31 Aug 2013

Merdeka bersama Google

Menarik interface google harini..
Terpampang bendera malaysia..
Selamat Hari Merdeka semua..
Jgn lupa sudah 56 tahun kita merdeka.

Cuaca agak baik di kuantan harini.
Jum #merdeka56 di instagram..
Sama sama meriahkan hari merdeka.
Follow shark juga di instagram/sharksuke.

Published with Blogger-droid v2.0.10

30 Aug 2013

Mesti Singgah - The Muslim Show

harini shark nk berkongsi satu page community yang menarik di FB
The Muslim Show 

 The Muslim Show - The Daily Life Of French Muslim

merupakan satu siri komik berunsurkan islamik,
kartunis dan pencetus komik ni berasal dari France,
kartun-kartun yang mereka hasilkan penuh dengan nasihat/sindiran,dan tauladan.
dan yang pasti akan ada yang terasa dengan kartun-kartun mereka,
berkisar tentang realiti kehiudpan kita seharian,

singgah ke page The Muslim Show,
pasti tidak mengecewakan,
shark kongsikan antara kartun yang menarik daripada mereka,


gelagat budak-budak di Masjid. | The Muslim Show

Kegunaan smartphone ? | The Muslim Show

Alasan  | The Muslim Show


29 Aug 2013

Syarat Baru Menonton Wayang

dapat info dari seorang rakan facebook..
berdiri nyanyikan lagu Negaraku sebelum wayang bermula.
lokasi di TGV Bukit Raja.

Dengar lagu Negaraku sebelum tonton wayang - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

katanya akan dilakukan sehingga 16 september ( Hari Malaysia )
itulah cadangan menteri Komunikasi Dan Multimedia kita sempena Hari Kemerdekaan ke 56.
sumber : Sinar Harian  | Utusan Melayu

mungkin rasa kekok dan kelakar kan,
bagi shark tak salah mencuba ,
tengok bola di stadium pun kita lakukan bnda yang sama,
stakat nyanyi tu apa salahnya,
kalau poco-poco pn kita tak segan buat,
inikan pula lagu Negaraku.

cita-citaku menjadi Orang Kaya

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku di sayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

cukup sempurna lirik lagu diatas..
rangkap pertama yang pnuh dengan makna..
kisah perjalanan seorang anak muda yang kini begelar superstar di Indonesia

Cita citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semuanya

siapa sangka cita-cita beliau tercapai,
menyanyi di satu tempat ke satu tempat membawa perubahan kepada beliau,
seorang pemuda telah merakam aksi beliau dan upload di Youtube
Video Tegar sebelum terkenal - Pengomen Cilik Kota Subang

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang receh
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

pengamen atau di malaysia disebut penyanyi jalanan menjadi sumber rezeki beliau sejak berumur 7 tahun lagi,
dari seorang pengamen kini beliau seorang penyanyi,
pada usia 12 tahun dia sudah mencapai cita cita beliau,
sudah boleh membantu 3 adik beradik dan keluarga sendiri,

Tegar menjadi fenomena baru industri muzik di Indonesia | foto : Google


ituler TEGAR,
yang kini popular dengan lagu "Aku Yang Dulu"
secara peribadi shark memang minat lagu nie,
lirik kisah hidup dan melodi yang sempoi,
tambah pula dengan suara kecil beliau,
memang layan abis.
tahniah buat TEGAR.

Lirik :Blog  Lirik Lagu Karen
Kisah Tegar : Rizkyonline

28 Aug 2013

Wordless WednesDay Nasi Kambing

update dari Nasi Kambing Dan Anak Yatim..
kali ni versi Wordless Wednesday

acara melahap durian  | foto : Ardilah Abd Manaf
Meraka minat Durian | foto : Muhammad Muslimi
Rezeki adik adik di Baitul Husna | foto : Muhammad Muslimi

 
gembira dengan aksi silap mata | foto : Muhammad Muslimi
Nasi kambing | foto : Muhammad Muslimi
Mereka gembira | foto : Ardilah Abd Manaf
Terima kasih semua | foto : Ardilah Abd manaf

27 Aug 2013

Gaji Dia RM1 juta seminggu

phew,,
dapat 1 juta seminggu boleh pecah otak rasanya,
dalam 1 bulan dh dapat 4 juta,
itu belum masuk komisyen dan bonus,

ituler gaji seorang pemain bola sepak.
beliau yang dimasukkan ialah Gareth Bale.

