29 Feb 2012

MalasDay Wednesday

harini shark baru baek dmam..
2 hari terlantar jer..
alhmadulilah arini sehat sket..

layan ler gambr untk hari rabu nie
hari malas:p

"model - bby zaim "
my new cousin

25 Feb 2012

boooo~ RTM

smalam Tv1 ada buat 1 konsert khas untk Allahyarham Sudirman..

"Konsert Sudirman Abadi Di Hati"

shark mmg semangat nk tgk semalam..
tp konsert semalam ternyata gagal

kenapa ler RTM wat konsert pakai Okestra
- tau ler Okestra kamu tu dh bertahan lamanyer
- tp xkn semua konsert nk pakai okestra
- lagu nk feeling jd x sedap

kak Pah plak mcm x prepare je nyanyi
- dahler nyanyi lagu best2
- tp mcm x serasi jer ngan okestra
- trus x sedap lagu jadinyer

lagu salam terakhir x feel
- saper ntah nyanyi lagu tu smalam
- naper x panggil datok ct jer nyanyi

sound system kureng
- sound system RTM mmg dari dulu shark x minat
- kejap ok kejap x.
- kejap suara pnyanyi kuat,kejap okestra kuat



tp kredit ler jugak pada RTM sbb sudi buat konsert..

kredit pada pengacara apek dan didi alias
- xdek ler bosan sgt smalam tgk diorg celoteh.
- xdek diorg mmg kompom boring
Klip video lg best dr nyanyian artis
- lpas tgk klip vdeo br tau mmg xdek org leh ganti beliau


yg pasti shark mmg x pueh hati konsert smalam:(
booooooo~

24 Feb 2012

Allah Selamatkan shark

baca dengan nada berlagu yer:)

Allah selamatkn diri ini,
Allah selamatkn saya,
Allah selamatkn Mohd Shakir Razali,
Allah selamatkn shark..
yeahhh
setiap tahun
genap 24 FEb shark menyambut hari lahir:)
tahun ni agak bertuah jatuh pd hari jumaat:)

"x caya lak mamat ni umo dia"

23 Feb 2012

gambo shark #2

sedikit koleksi gambr shark bermain ngan danbo:)
Lokasi : Taman Gelora , Kuantan


"romantik?"

"menunggu?"

"kecilnyer"


22 Feb 2012

Sudirman 20 tahun

22 Feb..
tarikh yg shark xkn lupa setiap tahun..
2 hari lepas tu besday shark:)..
sbb tu x lupa..

tp tarikh hari ni mmg shark xkn lupa..
pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad..

"Lagenda Penyanyi Nom 1"

22 Feb 2012 genap 20 tahun pemergian beliau..

Al - Fatihah shark sedekahkn

sedih x dpt tgk MHI di TV3 harini
MHI arini edisi khas sempena pemergian Allahyarham sudirman.
harap2 ada ler rekod pada tonton.com nanti

21 Feb 2012

Realiti Terbaru Astro - Mania

waaaa
rasanyer shark xkn ketinggalan nk tgk realiti show yg baru ni..
sumber : Era FM

"Realiti terbaru - MANIA"


apa yg best?
  • 12 artis terkenal bertanding ala2 Akedemi Fantasi
  • 100% Undian sms penonton
  • pengacara - Pak Nil
artis yg bertanding?
  • Stacy AF6 , Hafiz AF7 , Adira AF8 , Akim AF7, Hazama AF9
  • Jaclyn Victor , Shila Amzah
  • Atilia , Alyah , Awi Rafael
  • Kumpulan Estranged , Kumpulan Kristal.

Cikgu/sifu/mentor ?
  • M.Nasir
  • Ahmad Dhani
  • Obrey Suwito

Cara Pertandingan ?
  • setiap peserta akan dibahagi kepada 3 kumpulan
  • 1 mentor dapt 4 org peserta
  • semua lagu2 baru akan diberi
Bila ?
  • Setipa Sabtu , Jam 9mlm
  • Bermula 17 Mac
  • Saluran 104 , Astro Ria


"antara peserta sewaktu perasmian semalam -EraFM"


huh...
x sabo nk tgk..

kristal dan stacy pilihan utama shark

undi?
sori..
shark suka tgk jer:)

20 Feb 2012

boooo ~ Word Verification

sejak bila plak blog shark ada mende alah nie..
sblum ni dh disable...
tiba2 lak ada..
skang dh xdek dh..br jer disable

"kurang asam WORD VERIFICATION"

tu pn nasib baik blogger eMMe kasitau,,

shark mmg x minat kalu komen ada word verification.
xtau naper..
dulu ok ler pendek jer
skang dh makin panjang..
atoyaiii

thanx skali lg blogger eMMe..
jom terjah blog dia:)

Blog eMMe - Princess Caramadaries

fikir sejenak


Penumpang Kereta Tanpa Memakai Tali Pinggang Keledar Disaman RM300 Mulai 1 Mac 2011


Bermula 1 Mac ini, penumpang tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar akan disaman RM300. Itu tegas Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh, disamping dikenakan senarai hitam dan demerit sekiranya tidak menjelaskan bayaran saman dalam masa tiga bulan.

