gaduh dengan pak Guard
pakcik guard Airport Subang | sumber : Kelab Penyokong TRW

bergaduh pun sempat lagi nak merakam,
apa motif dia rakam?
apa motif pula vdeo ni sampai dalam internet?

mat yo pun macam tiada perasaan jer,
boleh pula tercegat macam tu jer.
tak pasal-pasal suami isteri ni jadi mangsa maki hamun di FB?
salah siapa sebenar masih tak tahu.
so shark tak berani nak menuduh bukan-bukan.
yang pasti tindakan isteri mat yo ni memang kurang ajar.

saat terakhir video ni dia ada cakap lelaki dayus!
dia cakap kat pakcik guard atau suami dia yer.
hehehe.

sama-sama kita nantikan keputusan akhir perbalahan ini.
siapa menang siapa kalah siapa dapat malu,
disebabkan cerita ni bermula di FB,
maka keputusan akan keluar di FB juga,
ramai yang akan share nanti,
tak mungkin anda akan ketinggalan mengikuti kisah ini.

muka hadapan Harian Metro 25hbseptember

24 Sep 2013

Segmen - Saya Mahu Ditegur

Segmen - Saya Mahu Ditegur | Great Teacher Onizuka a.k.a  Eyriqazz


Rambut sama hitam,
Hati lain-lain..

bagi shark blog ni dh cukup sempurna,
cuba mengekalkan blog yang simple,
cara penyampaian yang simple,

tapi blog ni bukan untuk shark seorang,
shark seorang jer puas hati buat apa,
kepuasan pembaca blog yang penting.
jadi dengan segmen ini shark boleh baiki untuk kepuasan semua,

shark memang perlukan feedback,
hajat untuk menjadi blogger terhebat memang ada,
mungkin dengan segmen ni dapat bantu shark kelak.
segala feedback shark akan baiki secara berperingkat.

jadi dengan ini shark mahu ditegur.

Oh ~anakku...

tiba-tiba pula terfikir hal ni,
sambungan dari entry -soalan cepu emas.

andai ditakdirkan shark naik pelamin umur 30,
pada umur 40an - anak sulung shark umur 10,
pada umur 50an - anak sulung shark umur 20,
pada umur 60an - anak sulung shark umur 30

kalau ikut kira-kira kat atas,
pada umur 40 tu macam mana yer nanti,
mampu lagi ke shark bekerja nak bagi wang saku kat anak-anak,

umur 50 tu lagi risau,
anak dah masuk Universiti/kolej,
belanja semestinya lagi hebat.

nampak gaya start dari sekarang dah kene menabung,
menabung untuk anak dan keluarga.
macam dah jauh sangat shark berfikir.
heheh.

umur 60 rasanyer dah boleh rilek,
rilek kt rumah bersama cucu..
hahahah..
kalau ada rezeki le kan.

23 Sep 2013

Beratur untuk berbelanja RM2Ribu

mereka sanggup beratur panjang,
mereka beratur hampir 24jam,
berkhemah diluar kedai,
inilah fenomena 'long lines'
penangan setiap kali model terbaru iphone dijual,

pada 20september lepas iphone 5s mula dijual di beberapa buah negara.
seperti model-model iphone sebelum ini,
orang ramai mula beratur seawal jam 2 - 6 pagi untuk mendapat iphone terbaru ini,
ada juga yang membawa khemah sementara menunggu kedai dibuka,


California  | sumber : TechRadar

japan | sumber : gigazine

Perancis  | sumber : macrumors

di Malaysia dijangka paling awal bulan disember nanti,
agak-agak boleh tengok tak suasana seperti ini di Malaysia nanti,

dijangka harga  untuk model iphone 5s 16g bermula RM2199
manakala untuk model iphone 5c 16g bermula RM1899
dan dikhabarkan juga model warna emas iphone 5s mencecah RM3ribu..
sama-sama tunggu nanti.