Gareth Bale , Tottenham Spurs | foto : Google

 Bale merupakan pemain bolesapak Liga Inggeris - Tottenham Spurs,
dan akan berpindah ke Liga Sepanyol - Real madrid ,
sekarang dia menjadi perbualan hangat peminat bolasepak,
jika dia berpindah ke Real Madrid maka gaji untuk satu minggu beliau ialah 300,000 pound sterling,
300,000 pound sterling tukar kepada Ringgit Malaysia..
berapa?
Pound sterling kepada Ringgit Malaysia
tu dia,
RM 1 juta +++++ kalau tak silap,

 11 | foto :Google
sampai sekarang masih tiada berita sebenar adakah Bale akan berpindah,
nanti shark akan update lagi pasal Bale nie.
cukup ler stakat ni tahu pasal gaji dia.


 


Mexico,here i come :)

San Buenaventura Housing Complex  | foto : National Gheoraphic
Percaya tak kalau rumah diatas tu adalah realiti?
tengok kali pertama memang tak percaya,
sekali pandang macam rumah LEGO,
dua kali pandang macam rumah game SimCity..

Gambar diatas telah dikeluarkan dalam laman web National Geographic,
kalau dah keluar dalam NG memang itu adalah realiti,
mungkin gambar diatas ada edit dan teknik fotografi.

47,547 rumah pada tahun 2011 | foto : Culturehall

cuba search di Google - ixtapaluca atau San Buenaventura Housing Complex,
memang wujud kawasan perumahan ini,
mengikut informasi yang shark tahu,
rumah ni adalah rumah kos rendah,
  
cuba bayangkan kalau ini berada di Malaysia,
boleh sesat rasanyer kalau datang kawasan ni,

shark ada beberapa lagi kawasan perumahan yang menarik,
semuanya dari photographer luar,
kalau tengok memang menangis.
shark akan kongsikan bersama2 nanti.







26 Aug 2013

Nasi Kambing Dan Anak Yatim

sedar tak sedar sudah sampai syawal ke -19 harini..
masih ada lg ker sesi beraya nie?

Rumah Puteri Anak Yatim Baitul Husna Bukit Sekilau,Kuantan,Pahang  | Foto : Facebook Azian Ali

Semalam shark bersama rakan rakan  Persatuan Jurufoto Kuantan (PJK) telah menyambut syawal bersama anak-anak yatim di Baitul Husna , Kuantan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Pasangan Kembar , 7 tahun menarik perhatian kami semalam | foto : facebook Fikri Amin

di Baitul Husna ni semuanyer penghuni wanita,
ada lebih kurang 20 penghuni semuanya,
terdiri daripada sekolah rendah hingga menengah,

Menu Special Nasi Kambing | Foto : facebook Syed Azimal

pelbagai menu juadah untuk mereka semalam..
  • cendol
  • aiskrim
  • durian
  • kek
  • Nasi kambing

mereka gembira dapat makan durian | foto : facebook Fikri Amin

Alhamdulillah kali ni rezeki mereka murah..
ramai juga individu yang bagi sumbangan,
daripada makanan,duit raya hingga ke set televisyen.

yang penting semalam kami berpuas hati melihat senyuman mereka,
Lihat saja gambar sesi makan durian bersama mereka diatas,
mereka semua memang hantu durian rupanyer,
memang puas hati tengok diorang makan semalam.

kemungkinan shark dan rakan-rakan akan kembali ke sini..
kali ni untuk sesi gotong royong,
semalam ada perasan beberapa tempat yang perlu dibaiki,
harap akan terlaksana nanti.



Dari Dunia Bolasepak Ke Dunia Komik


Dari Kiri Faiz Subri , Daudsu , piya , wira , Indra , Apek , farhan | sumber : facebok Wira

tahukan semua team bolasepak Kelantan (The Red Warior) sudah ada komik sendiri?
dari dunia bolasepak masuk ke dunia komik..
karakter-karakter dalam komik semuanyer diambil dari pemain pemain kelantan..