Datuk Suret Singh/Ketua Pengarah JKJR
"Kalau tak pakai saman 300 tidak ada tolak ansur di bawah kadar baru yg diumumkan yang akan kuat kuasa mulai 1 Mac yang tidak ada tolak ansur bagi yang tak pakai tali pinggang depan dan belakang."



skarang dh tahun 2012..
shark tgk sama jer..
penumpang blakang still x pakai tali pnggang belakang..
termasuk shark sendiri..hehehe..

degil atau undang2 main2 jer nie

17 Feb 2012

ada benarnyer...

shark tertarik ngan status kawan shark di FB ni...

"Mutakhir ini, SEBILANGAN kita cuma mengambil ceramah agama sebagai bahan untuk berhibur, mendengar celoteh dan lawak penceramah semata-mata. Sedikit sahaja yang benar-benar menginsafi dan memanfaatkan ceramah ini untuk perubahan diri.

Bak kata-kata seorang rakan; dengar ceramah agama semata-mata untuk gelak, gelak, diposkan ke status Facebook atau Twitter, namun yang tukang dengar pun tiada kesedaran untuk berubah"

ada betul kata2 dia..
shark sendiri pn ada rakan2 yg camni,,
termasuk diri shark sendiri..
pergi bukan main smagat..
tp...
masuk tlinga kiri kuar tlinga kanan..

"Ustaz popular skarang-dua2 shark minat"

15 Feb 2012

Contest Header Paling Comel/Smart

hahahaa
nk torai ler sbb contest ni simple jer..
Follow Blog Ikah pastu letak banner cam ni..

http://www.blogger.com/img/blank.gif""
"klik banner untuk ke Join"



gambr header shark?

"shark punya header"

comel ler jugak sbb ada kaler pink..
smart ler jugak sbb sempoi jer..
comel ler jugak sbb ada tulisan dan gambar..
smart ler jugak sbb buat sendiri.

MalasDay WednesDay

best jugak kalau gambr sendiri, edit2 letak quotes..


14 Feb 2012

Berita Menarik Ini Hari (140212)

sumber : Hmetro Online

Pesan IPhone 4s dapat Berus Cat

"telefon mainan,komik,berus cat yg diterima..bukan IPhone"

JOHOR BAHRU: “Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam.

Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.


“Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama,” katanya.

entry shark 10 januari- Berita Menarik Ini Hari (100112)

dh sah2 dia baca paper..
tp still lg nk beli..
aduiyaiii....
salah siapa???

13 Feb 2012

gambo shark#1

weeee
disebabkn skang ni ada beberapa faktor x dpt update..
shark nk tmbh segmen baru lg kt blog nie..
segmen ni simple cpat dan mudah untk shark update blog..
upload gambo jerk,

segmen ni shark buat untk share gambo2 yg shark amik..
dulu pnah wat 1 blog untk kumpul gambo2 nie..
tp agak leceh plak bila ada 2 blog..

skang dh ada 3 segmen kt blog shark
bleh chek kt tepi kanan blog ni - Segmen Menarik

ini gambo shark pertama

danBo sesat...
Kamera : Sony a390
Lokasi : Taman Gelora,Kuantan

9 Feb 2012

apa yg dop best..

arini masuk minggu kedua shark pakai fon baru:)
hehehe

"samsung Corby 2 kaler kuning:)"

maleh nk puji phone nie..
asik puji jer busan jugak
nk kutuk sket pasal fon nie

apa yg shark kureng pasal fon nie
  • kamera fix focus,2mp jerk..tp gambar not bad
  • xdek game yg best
  • keypad sms kureng..slalu salah type
  • design cam khusus untk awek2 jer
  • widget yg kureng
  • susah nk upgrade firmware


tu jer kot..
tp bila banding dgn harga..
fon ni mmg berbaloi2..
RM299 jer...
ok ler tue:)

7 Feb 2012

bila kucing maen bola....

hahaa
mlm ni terbantut jap team liverpool & totenham main bola..
gara2 seekor kucing masuk padang..
kucing sapo r tu..


6 Feb 2012

kecewa....

uhhhh...
hari minggu ni hari yg mengecewakan..
sdihnyer...


Chelsea 3 - 3 ManU

"team faveret,chelsea seri plak ngan ManU"


Harimau Malaya 1 - 2 Bahrain

" kelayakan olympik Game Over..."


walaupun kalah
team faveret tetap di hati
selamanyer...

2 Feb 2012

Berita Menarik Ini Hari (020212)


sumber : Berita Harian Online

Perang Facebook - Pelajar Perempuan Dibelasah

"mangsa,15 tahun"

KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

huh
ganas btuil pelajar perempuan skarang yerk
jgn plak pasni ada perang antara blogger plak.