31 Jan 2012

shark kaya.!!!!!!

masih lg dalam mood cuti..
rasa kureng jer mood nk update blog:(

mcm biasa pg2 dengar Johan melalut kt ERA FM
hahaha
mmg lawak mamat nie.

"ko mmg terbaek johan"

arini topik diorg jikalau aku kaya
mmg interesting..
saper x mau kaya kn

kalau shark kaya???

shark wat bodo je kot
dh kaya kn so wat apa susah nk pk lg..
hahahaha.........

"shark tngah praktis makan jagung..menu org kaya..nk jadi kaya katakan:p"

26 Jan 2012

Hidup Sepi Tanpa Gajet

sumber : Hmetro Online


"trendy atau keperluan?"

agak2 ler..
mampu x kita nk hidup tanpa gajet..
tanpa telefon...
tanpa laptop...
tanpa ipad...

sanggup ker?

20 Jan 2012

RM25 Ribu jer..

"skodeng sket rodtax"
sumber : www.ohmedia.my

perghhhhh...
kereta mmg tiptop...
ce skodeng rodTax jap...
RM25 RIBU jer....
korang ada???
haahahha

Pemilik Di malaysia :
  1. Sultan Johor
  2. Dato Mokhzani Mahathir
  3. Wanita Muda (20-an) di Kelantan

Model Kereta : Bugatti Veron
Harga Sebelum Cukai : RM4 Juta
Harga Selepas Cukai : RM12 JUta

Info Kereta ini
  1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
  2. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
  3. Bugatti Veyron ada 7 gear sama seperti kereta Formula 1.

18 Jan 2012

Berita Menarik Ini Hari (18/01/2011)

Bahana VCD XXX
Sumber : Hmetro Online

"tempat kejadian"

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.

aduiyai....
parah2...
pasni mesti ada keluarkn undang2 baru pasal tv dalam kereta.

16 Jan 2012

Titanic

kejadian Titanic kembali...
kali membabitkan kapal mewah Costa Concordia...
kejadian berlaku apabila kapal terlangar batu karang..

"keadaan kapal Costa Concordia"


untuk lihat lebih jelas klik link dibawah

13 Jan 2012

Comelnyer~

weeeeeee~...
comel x kekasih gelap shark ni...
hahaha...

"ala tomey tomey"

ini sewaktu Najwa Latif bersama Gayat dan crew CST Production...
najwa akan keluarkn Vdeo Klip terbaru nnti...
dan vdeo klip ni dirakam dengan gajet yg najwa posing tu-Gayat...

nk tau info lanjut pasal Gayat?
join diorg di facebook-Gayat

12 Jan 2012

Ustaz Azhar punya Buku

"Uztaz Azhar Idrus"
hensem x ustaz azhar nie
hehehe

"buku uztaz Azhar Idrus"

smalam terserempak dengan buku ustaz azhar nie.
nampk cam menarik..
tp shark lg minat dngar dlm vdeo..
menarik sikit:)
akan cuba dapatkn buku ini dalam masa terdekat.
saper yg dh ada maybe leh share sket..

11 Jan 2012

Guling-guling mlm ni

uhhhhh...
mlm ni rasanyer shark nk guling2 lagi...
last week pn dh guling2...
hari yg sama..masa yg sama...

"Tv2 Jam 10 mlm"

hahaha...
dh lama rasanyer x layan cter nie...
tu rasa nk tgk jer mlm nie...
dngar kata lagu2 pn best jugak...
mmg guling2 ler mlm nie...

last week dh layan Dil to Pagal Hei..
mmg terbaek ler layan last week...

jum pakat guling2 mlm nie...
Tv2 Jam 10 MLM..
peduli apa org cakap minat industan..
janji dpt guling2..

10 Jan 2012

Berita Menarik Ini Hari ( 10/01/2012)

Galaxy Lesung batu
sumber : Hmetro Online


"aduh...telefon galaxy jadi lesung batu"

Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.


TIPS MEMBELI SECARA ONLINE :
  1. pastikan gambar item adalah gambar sebenar..bukan gambar dr internet
  2. jalankn urusniaga secara COD
  3. untuk urusniaga postage..mita tolong rakan2 yg berdekatan dengan seller.