Pelancaran Komik Wira 1  | sumber : facebook Wira

Hari Raya ketiga baru-baru ini sudah dilancarkan komik Wira episod 1,
dirasmikan sendiri oleh tan Sri Anuar Musa di Majlis Rumah Terbuka Beliau,

Episod 1 komik Wira  | sumber : facebook Wira

dan yang pasti komik ni terdapat di Kelantan sahaja pada harga RM5
dan kepada di luar kelantan boleh online shopping di web Bumi Bola
ingin maklumat lanjut perihal komik ni boleh ker facebok Wiracomic

24 Aug 2013

Pin-pin Hon-Hon


Pin Pin~Hon hon | sumber:Google
ini ler pekara yang paling shark pantang kalau duduk dalam kawasan kejiranan..
tak pandai nak bagi salam,
parking kereta depan rumah main hon jer..
selagi tuan rumah tak keluar selagi tu ler hon tu berbunyi..
selagi tak nampak muka awek selgi tu tangan duk gatal nk tekan..

kalau hon tu sedap bunyi tak apa ler jugak,
ini 2 km pun boleh dengar hon kereta kamu tu..
telefon ada di tangan,
apa salahnya call tuan rumah tu,
nak jugak dia picit hon.

aduiyaiiii~
malas betul orang zaman sekarang,
tiada adab pulak tu..
apa salahnyer keluar sekejap bagi salam..
choiiiiiiii~

23 Aug 2013

Nuffnang FoodFest 2013

"Tweet To Eat #NNFoodFest" | sumber : facebook Nuffnang


Tarikh : 05 October 2013
Masa : 04PM - 10PM
Tempat : Sunway Pyramid - Blue Atrium


tak perlu bawa dompet..
bawa smartphone dan tw(eat)... 
hanya perlu tweet untuk makan..

"Nuffnang Food Fest 5 October 2013" | sumber : Facebook Nuffnag


lebih 50 gerai disediakan untuk #NNFoodFest nanti..
aktiviti sampingan juga ada disediakan seperti
  • Social Media Currency
  • Cooking competitions
  • Food photography workshops
  • An evening of tastebud-tickling fun! 
sudah semestinyer Festival anjuran Nuffnang tidak mengecewakan.
dan shark yakin ramai rakan rakan blogger akan turut serta..
shark tengok gambar je lar nanti..

pastikan #NNFoodFest sudah ada dalam kelendar bulan october nanti,,
Eat - Explore -Enjoy

Uniknyer sambutan Merdeka Di Malaysia

tengok bendera jer ingat merdeka,
ingat merdeka ingat bendera,
budak budak kalau tengok bendera jer sebut merdeka..
hehe..
bendera tu dah menjadi lambang kemerdekaan..

jom kita tengok gambar gambar sambutan merdeka kali ini,
Merdeka dimana -mana.
begitu unik sambutan kemerdekaan di Malaysia.
semua foto dari Hmetro Online


"PENIAGA durian, Mohammad Syahrul Ainuddin Salleh, 17 (kiri) dan Mohd Yusof Mat Noor, 50, giat memasang Jalur Gemilang bagi menghangatkan suasana bulan kemendakaan pada motosikal yang dipenuhi durian ketika berniaga di tepi jalan Binjai Rendah, Kuala Terengganu. FOTO Aswadi Alias"


"MOHD Jumaro Marzuki, 56 bersemangat menghias kediamannya dengan Jalur Gemilang sempena persiapan menyambut hari kemerdekaan ke-56 di Felda Raja Alias 4, Jempol, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman."