3 warna pilihan iphone 5s - space grey,silver dan gold  | sumber : imoe


21 Sep 2013

Segmen 1st Mama

Segmen 1st Mama
haaaaa..
banner mama ni baru ada kt blog shark,
ini tandanyer shark dh pun join segmen mama,
blog mama memang salah satu blog faveret di blog shark,
baru 4 bulan mama dalam arena blog,
hasil penulisan terbaik,
rajin blogwalking,
dalam 4 bulan blog beliau dah begitu trending di blog
congrat mama,

sesi blogwalking pula lepas nie,
memang ramai yang join segmen mama nie,
nantikan kedatangan shark di blog masing-masing.

kepada mama,
pujuk ler pakcik random tu pilih nombor shark.
hehehhe.



20 Sep 2013

Soalan Cepu Emas

untuk menjawab soalan cepu emas ni memang tak dapat lari,
sinonim dengan anak sulung,
tambah-tambah bila adik sudah pun lepas,

Pertanyaan sahabat blogger


shark punya jawapan?
" insyaallah 30 nanti "

sekarang sudah 27,
nak dapat anak buah dulu baru naik pelamin ke?

buat masa sekarang fokus pada pekerjaan dulu,
jodoh bukan boleh dibawa main-main,
sekali silap pilih merana diri dan orang lain,
so tak salah rasanya kalau jodoh tu lambat sikit

siapa tak mahu hidup bekerluarga kan,
hidup solo ni memang kadang-kadang terasa jugak.
duit topup sebulan RM30 belum tentu abis.
memang ramai jeles dengan statement topup shark nie.
dating dengan TV dan internet je di rumah :)

sekarang pun dalam proses juga ni,
nak tunggu jodoh jatuh dari langit memang susah ler,
jodoh buang tebiat namanya tu,
harap-harap ada ler jumpa nanti dalam radar pencarian shark.
amin.

 " satu-satunyer bunga sudah diambil 25 May 2013"
4 beradik dari kiri - along (shark) , angah , achik , adik

19 Sep 2013

Sepinggan Nasi Minyak

15 september
jam 5 pagi bangun,
bersiap untuk satu perjalanan jauh sempena cuti 16 september,
jam 7 bertolak dari kuantan,
singgah mencari sarapan,
Kopi O di pagi-pagi hari memang tiada tandingan.

menyambung perjalanan ke destinasi,
5 jam perjalanan akhirnya sampai ke Johor Bharu buat pertama kali
berpandukan GPS menuju ke rumah pengantin,
mudah sahaja rupanya.

"Datang ke negeri orang kena ler matching warna bendera"


setelah hampir 15 tahun tak ketemu,
akhirnyer kami bertemu di majlis perkahwinan Ketua Kelas Sekolah Rendah,
nasi minyak dilupakan,
bersalaman,berborak,bergambar diutamakan,
menggamit kenangan,bertemu kembali cintan monyet,bertemu kembali kaki buli,
jam 3 masing - masing mula beransur pulang,
Nasi Minyak menjadi santapan sebelum pulang,
(baru tahu adat orang jawa johor beri nasi kepada pengunjung)

jam 4 pulang ke Kuantan,
kali ni perjalanan pulang 4 jam.
sampai di rumah terasa keletihan yang amat.
berakhir satu perjalanan untuk sepinggan nasi minyak.

mandi dan berehat,
telefon tak berhenti berbunyi,
mesej dan nombor yang 15 tahun hilang akhirnya bertaut kembali,
tersenyum dan penat harini terasa hilang,

16sept - 17sept
demam 2 hari..
hehehehe.

18sept
mula mencari rentak kerja.

19sept
kembali normal


14 Sep 2013

malam minggu malam Hantu TV

malam ni memang sibuk dengan jadual rancangan TV,
banyak pula rancangan menarik,
boleh jadi hantu TV malam nie

start pukul 8 semestinya kene tengok berita berita semasa,
berita pilihan shark adalah berita TV9,

pukul 8.30 hingga 10.30 layan bola,
sokong  Harimau Muda beraksi di Final,
tapi malam ni ada pula Konsert AF,
boring aksi bola layan AF,
boring AF layan bola,
heheh.

konsert pertama akademi fantasia 2013
Rancangan Menarik Malam ini

selepas bola,
Jam 11 - 2 pagi menanti pula Running Man,
entah episod mana pula malam nie,
tak sabar nk tengok aksi girafah dan awek Ji Hyo..

