22 Aug 2016

Love U Ella

sori kapten Azhar,
terlepas jugak lafaz I Love U kat wife kapten,
tapi aku rasa bukan aku sorang je kot yang tangkap cintan dengan Ella malam tadi,
Konsert Lentera Muzika Ella malam tadi memang "WOW"
tak sangka dah 29 tahun dia menyanyi.
dan lagi terkejut bila kira balik umur Ella.
hehehe..
konsert lentera muzika
Lentera Muzika Ella
last week Lentera Muzika sudah pun bawa XPDC,
dan aku pun dah review tak puas dengar lagu XPDC,
tapi aku rasa konsert malam tadi lagi best dari last week,
sori XPDC,it is a fact,

cara Ella beraksi atas pentas semalam memang aku respect,
sifat manja dia semulajadi dah tak boleh buang,
kalau buang bukan Ella namanya,
kalau buang tak berseri konsert dia,
comel dan kiut miut jer suara dan manja dia,
itu yang buat peminat geram tue.

interaksi dengan peminat memang mesra Ella malam tadi.
boleh pulak sambil buat konsert sambil ambil gambar,
peminat nak selfie pun dia layan.
ada satu part tu dia ajak penonton naik pentas untuk nyanyi sama-sama,
risau jugak aku tengok bila ramai yang naik,
takut kacau konsert je.
konsert LIVE kot,
tapi dapat jugak dikawal dengan baik.
terbaikkk.
konsert lentera muzika ella
betapa bertuah brader ni selpi time ella nyanyi..hahahaha
aku suka outfit dia malam tadi,
nampak kemas dan sopan,
imej rock tu tetap ada walaupun dah bertudung,
puas jugak cari gambar outfit dia malam tadi kat media sosial untuk aku kongsi kat sini,
tapi tak jumpa untuk dikongsi,
suara?
tak payah cakap ler,
no one cant challenge,
konsert lentera muzika ella
outfit Ella malam tadi memang cantik. | sumber : Bharian Online
dekat twitter dan FB hashtag #lenteramuzika #ella19872016 trending,
nak tengok kemeriahan dan gambar dari peminat boleh search pakai hashtag tersebut.
masing-masing ada kenangan masing-masing dngan lagu ella,
lagu-lagu yang dibawa malam tadi pula semua lagu hit Ellatengok pada bilangan penonton sampai ke bawah penuh,
duduk bersila.
itu yang buat konsert ella malam tadi nampak meriah.

siapa yang tak tengok malam tadi tu memang rugi ler,
entah ada ker tidak siaran ulangan,
konsert XPDC last week pun aku tunggu jugak kot-kot ada ulangan kat RTM,
hampa.tak ada.
harap-harap kali ini ada ler,

baca sepenuhnya

20 Aug 2016

Kesian Lee Chong Wei

pasrah sekali lagi malam tadi.
dua malam menanti pingat emas tak sampai,
dan sekarang LCW terpaksa pikul harapan rakyat Malaysia.
harapan untuk pingat emas pertama Malaysia.
kesian Dato Lee Chong Wei.
lee chong wei
cantik aksi Dato Lee Chong Wei
kalau aku ditempat LCW memang aku tak boleh kot nak bertanding,
lemah semangat.
seram.
duk bersorak malam tadi pun dah berdebar,
menggigil badan.
perasaan LCW tak tahulah macam mana.
perasaan kena tinggal mata,
perasaan kalah satu set,
phewwww..
hati kena kering.
tambah-tambah malam ni.

harapan memang besar malam ni.
harap-harap dapat le satu pingat emas nanti,
terubat sikit jantung ni lepas dua malam kecewa.
kalau tak dapat jugak memang merajuk nak tengok badminton lepas ni.
hahahahaha.
badminton olimpik
Kau Boleh
chaiyok Dato Lee Chong Wei,
Malaysia boleh.

siapa tak tengok malam ni dia bukan rakyat Malaysia.


baca sepenuhnya

18 Aug 2016

Rumah Kontena Dah Jadi Banglo

minggu ni viral pasal rumah kontena milik Azree,
aku pun tak sangka rumah kontena beliau dah jadi macam banglo,
dah bertingkat pulak,
aku pernah share pasal rumah kontena milik azree pada januari 2015,
rumah kontena
awal pembinaan rumah kontena
aku ingatkan pembinaan rumah kontena beliau hanya setakat itu sahaja.
boleh tengok entry lama aku di entry Rumah Kontena Muhamad Azree
daripada sebijik kontena sekarang dah ada 4 biji,
tinjau sikit apa yang menarik rumah kontena nie.
sumber dari Facebook Muhamad Azree
3 tingkat | 3 Tandas
6 Bilik | Rooftop Garden
SoHo | 2 ruang tamu
2400sqft | RM 130K
rumah kontena
pandangan dari luar Rumah Kontena
rumah kontena
kawasan dalam rumah kontena
rumah kontena
ruang tamu rumah kontena
rumah kontena
tingkap besar nampak luas ruang
rumah kontena
ruang tamu nombor berapa pun tak tahu ni
rumah kontena
rooftop rumah kontena
rumah kontena
suasana malam rumah kontena
RM130K untuk rumah sebegini,
kalau buat kat kampung memang puas hati ler,
menghadap pulak kesawah.
heaven kot rasanya.