"WAN Rahimi Wan Mohktar, 51 menghias keretanya dengan perkataan "Merdeka" dan Jalur Gemilang bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan. Wan Rahimi membelanja hampir RM600 untuk menghias kereta dan halaman rumahnya di Tanjung Lumpur dengan jalur gemilang. FOTO Halim Mat Ali"

tidak dilupakan juga.....
 "Kediaman keluarga shark di Bandar Indera Mahkota 2,kuantan,pahang"

22 Aug 2013

GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013

"GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit raya 2013"

Duit raya lagi..
kali ini awex YUi pulak nak kasi..
mana boleh shark tak join..
YUi salah seorang  TOP10 pengomen di blog shark nie..

boleh pulak yui tanya kenapa nak duit raya....
isk isk isk..
ni jawapan shark..

Corat Coret Nusha blog pilihan ramai,
Si cantik manis YUi pilihan hati,(^_^)
Duit Raya Duit Topup kasi ler kat sini,
boleh ler shark wechat yui nanti (^_^)

amacam YUi,
ada calon2 juara x..
hehehe..

saper bleh celen pantun shark nie..
cepat cepat,
sampai pukul 9 mlm ni jer..


Segmen Gempak Mieza Jhaa K




Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen :
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.


Rumah Baru,Orang Lama,Alamat lama

disebabkan follower makin bertambah,
dan pengomen makin bertambah,
shark kasi update sikit blog ni kasi nampk lebih kemas..
rumah baru tapi masih orang lama dan alamat lama :)

masih mengekalkan 3 column,
cuma kali ni shark kumpulkan 2 column di bahgian kanan,
dan entry di bahagian kiri,
nampak lebih kemas rasanyer,
ruangan entry pn nampak besar,

 "rumah lama"

sebelum ni column kiri dan kanan tu nampk ruangan entry shark kecil,
nampak serabut pun ada jugak..

template yang baru shark masih gunakan bTemplates
bTemplates memang bnyak design template yang menarik..
kene rajin ubahsuai ler sikit:)

shark akan ambil masa beberapa hari untuk complete template baru nie..
ada komen yang menarik dan kritikan yang menarik?
sila ler beri pendapat,,
shark no hal punyo~



21 Aug 2013

Poyeng Kasi Duit Raya!!!

Ini bukan GA,
ini bukan contest,
ini Wordless Wednesday versi Piala Malaysia.


Pemain pertahanan Pahang, Mohd Saiful Nizam Miswan atau lebih dikenali sebagai Poyeng, memberi duit raya kepada peminat-peminat cilik selepas perlawanan Pahang menentang Kelantan yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Darul Makmur malam tadi

"sumber photo : FikriAmin"

Eh...Terlabik Pulak

Wordless Wednesday versi Merdeka


Kejadian 19 ogos 2013
Hotel Grandcontinental Kuantan
sumber : FBGroup/Kuantan

20 Aug 2013

Perhatian Orang Pahang , Orang Kelantan



perhatian perhatian..
khusus untuk orang pahang dan kelantan..
jangan lupa malam ni kita ada pertembungan..
Merebut tempat untuk menjurarai Piala Malaysia..
heheheh..

"Jadual Perlawanan Piala Malaysia-Pusingan 1"


Perlawanan pusingan pertama akan bermula malam ini,
RTM dan Astro Arena akan bawakan perlawanan secara langsung.
semua perlawanan bermula jam 8.45

( TV1 ) RTM : PKNS FC vs JDT
( 801 ) ARENA : PAHANG vs KELANTAN

malam ni berperang ler dalam umah..
mak orang pahang..
abah orang kelantan..
hahaha..

shark semestinyer memilih Hitam Putih - Pahang:)
Hogoh Pahang Hogoh
tak dapat nak ke stadium malam ni sebab cuaca diramal hujan..

Saya nak Duit Raya Cik Misya!!!

"Contest : Saya nak Duit Raya Cik Misya!!! (v2)"

sebelum jam 12 malam ni..
ada baiknyer shark join contest cik misya nie..
dapat jugak ler duit raya kalau ada rezeki..
thanx to PCL dan kak diana sudi tag..

cerita shark dan duit raya?
ceritanyer bermula disini.

shark start collect duit raya umur 10 tahun,
bawah umur 10 tahun shark masih seorang budak yang pemalu (kata mak)
shark kira beruntung ada 2 kampung..
1 di Bukit Sekilau,Kuantan,Phang
1  di Kok Lanas,Kelantan