Jam 12 - 2 pagi ada pula bola,
kali ni Liga Inggeris,
team faveret shark  main,Chelsea,

Chelsea vs Everton
Rancangan menarik tengah malam ini
antara Running Man dengan Chelsea ni memang susah nak pilih,
main alih-alih siaran je lar jawabnya nanti,

memang boleh rabun mata duk depan TV jer malam nie.
hehe..
rumusannya jam 2 pagi baru tido,
memang standard time tido malam minggu.
boleh ler  blogwalking malam sampai ke pagi nanti,

nak mimpi Ji Hyo malam ni :)

Segmen Simple & Mudah

Segmen Simple & Mudah by Yumida


Kucing pink milik Yumida sedang bermain di blog shark..
ini tandanya shark dh join contest Yumida,
ini tandanyer shark dh dapat 2 undian untuk dipilih nanti,
tarikh tutup 21september.

saper nak kucing pink ni main kat blog dia rajin rajin ler join.
klil banner untuk join.






13 Sep 2013

disebalik nama Bison

Bison ni memang popular dulu tahun 90-an didalam video game
kaki game mesti tak lupa akan nama Bison nie..
Raja dan bapak segala penjahat,
kalau main vdeo game memang selalu jugak ler kalah lawan mamat ni
hehe..

bison street fighter
Bison Street Fighter |  foto : google


Bison ni ada jugak spesis binatang,
boleh jugak kategori dalam bapak segala lembu,
badan dia memang besar,
sebab tu bison dalam game pun berbadan besar.

American Bison | foto : google


Yang terbaru,
Bison adalah sejenis kenderaan 4X4,
sekali lagi saiz besar menjadi tarikan nama BISON nie.
dikeluarkan pada bulan julai yang lepas,
dan jugak iklan nuffnang yang baru muncul di blog masing masing.
BISON SAVANNA - FOTTON MY ROADSHOW

bison savanna
Bison Savanna


dijual pada harga RM71,488 sehingga RM79,888
boleh klik iklan nuffnang di blog shark untuk maklumat lanjut :)
atau layari funtasticko - bison savanna.

kenangan bermain Sabun dan Daun

sekitar tahun Y2k (2000)
fenomena sabun dan daun menular,
siapa yang memiliki sabun dan daun dikatakan hebat ketika itu,
boleh dikatakan bermula era baru dalam dunia telefon.
Nokia 7610 (daun) dan Nokia 6600 (sabun),
shark pernah memiliki kedua-dua model ini.

Nokia 7610 ( daun) dan Nokia 6600 ( sabun)  | foto : google

jenama Nokia yang mahal ketika itu digantikan dengan nama yang klasik,
sabun dan daun menjadi pilihan,
tak perlu susah susah nak ingt nombor model kalau beli,

ketika itu model ini sudah dikategori dalam smartphone,
sudah boleh melihat vdeo dengan klip 3gp,
lagu MP3 boleh dijadikan ringtone,
pesanan begambar MMS,
kemera ketika itu hanyalah sekitar 1-2megapixel.
zaman angry bird ketika itu masih belum wujud,

casing juga boleh ditukar ketika itu,
pelbagai corak dan warna boleh dapat,
begitu jugak aksesori,
keychain anak patung,keychain boleh menyala ketika call,
memang meriah pakai telefon waktu tu.

fenomena aksesori telefon


tahun 2013,
masing-masing sudah matang,
perasaan malu dan segan timbul,
penggunaan casing dan aksesori sudah berkurang, 
jenama NOKIA semakin tenggelam,
jenama Mesin Basuh ,Samsung mendapat tempat pada tahun 2013.




12 Sep 2013

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com



Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga 30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

11 Sep 2013

Sekali lagi ke Mexico..wuhuuu~

jum ke Mexico versi Wordless Wednesday

Mexcaltitan , Mexico | foto : google

sebuah bandar kecil,
populasi anggaran 800 orang,
juga dikenali sebagai 'Mexico Venice'
apabila musim banjir - bot menjadi pengangkutan utama

Berjalan Tanpa Melihat..