boleh buat income sekali untuk pakej Homestay macam Muhamad Azree ni buat,
kalau nak rasa pengalaman tidur dan menginap di rumah kontena ada pakej disediakan,
nak tahu panas ker tidak boleh try,
nak tahu lasak ker tidak cuba try test dulu,
mana tahu lepas semalaman dapat tidur terasa nak buat rumah kontena macam ni boleh terus bincang dengan beliau.

untuk lebih lanjut pasal rumah kontena nie boleh ke facebook berikut.
semoga bermanfaat.
baca sepenuhnya

17 Aug 2016

OOTD Support Team Olimpik Malaysia

makin semangat rasanya nak tengok Olimpik 2016,
pagi tadi dah dapat gangsa dari Azizul Hasni Awang,
dan harini jugak ada tiga acara membabitkan atlit Malaysia.
jadinya kita sarung baju yg rasa boleh bagi support untuk atlit bertanding hari ini.
malaysia olimpik 2016
gud luck atlit Malaysia
plan awal nak sarung warna kuning,
sebab team badminton malaysia kita punya jersi warna kuning,
tapi kulit kita yang hitam ni memang tak sesuai le dengan warna terang tu.
sarung baju yang ada tulis MALAYSIA pun jadilah.
baju dari event FIT Malaysia

ini jadual Atlit Malaysia untuk hari ini.
  • 7:30 mlm - badminton suku akhir - Dato Lee Chong Wei 
  • 10:50 mlm - baminton akhir beregu campuran
  • 2.00 pagi - saringan 10m terjun individu pandelela dan Nur Dhabitah Sabri

acara dinanti pastinya badminton beregu campuran.
emas dan perak mana satu agaknya.
alang-alang dah masuk Final kita mesti le target emas.
bila lagi nak capai kalau dah ada peluang macam ni.
memang aku mengharapkan emas untuk malam ini.

jom support.
kalau emas kita nyanyi lagu Negaraku kat depan TV masing-masing.

baca sepenuhnya

16 Aug 2016

Tengok Badminton Tengok Woon Khe Wei

tak perasan pulak kecomelan atlit badminton beregu wanita negara sorang ni,
semalam tertengok acara beregu wanita suku akhir badminton Olimpik RIO 2016,
mata ni asyik fokus kat Woon Khe Wei jer,
bukan aku sorang ye,
kamera pun asyik duk tunjuk muka dia jer,
hehehehe.
memang comel dia nie.
woon khe wei
Woon Khe Wei  berambut panjang
berumur 27 tahun kalau ikut biodata Woon Khe Wei ni,
kelahiran selangor,
pencapaian dia dalam badminton peringkat antarabangsa not bad jugak,
yang paling latest rasanya pingat Perak untuk Sukan Sea 2015 di Singapura (sumber: stadium astro)
rangking dunia pulak dia berkedudukan di tangga ke-15
tapi sayang malam tadi badminton beregu wanita tewas,

selama ni kalau badminton memang jarang aku tengok game,
tengok tak tengok game Dato Lee Chong Wei sahaja
yang lain aku skip ,
jawabnya lepas ni kalau ada lagi game badminton aku kena tengok pasangan beregu nie,
kena masuk dalam list "must watch"
kongsi sikit gambar dia di luar gelanggang badminton.
woon khe wei
bersama YB KJ | sumber : facebook Woon Khe Wei
woon khe wie
model untuk megazine CLEO | sumber : CLEO
cantik kan amoi ni,
lepas ni tak tahu lah nak tengok badminton ke atau tengok amoi.
kalau tak silap lepas ni masih ada lagi acara badminton peringkat kumpulan,
nampak gaya masih boleh tengok lagi aksi dia di gelanggang,
yang masih belum kenal tu boleh ler tengok nanti,

semoga berjaya atlit badminton Olimpik Rio 2016
baca sepenuhnya

15 Aug 2016

Lagu XPDC Takkan Padam

puas hati dapat layan balik lagu-lagu XPDC malam tadi,
kredit pada RTM TV1 yang bawa Live Konsert Lentera Muzika XPDC - Mencari Sakinah.
konsert xpdc
XPDC - mencari sakinah
semua lagu malam-malam tadi lagu popular,
lagu-lagu karaoke,
aku pun tak ingat siapa yang buat konsert malam tadi,
aku atau ali xpdc,
semua lagu aku duk nyanyi memang tenggelam le suara ali,

banyak juga kalau aku nak list lagu-lagu malam tadi,
ni antara lagu yang aku ingat le.
lagu-lagu konsert aku jugak malam tadi.
lagu evergreen
  • cinta kenangan silam
  • cinta
  • semangat yang hilang
  • aku masih disini
  • hentian ini
  • teman
dakwah ali xpdc
smart penampilan ali xpdc malam tadi
sound system best,
ada pulak okestra,
konsert nampak teratur je,
memang best layan malam tadi,
penampilan Ali XPDC pun nampak lain,
memang nampak smart berbanding dulu,
umum dah tahu dia sekarang memang aktif dalam berdakwah dengan ahli XPDC
dengan berjambang dan kadang-kadang berjubah nampak simple je.

harap-harap ada ulangan,
tak puas wei dengar.


baca sepenuhnya