9 Jan 2012

Menarik Ini hari...

apa yg best arini ek 09-01-2012

  • Perhimpunan Bebas Anwar - x amik port
  • ramai member FB jd pengulas politik - no komen
  • Doktor gigi jadi Masterchef Malaysia
  • Chelsea mnang 4-0 FA CUp
  • pling best-BONUS INI HARI

ahhahaa
pedulik apa dengan yg lain
yg tau arini dpt bonus..
wwwuuuhuuhuhuhuh:p

7 Jan 2012

Berita Menarik Ini Hari (07/01/2012)

Bakar Bersama Gitar Kesayangan
sumber : Sinar Harian

"Mati Bersama Gitar Kesayangan"

KUANTAN - Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan menyedut gas helium (gas belon) dalam sebuah resort di sini sempat meninggalkan nota kepada keluarga meminta supaya mayatnya dibakar bersama gitar kesayangan manakala abunya ditabur ke laut di Pantai Timur.

Dia yang dipercayai tertekan dengan masalah kehidupan turut meninggalkan sekeping nota ringkas yang tertera beberapa maklumat termasuk nombor telefon kedua-ibu bapanya, punca kematian dan kereta jenis Toyota Vios hitam yang diletakkan di tepi resort terbabit

Nota dalam Bahasa Inggeris yang ditinggalkan mangsa yang berusia 28 tahun dari Kuala Lumpur itu turut menyebut dia sudah letih dengan masalah yang dilalui dan mahu berehat dengan aman di sini.


terkejut dan sedih jugak..
harap2 kita dapat tau apa masalah yg beliau hadapi kelak ..
Rest In Peace Bro.

5 Jan 2012

BloG nom 2

yossshhhaa..
arini shark nk knalkn blog kedua shark..

jeng jen jeng....




disebabkn tahun 2011 shark mula main kamera..
dan bnyak jugak ler gambo diambil..
tahun 2012 nk share ngan kaki blogger suma..

malas nk kaco blog yg nie..
so kne ler buat blog kedua..
lgpun shark berkenan btuil ngan layout blog nom 2 ni..
bleh pilih2 lagi..
terbaekk..

blog nom 2 ni xdek follower yer
blog nom2 ni xdek shoutbox yer.

jum kesana:)

3 Jan 2012

Berita Menarik Ini Hari (03/01/12)

rasanyer shark nk wat satu segmen ler..

BMHI - Berita Menarik Ini Hari...
segmen ni shark akan siarkn keratan2 akhbar yg mnarik setiap hari....
rasa mcm best jer...
xdek ler bosan baca briter sorg2 kn...

BMHI 03Januari2011

Kurung 10 Jam
sumber : Hmetro Online | Bharian Online

"mangsa-6 tahun"
GEORGETOWN: Hanya kerana bermain dompet bapanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diperlakukan dengan kejam apabila dipukul dan dikurung bapanya di sebuah rumah di Jalan Perak, Jelutong, di sini, awal pagi semalam.

Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersendirian dalam rumah itu hampir 10 jam.

disyaki mangsa dera berdasarkan kesan lebam lama dan baru di belakang badan dan calar di kaki serta tangan, dikatakan menangis dan meminta tolong selama 10 jam, bermula jam jam 3 petang sehinggalah diselamatkan jam 1 pagi.

"kesan lebam pada mangsa"


panas hati btuil ler.
pandai buat anak jer.

2 Jan 2012

memori 2011

dh masuk 2012 dh pun..



just nk remind balik apa yg berlaku 2011
bnyak jugak yg menarik:)

"Cuti-cuti bersama Family"
"Sunway Lagoon + iCity"

-tiap2 tahun mmg akan plan cuti bersama family..2011 bercuti di KL sempena majlis konvo adikku nana di PUM


"Majlis Konvo my Lovely sis-nana"
"UPM Serdang"
-2011 adikku nana akhirnya tamatkn pengajian Ijazah di UPM Serdang..


"Photoshoot Graduan UPM"
"Putrajaya"

-request dari adikku bersama rakan beliau untk photoshoot selepas tamat majlis Konvo


"Aidilftiri Di kampung"
"Kok Lanas,Kelantan"
-kenangan terbaek 2011..beraya di kampung belah abah di kelantan..mmg belah ayah meriah sbb adik beradik abah ramaicuba kita ramai x:).


"reunion SKA Aring 1993-1998"
"Kelantan"
-Reunion pertama kami semenjak tinggalkn sekolah rendah pada tahun 1998..


tahun 2011 jugak tahun pertama dpt main kamera..
sbb tu bnyak gambo.
harap tahun 2012 bawa tuah:)