Zaman sudah Maju,
Teknologi makin canggih,
Manusia juga turut terkena tempias,

perasan tak sekarang ramai org berjalan tanpa melihat jalan?
sudah menjadi trend dan tabiat orang zaman sekarang,
berjalan menggunakan smartphone,
berjalan menggunakan skrin telefon,

orang tu berjalan sambil balas mesej,
orang tu berjalan sambil main FB,
orang tu berjalan layari internet,
orang tu berjalan pegang iphone/ipad,
orang tu berjalan pegang samsung note,s4,
hebat sungguh orang sekarang,

mata tak perlu tengok jalan dah,
tengok skrin telefon dh cukup,
dah boleh nampk jalan kt telefon masing2,
dah boleh tau trafic light hijau ke merah,
dah boleh tau longkang kat mana,
bila telefon jatuh mula mengamuk,
bila kene hon mula maki hamun,
pastu kecoh 1 fb.

alahai......




10 Sep 2013

60 Pemenang Dicari

Contest terbaek setakat ini,
bukan contest dari shark yer.
ini dari Digi - 60 Vespa in 60 Days


60 Vespa in 60 Days | Digi

Peraduan Digi ni memang menarik,
hanya perlu langgan internet prepaid jer,
harga untuk langgan bermula dari RM 7,
Jawab satu soalan dan Vespa Kuning akan menjadi milik anda,
cukup bertuah dengan hanya RM7 dah boleh dapat sebiji vespa :)

Vespa Model LX150 untuk pemenang DiGi

Vespa bukan sebarang vespa nie,
vespa ni model LX 150 keluaran tahun 2012,
Harga di pasaran dalam RM8ribu,

LX150 ni memang ada dalam target shark nk rembat,
sebab shark ni memang peminat skuter.
hajatnya raya haji nanti nk hantar rombongan merisik :)

cara - cara untuk memenagi sebuah Vespa


dengan Digi hanya modal RM7 - RM68 boleh bawa pulang Vespa kuning ini,
Kepada pengguna Digi semoga berjaya,
ambil peluang sebaik mungkin,
internet untuk anda juga.
layari DiGi unutk maklumat lanjut

Peraduan Digi ni bermula dari 02 September - 31 Oktober ,
ini bermakna CPUV nuffnang ni akan kekal sehingga 31 oktober,
beruntung siapa dapat CPUV nie :)


Antara model yang telah diubahsuai | foto : adam



Notis Kepada Penggemar Gajet

notis ringkas kepada penggemar gajet,
dan juga kepada penggemar smartphone,

selepas sony keluarkan model terbaru smartphone - Sony Xperia Z1,
Samsung jugak turut tidak ketinggalan dengan Samsung Galaxy Note 3,

Awal pagi nanti,
salah satu produk telefon terkemuka,apple turut melancarkan model baru iPhone,
dikhabarkan akan ada 2 model iPhone kali ini.

  • iPhone 5c - model iphone harga murah
  • iPhone 5s - upgrade daripada iPhone 5

Packing iPhone 5s ?  | sumber : businessinsider

Model iPhone 5c yang dikatakan model iPhone yang murah  | sumber : businessinsider

tidak pasti mana satu yang akan diperkenalkan oleh  pihak apple,
yang pasti iPhone kali ini akan diberi nafas baru dengan sistem ios7,
ios7 dikatakan memunyai interface yang menarik kepada pengguna.

untuk model iPhone 5s akan dilengkapi ciri-ciri teknologi baru,
sensor fingerprint pada home buttom - tidak  perlu tekan lagi untuk home button,
kemera jugak dikatakan lebih baik dari iPhone 5,


interface baru iPhone dengan ios 7 : sumber : Google


jadi kepada penggemar gajet,
jangan lupa awal pagi nanti pelancaran model baru iPhone.
jam 1 pagi ( 11sept )
boleh rujuk Google untuk link streaming nanti.

9 Sep 2013

Tips Mencari Jodoh Alaf Baru

sekali sekala apa salahnya shark bawa cerita berat sikit.
harini shark nak bercerita tips mencari bakal suami atau isteri,
kepada blogger yang masih bujang tang tang boleh follow,
tak kesah ler lelaki atau perempuan,
sama -sama ler kita mendirikan masjid kelak,
satu ibadah tu..

pakwe atau makwe memang senang nak cari sekarang,
cuma nak cari suami atau isteri yang susah,
kalau ilmu masih belum cukup jangan mimpi di siang hari nk kahwin,
kalau belum bersedia jangan mimpi nak naik pelamin,
zaman sekarang cukup mudah,
tempoh pengenalan sudah menjadi syarat untuk berkahwin,
"kita dah kenal 3 tahun,jum kita kahwin"
tempoh pengenalan jugak akan menjadi syarat untuk anda berpisah.