Di kuantan shark beraya dari rumah ke rumah,
walaupun tak kenal siapa tuan rumah..
shark terjah jugak,
dalam kepala nak collect duit jer..
dan rekod di kuantan x pernah kurang RM100..
biasanyer tu untuk rekod 2 - 3 hari beraya.
selagi x capai target selagi tu beraya.
Rumah cina pn shark beraya taw..
penangan otak budak2 dulu..
kadang2 dapat limau / kadang2 dapat angpow..
sebab dulu kita ada jugak kongsi raya dgn tahun baru cina
paling banyak dan sikit shark tak pasti
sebab mak yang biasa kira
kalau tak silap RM100 paling sikit dan RM200++ paling banyak


Di kelantan pula shark tidak beraya ke rumah2,
shark hanya beraya di rumah atuk sahaja.
kenapa?
sebab saudara mara di kelantan ada berpuluh2..
heheh..
atuk shark kawin 2
dan rumah 2 nenek tu dekat jer..
so dalam sehari tu boleh collect RM 100+ sahaja dari sedara mara,
time skolah rendah pakcik dan makcik kasi RM5 paling tinggi
time skolah mnengah/kolej pakcik dan makcik kasi RM10..
paling banyak dan sikit pun shark tak pasti jugak
kalau tak silap RM200 paling sikit dan RM300++ paling banyak

so ituler kisah shark dan duit raya..
sekarang?
tak dapat dah..
time shark pulak kene pow ngan budak-budak..
hahahah.
untuk penuhi syarat shak tag 3 Follower baru shark .



Tapau Tak Bertempat..

Tapau di majlis Majlis Rumah Terbuka?
memang sesuatu yang tak dapat diterima..

tak tahu ler apa yang bermain di fikiran mereka..
tak tahu ler mana diorang letak muka..
tak tahu ler mereka ni ada adab ker tidak.
yang pasti sikap tapau di Majlis Rumah Terbuka memang tak dapat diterima.

"keratan akhbar The Star 10 ogos di kampung datu,Sibu"


 
"Rumah Terbuka Tun Mahatir baru-baru ini"



19 Aug 2013

Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku.

sudah 26 tahun shark tinggal di Malaysia..
sedar tak sedar dah 56 tahun Malaysia Merdeka..
alhamdulillah..


"Tema Merdeka ke 56 : Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku"
sumber : Malaysia Merdeka


Tahun 2013,
Malaysia sudah pun menyambut hari Kemerdekaan ke-56,

MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU 

menjadi tema untuk majlis kemerdekaan kali ke -56..
unutk info lebih lanjut mengenai sambutan Kemerdekaan boleh layari laman web dibawah


seperti tahun tahun yang lepas shark tidak ketinggalan untuk menyambut..
semalam sudah pun dipacak dan bekibar bendera di rumah shark :)
sudah menjadi rutin tahunan setiap kali bulan Ogos..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua Rakyat Malaysia.

18 Aug 2013

sudah pacak dan sudah berkibar

Mood raya sudah abis..
Mood merdeka pula..

Seperti tahun-tahun lepas juga..
Bendera akan dipacak dirumah sepanjang ogos..

Dan bermula hari ini,
Bendera Malaysia dan Pahang akan berkibar selama sebulan..

Syukur jadi anak Malaysia.
Bangga jadi anak Malaysia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking#4 Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

17 Aug 2013

Sudah Bermula

"EPL 2013/2014 "

setelah berbulan lamanyer menunggu..
setelan berbulan lamanyer menanti..
akhirnyer...
musim bola sepak EPL sudah bermula..
wuuuuuuuuuuuhuuuuuu~

"MALAYSIA - Cardiff City Champions 2012/2013"


apa yang menarik kali ni ialah Kelab milik Jutawan Malaysia - Vincent tan akan bermain di liga EPL..
dan semestinya nama MALAYSIA akan berada di padang EPL..
terbaik ler MALAYSIA..


"MALAYSIA -Cardiff City Jersey Home 2013/2014"

"MALAYSIA - Cardiff City Away and 3rd Jersey 2013/2014"


Team faveret shark?
besok baru update.
hehe.