mari shark kongsikan panduan berguna untuk mencari bakal suami atau isteri
panduan yang cukup mudah dan simple


Panduan Mencari Suami / isteri 
  • Nak yang Pandai - Cari suami / isteri Cikgu
  • Nak yang Sihat - Cari suami / isteri Doktor
  • Nak yang Galmour - Cari suami / isteri Artis
  • Nak yang Gaduh - Cari suami / isteri Samseng
  • Nak yang Sembang sembang - Cari suami / isteri Penceramah
  • Nak yang Warak - Cari suami / isteri ustaz / ustazah
  • Nak yang Gemuk - Cari suami / isteri Chef
  • Nak yang Selamat- Cari suami / isteri Polis
  • Nak MAMPUS - Cari suami / isteri orang !!!

hehehehe...
jangan marah yer..
mood menghilangkan Monday Blues,
tips kat atas tu shark ambil dari keratan akhbar semalam,Pancaindera - Berita Harian,
memang menarik untuk dikongsi bersama.

7 Sep 2013

Segmen Tinggalkan Url Blog / Url Entry

Segmen TInggalkan Url Blog / Url Entry oleh  Yumida

mana boleh tak join segmen senang nie..
Yumida pulak tu yang buat,

shark br jer update blog Yumida kt list Best Blogger shark.
baru perasan dia letak link blog shark kt blog dia.
thanx Yumida.

kene support walaupun last minit.
hope ada rezeki ler dengan 2 penyertaan nie.

Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq

Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq


mana boleh tak join kalau uzu dan Dedeq nk kasi topup..
nak nom talipon pun shark bleh kasi..
shark pengguna Hotlink :)

saper lagi nk topup bleh join Segmen Sabtu Emas Putih & Dedeq ni
nk nom telefon uzu dan Dedeq je tak boleh :)

Demam Akademi Fantasia




demam Akademi Fantasia merebak lagi..
tahun ni dah masuk musim ke-10..
shark merupakan salah satu jugak ler pengikut AF ni..
4 musim shark pengikut setia AF dulu..
tapi tak pernah pun hantar undi..
buat layan sekadar hiburan sahaja.
  • musim 1 (Vince)
  • musim 2 ( zahid)
  • musim 3 (mawi)
  • musim 6 (stacy)
tahun ni shark rasa akan jadi pengikut setia juga.
konsep dan tenaga pengajar kali ni lebih menarik.

Arja Lee turut terpilih untuk 12 pelajar AF 2013

Malam tadi sudah terpilih 10 calon ke untuk menjadi pelajar AF,
malam ni akan ada 2 lagi pelajar terpilih bedasarkan undian,
Arja Lee yang berlakon dalam drama Misiku Kuza pun terpilih kali ini,
biasa-biasa jer suara dia..
Fida yang dikatakan ingin bertanding tidak tersenarai untuk calon akhir.

shark sudah ada calon faveret shark,
kompom calon faveret shark ni akan masuk final..
kita tunggu dan lihat nanti:)

calon faveret shark AF 2013


jangan lupa kepada peminat AF,
malam ni akan ada Konsert Prelude TOP 12 LIVE di Kuantan,
sempena Karnival Gempak Astro,
shark tak pergi ler tengok walaupun dekat,
lagi syiok tengok dalam TV.
 
saksikang siaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Maya HD (135)
tonton secara online juga boleh di Astro Gempak - KOnsert Prelude TOP 12
Konsert bermula jam 9malam.


6 Sep 2013

Nota ke-3 Samsung

semalam baru jer shark keluarkan entri smartphone terbau dari Sony - Xperia Z1..
hajatnyer nak ler pergi merisik nanti..
tapi Samsung pula datang menggoda..
kali ni Samsung dah lancarkan Smarphone Terbaru - Galaxy Note 3

Samsung galaxy Note 3 | foto : engadget

Apa yang menarik Galaxy Note 3 kali ni?

Cover belakang dikemaskini dengan cover kulit.
skrin 5.7inci FULL HD AMOLED  | Note 2 (5.5inci HD SUPER AMOLED)
3G RAM  | Note 2 ( 2G RAM)
13MP Camera belakang   |  Note 2 ( 8MP)
2MP Camera depan  | Note 2 ( 1.9MP)

shark yakin Galaxy Note 3 ni sekali lagi menjadi kegilaan para wanita..
memang nampak kemas cover belakang note 3 kali ini,
multitasking pula memang  menjadi killer untuk produk galaxy note.
boleh buat 2 kerja dalam 1 skrin,
boleh tonton video dan youtube dalam FULL HD.

Multitasking teknologi terbaik dalam semua model smartphone  | foto : Cnet

akan berada di pasaran Malaysia pada 25 september ini..
tonton video dibawan kalau nk tahu lebih lanjut..
kalau dah tonton shark yakin memang ramai x sabar nak memiliki Galaxy Note 3.
untuk maklumat lanjut boleh klik di sumber foto.

Lagu Tegar versi Minyak 20sen

Request dari shark untuk zikri zain

semua orang dah hafal kan lagu tegar - Aku yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang,
shark pernah keluarkan satu entri pasal budak ni - Tegar yang bertuah
sekarang lagu tu dh tak popular dah.
sudah diganti dengan lagu versi minyak.
hehe..

PENYANYI: MISKIN TEGAR -
LAGU : MINYAK YANG DULU BUKANLAH SEKARANG
LIRIK : BAZAIE

minyak yg dulu bukan lagi sekarang...
dulu seringgit sembilan sekarang dua ringgit sekupang...
dulu...dulu...dulu... aku bahagia..
sekarang aku menderita...

cita citaku nak pandu kereta mewah
duluku senang sekarang ku jadi susah
terimakasihlah pada kerajaan memerintah..
membuat cita-citaku punah ranah..

hidupku, dulunya seorang bisnisman..
pulang lewat selalu bawa wang berguni..
bila minyak dah naik tidak lagi begini...
semuanya habis bayar itu bayar ini....

sekolah duluku tak belajar tinggi..
terpaksalah aku bekerja sendiri..
berkerja siang malam cari rezeki
tak sangka pulak nak jadi begini...

hidupku dulunya seorang bisnisman
pulang lewat selalu bawa wang berguni..
sejak minyak naik ku jadi begini..
mungkihkan tahun ini dapat BRIM lagi..


kreatif..
Lirik dan Lagu ni dibuat oleh rakan shark dari geng photographer kuantan,
Lirik ni dibuat oleh Bazaie..
gambar dia shark pernah share dekat entri - iftar di Kuantan
lagu dan penyanyi pulak oleh zikri zain,
jum layan.

5 Sep 2013

GiLo sungguh ini Orang !!

fuhhhhhh...
itu jer yang shark boleh kasitau perihal KL Gangster 2..
shark sempat tengok 1jam sewaktu lunch td..
memang terkejut jugak ler singgah kedai makan td..
dah ada CD cerita ni??
Poster KL Gangster 2 | tayangan : 03 oktober 2013

dari segi cerita  memang tak dinafikan terbaik..
tak boleh cerita..
kene tunggu di pawagam 3 oktober nanti.
yang pasti memang kompom  hit dari KL Gangster 1..
10 bintang shark kasi untuk KL Gangster 2.

tapi yang shark ralat ialah orang yang keluarkan cerita ini..
memang gilo ini orang,
100% jalan cerita boleh tonton .
100% gambar clean n clear
dah macam CD original..
memang patut ler syamsul dan poduksi bengang.
tak berasa salah ker orang yang buat kerja ni?

walaupun shark dh tengok,
tapi rasanyer kt wayang lagi best tonton.
memang betul kata Datuk Yusof - "50% jer boleh feel,,100% kat pawagam"
shark akan ke panggung untuk KL gangster 2 ni.
 
Pengarah dan Pelakon - Syamsul aka shark  | sumber :  Facebook


yang pasti shark akan feymes nanti dalam KL Gangster 2..
hehehe..
sebab nama shark akan disebut sebut dalam cerita ini..
dilakon pula oleh pengarah sendiri..
terima kasih ler syamsul sebab bawa naik nama shark..
boleh minta komisyen nanti.